Didikan Rohani Dengan Ibadah. عن عمرو بن شُعَيْبٍ عن أَبِيهِ عن جَدِّهِ قَالَ، قَالَ رسولُ الله صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : مُرُوا أَوْلاَدَكُمْ بِالصَّلاَةِ وَهُمْ أَبْنَاءُ سَبْع سِنِينَ وَاضْرِبُوهُمْ عَلَيْهَا وَهُمْ أَبْنَاءَ عَشْرِ سِنِينَ، وَفَرِّقُوا بَيْنَهُمْ فِي المَضَاجِعِ.[4] Yang bermaksud, Daripada ‘Amru bin Syu‘aib, daripada bapanya, daripada datuknya berkata, sabda Rasulullah saw: “Perintahlah anak-anakmu mendirikan solat ketika mereka berumur tujuh tahun dan pukullah mereka jika meninggalkannya ketika berumur sepuluh tahun serta pisahkan tempat tidur mereka.

Perkhidmatan

Pengiktirafan Majalah Pendidik kepada Blog Aspirasi Diri

Keluaran Disember 2010, MS 30

26 February 2010

aspirasidiri : STPM 2009, Tuah Anak Pembuat Bot

Anak pembuat bot dapat 5 prinsipal





Hadawiyah Mohammad bersama ibunya, Rakiah Mamat gembira dengan keputusan pelajar terbaik STPM Terengganu, di Kampung Seberang Marang, semalam.


KUALA TERENGGANU 25 Feb. - Walaupun kehidupannya tidak semewah pelajar lain, namun ia tidak menghalang Hadawiyah Mohammad, 20, cemerlang dalam peperiksaan.
Anak kepada pembuat bot, Mohamad Awang, 60, yang berasal dari Seberang Marang dekat sini, diumumkan sebagai pelajar terbaik Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) peringkat negeri Terengganu hari ini.
Menurut Hadawiyah, kejayaan itu merupakan hadiah paling bermakna buat ibu dan bapanya.
Bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tengku Lela Segara, Marang itu langsung tidak menyangka akan mendapat lima prinsipal dengan Pencapaian Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) 4.00.


aspirasidiri : STPM 2009, cacat bukan Penghalang

Pelajar cacat penglihatan tempah kejayaan

KUCHING 25 Feb. - Kepayahan mendapat bahan pembelajaran yang lengkap dalam tulisan Braille tidak pernah mematahkan semangat seorang pelajar cacat penglihatan Young Chee Yaw, 19, meraih keputusan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM).
Chee Yaw dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Batu Lintang di sini memperoleh keputusan A- dalam mata pelajaran Sejarah dan tiga B+ bagi mata pelajaran Pengajian Am, Pengajian Perniagaan dan Bahasa Malaysia.
Anak bongsu daripada tiga beradik yang cacat penglihatan sejak dilahirkan itu memang tidak menafikan yang dia menempuh banyak halangan bagi mendapatkan bahan pembelajaran untuk orang sepertinya.


aspirasidiri : STPM2009 , Kemiskinan Bukan Penghalang

Kemiskinan, kekurangan bukan halangan

KUALA LUMPUR 25 Feb. - Anak penjual sate, petani, penoreh getah, pembuat pasu dan kerani merupakan antara sembilan calon Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2009 yang dinobatkan sebagai pelajar cemerlang.
Ayu Faridah Nor Azman anak seorang penjual sate, Muhammad Najumuddin Firdaus Abdullah anak seorang petani serta Nurul Imani Zakaria anak seorang penoreh getah diumumkan sebagai pelajar cemerlang kerana memperoleh gred A untuk semua kertas peperiksaan yang diambil dan lulus Gred A untuk lima mata pelajaran.
Yap Jun Fai anak seorang kerani, Yong Kai Yi anak seorang peniaga kecil dan Hoo Xiao Mei anak kontraktor kecilan juga menerima anugerah pelajar cemerlang dengan memperolehi keputusan yang sama.


aspirasidiri : Pengumuman STPM 2009

48,446 calon lulus penuh STPM

KUALA LUMPUR 25 Feb. - Sebanyak 48,446 atau 92.55 peratus daripada 55,663 calon yang mengambil Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) tahun lepas lulus penuh dengan sekurang-kurangnya mencatatkan kelulusan satu mata pelajaran.
Pengerusi Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM), Tan Sri Dzulkifli Abdul Razak memberitahu, daripada jumlah itu sebanyak 4,316 calon lulus lima mata pelajaran, 29,670 lulus empat mata pelajaran), 9,797 lulus tiga mata pelajaran, 7,412 lulus dua mata pelajaran dan 6,251 lulus satu mata pelajaran.
Tambahnya, sebanyak 15 calon mencapai keputusan cemerlang iaitu memperoleh Gred A dalam lima mata pelajaran iaitu enam dalam aliran sains dan sembilan dalam aliran sastera berbanding 13 orang pada tahun 2008.

22 February 2010

aspirasidiri : Sukan

Pelajar sekolah wajib sertai sukan mulai tahun depan


BANDAR JENGKA: Kementerian Pelajaran akan mewajibkan setiap pelajar sekolah menyertai aekurang-kurangnya satu jenis sukan mulai tahun depan.

Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata setiap penyertaan pelajar dalam sukan akan diberi mata kredit.

Katanya cadangan itu bertujuan mengembalikan kecermerlangan sukan di sekolah.

19 February 2010

aspirasidiri : Menjana Aspirasi Diri

Sekolah Rendah Agama Bersepadu (S.R.A.B)
Taman Intan Kluang, Johor
19-02-2010

Nurabadi dalam Bicara Menjana Aspirasi Diri Fasa 1 (Jan-Mac)

1. Menghuraikan tentang menjana aspirasi untuk kecemerlangan dalam UPSR 2010
    Makna aspirasirasi diri, kepentingan dan penegasan dalam diri agar berkekalan.

2. Menjelaskan langkah yang patut di ambil dengan "melakukan sesuatu" untuk mencapai    kecemerlangan.
     Ubah sikap, cara berfikir, meninggalkan keselesaan. Perubahan perlu dilakukan sekarang.
      
3. Mengamalkan strategi tertentu melaluai amalan belajar, mengurus masa meliputi masa untuk Allah, Untuk keluarga dan masa untuk diri sendiri.

4. Membentuk hati yang baik, hati yang tenang dan akhlak yang mulia melalui pendekatan Al Quraan, Al Hadith


aspirasidiri : Psikologi Perkembangan _Keperluan Anak Mengikut Usia_ Peringkat Remaja

D. Peringkat Remaja

Peringkat Remaja merupakan peringkat paling mencabar bagi anak dan ibu bapa. pada peringkat ini keperluan anak adalah seperti berikut :

1. Membantu menyalurkan dorongan kejantinaan melalui cara yang positif. Bimbingan keremajaan melalui pendekatan agama adalah amat sesuai.

2. Membantu untuk memperoleh kebebasan diri secara beransur-ansur. Pandangan tentang masa depan yang lebih jelas.

3. Galakkan membentuk untuk membentuk nilai diri. Rasa bertanggungjawab terhadap diri keluarga dan masyarakat.

4. Galakkan dan bantuan terhadap matlamat pendidikan dan kerjaya.

5. Memberikan pendedahan dan pendidikan secukupnya tentang isu-isu ancaman di sekeliling remaja. Mendedahkan kesan jangka panjang jika terjerunus di dalam aktiviti tidak sihat.

18 February 2010

aspirasidiri : Psikologi Perkembangan _Keperluan Anak Mengikut Usia_ Peringkat Sekolah Rendah

C, Peringkat Sekolah Rendah
Pada peringkat sekolah rendah keperluan adalah seperti berikut.

1. Menyeimbangkan maklumat yang diperolehi di rumah dengan maklumat yang dioerolehi di dunia luar
2. Membentuk sahsiah diri melalui contoh teladan yang baik dari ibu bapa
3. Galakan dalam pencapaian pelbagai aspek seperti akademik, ko-ko, dan sosial. Walaupun anak telah dibimbing oleh guru di pererkitaran sekolah, namun ibu bapa masih merupakan individu penting dan utama serta berkesan dalam menggelakan pencapaian anak.
4. Galakan terhadap bakat dan keistimewaan tertentu. Ibu bapa perlu memberikan galakkan agar potensi yang ada tidak terus malap dan akhirnya terhapus begitu sahaja. Memberikan rangsangan, menyediakan latihan dan peluang sebaik mungkin bagi mendalami potensi dirinya.
5. Bantuan bagi mencapai harga diri yang tinggi. Seperti juga pencapaian yang tinggi dalam kehidupan, ibu bapa juga individu yang utama dan berkesan dalam membentuk rasa hormat diri anak.

15 February 2010

aspirasidiri : Psikologi Perkembangan _Keperluan Anak Mengikut Usia_ Peringkat Pra Sekolah

B. Peringkat Pra Sekolah

Pada peringkat ini keperluan adalah seperti berikut
1. Dari segi penjagaan anak masih memerlukan ibu bapa walaupun tidak sepenuhnya. Pada peringkat ini anak mula berdikari dalam peringkat asas hasil sokongan dan seperti makan dan memakai pakaian hasil sokongan dan galakan ibu bapa di peringkat sebelumnya. Namun mereka masih perlukan sokongan bagi membentuk sikap berdikari dan autonomi.




aspirasidiri : Psikologi Perkembangan _Keperluan Anak Mengikut Usia_Peringkat Bayi

A. Peringkat Bayi

1. Penjagaan sepenuhnya, menyeluruh dalam kebanyakkan aspek hidupnya.Menyuap makanan, maemakaikan pakaian, membersihkan badan, menjaga keselamatan dll. Mereka bergantung dengan orang dewasa bagi memenuhi segala kepseluannya.
2. Perhubungan Emosi, walaupun masih kecil anak sudah mempunyai perasaan tertentu. Perhubungan      emosi antara anak dengan ibu bapa penting dalam membantu anak untuk berkembang secara normal.
3. Rasa selamat hasil daripada kepercayaan bahawa mereka telah dipelihara dengan baik. Apabila anak mendapat penjagaan dengan baik, mereka akan meletakkan kepercayaan bahawa ibu bapa mampu memberikan suasana selamat dengan mereka.
4. Apabila usia semaikn meningkat, mereka mula mempunyai perasaan untuk mengawal kehidupan lebih-lebih lagi dengan sokongan ibu bapa.


aspirasidiri : Jauh di Sudut Hati.......ula ika kal an am, bal hum adhol...

Astagfirullah....

KUALA KRAI 13 Feb. – Sepanjang minggu ini sudah ada empat kes buang bayi.
Tetapi yang berlaku hari ini paling kejam dan meruntun perasaan.
Dengan tali pusat yang masih segar dan uri melekat di tubuhnya, bayi lelaki berkulit cerah ini dicampakkan ke dalam tong sampah!
Di atasnya diletak timbunan rumput, kayu dan kepingan zink.
Paling memilukan, si kecil yang dipercayai baru berusia beberapa hari ini dibakar!

11 February 2010

aspirasidiri : Doa Kejohanan Olahraga Tahunan

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْم
الْـحَمْدُ للهِ الذِيْ بِنِعْمَتِهِ تَتِمّ ُالصَّالِـحَاتُ، وَالصَّلاَة ُوَالسَّلاَمُ عَلَى رَسُوْلِنَا الأمِيْنَ وَعَلَى ءَألِهِ وَأصْحَابهِِ أجْـمَعِيْنَ
Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim,
Sesungguhnya pada pagi ini, kami menadah tangan menzahirkan rasa kesyukuran atas iradat-Mu, yang telah menentukan dan mengizinkan kami untuk berhimpun pada pagi yang berbahagia ini, di dalam Kejohanan Olahraga Tahunan SK Sri Taman Kluang Barat, Kluang. Johor

Ya Allah, Ya Muhaimin, Ya Aziz, Ya Jabbar,

Justeru itu, kami memohon kepada-Mu, sejahterakanlah tubuh badan kami, sejahterakanlah pendengaran kami, sejahterakanlah penglihatan kami, kurniakanlah kepada kami keazaman dan kesungguhan untuk bersaing secara sihat, dan jauhkanlah kami daripada sebarang perkara-perkara yang tidak diingini.

Ya Allah, Ya Hayyu, Ya Qayyum,

Kurniakanlah kepada kami kekayaan ilmu pengetahuan dan hiasilah diri kami dengan sifat lemah-lembut, muliakanlah kami dengan ilmu dan amal, serta sempurnakanlah keindahan diri kami dengan keimanan dan ketaqwaan.

Ya Allah, Ya Faarijal Hamm wa Ya Kaashifal Gham,


Berkatilah usaha-usaha kami, mudah-mudahan dengan usaha-usaha kami ini, akan dapat melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan syakhsiah.

اَللَّهُمَّ اجْعَلْ جَمْعَنَا هَذَا جَمْعًا مَرْحُوْمًا، وَتَفَرُّقَـَنَا مِنْ بَعْدِهِ تَفَرُّقاً مَعْصُوْمًا، وَلاَ تَجْعَلِ اللَّهُمَّ فِيْنَا وَلاَ مَعَنَا وَلاَ مَنْ يَتْبَعُنَا شَقِيًّا وَلاَ مَطْرُوْدًا وَلاَ مَحْرُوْمًا
اللَّهُمَّ اغْفِرْلَنَا ذُنُوْبَنَا وَلإِخْوَانِنَا الَّذِيْنَ سَبَقُوْنَا بِالإِيْمَانِ وَلاَ تَجْعَلْ فِيْ قـُلُوْبِنَا غِلاًّ لِلَّذِيْنَ ءَامَنُوْا رَبَّنَا إنَّكَ رَءُوْفٌ رَحِيْمٌ
رَبَّنَا ءَاتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَة ً وَفِي الأخِرَةِ حَسَنَة ًوَقِنَا عَذَابَ النَّار
ِوَصَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ، وَالْحَمْدُلِلَّهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ

08 February 2010

aspirasidiri : Keperluan Anak Mengikut Usia

Disedari atau tidak anak-anak sentiasa memerlukan ibu bapa walaupun telah dewasa. Ia memerlukan keperluan perkembangan yang dilalui oleh hampir setiap anak. Apa yang berubah dan berbeza hanyalah perkara yang diperlukan. Sekiranya ibu bapa faham akan keperluan seperti ini maka adalah lebih mudah bagi mereka untuk mengendalikan anak yang melalui peringkat perkembangan yang berubah-ubah.




Peringkat perkembangan :
1. Peringkat bayi
2. Peringkat Pra Sekolah
3. Peringkat Sekolah Rendah
4. Peringkat Remaja
5. Peringkat Awal Dewasa

Setiap stage perkembangan ini mempunyai keperluan yang berbeza berdasarkan keperluan.

06 February 2010

aspirasidiri : Tiada Tumpuan Punca Kegagalan

 Menjana Aspirasi Diri
SK Parit Bingan, Parit Raja, Batu Pahat, Johor
5-02-2010

Tiada tumpuan PUNCA  kegagalan
Apabila murid tidak memberi tumpuan apa yang berlaku ?

1. Tidak faham isi pelajaran, akibatnya :
2. Tidak mampu menyiapkan kerja sekolah, akibatnya :
3. Meniru kerja sekolah, akibatnya :
4. Dalam ujian/peperiksaan mendapat markah yang rendah, gagal,  akibatnya :
5. Dia merasakan dirinya bodoh, lemah, tiada harapan, ditambah pula dengan tanggapan rakan, ibu bapa dll. akibatnya
6. Yang lebih memudaratkan menganggap dia tiada masa depan, akibatnya
7. Dia mula MALAS belajar, dia mula rasa dirinya tidak guna belajar. Anggap belajar hanya untuk gagal, akibatnya :
8. Mula idea yang bukan-bukan untuk berseronok….  Akibatnya…...
INILAH KESAN UTAMA KERANA TIDAK MEMBERI TUMPUAN SEMASA BELAJAR






Apa Yang Kita Fikir, Apa Yang Kita Tahu, Atau Apa Yang Kita Percaya,   sebenarnya Tidaklah Begitu Penting. Kerana Yang Lebih Penting Ialah APA YANG KITA LAKUKAN SEKARANG INI









01 February 2010

aspirasidiri : lensa 2 blogers bimbingan & kaunseling

nurish @ afraima nurish77.blogspot.com
nurabadi aspirasidiri.blogspot.com
tanpa dirancang, pertemuan penuh makna..

aspirasidiri : Kaedah rangsangan dan tindak balas

Mengikut kaeadah ini anak-anak hendaklah diberi rangsangan yang positif yang membolehkan mereka bertindak secara positif. jangan berikan rangsangan negatif kerana ianya akan memberikan kesan terhadap tingkahlaku mereka. Rangsangan positif melalui dua cara

1. Melalui kata-kata serta contoh teladan, ucapakan kata kata positif seperti pandai, bijak, bagus, rajin, positif, proaktif, dinamik,  berdaya maju dan berikan alasan terhadap setiap perkataan yang disebut dan tujuan kita berkata demikian supaya mereka faham bahawa ucapan tersebut ada tujuan yang jelas dan bukan kata-kata kosong. Kamu rajin kerana kamu sering membuat ulang kaji, kamu proaktif kerana kamu melakukan ulangkaji tannpa di suruh..... demikianlah contoh ungkapan

2. Melalui perbuatan. Untuk menggalakkan anak-anak kita gemar membaca Al Quran maka kita melakukannya terlebih dahulu. Kita membaca untuk kita sendiri dan biarkan mereka mendengarnya. Selepas itu barulah kita menyuruh anak kita mengaji. Wujudkan suasana cintakan Al Quran di rumah,  belikan keset CD berkaitan Bacaan Al Quraan. Secara tidak langsung tingkahlakunya akan berubah ke arah positif dan yang penting ialah kita perlukan sedikit kesabaran dalam proses mendidik. Kita membaca dahuli baru meminta anak kita membaca. Kita mengawal tingkahlaku menonton barulah kita meminta anaka kita mengawal aktiviti menonon, begitulah yang seterusnya.

Modul Guru Penyayang

Posting Ke-2 Paling Popular (1041 Pelawat)(25873 Pelawat 14.4.2015)

Teks disusun dan dibacakan oleh nurabadi sempena hari Anugerah Cemerlang & Konvokesyen Pra Sekolah SK Seri Taman Kluang Barat 2011

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ

اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِ الْعَالَمِيْنَ حَمْدًا يُوَافِى نِعَامَهُ وَيُكَافِئُ مَزِيْدَهُ يَارَبَّنَا لَكَ الْحَمْدُ كَمَا يَنْبَغِيْ لِجَلاَلِ وَجْهِكَ وَعَظِيْمِ سُلْطَانِكَ اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ صَلاَةً تُنْجِيْنَا بِهَا مِنْ جَمِيْعِ اْلأَهْوَالِ وَاْلآفَاتِ وَتَقْضِيْ لَنَا بِهَا جَمِيْعَ الْحَاجَاتِ وَتُطَهِّرُنَا بِهَا مِنْ جَمِيْعِ السَّيِّئَاتِ وَتَرْفَعُنَا بِهَا عِنْدَكَ أَعْلَى الدَّرَجَاتِ وَتُبَلِّغُنَا بِهَا أَقْصَى اْلغَايَاتِ مِنْ جَمِيْعِ الْخَيْرَاتِ فِى الْحَيَاةِ وَبَعْدَ الْمَمَاتِ

اَللَّهُمَّ يَا حَيُّ يَا قَيُّوْمُ يَا ذَاالْجَلاَلِ وَاْلإِكْرَامِ

Kami memanjatkan kesyukuran kepada-Mu kerana mengizinkan kami untuk mengadakan dan berada dalam Majlis Anugerah Kecemerlangan dan Konvokesyen Pra Sekolah SK Seri Taman Kluang Barat, 2011

اَللَّهُمَّ يَا مُجِيْبَ الدَّعَوَاتِ وَقَاضِيَ الْحَاجَاتِ

Kami memohon kepada-Mu , agar Eangkau berkati majlis ini dengan limpahan rahman dan rahim-Mu, semoga segala usaha kami dalam menjayakan majlis ini mendapat keredhaan dan hidayah-Mu. Tidak juga lupa kepada para pendidik yang telah menyumbang khidmat dan menabur bakti mereka di sekolah yang bertuah ini .

اَللَّهُمَّ يَا قَوِيُّ يَا عَزِيْزُ يَا فَعَّالٌ لِّمَا يُرِيْدُ

Di saat ini juga kami rafa’kan tangan kehambaan mengharapkan ihsan-Mu agar Engkau teruskan dan lanjutkan kecemerlangan yang sudah kami capai samada dalam bidang akademik mahupun aspek pembinaan sahsiah insan dan seterusnya menganugerahkan kepada kami kecemerlangan demi kecemerlangan yang lebih bermakna dalam pelbagai bidang pada masa-masa akan datang.

اَللَّهُمَّ يَا مُهَيْمِنُ يَا رَقِيْبُ يَا ذَاالْجَلاَلِ وَاْلإِكْرَامِ

Jadikanlah pelajar-pelajar yang menerima hadiah dan sijil penghargaan pada hari ini sebagai pelajar-pelajar yang bersyukur di atas pengiktirafan ini. Jadikanlah mereka pelajar-pelajar yang akan sentiasa berusaha dengan gigih dan tekun untuk meningkatkan potensi dan prestasi mereka dalam bidang akademik mahupun ketrampilan peribadi yang luhur. Malah kami memohon daripada-Mu Ya Allah dengan penuh ketaakulan agar majlis anugerah ini akan menjadi sumber inspirasi kepada pelajar-pelajar lain supaya mereka sama-sama mengerah keringat dan menggembleng tenaga untuk mencapai kecemerlangan demi mengharumkan nama sekolah ini.


اللَّهُمَّ اجْعَلْ خَيْرَ أَعْمَارِنَا ءَاخِرُهُ وَخَيْرَ أَعْمَالِنَا خَوَاتِمُهُ وَخَيْرَ أيَّامِنَا يَوْمَ ألْقَاكَ فِيْهِ
اللَّهُمَّ اغْفِرْلَنَا ذُنُوْبَنَا وَلإِخْوَانِنَا الَّذِيْنَ سَبَقُوْنَا بِالإِيْمَانِ
وَلاَ تَجْعَلْ فِيْ قـُلُوْبِنَا غِلاًّ لِلَّذِيْنَ ءَامَنُوْا رَبَّنَاإنَّكَ رَءُوْفٌ رَحِيْمٌ
اَللَّهُمَّ اجْعَلْ جَمْعَنَا هَذَا جَمْعًا مَرْحُوْمًا وَتَفَرُّقَنَا مِنْ بَعْدِهِ تَفَرُّقًا مَعْصُوْمًا
وَلاَ تَجْعَلْ فِيْنَا وَلاَ مَعَنَا شَقِيًّا وَلاَ مَطْرُوْدًا وَلاَ مَحْرُوْمًا.

Ya Allah, jadikanlah perhimpunan kami ini sebagai satu perhimpunan yang dirahmati dan perpisahan kami pula selepas ini sebagai satu perpisahan yang diberkati dan dilindungi. Dan janganlah Engkau jadikan pada diri kami ini, dan mereka yang bersama kami, kebinasaan, dan menyingkirkan kami dari memperolehi rahmat

رَبَّنَا اصْرِفْ عَنَّا عَذَابَ جَهَنَّمَ إِنَّ عَذَابَهَا كَانَ غَرَامَا إِنَّهَا سَاءَتْ مُسْتَقَرًّا وَمُقَامًا
رَبَّنَا لاَ تُزِغْ قُلُوْبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا وَهَبْ لَنَا مِن لَّدُنْكَ رَحْمَةً إِنَّكَ أَنْتَ الْوَهَّابُ
رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
وَأَدْخِلْنَا الْجَنَّةَ مَعَ اْلأَبْرَارِ. يَا عَزِيْزُ يَاغَفَّارُ يَارَبَّ الْعَالَمِيْنَ
وَصَلَّى الله ُ وَسَلَّمَ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ.

Posting Paling Popular Sepanjang 2012 : (3163 Pelawat)

aspirasidiri : Jadual Waktu Belajar Persendirian (Hari Bersekolah & Cuti Sekolah)

Murid yang mampu mengurus masa berpotensi untuk mendapat pencapaian yang baik dalam bidang Akademik. Sehari kehidupan seorang murid sekolah menempuh aktiviti pembelajaran yang berbeza. Di sekolah seorang murid tertakluk dengan jadual yang disediakan oleh pihak sekolah. Namun bagaimana pula ketika berada di rumah. Aktiviti hujung minggu perlu dikawal Jangan biarkan ianya berlalu begitu sahaja. Sedaikan jadual hujung minggu disesuaikan dengan aktiviti anjuran sekolah. Jika sekolah mengadakan kelas tambahan pada minggu ke-2 dan ke-4, masukkan aktiviti tersebut di dalam jadual agar kita dapat merancang aktiviti hujng minggu dengan aktiviti yang selaras dengan diri kita yang masih bergelar murid sekolah. Bagaimana pula ketika sekolah sedang bercuti ? Cuti sekolah yang tidak dirancang merugikan kita. Peluang tersebut perlu kita ambil dengan kita mengatur masa belajar mengikut keselesaan kita. Jangan gadaikan masa depan dengan hanya berseronok sahaja. Apa yang kita lakukan sekarang ini natijah yang kita perolehi adalah di masa depan. Sekarang kita bersusah payah belajar, Insya Allah hidup kita akan selesa pada masa depan dengan kerjaya yang kita ceburi. Seperkara lagi, apabila kita menyusun jadual jangan kita lupa masukkan sekali matapelajaran sekolah agama, dan aktiviti belajar agama ( mengaji quran). Ini adalah kerana pengabaian kepada aktiviti belajar agama akan menyebabkan persiapan hidup kita akan pincang. Belajar akademik sahaja sedangkan belajar agama terabai. Kata Imam Syafie :

Barangsiapa yang Menginginkan Dunia …

مَنْ أَرَادَ الدُّنْيَا فَعَلَيْهِ بِالْعِلْمِ وَمَنْ أَرَادَ الآخِرَةَ فَعَلَيْهِ بِالْعِلْمِ

“Barangsiapa yang menginginkan dunia, maka hendaknya menuntut ilmu dan barangsiapa yang menginginkan akhirat, maka hendaknya ia menuntut ilmu”.

Jadual Waktu Persendirian Cuti Sekolah


Jadual Waktu Sekolah



Jadual Waktu Persendirian Hari Bersekolah

Modul PRS


Kandungan : Panduan Perlaksanaan PRS di Sekolah

++klikdownload++Modul P R S ++klikdownload++

Modul RIMUP 2011

Kandungan : Modul RIMUP 3H2M :
"Perhatian" Video Sejarah Kemerdikaan akan di UPLOAD di youtiube dalam masa terdekat. Akan dimaklumkan kemudian.

++klikdownload++Kertas Kerja RIMUP++klikdownload++

++klikdownload++Video RIMUP++klikdownload++

"Perkongsian" Perancangan UBK 2011 Untuk download


Kandungan : Perancangan Strategik, Rancangan Tahunan, Pelan Tindakan, Carta Gantt

++klikdownload++Buku Pengurusan UBK 2011++klikdownload++

Konvensyen PERASA Peringkat Kebangsaan ke-8

Ekslusif Buat Kulator & Kulaan Konvensyen

++klikdownload++ PERASA++klikdownload++

Modul Kajian Tindakan


Kandungan : Panduan Untuk Membuat Kajian Tindakan di Sekolah

++klikdownload++Modul Kajian Tindakan++klikdownload++

Modul Kepimpinan 2011


Kandungan : Modul Kepimpinan 3H2M, 1H di SK Perempuan Bandar

++klikdownload++Modul Kepimpinan++klikdownload++

"Perkongsian" Dokumen Kelab UBK SR Utk Download


Isi kandungan : Perlembagaan Kelab, Cth Aktiviti Tahunan, dll

++klikdownload++Dokumen Pengurusan Kelab UBK++klikdownload++

e-Pengurusan UBK untuk download

Sila dapatkan no unprotected untuk pengaktifan dengan meninggalkan e mail d soutmax
+++klik link ++++e pengurusan bdk++++klik link++++

Waman Jahada Fainnama Yujahidu Linafsih......

Saya admin aspirasidiri menyuarakan KECAMAN sekeras-kerasnya terhadap Laknatullah Rejim Zionis kerana melakukan serangan terhadap SAUDARA-saudara saya di ....GAZZA.... Jahanam, Jahanam Zionis, Hancur, Hancur Zionis. Ihzihum Wansurna Alaihim.... Saya berdoa agar rakyat Palastin tabah dan terus berjuang mempertahankan malahan menyerang keangkuhan Rejim Zionis... Menang atas Rejim Zionis atau Menang Sebagai SYAHID bertemu Allah... Yujahidu na Fi Sabilillah... Fayaktalun na wayuk talun ..... terus berjuang .... samada kamu membunuh atau di bunuh... .... Ya Allah Kami Tidak Dapat Berjuang Seperti Mereka..... tetapi kemi berdoa ... Wamautana, Bimauti Syuhada' ....seperti MEREKA.. Ijabata li dua'

jemput tinggalkan jejak di blog apirasidiri