Didikan Rohani Dengan Ibadah. عن عمرو بن شُعَيْبٍ عن أَبِيهِ عن جَدِّهِ قَالَ، قَالَ رسولُ الله صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : مُرُوا أَوْلاَدَكُمْ بِالصَّلاَةِ وَهُمْ أَبْنَاءُ سَبْع سِنِينَ وَاضْرِبُوهُمْ عَلَيْهَا وَهُمْ أَبْنَاءَ عَشْرِ سِنِينَ، وَفَرِّقُوا بَيْنَهُمْ فِي المَضَاجِعِ.[4] Yang bermaksud, Daripada ‘Amru bin Syu‘aib, daripada bapanya, daripada datuknya berkata, sabda Rasulullah saw: “Perintahlah anak-anakmu mendirikan solat ketika mereka berumur tujuh tahun dan pukullah mereka jika meninggalkannya ketika berumur sepuluh tahun serta pisahkan tempat tidur mereka.

Perkhidmatan

Pengiktirafan Majalah Pendidik kepada Blog Aspirasi Diri

Keluaran Disember 2010, MS 30

25 September 2007

aspirasidiri : Menggarap Citradiri Pelajar (3.1)

3.1 Bagaimana menetapkan strategi ?
Antara garis panduan yang boleh dijadikan asas bagi menentukan strategi seseorang pelajar :

  1. Mulakan untuk menggariskan strategi dengan memanjatkan permohonan dari Allah. Minta petunjuk dan hidayah.
  2. Membaca biografi pelajar Terbilang Negara. Dapatkan dari mereka strategi yang mereka gunakan. Buat catatan.
  3. Kaji kemudahan di persekitaran pelajar.
  4. Kaji pencapaian terkini pelajar.
  5. Kaji kelemahan dan kekuatan diri. Buat cek list.
  6. Minta pandangan dari rakan / guru / ibubapa ; ikut keperluan dan kesesuaian.
  7. Sesuaikan strategi dengan minat, keupayaan, matlamat, para pelajar.
  8. Berazam dan istiqomah untuk melaksanakan strategi yang telah diambil.

24 September 2007

aspirasdiri : Menggarap Citradiri Pelajar ( 3 )

3. S. Setiap pelajar perlu mempunyai STRATEGI belajar. Kejayaan yang telah dikecapi oleh pelajar sebelum ini bukan diperolehi secara kebetulan. Kita perlu menginovasikan strategi belajar mengikut kesesuaian kita. Tiada strategi belajar antara dua individu yang sama 100%. Namun kebanyakkan intipati dari strategi yang diambil hampir sama antara satu sama lain. Strategi (kemahiran belajar, pengurusan masa, matlamat, pemilihan lokasi belajar, pemilihan buku-buku rujukkan, keadah belajar bersendirian atau kumpulan, teknik mengulang kaji, komunikasi dengan rakan dan guru) perlu disesuaikan dengan kemampuan, dan lokasi di mana para pelajar berada. Sekolah yang berada di bandar besar seperti EC, SIGS di Johor Baharu, amat berbeza dengan SM Ceneh Baru, SM Cerul Kemaman. Persekitaran kadang kala menentukan pilihan dan strategi yang patut kita ambil. Walaupun matlamat sekolah tidak ditentukan oleh lokasi namun di dalam kita mengulangkaji para pelajar mesti menyesuaikan dengan kemudahan yang ada di persekitaran. Amirah Nadia telah membuktikan bahawa lokasi sekolah tidak menjadi penghalang sekiranya kita mempunyai strategi yang tepat dan bersesuaian dengan keperluan diri kita. Lokasi bukan faktor penentu kepada kejayaan seseorang pelajar.

22 September 2007

muhasabahdiri : (Psikologi) Singkirkan Kebosanan Dari Hidup Anda

Orang yang hidup mengekang diri dengan satu gaya hidup sudah tentu akan dilanda kebosanan. Ini adalah kerana, pada dasarnya jiwa manusia memang memiliki kecendrungan mudah merasa bosan . Tabiat dasar setiap manusia adalah tidak suka berada di dalam satu keadaan yang sama. Oleh kerana itu Allah memutar zaman dan tempat bagi manusia, memberikan berbagai bentuk makanan, minuman dan mencipta makhluk yang beraneka ragam. Ada malam dan siang, ada dataran tinggi dan dataran rendah ada putih ada hitam, ada panas dan dingin, dan ada manis dan masam. Keberagaman dan perbezaan ini seringkali disebut Allah dalam beberapa firmannya. di antaranya Allah menyebut bahawa :


21 September 2007

aspirasidiri : Menggarap Citradiri Pelajar ( 2.1 )

2.1 Usaha perlu dilakukan untuk menambah nilai dan mengangkat aspirasidiri. Antaranya ialah :
  • Menjejak langkah terbilang yang pernah dilalui oleh ikon-ikon di dalam bidang akademik. Cuba menyelidiki biografi rakan-rakan yang hampir dengan kita yang menampakkan kejayaan.
  • Menyelidiki laluan yang telah dirintis oleh rakan yang menjadi kebangaan rakyat Malaysia seperti (Nur Amalina, Nadia Amirah, Siti Fatimah-SPM).
  • Mempelajari pengalaman tokoh yang telah berjaya pada masa lalu. (Prof Diraja Ungku Aziz)
Mereka ini akan memberikan inspirasi yang sangat bermanfaat jiwa, azam kepada kita.

18 September 2007

aspirasidiri : Menggarap Citradiri Pelajar ( 2 )

2. U . Setiap pelajar yang ingin berjaya hendaklah mempunyai USAHA tertentu bagi mencapai matlamat. Sentiasa berusaha menjadikan matlamat sentiasa dihayati. Sentiasa terbayang-bayang. Dapat digambarkan dengan jelas. Tiada keraguan, tiada kekaburan, tiada perkara yang tersembunyi, semuanya jelas. Sentiasa merasakan diri dikejar dan dihambat oleh matlamat. Matlamat yang dilihat hidup, bertenaga sentiasa menjadi perangsang di dalam usaha memburu kejayaan. Usahwan yang berjaya di dalam perniagaan sentiasa melihat matlamat yang ingin dicapainya di dalam buku perancangan. Misi mereka adalah jelas. Disokong dengan Visi yang bersungguh-sungguh. Begitulah juga bagi kita yang bergelar pelajar.

17 September 2007

aspirasidiri : Menggarap Citradiri Pelajar (1.4)

1.4. Menyedari adanya halangan untuk mencapai matlamat.

  • Semangat yang kian lemah. Datang dari pelbagai sumber. Dorongan nafsu yang suka kepada kerehatan, mudah di dalam semua hal.
  • Kelakuan tidak seperti yang dikata / Cakap tak serupa bikin / Loyaa.
......Semuanya ini datang dari dalam diri dan persekitaran.....
......Yang datang dari dalam diri itu lebih perlu dijaga dan diambil perhatian......
......Elakkan faktor-faktor kegagalan.....cepat-cepat kembali ke matlamat asal...

aspirasidiri : Menggarap Citradiri Pelajar (1.3)

1.3 Merealitikan matlamat.

  • Sentiasa berdoa kepada Allah agar matlamat yang diaspirasidirikan itu mampu untuk dicapai. Sentiasa memohon petunjuk dari Allah agar segala perancangan itu sentiasa tepat dan betul
  • Sentiasa meminta restu kedua ibubapa. Beritahu matlamat kita dan minta mereka doakan agar matlamat kita itu akan tercapai. Agar setiap langkah yang kita atur sentiasa mendapat, doa, restu dan keberkatan.
  • Sentiasa meminta restu guru dengan doa dan menghalalkan ilmu yang diajar oleh mereka kepada kita.
........Insya-Allah.....

aspirasidiri : Menggarap Citradiri Pelajar (1.2)

1.2 Sifat MATLAMAT.

  • Tinggi dan boleh dicapai. Matlamat yang rendah akan menyebabkan ianya akan mudah dicapai. Situasi ini secara langsung akan membuatkan seseorang pelajar itu akan menjadi selesa. Berada di dalam zon selesa biasanya lebih menjanjikan masa depan yang -ve.
  • Mesti dapat dilihat. Matlamat perlu ditulis dengan jelas. Matlamat mesti dapat dilihat bukan abstrak, sukar untuk diamati, sukar untuk direnung, sukar untuk ditafsir, sukar untuk dibincangkan, itu yang lesu dan mati. Matlamat perlu hidup. Matlamat perlu kelihatan di mana-mana. Tulis dan tampalkan di tempat yang kita selalu berada. Di depan meja belajar, di atas meja di sekolah, di dalam keanderaan, di dalam bilik, di dalam dompet, di mana sahaja. Agar seolah-olah kita sentiasa dibayangi oleh matlamat yang kita ingin capai. Insya-Allah ianya dapat membantu.

aspirasidiri : Menggarap Citradiri Pelajar (1.1)

1.1 Apa pentingnya MATLAMAT ?
  • Sebagai penanda aras. Matlamat jangka pendek penting sebagai kayu ukur sejauhmanakah tahap pencapaian semasa. Adakah ianya berada di bawah tahap matlamat yang ingin dicapai atau pencapaian hanya cukup-cukup makan. Jelas tanpa matlamat seseorang pelajar tidak akan mengetahui tahap kemampuannya. Lemah, sederhana atau cemerlang.
  • Sebagai kayu ukur. Kayu ukur tentang keberkesanan instrumen yang digunakan ketika belajar (teknik belajar). Teknik belajar yang lemah mempunyai hubungan yang secara langsung terhadap pencapaian yang rendah. Pencapaian yang rendah menjadikan petunjuk yang tepat untuk seseorang pelajar membuat cek list di manakah kelemahan yang berlaku. Penambahbaikkan akan lebih mudah dilaksanakan dan seseorang pelajar itu akan lebih fleksibel dan tidak akan berlaku kebuntuan untuk mengatasi masalah yang sedang dihadapi.
.......Tanpa matlamat ......langkah seterusnya akan lebih sukar.

aspirasidiri : Menggarap Citradiri Pelajar ( 1 )

1. M : Kejayaan cemerlang sebenarnya adalah sesuatu yang dirancang. Kejayaan yang diraih oleh seseorang bukanlah berlaku secara kebetulan. Seseorang yang menyertai pertandingan memancing tidak akan dapat menjangkakan hasil tangkapannya. Namun pada kebiasaannya pelbagai langkah telah diambil bagi memastikan hasil tangkapan yang bakal diperolehi mampu membuat kejutan. Natijah akhir kepada sesuatu perancangan adalah takdir. Oleh yang demikan kita perlu menentukan M : MATLAMAT terlebih dahulu. matlamat adalah penggerak utama yang boleh mendorong untuk menjana aspirasi diri bagi mendaki tangga kejayaan yang sangat sukar dan mencabar. Tetapkan matlamat dahulu... Matlamat mestilah tepat dan jelas. Merangkumi matlamat yang ingin dicapai di dalam jangka masa yang pendek dan panjang.

16 September 2007

aspirasidiri : Muhasabah Citradiri Pelajar

Setiap pelajar perlu mempamirkan dan menghayati citradiri pelajar yang jelas dan sentiasa berusaha untuk memenuhi syarat untuk menyediakan diri di dalam bentuk sahsiah pelajar yang terbaik. Mempunyai jatidiri yang kental tasawur yang jelas terhadap matlamat di dalam belajar. Alam pembelajaran mempunyai cabaran-cabaran yang perlu dihadapi dengan tekun dan bersungguh-sungguh. Strategi yang tepat perlu ada pada setiap pelajar untuk memahami citradirinya yang sebenar. Memahami dan menghayati strategi memahami citradiri dapat membantu diri untuk mendorong kuasa dalam diri untuk mencetuskan letusan kuasa semangat agar sentiasa membara untuk mengejar cita-cita. Semangat di dalam diri ibarat gunung berapi yang sedang terpendam. Bila-bila masa ianya akan meletus. Soalnya bila ? Adakah kita hanya membiarkan kuasa yang boleh dijana untuk menggerakkan kekuatan azam dan semangat ini berlalu begitu sahaja ? Jangan kita berada di dalam barisan belakang di dalam perjuangan. Kalah sebelum bertempur, gagal sebelum diuji........

15 September 2007

aspirasidiri : Menggarap Perubahan Diri ( 11 )

11. Berpegang Teguh Kepada Prinsip :
Menjaga Maruah Diri, Berhemah tinggi, Bersederhana Dalam Ketawa, Tidak Menipu, Memilih Kawan,

aspirasidiri : Menggarap Perubahan Diri ( 10 )

10. Menjauhi Perkara Haram.
Pergaulan di dalam menuntut ilmu adalah penting. Namun ia mempunyai batasan yang perlu difahami dan dipatuhi.

aspirasidiri : Menggarap Perubahan Diri ( 9 )

9. Menjaga Solat :
Tidak ada makna hidup seseorang manusia itu jika ia tidak menjaga solatnya. Solat adalah benteng utama yang boleh mencegah seseorang itu dari melakukan perkara yang keji dan mungkar

aspirasi diri : Menggarap Perubahan Diri ( 8 )

8. Meminta Perlindungan Allah :
Apabila berasa bosan dan tertekan jangan lupa sentiasa memohon perlindungan Allah. Anasir yang tidak baik akan lebih mudah mempengaruhi kita ketika kita berada di dalam keadaan demikian.

aspirasidiri : Menggarap Perubahan Diri ( 7 )

7. Meninggalkan Perkara Yang Sia-sia :
Mengenalpasti perkara yang sia-sia serta meninggalkannya. Antara ciri-ciri perkara yang sia-sia ialah perkara itu tidak mendatangkan apa-apa yang berfaedah kepada kita jika kita melakukannya malahan ianya hanya mendatangkan kerugian antaranya dari segi masa, ruang, tenaga, kewangan, mengancam kesihatan rohani dan jasmani.

aspirasidiri : Menggarap Perubahan Diri ( 6 )

6. Menghormati guru dan ilmu yang diajarnya :
Guru adalah teman rapat kita selepas ibu bapa. Guru adalah insan yang bertabnggungjawab menyampaikan ilmu yang berguna kepada kita. Sebahagian dari masa depan kita adalah disumbangkan oleh peranan guru.

aspirasidiri : Menggarap Perubahan diri ( 5 )

5. Mentaati Ibu bapa Di dalam Perkara Kebaikkan :
Lakukan kebaikan kepada mereka atas dasar ianya adalah perintah Allah. Mematuhi perintah ibu bapa di dalam erti kata mengharapkan keredhaannya di samping mengharapkan berkat dari Allah.

aspirasidiri : Menggarap Perubahan Diri ( 4 )

4. Beramal Dengan Ilmu yang Dipelajari :
Ilmu yang dipelajari perlu dihayati. Tanpa penghayatan yang bersungguh-sungguh ilmu itu akan lebih mudah untuk meninggalkan kita seperti anak panah yang meninggalkan busurnya. Ilmu yang dipelajari perlu diulang-ulang. Supaya ianya menjadi memori yang kekal untuk jangka masa yang panjang. Orang yang hafaz Al-Quran perlu sentiasa mengulang-ulang surah-surah yang dihafalnya. Barulah hafalannya menjadi lancar dan menimbulkan keyakinan diri ketika membacanya semula. Begitulah jika dibuat dengan ilmu-ilmu yang lain.

aspirasidiri : Menggarap Perubahan Diri ( 3 )

3. Ada Matlamat :
Meletakkan matlamat di hadapan akan mampu mendorong seseorang untuk berusaha dengan lebih bersungguh-sungguh. Iltizam dengan keperluan-keperluan dan memenuhi syarat untuk berjaya. Cita-cita serta aspirasidiri akan menjadikan seseorang pelajar itu lebih mempunyai istiqomah yang tinggi di atas semua usaha yang dilakukan jika dibandingkan dengan orang lain yang tidak mempunyai matlamat langsung.

aspirasidiri : Menggarap Perubahan Diri ( 2 )

2. Taqwa :
Sebagai seorang pelajar seseorang itu mesti menyedari bahawa setiap aspek kehidupannya adalah terikat dengan perintah Allah s.w.t. Akur dengan hakikat bahawa Takwa perlu dihayati dan menjadi amalan utama dalam hidup. Takwa bemaksud sentiasa mentaati Allah tidak kira di mana saja situasi itu berada ( tempat, masa dan keadaan )

aspirasidiri : Menggarap Perubahan Diri ( 1 )

1. Ikhlas :
Setiap pelajar mestilah menghayati keikhlasan di dalam setiap amalan hariannya. Beramal dengan mendahulukan dan mengutamakan keikhlasan adalah syarat utama seseorang pelajar itu menjalankan aktiviti terutama ketika belajar. Meletakkan niat dan fokus dengan tepat dan betul adalah tuntutan yang paling utama.

aspirasidiri : Untuk Berjaya SIKAP Perlu Berubah

SIKAP merupakan TERAS utama untuk seseorang itu berubah. Perbincangan tentang sikap telah banyak dibincangkan oleh tokoh-tok0h pelbagai bidang dan latar belakang. Ini menunjukkan bahawa pentingnya seseorang itu memahami apakah peranan SIKAP sebenarnya, dan sejauhmanakah sikap itu menentukan perubahan yang ingin dibuat. SIKAP seseorang dipengaruhi oleh dua unsur utama iaitu akal dan nafsu. Akal dan nafsu ini pula dipengaruhi oleh petunjuk dan hasutan syaitan. Akal yang dipengaruhi nafsu yang tunduk kepada petunjuk Allah akan menjadi positif. Dan Akal yang tunduk kepada nafsu yang mengikut hasutan syaitan akan menjadi negatif. Oleh kerana nafsu mempunyai peranan yang sangat besar di dalam menentukan sikap seseorang maka ianya mestilah diberikan bersungguh-sungguh. Nafsu hanya boleh ditundukkan dengan bermujahadah. Tidak ada cara lain. Iaitu dihadapi dengan jihad bersungguh-sungguh. Mengenali ciri-cirinya dan bagaimana untuk mengusai nafsu berdasarkan petunjuk.

Rumusan Untuk Memahami Perubahan SIKAP : Sikap +ve = Akal + (Nafsu + Petunjuk)
Sikap -ve = Akal + (Nafsu - Petunjuk)

SIKAP ditarikfkan sebagai kecendrungan tingkah laku untuk melakukan sesuatu

12 September 2007

aspirasidiri : Adakah Anda Memang Benar-benar Bersedia Untuk Mencipta Kegmilangan Aspirasidiri ?

  1. Adakah anda benar-benar mahu berjaya ?
  2. Adakah anda yakin untuk memperolehi keputusan cemerlang ?
  3. Adakah anda ada strategi belajar yang mantap ?
  4. Adakah anda telah bersedia untuk melipatgandakan usaha untuk merangkul kejayaan ?
  5. Adakah anda sanggup untuk berubah dan sanggup berkorban agar peluang yang ada digunakan sepenuhnya untuk berjaya ?

Ayuh dayung sudah ditangan, sasaran telah berada di depan mata ............ bangkit dan terus bangkit, bangun kalau anda sedang lena tidur, kerana sesungguhnya aspirasidiri terbilang memerlukan segala-galanya dari kita..... apa saja yang ada pada kita.....

aspirasidiri : Peratus Destini Ingatan Dalam Pembelajaran

  1. Kita cuma ingat 10% dari apa yang kita baca
  2. Kita cuma ingat 20% dari apa yang kita dengar
  3. Kita ingat 50% dari apa yang didengar dan dilihat
  4. Kita ingat 70% daripada apa yang dicakapkan
  5. Kita ingat 90% setelah dipraktikkannya

aspirasidiri : Menggarab Teknik Mengulang Kaji (5 )

5. Membentuk kumpulan belajar yang mempunyai matlamat

aspirasidiri : Menggarab Teknik Mengulang Kaji (4 )

  1. Baca semula Nota
Teknik pengulangan ini sangat bermanfaat untuk meningkatkan kefahaman dan daya ingatan kamu usaha kamu selama ini tidak sia-sia

aspirasidiri : Menggarab Teknik Mengulang Kaji (3 )

3. Tutup Buku
Uji kemampuan ingatan atau pemahaman
Bina Soalan, kemdian jawab sendiri
Jika tidak ingat dan tidak dapat menjawab buka semula buku dan ulangi pembacaan

aspirasidiri : Menggarab Teknik Mengulang Kaji (2)

2. Fahami apa yang dibaca
Pastikan faham apa yang dibaca
Jika tidak faham ulang beberapa kali sehingga faham.

aspirasidiri : Menggarab Teknik Mengulang kaji ( 1 )

1. Baca buku atau nota
Nota tidak terlalu panjang / Nota yang dibuat sendir
Hadkan perkara yang kamu ingat sahaja.

aspirasidiri : Menggarab Teknik Mengulang Kaji

Ulangkaji yang berkesan hendaklah dilaukan SEAWAL MUNGKIN.
USAH BERTANGGUH hingga ke saat peperiksaan.
So, You Have To Start Now

aspirasidiri : Petua-petua Tidak Mudah Lupa

  1. Elakkan makan kepala ikan
  2. Elakkan makan bahan dalaman haiwan
  3. Elakkan minum semasa makan
  4. Elakkan minum dan makan yang tercemar dengan semut
  5. Elakkan makan sehingga terlalu kenyang
  6. Elakkan kencing berdiri
  7. Elakkan melihat kemaluan
  8. Elakkan membaca nama di batu nesan
  9. Elakkan daripada sering melihat buih
  10. banyakkan makan bahan makanan yang mengandungi kacang soya seperti tempe, tahu, tahu fah, air tahu,
  11. Banyakkan makan buah badam dan juga kekacang yang lain
  12. Jaga kebesihan tubuh badan

aspirasidiri : Amalan Saidina Ali Untuk Menguatkan Daya Ingatan

  1. Berselawat
  2. Rajin bersugi
  3. Menutup kepala
  4. Berpuasa sunat
  5. Membaca Al-Quran

aspirasidiri : Menggarap Kemahiran Ingatan : ( 8 )

8. tampal formula / isi penting di tempat strategik

Di dalam bilik di rumah.
Di atas meja belajar di sekolah / di rumah

aspirasidiri : Menggarap Kemahiran Ingatan : ( 7 )

7. Lakukan ulang kaji sekerap mungkin

Membaca nota, Menjawab contoh soalan lalu

aspirasidiri : Menggarap Kemahiran Ingatan : ( 6 )

6. Uji kemampuan daya ingatan / bina soalan

Bina soalan dan jawab dengan sendiri

aspirasidiri : Menggarap Kemahiran Ingatan : ( 5 )

5. Sistem Irama

Tukarkan ayat atau isi ke dalam bentuk irama
Pilih lagu yang paling kamu minat

09 September 2007

aspirasidiri : Menggarap Kemahiran Ingatan : ( 4 )

1. AKRONIM / Kepala huruf
a. HALA : Agen penyebaran tumbuhan
H = Haiwan , A = Angin, L = Mekanisma Letupan, A = Air
b. RIMBA = Pengkelasan Haiwan
R = Reptelia, I = Ikan, M= Mamalia, B=Burung, A=Amfibia

2. Jalan cerita
a. Sifat bahan kimia
Asyik, Beli, Kebab, Mentah
Asid : Biru Ke Merah

aspirasidiri : Menggarap Kemahiran Ingatan : ( 3 )

!. Membina JALAN CERITA
  • Contoh : Warna Pelangi (Mak , Jual, Kuih, Hendak, Beli, Ikan, U )
  • (Merah, Jingga, Kuning, Hijau, Biru, Indigo, Unggu )

aspirasidiri : Menggarap Kemahiran Ingatan : ( 2 )

2. Menghafal
  • Hafal isi yang dibaca / didengar
  • Menyebut isi yang dibaca / didengar
  • Suara jelas didengar oleh telinga
  • Menulis apa yang dihafal

aspirasidiri : Menggarap Kemahiran Ingatan : ( 1 )

Ingatan ? Mengikut catatan sejarah, pada peringkat awal penurunan ilmu kepada manusia, ilmu diajar secara lisan dan ilmu itu diingat melalui kaeadah mengingat dengan cara menghafal. Al-Quran pada mulanya disimpan melalui ingatan dan hafalan. Kemudian berubah kepada kaeadah ingatan, hafalan dan tulisan. Al-Hadith pada awalnya juga dsimpan melalui ingatan dan hafalan. Namun selepas daripada itu, para muhadithin mengukuhkan lagi dengan penulisan kitab seperti Al-Umm, Al-Muata', Sahih Bukhari, Sahih Muslim, Ihya' Ulummiddin, Fiqh Sunnah, himpunan Hadis-hadis Sahih, Al Azkar, Hadis 40l , Tafsir Ibnu Kastir, Tafsir Azhar, Tafsir Al Jalalin, Asbabun Nuzul. Kaeadah ini berubah kerana kebimbingan kehilangan maklumat yang diingat secara tidak disedari disamping membatu generasi berikutnya untuk mendapatkan ilmu-ilmu terdahulu.

aspirasidiri : Menggarap Nota ( 2 )

Langkah Bijak
  1. Catatkan KATA KUNCI sahaja
  • Memilih isi-isi penting sahaja
  • Pastikan kata kunci difahami
  • Dapatkan rumusan isi yang boleh mengukuhkan kefahaman dan ingatan
2. Tulis dengan RINGKAS dan PADAT

  • Nota yang dibuat mesti difahami
  • Nota ringkas menyegarkan / meningkatkan tahap ingatan
  • Jangan menyalin nota rakan
3. Gunakan PERKATAAN sendiri
  • Menambah daya ingatan
4. FAHAM setiap KATA KUNCI
  • Jangan menggunakan kata kunci yang mengelirukan
  • Tak faham = membuang masa

aspirasidiri : Menggarap Nota ( 1 )

  1. Menyalin : Menyalin semua nota yang diberi oleh guru
  2. Mencatat : Mencatat maklumat ringkas / penting /daripada guru / ceramah
  3. Membuat : Buat sendiri secara ringkas, menarik, dan difahami

08 September 2007

aspirasidiri : Teknik Mendengar Berkesan ( 7 )

7. Catat nota
  • Ringkas dan padat ( kg : kampung)
  • Tulis cepat dan jelas
  • Gunakan simbol yang boleh difahami ( contoh : > lebih )

aspirasidiri : Teknik Mendengar Berkesan ( 6 )

6. Elak gangguan
  • Berbual / bermain / ingat perkara lain / berkhayal
  • Alih perhatian / prasangka

aspirasidiri : Teknik Mendengar Berkesan ( 5 )

5. Aktif dan diam
  • Ambil bahagian dalam perbincangan
  • Jika tidak faham bertanyalah segera
  • Diam dalam makna memberi sepenuh perhatian (memudahkan pemahaman)

aspirasidiri : Teknik Mendengar Berkesan ( 4 )

4. Ulang kaji tajuk awal
  • Bacaan awal (sebelum menghadiri kelas / waktu malam)
  • Dapat menjangka awal perkataan / istilah / rumus penting

aspirasidiri : Teknik Mendengar Berkesan ( 3 )

3. Duduk dekat dengan guru
  • Mendengar dengan jelas (dapat lebih tumpuan)
  • Senang bertanya

aspirasidiri : Teknik Mendengar Berkesan ( 2 )

2. Peralatan yang mencukupi
  • Alat tulis / buku nota
  • Buku ruukkan / teks
  • Kertas nota

aspirasidiri : Teknik Mendengar Berkesan ( 1 )

1. Bersedia
  • Tetapkan matlamat / harapan ibu bapa
  • Menanam minat terhadap mata pelajaran
  • Menanam minat terhadap guru yang mengajar
  • Tidak penat
  • Tidak mengantuk

aspirasidiri : Kemahiran Bertanya Dalam Pembelajaran ( 5 )

5. BAGAIMANA mengemukakan soalan ?

Mulakan dengan : maafkan saya cikgu....
  • Cikgu, apa makna ..............
  • Cikgu, bagaimana ia berfungsi ?
  • Cikgu, bagaimanakah .........
  • Cikgu, boleh ulangkan cara penyelesaian tadi ?
  • Cikgu, mengapakah ia berubah ?
  • Cikgu, minta jelaskan sekali lagi tentang .........
Sudahkan pertanyaan dengan : terima kasih, cikgu......

aspirasidiri : Kemahiran Bertanya Dalam Pembelajaran ( 4 )

4. Apakah yang hendak ditanya ?
  • Perkataan baru
  • Istilah baru
  • Gambarajah yang kabur
  • Formula yang rumit
  • Konsp yang tidak difahami
  • Penggunaan formula / rumus

aspirasidiri : Kemahiran Bertanya Dalam Pembelajaran ( 3 )

3. Mengapa MALU bertanya ?
  • Rasa rendah diri
  • Tidak yakin pada diri sendiri
  • Merasakan orang lain lebih padai
  • Bimbang ditertawakan oleh rakan
  • Bimbang orang lain akan mengatakan kita tidak tahu

aspirasidiri : Kemahiran Bertanya Dalam Pembelajaran ( 2 )

2. MENGAPA bertanya ?
  • Kurang faham sesuatu konsep
  • Kurang pasti apa yang dibaca, didengar, dilihat.
  • Tidak faham tentang istilah yang guru gunakan
  • Untuk mendapatkan jawapan
  • Untuk mendapatkan penjelasan lanjut daripada guru

aspirasidiri : Kemahiran Bertanya Dalam Pembelajaran ( 1 )

1. Bertanya atau diam ?

Rajin bertanya luas pengetahuan, malu bertanya sesat jalan.
Pertanyaan penting bagi mengatasi masalah kurang faham. Murid-murid selalu atau pernah memerhatikan kanak-kanak kecil (adik-adik kita umpamanya) mempunyai tabiat yang baik sekali terhadap proses pembelajaran, iaitu sering bertanya apabila mereka mempunyai masalah.

aspirasidiri : Menggarap Kemahiran Membaca : ( 9 )

9. Gunakan BAHAN PEMBELAJARAN LAIN ketika membaca
  • Pen, highlither, kamus, penanda buku, kertas conteng
  • Tandakan isi penting dengan highlither
  • Gunakan kamus untuk istilah sukar

aspirasidiri : Menggarap Kemahiran Membaca : ( 8 )

8. CATATKAN isi yang dibaca
  • Mengukuhkan ingatan
  • Dapat mengelak daripada mengantuk

aspirasidiri : Menggarap Kemahiran Membaca : ( 7 )

7. Cuba BENTUK Soalan ketika membaca
  • Uji Kefahaman / ingatan : 5W 1H ( What, When, Where, Why, Who, How)
  • Apa ? bila? di mana ? kenapa ? siapa ? bagaimana ?.

aspirasidiri : Menggarap Kemahiran Membaca : ( 6 )

6. Baca secara BERPERINGKAT
  • Peringkat permulaan : Baca sekali imbas untuk mendapatkan isi keseluruhannya.
  • Peringkat seterusnya : Membaca untuk mendapatkan maklumat.

07 September 2007

aspirasidiri : Menggarap Kemahiran Membaca : ( 5 )

5. Berada di dalam KEADAAN SELESA
  • Badan sihat, kalau demam, makan ubat dan berehatlah dahulu
  • Duduklah dalam keadaan tegak dan bersandar pada kerusi
  • Elakkan daripada berbaring / menyarap

aspirasidiri : Menggarap Kemahiran Membaca : ( 4 )

4. Membaca dalam SUASANA SELESA

  • Lampu terang / tenang / sunyi /
  • Udara segar dan mencukupi
  • Suhu bersesuaian
  • Pengudaran yang baik / kipas / arcond

aspirasidiri : Menggarap Kemahiran Membaca : ( 3 )

3. Membaca secara BERULANG-ULANG
  • Membantu mengingat isi / fakta dengan lebih baik
  • Menggelakkan dari tertinggal fakta-fakta penting

aspirasidiri : Menggarap Kemahiran Membaca : ( 2 )

2. Membaca secara MENYELURUH
  • Dari pengenalan hingga ayat terakhir. Jangan memilih sebahagian topik sahaja. Setiap isi saling berkaitan
  • Perhatikan juga gambar, gambarajah, graf, jadual, peta minda dan sebagainya

aspirasidiri : Menggarap Kemahiran Membaca : (1)

  1. Membaca secara BERHATI-HATI
  • Beri tumpuan sepenuhnya terhadap apa yang dibaca
  • Pastikan dapat memehami isi / fakta penting dalam bahan bacaan
  • Elakkan gangguan (radio, televisyen, bunyi bising, sms, mms)
  • Ulang jika tidak memahami apa yang dibaca

06 September 2007

aspirasidiri : Cara Belajar, Ke Mana Hala Tuju Kesudahannya ?


Sejak lebih 1400 tahun dahulu kita telah diperkenalkan dengan perkataan membaca. Bacalah, bacalah, bacalah. Diulang sehingga tiga kali. Pengajaran yang boleh dikutip dari kisah yang sangat terkenal ini, diberitahu kepada kita sejak kita mula belajar menulis dan membaca. Sekecil usia 6 tahun.

Apabila kita diminta untuk mempelajari sesuatu perkara, biasanya kita akan memulakannya dengan belajar membaca. Mula dengan diperkenalkan hurufnya, kemudian bunyi dan akhirnya kita akan diajar bagaimana memahami sesuatu maksud perkataan dan kemudian maksud ayat. Semuanya itu sampai kepada kita melalui belajar.

Pelbagai cara dan kaedah kita diajar sehinggalah kita mengenal alif itu alif, lam, lam, ha, Allah. Mim itu mim, ha, mim, dal, Muhammad. Kemudian kita diberitahu bagaimana untuk menyebutnya dengan lafaz yang betul dengan lahjah yang tepat dan sempurna. Kemudian kita diajar juga a, a, yam, ayam. Pada akhirnya kita dapat mengusai ilmu dengan membaca.
Pada zaman dahulu ilmu diperturunkan melalui lisan. Isi-isi sesuatu ilmu itu dihafal dari satu generasi ke satu generasi.

Sehinggalah pada suatu ketika manusia menyedari bahawa ilmu tidak boleh disimpan dengan satu cara melainkan mestilah mempunyai cara yang lain. Akhirnya manusia telah mencpita simbol-simbol yang berbentuk gambar dan garisan boleh difahami maksudnya.
Pada awalnya hanya garisan yang mempunyai pelbagai bentuk dan corak. Kemudian diperbaharui oleh generasi seterusnya dengan meletakkan tanda dan baris yang akhirnya tulisan-tulisan dan nombor-nombor itu sentiasa menjadi tatapan kita sehingga hari ini.

Dan mutakhir ini ilmu disimpan di dalam pelbagai bentuk dan cara. Begitulah ilmu itu berkembang. Semakin banyak ilmu itu dipelajari semakin sedikit pula rasanya ilmu yang kita ada. Semuanya ini berkaitan dengan bagaimana ilmu itu diperolehi dengan pelbagai kemahiran yang perlu dipelajari dan dikusai.

Iqra' bacalah. Bacalah dengan nama Tuhanmu yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang, Maha Mengetahui. Dengan cara yang betul dan tepat dengan menggunakan kaedah yang strategik sehingga kamu mahir dan mengusai serta beriltizam dengan kemahiran yang kamu pelajari itu. Belajarlah, cara belajar yang betul. Kuasailah kemahiran, kemahiran belajar yang betul. Kamu akan sampai ke destinasi yang dituju iaitu aspirasidiri unggul dan terbilang.

aspirasidiri : Meneroka Lautan Ilmu Dengan Kemahiran Dan Beriltizam Dengannya

  • Pendahuluan
  • Kemahiran Mengurus Masa
  • Kemahiran Bertanya
  • Kemahiran Mendengar
  • Kemahiran Membaca
  • Kemahiran Membuat Nota
  • Kemahiran Mengingat
  • Kemahiran Mengulangkaji
  • Kemahiran Menghadapi Peperiksaan

05 September 2007

aspirasidiri : UPSR Melabuhkan Tirainya


Dari jendela kamar, hari terakhir UPSR.




Kamar UPSR kembali sepi, menggamit tetamu datang dan pergi. Mengucapkan salam kejayaan buat Calon UPSR 2007.

03 September 2007

aspirasidiri : Perjuangan Dalam UPSR Telah Bermula



Calon-calon perlu TENANG, TABAH, YAKIN dan BERSERAH. Insya-Alah segala impian dan cita-cita akan menjadi kenyataan.

01 September 2007

aspirasidiri : Sesungguhnya Setelah Kesulitan Ada Kemudahan

Maka dari itu, janganlah anda merasa terhimpit sejengkal pun kerana setiap keadaan pasti berubah. Dan sebaik-baik ibadah ialah menanti kemudahan dengan sabar. Betapapun hari demi hari akan terus berganti. Tahun demi tahun akan selalunya berganti. Malam demi malam pun akan silih berganti. meski demikian yang ghaib akan terus tersembunyi. Dan Yang Maha Bijaksana tetap pada keadaan dan segala sifatNya. dan Allah mungkin akan mencipta sesuatu yang baru setelah itu semua, tetapi sesungguhnya setelah kesulitan itu tetap akan muncul kemudahan : Dipetik dari Kitab LA Tahzan , Dr AIDH ABDULLAH AL QARNI.

aspirasidiri : Muhasabah Menjelang Peperiksaan

  • Organ yang paling penting bagi menghadapi peperiksaan ialah otak. Otak kita memerlukan oksigen dan guklosa untuk berfungsi dengan cemerlang
  • Poster / gambar / rangkaikata yang di tampal di dinding dapat membantu anda mengulangkaji dengan sepontan
  • Sentiasa mengamalkan amalan yang boleh memelihara hati (mengaji Al-Quraan, puasa sunat, solat sunat malam, sunat hajat, istikharah, taubat)
  • Sentiasa mengawasi pencuri waktu belajar iaitu angan-angan kosong dan malas.

aspirasidiri : Pagi Peperiksaan

  • Mandi air suam
  • Solat hajat sebelum subuh (ikut kemampuan)
  • Sarapan
  • Minum glukos
  • Keluar rumah dengan memohon restu
  • Datang tidak terlalu awal / lewat

Modul Guru Penyayang

Posting Ke-2 Paling Popular (1041 Pelawat)(25873 Pelawat 14.4.2015)

Teks disusun dan dibacakan oleh nurabadi sempena hari Anugerah Cemerlang & Konvokesyen Pra Sekolah SK Seri Taman Kluang Barat 2011

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ

اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِ الْعَالَمِيْنَ حَمْدًا يُوَافِى نِعَامَهُ وَيُكَافِئُ مَزِيْدَهُ يَارَبَّنَا لَكَ الْحَمْدُ كَمَا يَنْبَغِيْ لِجَلاَلِ وَجْهِكَ وَعَظِيْمِ سُلْطَانِكَ اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ صَلاَةً تُنْجِيْنَا بِهَا مِنْ جَمِيْعِ اْلأَهْوَالِ وَاْلآفَاتِ وَتَقْضِيْ لَنَا بِهَا جَمِيْعَ الْحَاجَاتِ وَتُطَهِّرُنَا بِهَا مِنْ جَمِيْعِ السَّيِّئَاتِ وَتَرْفَعُنَا بِهَا عِنْدَكَ أَعْلَى الدَّرَجَاتِ وَتُبَلِّغُنَا بِهَا أَقْصَى اْلغَايَاتِ مِنْ جَمِيْعِ الْخَيْرَاتِ فِى الْحَيَاةِ وَبَعْدَ الْمَمَاتِ

اَللَّهُمَّ يَا حَيُّ يَا قَيُّوْمُ يَا ذَاالْجَلاَلِ وَاْلإِكْرَامِ

Kami memanjatkan kesyukuran kepada-Mu kerana mengizinkan kami untuk mengadakan dan berada dalam Majlis Anugerah Kecemerlangan dan Konvokesyen Pra Sekolah SK Seri Taman Kluang Barat, 2011

اَللَّهُمَّ يَا مُجِيْبَ الدَّعَوَاتِ وَقَاضِيَ الْحَاجَاتِ

Kami memohon kepada-Mu , agar Eangkau berkati majlis ini dengan limpahan rahman dan rahim-Mu, semoga segala usaha kami dalam menjayakan majlis ini mendapat keredhaan dan hidayah-Mu. Tidak juga lupa kepada para pendidik yang telah menyumbang khidmat dan menabur bakti mereka di sekolah yang bertuah ini .

اَللَّهُمَّ يَا قَوِيُّ يَا عَزِيْزُ يَا فَعَّالٌ لِّمَا يُرِيْدُ

Di saat ini juga kami rafa’kan tangan kehambaan mengharapkan ihsan-Mu agar Engkau teruskan dan lanjutkan kecemerlangan yang sudah kami capai samada dalam bidang akademik mahupun aspek pembinaan sahsiah insan dan seterusnya menganugerahkan kepada kami kecemerlangan demi kecemerlangan yang lebih bermakna dalam pelbagai bidang pada masa-masa akan datang.

اَللَّهُمَّ يَا مُهَيْمِنُ يَا رَقِيْبُ يَا ذَاالْجَلاَلِ وَاْلإِكْرَامِ

Jadikanlah pelajar-pelajar yang menerima hadiah dan sijil penghargaan pada hari ini sebagai pelajar-pelajar yang bersyukur di atas pengiktirafan ini. Jadikanlah mereka pelajar-pelajar yang akan sentiasa berusaha dengan gigih dan tekun untuk meningkatkan potensi dan prestasi mereka dalam bidang akademik mahupun ketrampilan peribadi yang luhur. Malah kami memohon daripada-Mu Ya Allah dengan penuh ketaakulan agar majlis anugerah ini akan menjadi sumber inspirasi kepada pelajar-pelajar lain supaya mereka sama-sama mengerah keringat dan menggembleng tenaga untuk mencapai kecemerlangan demi mengharumkan nama sekolah ini.


اللَّهُمَّ اجْعَلْ خَيْرَ أَعْمَارِنَا ءَاخِرُهُ وَخَيْرَ أَعْمَالِنَا خَوَاتِمُهُ وَخَيْرَ أيَّامِنَا يَوْمَ ألْقَاكَ فِيْهِ
اللَّهُمَّ اغْفِرْلَنَا ذُنُوْبَنَا وَلإِخْوَانِنَا الَّذِيْنَ سَبَقُوْنَا بِالإِيْمَانِ
وَلاَ تَجْعَلْ فِيْ قـُلُوْبِنَا غِلاًّ لِلَّذِيْنَ ءَامَنُوْا رَبَّنَاإنَّكَ رَءُوْفٌ رَحِيْمٌ
اَللَّهُمَّ اجْعَلْ جَمْعَنَا هَذَا جَمْعًا مَرْحُوْمًا وَتَفَرُّقَنَا مِنْ بَعْدِهِ تَفَرُّقًا مَعْصُوْمًا
وَلاَ تَجْعَلْ فِيْنَا وَلاَ مَعَنَا شَقِيًّا وَلاَ مَطْرُوْدًا وَلاَ مَحْرُوْمًا.

Ya Allah, jadikanlah perhimpunan kami ini sebagai satu perhimpunan yang dirahmati dan perpisahan kami pula selepas ini sebagai satu perpisahan yang diberkati dan dilindungi. Dan janganlah Engkau jadikan pada diri kami ini, dan mereka yang bersama kami, kebinasaan, dan menyingkirkan kami dari memperolehi rahmat

رَبَّنَا اصْرِفْ عَنَّا عَذَابَ جَهَنَّمَ إِنَّ عَذَابَهَا كَانَ غَرَامَا إِنَّهَا سَاءَتْ مُسْتَقَرًّا وَمُقَامًا
رَبَّنَا لاَ تُزِغْ قُلُوْبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا وَهَبْ لَنَا مِن لَّدُنْكَ رَحْمَةً إِنَّكَ أَنْتَ الْوَهَّابُ
رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
وَأَدْخِلْنَا الْجَنَّةَ مَعَ اْلأَبْرَارِ. يَا عَزِيْزُ يَاغَفَّارُ يَارَبَّ الْعَالَمِيْنَ
وَصَلَّى الله ُ وَسَلَّمَ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ.

Posting Paling Popular Sepanjang 2012 : (3163 Pelawat)

aspirasidiri : Jadual Waktu Belajar Persendirian (Hari Bersekolah & Cuti Sekolah)

Murid yang mampu mengurus masa berpotensi untuk mendapat pencapaian yang baik dalam bidang Akademik. Sehari kehidupan seorang murid sekolah menempuh aktiviti pembelajaran yang berbeza. Di sekolah seorang murid tertakluk dengan jadual yang disediakan oleh pihak sekolah. Namun bagaimana pula ketika berada di rumah. Aktiviti hujung minggu perlu dikawal Jangan biarkan ianya berlalu begitu sahaja. Sedaikan jadual hujung minggu disesuaikan dengan aktiviti anjuran sekolah. Jika sekolah mengadakan kelas tambahan pada minggu ke-2 dan ke-4, masukkan aktiviti tersebut di dalam jadual agar kita dapat merancang aktiviti hujng minggu dengan aktiviti yang selaras dengan diri kita yang masih bergelar murid sekolah. Bagaimana pula ketika sekolah sedang bercuti ? Cuti sekolah yang tidak dirancang merugikan kita. Peluang tersebut perlu kita ambil dengan kita mengatur masa belajar mengikut keselesaan kita. Jangan gadaikan masa depan dengan hanya berseronok sahaja. Apa yang kita lakukan sekarang ini natijah yang kita perolehi adalah di masa depan. Sekarang kita bersusah payah belajar, Insya Allah hidup kita akan selesa pada masa depan dengan kerjaya yang kita ceburi. Seperkara lagi, apabila kita menyusun jadual jangan kita lupa masukkan sekali matapelajaran sekolah agama, dan aktiviti belajar agama ( mengaji quran). Ini adalah kerana pengabaian kepada aktiviti belajar agama akan menyebabkan persiapan hidup kita akan pincang. Belajar akademik sahaja sedangkan belajar agama terabai. Kata Imam Syafie :

Barangsiapa yang Menginginkan Dunia …

مَنْ أَرَادَ الدُّنْيَا فَعَلَيْهِ بِالْعِلْمِ وَمَنْ أَرَادَ الآخِرَةَ فَعَلَيْهِ بِالْعِلْمِ

“Barangsiapa yang menginginkan dunia, maka hendaknya menuntut ilmu dan barangsiapa yang menginginkan akhirat, maka hendaknya ia menuntut ilmu”.

Jadual Waktu Persendirian Cuti Sekolah


Jadual Waktu Sekolah



Jadual Waktu Persendirian Hari Bersekolah

Modul PRS


Kandungan : Panduan Perlaksanaan PRS di Sekolah

++klikdownload++Modul P R S ++klikdownload++

Modul RIMUP 2011

Kandungan : Modul RIMUP 3H2M :
"Perhatian" Video Sejarah Kemerdikaan akan di UPLOAD di youtiube dalam masa terdekat. Akan dimaklumkan kemudian.

++klikdownload++Kertas Kerja RIMUP++klikdownload++

++klikdownload++Video RIMUP++klikdownload++

"Perkongsian" Perancangan UBK 2011 Untuk download


Kandungan : Perancangan Strategik, Rancangan Tahunan, Pelan Tindakan, Carta Gantt

++klikdownload++Buku Pengurusan UBK 2011++klikdownload++

Konvensyen PERASA Peringkat Kebangsaan ke-8

Ekslusif Buat Kulator & Kulaan Konvensyen

++klikdownload++ PERASA++klikdownload++

Modul Kajian Tindakan


Kandungan : Panduan Untuk Membuat Kajian Tindakan di Sekolah

++klikdownload++Modul Kajian Tindakan++klikdownload++

Modul Kepimpinan 2011


Kandungan : Modul Kepimpinan 3H2M, 1H di SK Perempuan Bandar

++klikdownload++Modul Kepimpinan++klikdownload++

"Perkongsian" Dokumen Kelab UBK SR Utk Download


Isi kandungan : Perlembagaan Kelab, Cth Aktiviti Tahunan, dll

++klikdownload++Dokumen Pengurusan Kelab UBK++klikdownload++

e-Pengurusan UBK untuk download

Sila dapatkan no unprotected untuk pengaktifan dengan meninggalkan e mail d soutmax
+++klik link ++++e pengurusan bdk++++klik link++++

Waman Jahada Fainnama Yujahidu Linafsih......

Saya admin aspirasidiri menyuarakan KECAMAN sekeras-kerasnya terhadap Laknatullah Rejim Zionis kerana melakukan serangan terhadap SAUDARA-saudara saya di ....GAZZA.... Jahanam, Jahanam Zionis, Hancur, Hancur Zionis. Ihzihum Wansurna Alaihim.... Saya berdoa agar rakyat Palastin tabah dan terus berjuang mempertahankan malahan menyerang keangkuhan Rejim Zionis... Menang atas Rejim Zionis atau Menang Sebagai SYAHID bertemu Allah... Yujahidu na Fi Sabilillah... Fayaktalun na wayuk talun ..... terus berjuang .... samada kamu membunuh atau di bunuh... .... Ya Allah Kami Tidak Dapat Berjuang Seperti Mereka..... tetapi kemi berdoa ... Wamautana, Bimauti Syuhada' ....seperti MEREKA.. Ijabata li dua'

jemput tinggalkan jejak di blog apirasidiri