Didikan Rohani Dengan Ibadah. عن عمرو بن شُعَيْبٍ عن أَبِيهِ عن جَدِّهِ قَالَ، قَالَ رسولُ الله صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : مُرُوا أَوْلاَدَكُمْ بِالصَّلاَةِ وَهُمْ أَبْنَاءُ سَبْع سِنِينَ وَاضْرِبُوهُمْ عَلَيْهَا وَهُمْ أَبْنَاءَ عَشْرِ سِنِينَ، وَفَرِّقُوا بَيْنَهُمْ فِي المَضَاجِعِ.[4] Yang bermaksud, Daripada ‘Amru bin Syu‘aib, daripada bapanya, daripada datuknya berkata, sabda Rasulullah saw: “Perintahlah anak-anakmu mendirikan solat ketika mereka berumur tujuh tahun dan pukullah mereka jika meninggalkannya ketika berumur sepuluh tahun serta pisahkan tempat tidur mereka.

Perkhidmatan

Pengiktirafan Majalah Pendidik kepada Blog Aspirasi Diri

Keluaran Disember 2010, MS 30

27 May 2009

Agama Dan Kademik Mesti Seiringan

“Agama dan Akademik Mesti Seiringan” – Nik

Nur Madihah

Sumber Ikatan Muslim Malaysia (N Sembilan)

madihah-bersama-ahli-wanita-isma

Kewajipan terhadap agama dan kecemerlangan akademik mestilah dilaksanakan seiringan kerana kita tidak mahu sekadar berjaya di dunia sahaja, sedangkan kejayaan di akhiratlah yang kekal abadi. Demikian tegas Nik Nur Madihah bt Nik Mohd Kamal, pelajar cemerlang SPM 2008 ketika ditemuramah oleh wartawan ISMA di rumahnya di Pengkalan Chepa, Kelantan baru-baru ini. Pencapaian Nik Nur Madihah mendapat 20A telah ‘menggemparkan’ negara kerana kejayaan ini diperolehi dalam keadaan hidup beliau yang serba daif seperti yang dipaparkan oleh media massa.

Ikuti wawancara penuh saudari Nik Nur Madihah bersama wartawan-wartawan ISMA (Muadz Mohammed Zain, Norzafry Norhalim dan Mohd Rusman Arief A Rahman) yang berkesempatan mendengar sendiri rahsia-rahsia di sebalik kejayaan luar biasa beliau. (W – Wartawan ISMA, M – Nik Nur Madihah)

[W] Boleh saudari ceritakan sedikit sebanyak tentang latar belakang diri, keluarga dan pendidikan?

[M] Pertama sekali, terima kasih kepada pihak ISMA kerana sudi mengunjungi saya di teratak ini. Seperti yang pihak media telah gembar-gemburkan, saya berasal daripada keluarga yang sederhana. Ayah saya seorang nelayan dan ibu saya sebelum ini seorang suri rumah sepenuh masa. Cuma bila saya telah tamat peperiksaan SPM dan mula bercuti, ibu saya bekerja sementara sebegai tukang dapur di Universiti Malaysia Kelantan. Saya merupakan anak sulung dari empat orang adik-beradik. Adik bongsu saya bersekolah dalam darjah lima.

[W] Bagaimanakah rutin harian saudari ketika hari persekolahan?

[M] Rutin harian saya macam pelajar biasa juga. Pergi dan balik sekolah. Kemudian menunaikan kewajipan sebagai pelajar Islam dan sebagai seorang anak, sama seperti pelajar-pelajar biasa.

[W] Kebiasaannya, hari-hari saudari bermula pada pukul berapa?

[M] Saya tidak mempunyai waktu bangun tidur yang tetap. Jika saya tidur awal, saya akan bangun pada pukul 4 atau 5 pagi. Kadang-kadang saya akan belajar sehingga pukul 2 pagi, tidur dan bangun pada subuh keesokan harinya.

[W] Pencapaian 20A ini bukan merupakan satu kejayaan yang biasa. Jadi apakah yang saudari lakukan untuk membolehkan saudari mencapai kejayaan tersebut? Jika sekadar belajar, pelajar lain pun melakukannya. Mungkin ada sesuatu yang lebih yang saudari lakukan?

[M] Saya belajar seperti orang lain juga. Saya baca buku seperti orang lain juga. Cuma apa yang lebih mungkin dari segi kesedaran yang saya membawa tanggungjawab yang besar. Saya sedar, saya adalah harapan ibu bapa dan ingin mengubah nasib mereka. Jadi saya kena selalu memotivasikan diri, kuatkan diri dan selalu dekatkan diri dengan Allah SWT kerana hubungan kita dengan Allah itulah yang berikan kita kekuatan untuk meneruskan perjuangan ini.

[W] Selain daripada itu, adakah usaha-usaha lain yang saudari lakukan? Contohnya menghadiri kelas tambahan, selalu bertanya cikgu, belajar berkumpulan dan sebagainya?

[M] Pertama sekali, yang paling penting ialah fokus seratus peratus di dalam kelas. Saya tidak mengambil mana-mana kelas tuisyen di luar dan bergantung seratus-peratus dengan pelajaran di sekolah. Jika ada perkara yang saya tidak faham, saya akan cepat-cepat berjumpa dengan cikgu tanpa bertangguh. Saya suka bertanya soalan kepada cikgu dan selalu berjumpa dan mendapatkan nasihat dari cikgu apabila saya mendapat markah yang rendah dan tidak memuaskan. Saya sentiasa mencari masa terluang kerana cikgu tidak akan sempat untuk menumpukan masanya kepada saya seorang di dalam kelas. Jadi saya akan berjumpa dengan cikgu walaupun pada waktu petang.

[W] Apakah yang mendorong saudari untuk mengambil sehingga 20 subjek?

[M] Terdapat banyak faktor yang mendorong saya untuk mengambil sehingga 20 subjek. Pertama, Islam sendiri menyuruh umatnya menuntut ilmu. Walaupun mengambil 20 subjek ini nampak sukar dan banyak, tetapi saya yakin jika kita niatkan menuntut ilmu kerana Allah Ta’ala, insya Allah semua itu akan jadi mudah dan akan dapat merasa kemanisan dalam menuntut ilmu. Seterusnya adalah faktor keluarga. Pada pemerhatian saya, kebanyakan pelajar terbaik datang dari keluarga yang senang. Jadi saya cuba mengambil langkah untuk membuktikan bahawa kemiskinan itu bukan penghalang kejayaan seseorang. Bukan niat saya untuk menunjuk-nunjuk atau membanggakan diri. Faktor yang ketiga ialah guru-guru. Guru-guru selalu memberi saya harapan dan ingin melihat saya mencipta satu kejayaan untuk sekolah.

[W] Mungkin saudari telahpun menjawab soalan ini. Apakah atau siapakah yang telah mejadi pendorong utama untuk saudari mencapai kejayaan 20A ini?

[M] Pertama sekali, Islam mengajar kita untuk berjaya. Saya lihat di sekeliling kita, umat kita semakin diperlekehkan dan semakin ditindas. Jadi, sudah tiba masanya untuk umat Islam bangkit kembali dan tiada cara lain, melainkan dengan melengkapkan diri dengan ilmu. Siapa yang mendorong saya? Sudah tentulah ibu bapa dan guru-guru. Ibu bapa yang memberikan kepercayaan penuh kepada saya untuk melihat saya berjaya dan mengubah nasib keluarga. Guru-guru selalu memberikan saya harapan dan selalu menasihatkan saya agar belajar bersungguh-sungguh dan buat yang terbaik untuk kita naikkan nama pelajar Islam.

madihah-bersama-ayah-beliauEncik Nik Mohd Kamal, ayah kepada Nur Madihah, memberikan kepercayaan sepenuhnya kepada anak beliau untuk berjaya dalam pelajaran.

[W] Bagaimana pula dengan faktor rakan-rakan? Sejauh manakah peranan mereka?

[M] Rakan-rakan semuanya membantu. Apabila saya menyatakan untuk mengambil 20 subjek, mereka memberikan dorongan. Apabila saya ingin bertanya sesuatu yang saya tidak faham, mereka sentiasa membantu dan menyokong dari belakang. Kami semua dari Maahad Muhammadi (Perempuan) sedar yang kami memikul tanggungjawab yang besar.

[W] Adakah di kalangan rakan-rakan saudari yang ingin mengikuti niat saudari untu mengambil banyak subjek?

[M] Ada juga yang mengambil banyak subjek seperti saya, tetapi tidaklah sampai 20 subjek. Ada yang mengambil 15 sehingga 17 subjek.

[W] Tidakkah berlaku perlanggaran waktu kelas apabila mengambil sehingga 20 subjek?

[M] Saya hanya mengambil 12 subjek teras (belajar secara formal di sekolah). Lapan subjek lagi saya belajar sendiri. Tiga dari lapan subjek tersebut mendapat bimbingan cikgu dari luar. Cikgu akan mengumpulkan pelajar-pelajar yang mengambil subjek tambahan dan mengadakan kelas pada waktu petang, hari Jumaat atau Sabtu serta pada hari cuti yang panjang.

[W] Apakah kaitannya antara menunaikan tanggungjawab saudari kepada agama dan kecemerlangan dalam pelajaran?

[M] Kewajipan terhadap agama dan kecemerlangan dalam pelajaran adalah dua perkara yang amat berkaitan. Bagi saya, jika ditinggalkan salah satu, maka kita tidak akan berjaya. Kedua-duanya perlu diambil berat. Ini kerana, sebagai umat Islam, kita tidak mahu sekadar berjaya di atas dunia sahaja kerana kita yakin bahawa kehidupan selepas mati itu wujud dan kita yakin bahawa negeri akhirat itu adalah kehidupan yang kekal abadi. Kerana itulah, kewajipan terhadap agama kita perlu letakkan di tempat yang pertama. Kemudian kita terus berusaha dan buat yang terbaik serta kita niatkan kerana Allah Ta’ala. Kita tidak mahu sekadar berjaya di atas dunia sahaja, kita mahu berjaya di akhirat juga.

[W] Jika kita perhatikan, ada orang yang berjaya mempunyai sahsiah yang baik dan ada juga yang mempunyai keperibadian yang sebaliknya dan melakukan perkara-perkara jahat. Jadi apakah kepentingan sahsiah yang baik dalam kecermelangan akademik?

[M] Allah SWT telah berfirman, Allah akan memberikan kejayaan kepada sesiapa sahaja yang berusaha, tidak kira sama ada Islam atau sebaliknya.Yang penting ialah keredhaan Allah Ta’ala. Kita tidak mahu sekadar menjadi seorang pelajar yang berjaya, tetapi kita ingin juga mempunyai sahsiah dan peribadi yang mulia sebab kita hidup bukan hanya seorang diri tetapi kita hidup bermasyarakat. Biarlah kita menjadi model untuk orang lain mempelajari ajaran Islam yang sebenar.

[W] Kita lihat kini belia-belia kita banyak terlibat dengan gejala sosial. Baru-baru ini, surat khabar melaporkan Tan Sri Musa Hasan menyebut tentang peningkatan kes-kes jenayah di kalangan pelajar. Pada pendapat saudari, bagaimanakah kita dapat menangani isu ini yang telah berlaku sekian lama?

[M] Bagi saya, perkara yang paling pokok, paling utama, dan paling mustahak ialah pendidikan agama bagi pelajar Islam dan pendidikan moral bagi pelajar bukan Islam. Ini kerana bagi pelajar Islam khususnya, bila kita belajar tentang agama dan praktikkan apa yang dipelajari dalam kehidupan seharian, istilah terjebak dengan gejala sosial ini tidak akan wujud. Ini kerana Islam ialah agama yang indah dan syumul. Inilah cara yang terbaik dan paling utama untuk membanteras gejala sosial. Bagi pelajar bukan Islam, kita didik mereka dengan pendidikan moral dan nilai-nilai murni dalam kehidupan.

gambar-bersama-rombongan-ismaKejayaan Nur Madihah diharap menjadi pendorong kepada golongan remaja dan belia lain untuk berusaha mengubah nasib diri dan ummah.

[W] Kembali semula kepada saudari yang mempunyai latarbelakang agama. Tidak banyak yang kita dengar tentang kejayaan pelajar-pelajar yang berlatarbelakangkan agama. Mereka selalu dilihat mempunyai pencapaian yang ‘biasa-biasa’ sahaja. Pada pandangan saudari, bagaimanakah caranya kita boleh meramaikan lagi pelajar-pelajar yang mempunyai latarbelakang agama yang baik dan dalam masa yang sama mempunyai pencapaian akademik yang hebat?

[M] Sebenarnya terdapat ramai pelajar beraliran agama yang berjaya. Entah bagaimana, kejayaan mereka seperti tersembunyi. Contohnya dari sekolah saya sendiri, terdapat ramai bekas pelajar yang mengambil PhD, keluar sebagai doktor dan sebagainya. Alhamdulillah, mereka berjaya kerana apabila didikan agama sudah kuat, kekuatan rohani telah kukuh, insyaAllah, perkara-perkara lain akan jadi mudah. Cara untuk meramaikan lagi pelajar beraliran agama yang berjaya ialah kita perlu meletakkan mereka dan juga para ulama di tempat yang sepatutnya dan mulia agar masyarakat melihat para ulama sebagai peribadi yang harus disanjung dan dijadikan ikutan.

[W] Ada satu pepatah berbunyi, harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama. Bagi saudari, apakah sumbangan yang saudari ingin tinggalkan untuk orang sekeliling bahkan untuk seluruh dunia sekalipun?

[M] Sebagaimana yang agama kita telah ajarkan, kita buat sesuatu biarlah kerana Allah Ta’ala dan biarlah kita berbakti di jalan-Nya, walau siapapun kita. Supaya Islam boleh tumpang, atau orang Kelantan kata boleh ‘tupe’. Seterusnya, bagi diri saya sendiri, dalam bidang apa pun yang saya ceburi kelak, saya harap dilakukan kerana Allah Ta’ala dan cuba sedaya upaya untuk praktikkan segala yang dipelajari untuk berkhidmat kepada masyarakat. Walau dalam bidang apapun yang diceburi, kita letakkan berkhidmat kepada Allah Ta’ala sebagai matlamat yang utama.

[W] Kebiasaannya, pelajar-pelajar yang bersekolah dalam aliran agama cenderung untuk meneruskan pengajian dalam bidang yang sama. Tetapi saudari memilih untuk menyambung pelajaran dalam bidang Fizik. Apakah keistimewaan di sebalik bidang Fizik ini?

[M] Pertama sekali, saya pilih bidang fizik ini kerana saya berminat dan telah ‘jatuh hati’ sejak mula mempelajarinya. Saya juga perhatikan bahawan bidang ini kurang dikuasai oleh orang Islam. Jadi, saya ingin mendalami bidang ini kerana pada pandangan saya, Fizik mampu memainkan peranan yang penting dalam banyak bidang terutamanya dalam bidang teknologi. Saya merasakan penguasaan teknologi perlu untuk umat Islam kembali menguasai dunia.

[W] Sebagai penutup, apakah pesanan yang ingin saudari sampaikan kepada kami dan generasi muda?

[M] Pertama sekali, saya ingin mengambil kesempatan untuk mengingatkan adik-adik generasi muda, termasuk diri saya sendiri, yang kita perlu sedar bahawa sudah tiba masanya untuk kita bangkit kembali dan sedar dari tidur yang lena. Maksud saya di sini ialah, kita perlu belajar bersungguh-sungguh untuk menimba ilmu pengetahuan. Dengan cara itu kita akan mencapai kejayaan. Elakkan diri dari terlibat dengan gejala sosial kerana itu ialah jarum yang dicucuk pada umat Islam yang pada masa kini kita tewas. Jadi sudah tiba masanya untuk bangkit kembali. Sentiasa ingat bahawa kita hidup untuk Allah Ta’ala dan kita perlu berusaha denga cara yang terbaik bagi meletakkan Islam pada tempatnya.

Oleh: Wartawan ISMA
Ikatan Muslim Malaysia

Modul Guru Penyayang

Posting Ke-2 Paling Popular (1041 Pelawat)(25873 Pelawat 14.4.2015)

Teks disusun dan dibacakan oleh nurabadi sempena hari Anugerah Cemerlang & Konvokesyen Pra Sekolah SK Seri Taman Kluang Barat 2011

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ

اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِ الْعَالَمِيْنَ حَمْدًا يُوَافِى نِعَامَهُ وَيُكَافِئُ مَزِيْدَهُ يَارَبَّنَا لَكَ الْحَمْدُ كَمَا يَنْبَغِيْ لِجَلاَلِ وَجْهِكَ وَعَظِيْمِ سُلْطَانِكَ اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ صَلاَةً تُنْجِيْنَا بِهَا مِنْ جَمِيْعِ اْلأَهْوَالِ وَاْلآفَاتِ وَتَقْضِيْ لَنَا بِهَا جَمِيْعَ الْحَاجَاتِ وَتُطَهِّرُنَا بِهَا مِنْ جَمِيْعِ السَّيِّئَاتِ وَتَرْفَعُنَا بِهَا عِنْدَكَ أَعْلَى الدَّرَجَاتِ وَتُبَلِّغُنَا بِهَا أَقْصَى اْلغَايَاتِ مِنْ جَمِيْعِ الْخَيْرَاتِ فِى الْحَيَاةِ وَبَعْدَ الْمَمَاتِ

اَللَّهُمَّ يَا حَيُّ يَا قَيُّوْمُ يَا ذَاالْجَلاَلِ وَاْلإِكْرَامِ

Kami memanjatkan kesyukuran kepada-Mu kerana mengizinkan kami untuk mengadakan dan berada dalam Majlis Anugerah Kecemerlangan dan Konvokesyen Pra Sekolah SK Seri Taman Kluang Barat, 2011

اَللَّهُمَّ يَا مُجِيْبَ الدَّعَوَاتِ وَقَاضِيَ الْحَاجَاتِ

Kami memohon kepada-Mu , agar Eangkau berkati majlis ini dengan limpahan rahman dan rahim-Mu, semoga segala usaha kami dalam menjayakan majlis ini mendapat keredhaan dan hidayah-Mu. Tidak juga lupa kepada para pendidik yang telah menyumbang khidmat dan menabur bakti mereka di sekolah yang bertuah ini .

اَللَّهُمَّ يَا قَوِيُّ يَا عَزِيْزُ يَا فَعَّالٌ لِّمَا يُرِيْدُ

Di saat ini juga kami rafa’kan tangan kehambaan mengharapkan ihsan-Mu agar Engkau teruskan dan lanjutkan kecemerlangan yang sudah kami capai samada dalam bidang akademik mahupun aspek pembinaan sahsiah insan dan seterusnya menganugerahkan kepada kami kecemerlangan demi kecemerlangan yang lebih bermakna dalam pelbagai bidang pada masa-masa akan datang.

اَللَّهُمَّ يَا مُهَيْمِنُ يَا رَقِيْبُ يَا ذَاالْجَلاَلِ وَاْلإِكْرَامِ

Jadikanlah pelajar-pelajar yang menerima hadiah dan sijil penghargaan pada hari ini sebagai pelajar-pelajar yang bersyukur di atas pengiktirafan ini. Jadikanlah mereka pelajar-pelajar yang akan sentiasa berusaha dengan gigih dan tekun untuk meningkatkan potensi dan prestasi mereka dalam bidang akademik mahupun ketrampilan peribadi yang luhur. Malah kami memohon daripada-Mu Ya Allah dengan penuh ketaakulan agar majlis anugerah ini akan menjadi sumber inspirasi kepada pelajar-pelajar lain supaya mereka sama-sama mengerah keringat dan menggembleng tenaga untuk mencapai kecemerlangan demi mengharumkan nama sekolah ini.


اللَّهُمَّ اجْعَلْ خَيْرَ أَعْمَارِنَا ءَاخِرُهُ وَخَيْرَ أَعْمَالِنَا خَوَاتِمُهُ وَخَيْرَ أيَّامِنَا يَوْمَ ألْقَاكَ فِيْهِ
اللَّهُمَّ اغْفِرْلَنَا ذُنُوْبَنَا وَلإِخْوَانِنَا الَّذِيْنَ سَبَقُوْنَا بِالإِيْمَانِ
وَلاَ تَجْعَلْ فِيْ قـُلُوْبِنَا غِلاًّ لِلَّذِيْنَ ءَامَنُوْا رَبَّنَاإنَّكَ رَءُوْفٌ رَحِيْمٌ
اَللَّهُمَّ اجْعَلْ جَمْعَنَا هَذَا جَمْعًا مَرْحُوْمًا وَتَفَرُّقَنَا مِنْ بَعْدِهِ تَفَرُّقًا مَعْصُوْمًا
وَلاَ تَجْعَلْ فِيْنَا وَلاَ مَعَنَا شَقِيًّا وَلاَ مَطْرُوْدًا وَلاَ مَحْرُوْمًا.

Ya Allah, jadikanlah perhimpunan kami ini sebagai satu perhimpunan yang dirahmati dan perpisahan kami pula selepas ini sebagai satu perpisahan yang diberkati dan dilindungi. Dan janganlah Engkau jadikan pada diri kami ini, dan mereka yang bersama kami, kebinasaan, dan menyingkirkan kami dari memperolehi rahmat

رَبَّنَا اصْرِفْ عَنَّا عَذَابَ جَهَنَّمَ إِنَّ عَذَابَهَا كَانَ غَرَامَا إِنَّهَا سَاءَتْ مُسْتَقَرًّا وَمُقَامًا
رَبَّنَا لاَ تُزِغْ قُلُوْبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا وَهَبْ لَنَا مِن لَّدُنْكَ رَحْمَةً إِنَّكَ أَنْتَ الْوَهَّابُ
رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
وَأَدْخِلْنَا الْجَنَّةَ مَعَ اْلأَبْرَارِ. يَا عَزِيْزُ يَاغَفَّارُ يَارَبَّ الْعَالَمِيْنَ
وَصَلَّى الله ُ وَسَلَّمَ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ.

Posting Paling Popular Sepanjang 2012 : (3163 Pelawat)

aspirasidiri : Jadual Waktu Belajar Persendirian (Hari Bersekolah & Cuti Sekolah)

Murid yang mampu mengurus masa berpotensi untuk mendapat pencapaian yang baik dalam bidang Akademik. Sehari kehidupan seorang murid sekolah menempuh aktiviti pembelajaran yang berbeza. Di sekolah seorang murid tertakluk dengan jadual yang disediakan oleh pihak sekolah. Namun bagaimana pula ketika berada di rumah. Aktiviti hujung minggu perlu dikawal Jangan biarkan ianya berlalu begitu sahaja. Sedaikan jadual hujung minggu disesuaikan dengan aktiviti anjuran sekolah. Jika sekolah mengadakan kelas tambahan pada minggu ke-2 dan ke-4, masukkan aktiviti tersebut di dalam jadual agar kita dapat merancang aktiviti hujng minggu dengan aktiviti yang selaras dengan diri kita yang masih bergelar murid sekolah. Bagaimana pula ketika sekolah sedang bercuti ? Cuti sekolah yang tidak dirancang merugikan kita. Peluang tersebut perlu kita ambil dengan kita mengatur masa belajar mengikut keselesaan kita. Jangan gadaikan masa depan dengan hanya berseronok sahaja. Apa yang kita lakukan sekarang ini natijah yang kita perolehi adalah di masa depan. Sekarang kita bersusah payah belajar, Insya Allah hidup kita akan selesa pada masa depan dengan kerjaya yang kita ceburi. Seperkara lagi, apabila kita menyusun jadual jangan kita lupa masukkan sekali matapelajaran sekolah agama, dan aktiviti belajar agama ( mengaji quran). Ini adalah kerana pengabaian kepada aktiviti belajar agama akan menyebabkan persiapan hidup kita akan pincang. Belajar akademik sahaja sedangkan belajar agama terabai. Kata Imam Syafie :

Barangsiapa yang Menginginkan Dunia …

مَنْ أَرَادَ الدُّنْيَا فَعَلَيْهِ بِالْعِلْمِ وَمَنْ أَرَادَ الآخِرَةَ فَعَلَيْهِ بِالْعِلْمِ

“Barangsiapa yang menginginkan dunia, maka hendaknya menuntut ilmu dan barangsiapa yang menginginkan akhirat, maka hendaknya ia menuntut ilmu”.

Jadual Waktu Persendirian Cuti Sekolah


Jadual Waktu Sekolah



Jadual Waktu Persendirian Hari Bersekolah

Modul PRS


Kandungan : Panduan Perlaksanaan PRS di Sekolah

++klikdownload++Modul P R S ++klikdownload++

Modul RIMUP 2011

Kandungan : Modul RIMUP 3H2M :
"Perhatian" Video Sejarah Kemerdikaan akan di UPLOAD di youtiube dalam masa terdekat. Akan dimaklumkan kemudian.

++klikdownload++Kertas Kerja RIMUP++klikdownload++

++klikdownload++Video RIMUP++klikdownload++

"Perkongsian" Perancangan UBK 2011 Untuk download


Kandungan : Perancangan Strategik, Rancangan Tahunan, Pelan Tindakan, Carta Gantt

++klikdownload++Buku Pengurusan UBK 2011++klikdownload++

Konvensyen PERASA Peringkat Kebangsaan ke-8

Ekslusif Buat Kulator & Kulaan Konvensyen

++klikdownload++ PERASA++klikdownload++

Modul Kajian Tindakan


Kandungan : Panduan Untuk Membuat Kajian Tindakan di Sekolah

++klikdownload++Modul Kajian Tindakan++klikdownload++

Modul Kepimpinan 2011


Kandungan : Modul Kepimpinan 3H2M, 1H di SK Perempuan Bandar

++klikdownload++Modul Kepimpinan++klikdownload++

"Perkongsian" Dokumen Kelab UBK SR Utk Download


Isi kandungan : Perlembagaan Kelab, Cth Aktiviti Tahunan, dll

++klikdownload++Dokumen Pengurusan Kelab UBK++klikdownload++

e-Pengurusan UBK untuk download

Sila dapatkan no unprotected untuk pengaktifan dengan meninggalkan e mail d soutmax
+++klik link ++++e pengurusan bdk++++klik link++++

Waman Jahada Fainnama Yujahidu Linafsih......

Saya admin aspirasidiri menyuarakan KECAMAN sekeras-kerasnya terhadap Laknatullah Rejim Zionis kerana melakukan serangan terhadap SAUDARA-saudara saya di ....GAZZA.... Jahanam, Jahanam Zionis, Hancur, Hancur Zionis. Ihzihum Wansurna Alaihim.... Saya berdoa agar rakyat Palastin tabah dan terus berjuang mempertahankan malahan menyerang keangkuhan Rejim Zionis... Menang atas Rejim Zionis atau Menang Sebagai SYAHID bertemu Allah... Yujahidu na Fi Sabilillah... Fayaktalun na wayuk talun ..... terus berjuang .... samada kamu membunuh atau di bunuh... .... Ya Allah Kami Tidak Dapat Berjuang Seperti Mereka..... tetapi kemi berdoa ... Wamautana, Bimauti Syuhada' ....seperti MEREKA.. Ijabata li dua'

jemput tinggalkan jejak di blog apirasidiri