Didikan Rohani Dengan Ibadah. عن عمرو بن شُعَيْبٍ عن أَبِيهِ عن جَدِّهِ قَالَ، قَالَ رسولُ الله صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : مُرُوا أَوْلاَدَكُمْ بِالصَّلاَةِ وَهُمْ أَبْنَاءُ سَبْع سِنِينَ وَاضْرِبُوهُمْ عَلَيْهَا وَهُمْ أَبْنَاءَ عَشْرِ سِنِينَ، وَفَرِّقُوا بَيْنَهُمْ فِي المَضَاجِعِ.[4] Yang bermaksud, Daripada ‘Amru bin Syu‘aib, daripada bapanya, daripada datuknya berkata, sabda Rasulullah saw: “Perintahlah anak-anakmu mendirikan solat ketika mereka berumur tujuh tahun dan pukullah mereka jika meninggalkannya ketika berumur sepuluh tahun serta pisahkan tempat tidur mereka.

Perkhidmatan

Pengiktirafan Majalah Pendidik kepada Blog Aspirasi Diri

Keluaran Disember 2010, MS 30

28 March 2011

aspirasidiri : Pemantauan Perkhidmatan BDK

En Rosli & En Rafiz
Pegawai Psikologi & Pegawai  Kaunseling dan Kerjaya
PPD Kluang

Terima Kasih
Atas Bimbingan Yang Diberikan
Insya Allah UBK SK Seri Taman Kluang Barat
Meneruskan Tradisi Kecemerlangan Perkhidmatan

aspirasidiri : Tahniah buat S Sue _ Convocation UTM ke-46

Tahniah Mok Su Nani


Tahniah Buat Siti Suriani binti Hj Ahmad Basri adinda tersayang atas penganugerahan Ijazah Sains Komputer (industri) pada Majlis Pengijazahan Konvokesyen UTM ke 46 (27-03-2011). Kalau ada peluang sambung belajar tau. 
Juga Selamat menempuh alam pekerjaan pada 1.4.2011 sebagai Asst. Manager di TM Jalur Lebar Cawangan Bandar Mas. Terima Kasih tidak terhingga buat Ayahanda HJ Ahmad Basri Hj Kanimin dan Ibunda Hjh Maryati Hj Sardi atas kesabaran mendidik kami semua (6 beradik) sehingga kami berjaya di dalam bidang masing-masing. Terima kasih mak, terima kasih abah. Budi mu kami tak terbalas jua. Didoakan Moga Allah sentiasa memberkati dari dunia hingga ke Akhirat. Ameen.

24 March 2011

aspirasidiri : Sekitar Pengumuman Keputusan SPM 2010

 Tahniah buat Nur Sarah Syafiqah bt Ismail di atas kejayaan di dalam SPM 2010 daripada Pak Ngah, Mak Ngah dan Mujahid.

Kepada yang mendapat keputusan yang kurang cemerlang, SPM bukan segala-galanya. Usaha lagi demi kejayaan masa depan.

Kepada Bakal Calon SPM 2011, baca paparan tentang kejayaan calon SPM 2010, pelajari  dari mereka rahsia kejayaan mereka.

Sokongan ibu, tinggal di asrama banyak kelebihan
2011/03/24

KUALA LUMPUR: “Ibu menjadi sumber inspirasi. Sokongan berterusan ibu membolehkan saya memperoleh keputusan cemerlang ini,” kata pelajar Sekolah Menengah Agama Persekutuan (SMAP) Kajang, Izzat Zaid, yang memperoleh keputusan 11A Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang diumumkan semalam.

Bimbingan guru yang penuh berdedikasi, kata Izzat, turut membantunya memahami sesuatu topik sukar dengan mudah.
“Tinggal di asrama banyak kelebihan, kami selesa mengadakan perbincangan bersama. Pelajar lebih mudah merujuk masalah dengan guru yang sentiasa komited membantu,” katanya anak kedua daripada empat beradik yang bercita-cita menjadi seorang pakar motivasi.

Bagi pelajar cemerlang Sekolah Sains Seri Puteri (SESERI), Nur Syahira Zulkefli, tiada rahsia tertentu melainkan memberi sepenuh tumpuan terhadap sesi pengajaran dan pembelajaran (P&P) dalam kelas.

Dia yang berjaya meraih 10 A+, berkata selain memberi tumpuan sepenuhnya ketika proses P&P, pembahagian masa untuk belajar penting dalam memastikan tiada masa terbuang begitu saja.

“Masa belajar di asrama pada waktu petang dan malam dimanfaatkan untuk menyiapkan tugasan sekolah, manakala selebihnya mengulang kaji pelajaran,” katanya.

Pelajar cemerlang SPM Sekolah Menengah Kebangsaan Aminuddin Baki (SABKL), May Lee Cai Ling, 18, berkata dia gembira dengan keputusan dan terharu apabila diberitahu dia tersenarai di kalangan pelajar cemerlang kebangsaan.
“Memberi tumpuan ketika guru mengajar dan menyiapkan semua tugasan adalah kunci kejayaan saya,” katanya yang memperuntukkan lima hingga enam jam setiap hari untuk mengulang kaji pelajaran.



Pelajar Cina antara 17 pelajar terbaik Terengganu dalam peperiksaan SPM

KUALA TERENGGANU: Seorang pelajar Cina antara 17 pelajar terbaik Terengganu dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2010, turut mencatat sejarah manis apabila memperoleh A+ bagi mata pelajaran Tasawwur Islam dalam peperiksaan itu.

Wong Yujing, 18, dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Sulaiman di sini, juga memperoleh 10A+ dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Pendidikan Moral, Sejarah, Matematik, Matematik Tambahan, Fizik, Kimia dan Biologi.


  • Foto TUJUH belas pelajar terbaik seluruh sekolah Terengganu gembira memperoleh gred cemerlang bagi semua mata pelajaran selepas pengumuman keputusan SPM di SMK Agama Tok Jiring, Kuala Terengganu, semalam.
  • Foto WONG menunjukkan mata pelajaran Tasawwur Islam yang mendapat A+ pada slip keputusan SPM di Sekolah Menengah Agama Tok Jiring, Kuala Terengganu, semalam.
Pelajar Cina antara 17 pelajar terbaik Terengganu dalam peperiksaan SPM

KUALA TERENGGANU: Seorang pelajar Cina antara 17 pelajar terbaik Terengganu dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2010, turut mencatat sejarah manis apabila memperoleh A+ bagi mata pelajaran Tasawwur Islam dalam peperiksaan itu.

Wong Yujing, 18, dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Sulaiman di sini, juga memperoleh 10A+ dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Pendidikan Moral, Sejarah, Matematik, Matematik Tambahan, Fizik, Kimia dan Biologi.

Pelajar yang berasal dari Kampung Gong Badak itu berkata dia mula mengikuti kelas Tasawwur Islam sejak Tingkatan Empat dan minatnya untuk mengambil mata pelajaran itu tersemai kerana dikelilingi rakan beragama Islam hingga timbul keinginan untuk mendalami agama Islam.

Pelajar yang berasal dari Kampung Gong Badak itu berkata dia mula mengikuti kelas Tasawwur Islam sejak Tingkatan Empat dan minatnya untuk mengambil mata pelajaran itu tersemai kerana dikelilingi rakan beragama Islam hingga timbul keinginan untuk mendalami agama Islam.
"Saya minat hendak tahu mengenai Islam kerana ia agama rasmi Malaysia dan ingin tahu pandangan orang Islam terhadap kehidupan. Tidak sukar memahami mata pelajaran ini kerana rakan yang beragama Islam sering membantu, selain guru yang mengajar dengan penuh tumpuan walaupun saya bukan Islam.

"Malah, saya mendapat sokongan kuat ibu bapa dan mereka tidak membantah saya mengambil mata pelajaran ini. Saya cuma belajar sendiri dengan bantuan guru dan rakan serta mentelaah buku teks," kata anak sulung daripada tiga beradik itu yang ditemui selepas pengumuman keputusan SPM di SMK Agama Tok Jiring di sini, semalam.

Sementara itu, bagi Faizah Omar, 18, dari SMKA Tok Jiring, kepayahan dan pengorbanan ibunya, Farinah Tan Abdullah, 54, membesarkan mereka sembilan beradik menjadi pendorong untuknya belajar bersungguh-sungguh dan mendapatkan keputusan cemerlang dalam SPM, sebagai membalas jasa ibunya itu.

"Saya kehilangan bapa yang meninggal dunia akibat penyakit ketumbuhan otak sejak berumur tujuh tahun. Malah, bapa juga tidak pernah melihat wajah saya kerana dia buta sejak saya dilahirkan. Ibulah yang bertungkus-lumus menyara keluarga melakukan pelbagai kerja termasuk membantu menjual dan membungkus kuih,” katanya yang memperoleh 11A+.
Seorang lagi pelajar terbaik SPM negeri, Nur Zulaikha Ismail, 18, dari SMKA Tok Jiring, berkata kemiskinan keluarganya berikutan bapa, Ismail Othman, 50, yang bekerja sebagai buruh di kilang papan menguatkan tekad untuknya berjaya dalam pelajaran.

"Saya mahu buktikan bahawa kemiskinan bukan penghalang untuk kita memperoleh kejayaan," katanya yang juga bercita-cita menjadi ahli farmasi.

Cemerlang walaupun cacat penglihatan





MUHAMMAD Ammar Ibrahim Astar menerima pujian istimewa daripada ibunya, Wan Mahani Asri di SMK Tengku Panglima Perang Tengku Muhammad, Kuantan, semalam.


KUANTAN 23 Mac - Walaupun cacat penglihatan sejak berusia sembilan tahun, ia tidak menghalang Muhammad Ammar Ibrahim Astar, 19, untuk mencapai keputusan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2010 yang diumumkan hari ini.
Anak keempat daripada 11 beradik yang bercita-cita menjadi pensyarah dalam bidang Ekonomi Islam itu, mendapat keputusan 7A, 2B dalam peperiksaan tersebut.
Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tengku Panglima Perang Tengku Muhammad di sini itu merupakan pelajar cemerlang peringkat negeri bagi kategori calon istimewa (cacat penglihatan).
Muhammad Ammar Ibrahim ketika ditemui gembira dengan kejayaan tersebut dan amat bersyukur kerana memperoleh keputusan cemerlang itu.
"Saya amat berterima kasih kepada guru dan rakan-rakan yang banyak membantu dalam pembelajaran dan ibu bapa saya yang banyak memberi sokongan dan dorongan sehingga boleh mencapai tahap begini," katanya.
Anak peneroka Felda Jengka 24, Maran itu merupakan antara pelajar cemerlang SPM yang diumumkan oleh Pengarah Pelajaran Pahang, Datuk Mazlan Mohammad, di sini hari ini.
Muhammad Ammar Ibrahim berkata, kekurangannya menjadikan dia seorang yang begitu tabah dalam menghadapi pelbagai kesukaran ketika belajar.
"Memang agak susah untuk belajar kerana kebanyakan buku teks masih tidak menggunakan tulisan Braille namun dengan bantuan guru-guru dan rakan-rakan sekolah, saya dapat belajar dengan mudah," katanya.
Sementara itu, ibunya, Wan Mahani Asri, 42, berkata, dia gembira dengan pencapaian anaknya itu walaupun keadaan anaknya tidak seperti pelajar yang lain.
"Saya bangga dengan Muhammad Ammar kerana dia tidak pernah menjadikan kekurangan yang ada pada dirinya sebagai alasan malah saya tidak pernah menggangap dia ada kekurangan," ujarnya.
Bapa pelajar terbabit, Astar Ali, 47, turut mengucapkan terima kasih kepada guru yang mengajar anaknya sehingga berjaya dalam SPM.
"Kami sekeluarga sentiasa memberikan dorongan kepadanya supaya berjaya dalam kehidupan dan menjadi manusia berguna," ujarnya.

Keputusan cemerlang hadiah untuk bapa





Nur Farah Natasha menunjukkan slip peperiksaan kepada ibu bapanya, Ahmad Tarmizi Salleh dan Norashimah Zakaria di SM Teknik, Johor Bahru, semalam.


JOHOR BAHRU 23 Mac - Anak pemandu teksi, Nur Farah Natasya Ahmad Tarmizi, 18, turut menyertai senarai pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2010 yang keputusannya diumumkan hari ini.
Pelajar Sekolah Menengah Teknik Johor Bahru yang memperoleh 9A+ dan 1B+ itu berkata, kejayaan tersebut merupakan 'hadiah' istimewa untuk bapanya, Ahmad Tarmizi Salleh, 44, yang setiap pagi akan menghantar dan mengambilnya sejauh 25 kilometer dari rumah di Ulu Tiram.
"Terima kasih kepada ayah dan ibu serta guru-guru yang sentiasa memberikan semangat untuk saya mendapat keputusan cemerlang ini," katanya kepada Utusan Malaysia hari ini.
Anak sulung daripada dua beradik itu berhasrat melanjutkan pengajian dalam bidang Asasi Sains di Universiti Malaya dan bercita-cita menjadi pensyarah dalam bidang kejuruteraan kimia.
Nur Farah Natasya berkata, resipi kejayaannya adalah sentiasa mengulang kaji pelajaran dan memberikan tumpuan ketika guru mengajar.
"Saya hanya mengambil tuisyen ketika peperiksaan hampir tiba," katanya.
Sementara itu, guru bimbingan kaunseling SM Teknik Johor Bahru, Norhasimah Hashim berkata, sekolah tersebut turut dianugerahkan Sekolah Cemerlang bagi kategori Sekolah Teknik seluruh Johor dengan 100 peratus pelajar lulus dengan Gred Purata Sekolah (GPS) 2.62.
Seramai sembilan pelajar sekolah itu mendapat 10A+ dan ia adalah pencapaian terbaik dan menunjukkan peningkatan berbanding keputusan 2009.


Pelajar yang berasal dari Kampung Gong Badak itu berkata dia mula mengikuti kelas Tasawwur Islam sejak Tingkatan Empat dan minatnya untuk mengambil mata pelajaran itu tersemai kerana dikelilingi rakan beragama Islam hingga timbul keinginan untuk mendalami agama Islam.

"Saya minat hendak tahu mengenai Islam kerana ia agama rasmi Malaysia dan ingin tahu pandangan orang Islam terhadap kehidupan. Tidak sukar memahami mata pelajaran ini kerana rakan yang beragama Islam sering membantu, selain guru yang mengajar dengan penuh tumpuan walaupun saya bukan Islam.

"Malah, saya mendapat sokongan kuat ibu bapa dan mereka tidak membantah saya mengambil mata pelajaran ini. Saya cuma belajar sendiri dengan bantuan guru dan rakan serta mentelaah buku teks," kata anak sulung daripada tiga beradik itu yang ditemui selepas pengumuman keputusan SPM di SMK Agama Tok Jiring di sini, semalam.

Sementara itu, bagi Faizah Omar, 18, dari SMKA Tok Jiring, kepayahan dan pengorbanan ibunya, Farinah Tan Abdullah, 54, membesarkan mereka sembilan beradik menjadi pendorong untuknya belajar bersungguh-sungguh dan mendapatkan keputusan cemerlang dalam SPM, sebagai membalas jasa ibunya itu.

"Saya kehilangan bapa yang meninggal dunia akibat penyakit ketumbuhan otak sejak berumur tujuh tahun. Malah, bapa juga tidak pernah melihat wajah saya kerana dia buta sejak saya dilahirkan. Ibulah yang bertungkus-lumus menyara keluarga melakukan pelbagai kerja termasuk membantu menjual dan membungkus kuih,” katanya yang memperoleh 11A+.
Seorang lagi pelajar terbaik SPM negeri, Nur Zulaikha Ismail, 18, dari SMKA Tok Jiring, berkata kemiskinan keluarganya berikutan bapa, Ismail Othman, 50, yang bekerja sebagai buruh di kilang papan menguatkan tekad untuknya berjaya dalam pelajaran.

"Saya mahu buktikan bahawa kemiskinan bukan penghalang untuk kita memperoleh kejayaan," katanya yang juga bercita-cita menjadi ahli farmasi.

Kejayaan kakak dorong Aliaa dapat 11A+

TASEK GELUGOR 23 Mac - Kejayaan kakak melanjutkan pengajian ke universiti menjadi perangsang kepada Aliaa Shafinas Mohd. Don, 18, sehingga menjadi salah seorang daripada tiga pelajar terbaik di negeri ini dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2010 dengan mendapat 11A+.
Bagi anak kepada pasangan Mohd. Don Hassan, 44, dan Azian Ibrahim, 43, itu, kakaknya, Ainatul Mardhiah, 20, yang kini mengikuti kursus Kejuruteraan Kimia di Universiti Teknologi Petronas adalah idolanya dan berazam mengikuti jejak langkahnya ke menara gading.
Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Al Irshad itu memberitahu, dua rakan baiknya, Nur Syazadiyanah Suraini dan Hafizati Ishak juga banyak memberi galakan serta perangsang kepadanya untuk belajar bersungguh-sungguh.
"Cara belajar saya amat ringkas kerana tiada jadual belajar yang khusus, tetapi berpegang kepada doa dan amal dalam setiap yang saya lakukan sama ada ulang kaji pelajaran atau kegiatan harian di sekolah.
"Setiap hari saya akan siapkan dulu kerja sekolah yang diarahkan oleh guru sebelum mengulangkaji mata pelajaran yang agak sukar seperti Fizik, Kimia, Biologi dan Matematik Tambahan," katanya ketika ditemui pemberita di sekolah itu hari ini.
Tambahnya, satu lagi rahsia kejayaannya adalah tidak malu bertanya kepada guru sekiranya ada subjek yang agak sukar difahami serta agak lemah.
Ditanya tentang perancangan untuk menyambung pengajian, Aliaa berkata, dia amat meminati bidang kewangan Islam dan sumber manusia serta berhasrat melanjutkan pengajian ke Universiti Islam Antarabangsa Malaysia atau Universiti Malaya.
Sementara itu, bagi Mohd. Don, dia amat berbangga dengan kejayaan yang dicapai oleh anak kedua daripada lima beradik itu dan bersyukur kerana Aliaa terpilih sebagai salah seorang pelajar terbaik di Pulau Pinang.
"Saya tidak pernah memaksa dia untuk belajar, namun sentiasa memantau keputusan peperiksaan serta kegiatan kokurikulum.
"Harapan saya agar kejayaan Aliaa ini menjadi perangsang kepada pelajar lain di negeri ini untuk mencapai keputusan cemerlang dalam peperiksaan selepas ini," ujar peniaga kereta terpakai itu.

Rahsia Mann Wei dapat 11A+

SUNGAI PETANI 23 Mac - Anak seorang guru, Lim Mann Wei, 18, muncul sebagai antara pelajar terbaik Kedah apabila memperoleh 11A+ dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2010.
Mann Wei dari Bakar Arang di sini, membuktikan usaha gigih, konsisten dan fokus sebagai pemangkin untuk mencatatkan keputusan cemerlang dalam peperiksaan itu.
Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Ibrahim itu memperoleh A+ dalam Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Pendidikan Moral, Sejarah, Matematik, Matematik Tambahan, Prinsip Akaun, Fizik, Kimia, Biologi dan Bahasa Cina.
Kata Mann Wei, kejayaan itu merangsangnya untuk mencipta kejayaan lebih cemerlang apabila ditawarkan melanjutkan pengajian di universiti kelak.
"Saya amat gembira dan berterima kasih kepada guru-guru serta keluarga yang banyak membantu," katanya ketika ditemui di sini hari ini.
Menurut Mann Wei, dia memberikan tumpuan sepenuhnya dalam kelas dan berganding bahu dengan rakan-rakan mengulang kaji pelajaran setiap hari selepas tamat waktu persekolahan.
"Selain itu, saya juga aktif dalam kegiatan kokurikulum dan sentiasa mengekalkan tahap disiplin yang tinggi," jelasnya.
Dalam pada itu, Pengetua SMK Ibrahim, Ramli Abd. Rahman berkata, Mann Wei merupakan pelajar yang berdedikasi dan sentiasa gigih untuk memperoleh kecemerlangan dalam setiap peperiksaan.
"Dia merupakan antara pelajar contoh yang patut diikuti pelajar-pelajar lain," jelasnya.
Ramli juga memberitahu, selain Mann Wei, seorang lagi pelajar SMK Ibrahim iaitu Kugan Ishwar Sivamuni, 18, turut memperoleh 10A+ dan muncul antara pelajar terbaik keseluruhan di negeri ini.

Rahsia dapat keputusan cemerlang





MICHELLE Goh Vivian (tengah) bersama Dayang Yasmin Abang Abd. Wahab (dua dari kanan) dan Dayang Nur Farahany Awang Sulaiman (kanan sekali) serta dua rakan lain gembira dengan keputusan cemerlang SPM yang diperoleh di Kuching, semalam.


KUCHING 23 Mac - Makan sambil mentelaah pelajaran menjadi amalan anak seorang kerani, Michelle Goh Vivian, 18, membolehkannya mencatat keputusan cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang diumumkan hari ini.
Menurut Michelle, dengan makan dia dapat menumpukan perhatian ketika belajar kerana membuatkannya berasa segar dan bertenaga.
"Orang kata, kalau makan nanti rasa mengantuk tetapi bagi saya apabila makan rasa lebih bersemangat untuk belajar. Jadi setiap kali saya mengulang kaji pelajaran, saya akan mengunyah sesuatu.
"Namun, saya pastikan makanan itu berkhasiat seperti buah-buahan dan salad kerana saya tidak mahu berat badan bertambah gara-gara terlebih makan," katanya ketika ditemui di sini hari ini.
Gadis itu merupakan salah seorang daripada 19 pelajar cemerlang di Sekolah Menengah Batu Lintang (SMK) yang berjaya memperoleh A dalam semua 10 mata pelajaran yang diambil.
Sementara itu, Dayang Yasmin Abang Abd. Wahab memberitahu, dia dan rakannya, Dayang Nur Farahany Awang Sulaiman dengan masing-masing mendapat 9A 1B lebih selesa belajar dalam suasana yang bising supaya tidak mudah mengantuk.
"Tumpuan amat penting bagi memastikan kita benar-benar faham terhadap sesuatu subjek. Sebab itu kami lebih gemar belajar sambil mendengar muzik untuk elak tertidur semasa mengulang kaji pelajaran.
"Lagipun ia melatih otak kita supaya cekap membuat beberapa kerja dalam satu masa," katanya.

Berkat restu arwah ibu

KUALA LUMPUR: Walaupun kehilangan ibunya sejak setahun lalu, ia tidak melunturkan semangat pelajar cemerlang, Nur Farahhuda Zainal Abidin, 17, untuk mencatat keputusan 9A dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2010, yang diumumkan semalam.
Berkat usaha gigih tidak mengenal jemu mengulangkaji pelajaran, pelajar Sekolah Menengah Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (SMSSAAS), Shah Alam itu, akhirnya mencapai impiannya mendapat semua A dalam subjek yang diambil.

Bagaimanapun, anak bongsu daripada empat beradik itu, berkata kegembiraannya mendapat keputusan cemerlang tetap tidak dapat membendung perasaan sedih dan hiba apabila teringatkan arwah ibunya yang sangat mementingkan disiplin dan pelajaran.
“Saya gembira mendapat keputusan ini dan tidak pernah mengharapkan sebarang hadiah, hanya mahu berjaya dalam pelajaran seterusnya mencapai cita-cita menjadi pakar perubatan.

“Dalam mencapai keputusan cemerlang, bukan saja saya akan memberi tumpuan penuh ketika cikgu mengajar, saya juga akan mengulangkaji di perpustakaan negeri setiap Sabtu dan Ahad,” katanya, semalam.

Belajar berkumpulan petua semua A


PELAJAR Sekolah Sultan Alam Shah bersorak gembira dengan kejayaan mereka mencatatkan keputusan cemerlang dalam peperiksaan SPM selepas mengambil keputusan masing-masing di Putrajaya, semalam.


PUTRAJAYA 23 Mac - Langkah memberi perhatian penuh di dalam kelas dan belajar secara berkumpulan adalah petua pencapaian cemerlang 52 pelajar Sekolah Sultan Alam Shah (SAS) meraih A dalam semua mata pelajaran dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2010.
Berkongsi rahsia tersebut, Muhammad Farid Ibrahim, 18, yang berjaya memperoleh 10 A+ berkata, amalan teknik belajar itu akhirnya berbaloi dan membuahkan hasil yang menggembirakan.
"Selain itu saya membuat banyak latihan dalam mata pelajaran yang kurang dikuasai seperti Matematik Tambahan untuk meningkatkan pemahaman saya," katanya kepada Utusan Malaysia ketika mengambil keputusan SPM di SAS, di sini hari ini.
Muhammad Farid merupakan salah seorang daripada 52 calon SPM sekolah berasrama penuh (SBP) itu yang meraih A dalam semua mata pelajaran.
Paling membanggakan ialah tujuh daripada keseluruhan 183 calon mendapat 10 A+ dalam semua mata pelajaran yang diambil.
Berkongsi resipi yang sama, Muhammad Farid Abdul Wahab, 18, yang turut mendapat 10A+ dalam semua mata pelajaran.
"Terima kasih juga saya ucapkan kepada guru-guru yang tidak henti-henti memberi bantuan dan bimbingan kepada pelajar-pelajar," katanya yang bercita-cita menjadi doktor.
Sementara itu, Muhamad Farhan Khairul Anuar, 18, berkata, kejayaan mendapat 10 A dalam SPM itu adalah berkat usahanya mengulang kaji pelajaran tanpa jemu bersama rakan-rakan.
Dia yang aktif dalam permainan ragbi memberitahu, belajar secara berkumpulan dapat membantunya memahami sesuatu topik dengan lebih cepat dan berkesan berbanding belajar secara bersendirian.

Mentor-menti bantu Sekolah Seri Puteri kekal cemerlang

CYBERJAYA 23 Mac - Program mentor-menti banyak membantu 48 pelajar cemerlang Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) Sekolah Seri Puteri mendapat A bagi semua mata pelajaran dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2010.
Menurut salah seorang pelajar tersebut, Hanie Farhana Hamdi, 18, yang mendapat 9A, program mentor-menti sememangnya sesuatu yang diperlukan setiap pelajar sebelum menghadapi SPM.
Menurutnya, meskipun sibuk sebagai penolong ketua pelajar di sekolah, ia tidak menjejaskan tumpuannya terhadap pelajaran.
"Dalam program itu, seorang guru ditugaskan memantau seorang pelajar untuk menyiapkan kerja rumah serta mengulang kaji pelajaran.
"Peluang di asrama juga dimanfaatkan dengan sebaik mungkin kerana waktu mengulang kaji pelajaran juga terhad," katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui semasa mengambil keputusan SPM di Sekolah Seri Puteri, di sini hari ini.
Sementara itu, Nurul Fadhilah Syahirah Ismail, 18, berkata, kejayaan memperoleh 9A dalam SPM adalah berkat memberi tumpuan dalam kelas dan tidak segan bertanya kepada rakan serta guru jika menghadapi kesukaran dalam sesuatu subjek.
Dia yang bercita-cita menjadi doktor, memperuntukkan lima jam sehari untuk mengulang kaji tanpa meninggalkan kegemaran melakukan aktiviti riadah pada waktu lapang.
"Saya mengulang kaji pelajaran tanpa mengikut jadual tetap, tetapi saya akan pastikan segala kerja rumah yang diberikan setiap hari wajib disiapkan," katanya.
Sementara itu, seorang lagi pelajar yang mendapat 9A, Nur Ilham Nadia Nain, 18, turut bersetuju yang program mentor-menti banyak membantu kejayaannya itu.
"Jadual ulang kaji yang diatur bersama rakan-rakan yang menyertai program itu di bawah seliaan guru banyak membantu dalam pembelajaran.
"Saya berusaha dengan gigih bagi mencapai keputusan tersebut. Pada masa sama, keluarga juga banyak memberi dorongan dan semangat kepada saya untuk mencatat keputusan cemerlang ini," katanya yang ingin melanjutkan pelajaran ke luar negara.
Pencapaian Sekolah Seri Puteri bagaimanapun menurun apabila hanya 48 calon mendapat semua A berbanding 60 pelajar pada 2009.


22 March 2011

aspirasidiri : Bimbingan & Kaunseling Perspektif ISLAM (Update)

Membangunkan Roh
Sasaran ini bertujuan membangunkan jiwa manusia untuk menghargai kemuliaan Penciptanya. Allah telah memuliakan penciptaan manusia dengan meniupkan Rohnya pada diri manusia.

Maksud Firman Allah :
Dialah (Allah) yang mengindahkan segala sesuatu yang diciptakanNya, dan memulakan ciptaan manusia dari tanah, kemudian disempurnakan  (kejadian)nya, dan ditiupkan kepadanya dari rohNya dan dijadikan bagi kamu pendengaran, penglihatan dan hati, sedikit sekali yang bersyukur. (Surah Assajadah 6-8)


Secara singkat proses pentajdid roh adalah melalui peningkatan :
1. Kecintaan kepada Allah
2. Takut kepada Allah
3. Yakin kepada Allah
4. Patuh kepada Allah
5. Peningkatan rasa tanggungjawab terhadap amal Islami dalam pelbagai bidang dan bentuknya.
6. Penentangan terhadap musuh-musuh Allah.

20 March 2011

aspirasidiri : Bimbingan & Kaunseling Perspektif ISLAM

SK Temenggong Ibrahim Penggaram BP
Pengenalan.
Terdapat berbagai pendekatan B&K kini. Pendekatan tertumpu kepada masalah yang dihadapi dan cara penyelesainnya. bagaimanapun tidak terdapat pendekatan yang cuba menyelami punca sebenar masalah yang dihadapi dan cara-cara penyelesaiannya berdasarkan punca tersebut. Dalam hal ini B&K dalam Islam mengemukakan pendekatannya tersendiri yang memberi tumpuandan sasaran terhadap 4 unsur yang mempengaruhi tingahlaku manusia.

1. Membangunkan Roh
2. Menghidupkan akal
3. Menjernihkan hati
4. Mengimbangi nafsu.

Ikuti dalam huraian seterusnya : membangunkan Roh.

16 March 2011

aspirasidiri : Panas Baran


MENJADI perkara biasa apabila kita lihat si kecil menangis, menjerit, menendang, menghentak apatah lagi yang melontar barang. Itulah gejala atau aksi baran yang dilakukan kanak-kanak tanpa mengira tempat sama ada pusat beli-belah, karnival, di rumah orang atau di mana saja asalkan apa saja kemahuan mereka dituruti.

Apakah yang menyebabkan panas baran kanak-kanak berlaku? Laman web Bahagian Pendidikan Kesihatan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia berkongsi maklumat, si kecil yang baran berpunca apabila mereka berasa letih, lapar atau tidak selesa dengan sesuatu keadaan. Biasa yang kita lihat, si kecil menjadi baran apabila mereka tidak mendapat apa yang dikehendaki selain tidak mendapat perhatian.
Panas baran kanak-kanak yang dimaksudkan ialah luahan ketidakpuasan hati kanak-kanak atau tekanan yang dihadapi mereka sehingga tidak tertanggung. Lalu, menyebabkan mereka menjadi marah sehingga kadangkala menjejaskan emosi mereka seperti menjadi takut. 

Bagaimanapun, hal itu sering berlaku kepada kanak-kanak yang berusia dua hingga empat tahun, baik lelaki mahupun perempuan. Setengah kanak-kanak akan kerap menjadi panas baran dan ada juga sesekali, bergantung keadaan individu berkenaan.

Berdasarkan pemerhatian, saya kira ia agak merimaskan kerana si ibu bapa perlu bijak mengawal emosi anak-anak ketika mereka dalam keadaan baran. Ada yang pandai memujuk ada pula yang membiarkan saja anak-anak mereka menangis sebagai cara membuatkan si kecil berhenti baran.

Jika panas baran menjadi lebih buruk, masa rehat sangat sesuai kepada kanak-kanak yang berumur lebih tiga tahun. Bagi kalangan ibu bapa muda, mungkin agak sukar untuk menangani masalah anak kecil yang baran. Perlu mempunyai strategi memujuk dengan betul supaya kanak-kanak tidak akan berasa dendam ataupun benci serta tidak suka kepada ibu bapa masing-masing.

Sebuah laman web shvoong.com memaparkan artikel mengenai isu panas baran. Artikel yang menemubual Pakar Psikologi Sosial, Pusat Pengajian Psikologi dan Pembangunan Manusia, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Dr Aminuddin Mohd Yusof, itu mengatakan ada pandangan yang menganggap faktor genetik iaitu baka keturunan turut mempengaruhi sifat mudah marah dan memberontak. Ada juga pandangan yang mengatakan panas baran dikaitkan dengan faktor perkembangan kanak-kanak dari kecil lagi seperti mudah resah dan marah.
“Punca panas baran lain antaranya disebabkan oleh perilaku agresif, gejala sosial, emosi, masalah kewangan dan keluarga, sifat ego serta tekanan perasaan. Faktor didikan, bebanan kerja dan juga faktor persekitaran juga menyumbang kepada panas baran,” katanya menerusi laman web berkenaan.

Justeru itu, panas baran perlu diatasi pada peringkat permulaan. Kanak-kanak mungkin sukar untuk menangani sendiri panas baran mereka sebaliknya ibu bapa perlu bertindak membantu menangani masalah yang jarang diambil peduli.

Panduan menangani panas baran anak-anak:
  • Jika kanak-kanak baran disebabkan ingin memiliki sesuatu yang dia tidak dapat, biarkan saja dan jangan layan kehendaknya. Sebaliknya mereka perlu diawasi supaya berada dalam keadaan selamat.
  • Pindahkan anak dari tempat yang menyebabkan mereka baran.
  • Jauhkan objek yang membolehkan kanak-kanak dapat capai. Cuba alih perhatian kanak-kanak itu jika perlu.
  • Letakkan di sudut tertentu seperti atas kerusi dalam jangkamasa tertentu.
  • Kanak-kanak, kurang perhatian (contoh membiarkan diri dimarahi oleh ibu bapa) adalah lebih baik tidak mendapat layanan.
  • Beri perhatian ketika kanak-kanak berkelakuan baik daripada melayan ketika mereka dalam keadaan baran.
  • Beri mereka masa sekurang-kurangnya satu minit untuk setiap tahun mengikut umurnya lakukan begitu sehingga mereka dapat mengawal baran
  • Tenangkan diri. Panas baran kanak-kanak akan bertambah teruk jika ibu bapa berada dalam keadaan tidak tenang.
  • Tenangkan perasaan anak-anak yang panas baran.
  • Beritahu si kecil, mengapa mereka perlu bertindak demikian.
  • Perlu bersikap tegas.
  • Selepas selesai dan diberi masa berehat, jangan memarahi mereka lagi.
  • Cari penyebab apabila berlakunya baran itu dan cuba selesaikan secara berperingkat.
  • Beri pujian kerana ia dapat menenangkan diri dan dapat mengawal emosi diri mereka sendiri
 sumber Tenangkandirihadapianakbaran

13 March 2011

aspirasidiri : Keibubapaan_SK Perempuan Bandar

Parenting
12-03-2011
SK Perempuan Bandar, Kluang
Doa Ibu
Moga Dikau Cemerlang
Terima kasih Ibu
Kerana Sudi Hadir



Engkau Teman, Engkaulah Sahabat
Azamku Untuk Cemerlang
aspirasi !!!!!!.....  5A Pasti kugenggam

Tahniah !!!!
SK Perempuan Bandar
Puan Normala Samsudin (GB)
Pn Norhidayah (Guru Bimbingan)

05 March 2011

aspirasidiri : Menjana Karismatik_SK Temenggong Ibrahim Penggaram




Kursus Kepimpinan Pengawas
Pembantu Pusat Sumber & Ketua Darjah
SK Temenggong Ibrahim Penggaram
Perhatian !!!...............Saya Pemimpin

04 March 2011

aspirasidiri : Keibubapaan

Personal Head Count

Kemahiran Keibubapaan
Apakah jenis jenis gaya keibubapaan?
Ibu bapa lazim menggunakan beberapa gaya seperti yang dinyatakan di bawah:

Gaya Keibubapaan
Ciri-ciri
Berwibawa (Authoritative)
  • Ibubapa tegas dan boleh mengawal keadaan
  • Sedia mendengar pandangan anak
  • Boleh bertolak ansur jika perlu
  • Anak-anak membesar dalam suasana penuh kemesraan
  • Kanak-kanak dijangka untuk berkelakuan intelektual seiring umur dan sosial mereka.
Mengabaikan atau cuai (Neglecting)
  • Ibubapa tidak ambil peduli di mana anak mereka berada, apa aktiviti yang dilakukan, siapa kawan-kawannya, tidak tahu hal ehwal pelajarannya serta suasana persekitaran sosial anak mereka.
  • Ibubapa terlalu buntu atau sibuk dengan kehidupan dan tugas mereka.
Memanjakan (Indulgent)
  • Ibubapa hanya menurut keperluan dan tuntutan anak.
  • Kurang menetapkan batasan terhadap anak.
Kuku besi (Authoritarian)
  • Ibu bapa yang terlalu mengawal ketat dan tidak boleh bertolak ansur dengan anak-anak
  • Menetapkan harapan tinggi dan tidak munasabah terhadap anak-anak
  • Gagal menjalinkan kemesraan dan komunikasi dua hala.

Apakah gaya keibubapaan yang lebih sesuai ?
  1. Gaya keibubapaan berwibawa kerap dirujuk sebagai Keibubapaan yang positif. Ia adalah gaya keibubapaan yang paling berkesan. Ibubapa yang berwibawa adalah ibubapa yang:
    • Peka dengan perlakuan anak dan memberi galakan, rangsangan serta bimbingan melalui pendekatan disiplin yang asertif dan tidak kasar.
    • Berinteraksi secara positif, disamping menyemai emosi yang bersesuaian serta bertanggungjawab.
    • Dapat membantu anak-anak mengawal diri dengan menetapkan batasan dan peraturan rumah.
  2. Gaya keibubapaan yang lain adalah kurang berkesan.

Apakah kebaikan dari gaya keibubapaan yang positif?
  1. Mengeratkan hubungan antara ibubapa dan anak
  2. Meningkatkan rasa harga diri anak
  3. Mengalakkan disiplin diri anak
  4. Mengajar anak berfikir untuk diri sendiri
  5. Menyediakan peluang untuk ibubapa membimbing anak
  6. Membantu anak mempunyai kawalan diri.

Apakah keburukan gaya keibubapaan yang negatif?
  1. Merendahkan rasa harga diri anak
  2. Anak gagal mempunyai sikap asertif
  3. Anak menjadi tidak bertanggungjawab dan kurang matang
  4. Perhubungan antara ibubapa dan anak menjadi kurang mesra
  5. Anak yang kerap memprotes secara melampau

Cadangan ke arah menjadi ibu bapa yang positif.

Cadangan
Maklumat
Contoh bagaimana melakukannya
1
Luangkan masa berkualiti bersama anak
Memperbaiki perhubungan sihat antara ibu bapa dan anak.
Menyediakan peluang kepada ibu bapa untuk mengenali, memahami dan membimbing anak
  1. Minta izin anak untuk turut serta (contoh: "Boleh ibu / ayah bermain dengan awak?")
  2. Tunjukkan yang anda berminat dengan aktiviti anak anda (contoh: "Tengah buat apa tu? ; Boleh tunjuk abah macamana nak main ni?)
  3. Raikan kejayaan apabila anak telah mencapai sesuatu (contoh: "Wow, awak dapat jawapan yang tepat. Hebatnya!")
2
Kerap menggunakan ungkapan pujian

Penggunaan pujian amat penting. Pujian membuat kanak-kanak memahami apakah tingkalaku yang baik, merasai ibu-bapa menyayanginya dan dapat meningkatkan rasa harga dirinya.
Kata-kata negatif tidak membantu malahan boleh merosakkan rasa harga diri anak.
Anak tidak dapat belajar cara memperbaiki dirinya bila disindir atau dimaki. Malah perasaan takut dan marah akan bersarang dalam dirinya. Contoh: takut melakukan kesilapan, takut ibu-bapa akan memarahi atau memukulnya jika ia tidak melakukan sesuatu dengan baik. Akhirnya anak akan terus takut untuk mencuba.
  1. Panggil anak dengan namanya atau panggilan yang mesra.
  2. Pastikan anda menjelaskan kepadanya apa kebaikan yang telah dilakukannya.
  3. Nyatakan perasaan anda ("ibu gembira dengan apa yang awak lakukan; "syabas! Ayah amat bangga")
  4. Beri perhatian tambahan terhadap perlakuan positifnya melalui sentuhan, dakapan, ciuman atau tepukan.
  5. Luahkan pujian serta merta dan secara konsisten setiap kali mereka berkelakuan baik.
3
Tetapkan peraturan dan undang-undang di rumah
Setiap keluarga mesti mempunyai peraturan di rumah yang boleh dan tidak boleh dilakukan oleh ahli keluarga.
Anak perlu tahu apa yang seharusnya mereka patuh. Adalah penting setiap ibubapa menyatakan dengan jelas kepada anak akan peraturan-peraturan tersebut. Kerap berlaku di mana ibubapa memarahi anak apabila berlaku sesuatu masalah tanpa memperjelaskan perlakuan yang diingini mereka.
Apabila anak berkelakuan yang tidak wajar:
  1. Terangkan apakah tingkahlaku yang tidak baik (Contoh: memukul kawan yang mengambil alat permainannya)
  2. Jelaskan mengapa tingkahlaku itu tidak wajar
  3. Tunjukkan padanya perlakuan pilihan yang lebih sesuai.
  4. Terangkan kepadanya apakah kesan positf dari tingkahlaku yang sesuai.
Contohnya: "Menjerit, meraung dan memekik adalah tidak sopan dan bising. Jika kamu perlahankan suara kamu dan beritahu saya apa yang kamu mahu dengan sopan barulah saya akan dengar permintaan kamu itu."
Bawa bertenang. Bercakaplah dengan gaya yang tenang dan sopan. Anak anda akan meniru perbuatan anda.
Jangan marah anak anda semasa anda merasa amat marah kerana pada masa itu anda tidak dapat berfikir dengan baik. Akibatnya anda gagal menjadi contoh yang baik untuk anak anda belajar mengawal perasaan marahnya nanti.
4
Jangan peduli / jangan ambil endah
Ada ketikanya ibubapa akan menegur tingkahlaku anak tetapi anak tetap berbuat sebaliknya dari apa yang dikehendaki ibubapa.
Pada ketika ini amat penting untuk ibubapa memahami bahawa anak mahukan perhatian dengan perbuatan tersebut. Oleh itu ibubapa tidak patut mengendahkan perbuatan anak itu. Langkah ini dipanggil "ignoring" atau "tak ambil endah"
Langkah yang patut dilakukan adalah:
  1. Jangan pandang ke arahnya
  2. Jangan bercakap dengannya
  3. Asingkan diri darinya seperti keluar dari bilik
Ibubapa perlu faham bahawa anak kadangkala mahu menguji kesabaran ibubapa. Oleh itu jangan endahkan ia pada masa itu sehingga ia berkelakuan seperti yang diingini.
Apabila ini berlaku, beri perhatian kepadanya dan bertanya apa yang dikehendakinya. Amat penting untuk anak faham bahawa hanya kelakuan yan baik sahaja yang akan mendapat perhatian ibubapa.
5
Anak membuat keputusan
Amat penting membimbing anak berfikir untuk diri sendiri dan ibubapa perlu menolong anak melalui proses atau langkah-langkah membuat keputusan. Elakkan terus membuat keputusan untuk anak.
  1. Pastikan apakah masalahnya.
  2. Bantu anak berfikir cara-cara menyelesaikan masalah
  3. Tentukan langkah yang boleh diambil. "Lakonkan" cara penyelesaian itu
  4. Tanya anak jika itu cara yang boleh dilakukan
  5. Cuba penyelesaian itu.
  6. Bincang bersama jika cara itu berkesan. Jika cara itu tidak berkesan, ulang balik proses membuat keputusan
6
Kemahiran tambahan
Keibubapaan adalah satu cara hidup. Pelbagai situasi boleh timbul dari masa kesemasa yang menuntut kemahiran tambahan
  1. Beri anak anda pilihan untuk menggalakkan ia membuat keputusan seperti "Awak hendak makan atau...."
  2. Beri peringatan awal kepada anak sebelum waktunya seperti "30 minit lagi masuk waktu tidur"
  3. Jika anda mahu anak anda menurut kehendak anda, beri arahan yang anda hendak ia lakukan dengan kata kerja seperti "Tolong simpan mainan kamu", "Jalan perlahan-lahan", "Cakap baik-baik"
  4. Gunakan langkah 'Apabila..... kemudian" untuk menjelaskan kepada anak anda kesan tingkahlakunya seperti "Apabila kamu siap membasuh pinggan, kamu boleh bermain dengan kawan-kawan"
  5. Biarlah tuntutan atau harapan anda bersesuaian dengan apa yang anak anda boleh lakukan.
 

01 March 2011

aspirasidiri : Demi Masa

Beri Masa Demi Anak, "moga mereka bahagia di hari depan". 
....amin ya robbal 'alamin....

Program Solat Hajat
Semua ibu bapa kata sayangkan anak, tetapi mengapa mereka tidak merasakan mereka disayangi. Kerap kali ibu bapa mengantikan masa dengan kebendaan. Namun ianya menjadi keseronokan seketika sedangkan jiwa mereka kosong dengan kasih sayang. Mereka malas menyiapkan kerja sekolah, ponteng, tidak pergi kelas agama, salah pilih kawan, buang masa dengan permainan video dan asyik berinternet. Bagaimana ?


1. Berikan masa bersama seisi keluarga. Wujudkan solat berjamaah, bersukan, bercuti, berkelah berbual.

2. Berikan masa setiap anak secara personal . Berinteraksi dengan setiap anak secara bersendirian. Kemungkina perkara yang dibualkan tdak perlu diketahui adik beradik yang lain kerana ianya bersifat personal. Interaksi ayah-anak lelaki, ayah-anak sulung, ibu-anak perempuan, ibu-anak remaja, ayah-anak remaja. Apa sahaja boleh dibualkan dari perkara biasa-biasa kepada soal peribadi seperti cinta, kecewa.

3. Berkan anak masa untuk mereka bersendiri. Ada masanya anak perlukan untuk dirinya sendiri. Kita usah ganggu mereka. Ketuk pintu jika ingin masuk ke bilik mereka.

4. Ambil cuti untuk bersama anak. Gunakan masa cuti untuk bersama mereka.

5. Temujanji dengan anak sama penting dengan orang lain. Bertemu dengan anak-anak yang tidak tinggal bersama misalnya di asrama, universiti kolej. jangan batalkan sesuka hati jika telah berjanji untuk bertemu mereka.

6. Adakan masa untuk mendengarkan luahan hati dan masalkah anak. Jangan memberikan pandangan mengikut kaca mata ibu bapa sahaja. Mereka adalah individu yang berlainan dan tidak boleh menggangap pendapat kita sahaja harus diguna pakai.

7. Mencari masa untuk hadir di dalam acara penting anak. Hadir di dalam hari terbuka yang dianjurkan oleh guru mereka jika mereka masih bersekolah. Hadir majlis konvokesyen, hari anugerah ilmu, Penyerahan buku prestasi, personal headcount. Carilah titik pertemuan dengan guru anak-anak kita. Minta pendapat, bertukar-tukar pendapat. Minta pandangan guru tentang perkembangan anak-anak kita. Bayangkan hati anak-anak kita jika ibu bapa kawan-kawan anak-anak kita hadir dalam pertemuan namun kita tidak hadir dalam pertemuan itu. Alangkah remuknya hati mereka.

Masalah adalah satu proses yang mematangkan dan mendewasakan anak. Ramai ibu bapa  hanya ingin mendengar perkara yang baik tentang anak-anak mereka. Mereka hanya mahu anak mereka dipuji oleh guru dan masyarakat. Ada dalam kalangan ibu bapa yang melenting jika anak-anak mereka ditegur. Mendabik  dada bahawa hanya mereka sahaja yang boleh mengajar anak mereka. Orang lain tidak perlu mengambil tahu.

Kita perlu sedar bahawa anak-anak kita adalah manusia biasa. Tidak sunyi dari melakukan sebarang kesilapan. Prestasi akademik merosot, tidak mendapat kedudukan yang baik di dalam kelas. Ini adalah perkara biasa. Anak cemerlang ada masalahnya tersendiri. Anak bermasalah apatah lagi. Terimalah teguran seadanya. Siapalah kita yang hanya manusia yang serba kekurangan dan kelemahan.

Apabila mereka ada masalah kepada siapa tempat mereka mengadu ?  Jawapannya ialah tentunya kepada kita, ya kita, sebab kita adalah ibu bapa mereka. Jangan sampai mereka mengadu di tempat yang salah. Masya'Allah. Buruk padahnya nanti. 

Berilah masa yang secukupnya kepada anak kita.  Setiap dari kita adalah pemimpin bagi kelurga. Kepimpinan kita akan dipersoalkan. Tiada seorang pun dari kita akan terlepas apabila berhadapan dengan Allah. 

“Ingatlah! Setiap orang daripada kamu adalah pemimpin dan setiap kamu bertanggungjawab terhadap apa yang dipimpinnya”. (Maksud Hadis)

Modul Guru Penyayang

Posting Ke-2 Paling Popular (1041 Pelawat)(25873 Pelawat 14.4.2015)

Teks disusun dan dibacakan oleh nurabadi sempena hari Anugerah Cemerlang & Konvokesyen Pra Sekolah SK Seri Taman Kluang Barat 2011

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ

اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِ الْعَالَمِيْنَ حَمْدًا يُوَافِى نِعَامَهُ وَيُكَافِئُ مَزِيْدَهُ يَارَبَّنَا لَكَ الْحَمْدُ كَمَا يَنْبَغِيْ لِجَلاَلِ وَجْهِكَ وَعَظِيْمِ سُلْطَانِكَ اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ صَلاَةً تُنْجِيْنَا بِهَا مِنْ جَمِيْعِ اْلأَهْوَالِ وَاْلآفَاتِ وَتَقْضِيْ لَنَا بِهَا جَمِيْعَ الْحَاجَاتِ وَتُطَهِّرُنَا بِهَا مِنْ جَمِيْعِ السَّيِّئَاتِ وَتَرْفَعُنَا بِهَا عِنْدَكَ أَعْلَى الدَّرَجَاتِ وَتُبَلِّغُنَا بِهَا أَقْصَى اْلغَايَاتِ مِنْ جَمِيْعِ الْخَيْرَاتِ فِى الْحَيَاةِ وَبَعْدَ الْمَمَاتِ

اَللَّهُمَّ يَا حَيُّ يَا قَيُّوْمُ يَا ذَاالْجَلاَلِ وَاْلإِكْرَامِ

Kami memanjatkan kesyukuran kepada-Mu kerana mengizinkan kami untuk mengadakan dan berada dalam Majlis Anugerah Kecemerlangan dan Konvokesyen Pra Sekolah SK Seri Taman Kluang Barat, 2011

اَللَّهُمَّ يَا مُجِيْبَ الدَّعَوَاتِ وَقَاضِيَ الْحَاجَاتِ

Kami memohon kepada-Mu , agar Eangkau berkati majlis ini dengan limpahan rahman dan rahim-Mu, semoga segala usaha kami dalam menjayakan majlis ini mendapat keredhaan dan hidayah-Mu. Tidak juga lupa kepada para pendidik yang telah menyumbang khidmat dan menabur bakti mereka di sekolah yang bertuah ini .

اَللَّهُمَّ يَا قَوِيُّ يَا عَزِيْزُ يَا فَعَّالٌ لِّمَا يُرِيْدُ

Di saat ini juga kami rafa’kan tangan kehambaan mengharapkan ihsan-Mu agar Engkau teruskan dan lanjutkan kecemerlangan yang sudah kami capai samada dalam bidang akademik mahupun aspek pembinaan sahsiah insan dan seterusnya menganugerahkan kepada kami kecemerlangan demi kecemerlangan yang lebih bermakna dalam pelbagai bidang pada masa-masa akan datang.

اَللَّهُمَّ يَا مُهَيْمِنُ يَا رَقِيْبُ يَا ذَاالْجَلاَلِ وَاْلإِكْرَامِ

Jadikanlah pelajar-pelajar yang menerima hadiah dan sijil penghargaan pada hari ini sebagai pelajar-pelajar yang bersyukur di atas pengiktirafan ini. Jadikanlah mereka pelajar-pelajar yang akan sentiasa berusaha dengan gigih dan tekun untuk meningkatkan potensi dan prestasi mereka dalam bidang akademik mahupun ketrampilan peribadi yang luhur. Malah kami memohon daripada-Mu Ya Allah dengan penuh ketaakulan agar majlis anugerah ini akan menjadi sumber inspirasi kepada pelajar-pelajar lain supaya mereka sama-sama mengerah keringat dan menggembleng tenaga untuk mencapai kecemerlangan demi mengharumkan nama sekolah ini.


اللَّهُمَّ اجْعَلْ خَيْرَ أَعْمَارِنَا ءَاخِرُهُ وَخَيْرَ أَعْمَالِنَا خَوَاتِمُهُ وَخَيْرَ أيَّامِنَا يَوْمَ ألْقَاكَ فِيْهِ
اللَّهُمَّ اغْفِرْلَنَا ذُنُوْبَنَا وَلإِخْوَانِنَا الَّذِيْنَ سَبَقُوْنَا بِالإِيْمَانِ
وَلاَ تَجْعَلْ فِيْ قـُلُوْبِنَا غِلاًّ لِلَّذِيْنَ ءَامَنُوْا رَبَّنَاإنَّكَ رَءُوْفٌ رَحِيْمٌ
اَللَّهُمَّ اجْعَلْ جَمْعَنَا هَذَا جَمْعًا مَرْحُوْمًا وَتَفَرُّقَنَا مِنْ بَعْدِهِ تَفَرُّقًا مَعْصُوْمًا
وَلاَ تَجْعَلْ فِيْنَا وَلاَ مَعَنَا شَقِيًّا وَلاَ مَطْرُوْدًا وَلاَ مَحْرُوْمًا.

Ya Allah, jadikanlah perhimpunan kami ini sebagai satu perhimpunan yang dirahmati dan perpisahan kami pula selepas ini sebagai satu perpisahan yang diberkati dan dilindungi. Dan janganlah Engkau jadikan pada diri kami ini, dan mereka yang bersama kami, kebinasaan, dan menyingkirkan kami dari memperolehi rahmat

رَبَّنَا اصْرِفْ عَنَّا عَذَابَ جَهَنَّمَ إِنَّ عَذَابَهَا كَانَ غَرَامَا إِنَّهَا سَاءَتْ مُسْتَقَرًّا وَمُقَامًا
رَبَّنَا لاَ تُزِغْ قُلُوْبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا وَهَبْ لَنَا مِن لَّدُنْكَ رَحْمَةً إِنَّكَ أَنْتَ الْوَهَّابُ
رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
وَأَدْخِلْنَا الْجَنَّةَ مَعَ اْلأَبْرَارِ. يَا عَزِيْزُ يَاغَفَّارُ يَارَبَّ الْعَالَمِيْنَ
وَصَلَّى الله ُ وَسَلَّمَ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ.

Posting Paling Popular Sepanjang 2012 : (3163 Pelawat)

aspirasidiri : Jadual Waktu Belajar Persendirian (Hari Bersekolah & Cuti Sekolah)

Murid yang mampu mengurus masa berpotensi untuk mendapat pencapaian yang baik dalam bidang Akademik. Sehari kehidupan seorang murid sekolah menempuh aktiviti pembelajaran yang berbeza. Di sekolah seorang murid tertakluk dengan jadual yang disediakan oleh pihak sekolah. Namun bagaimana pula ketika berada di rumah. Aktiviti hujung minggu perlu dikawal Jangan biarkan ianya berlalu begitu sahaja. Sedaikan jadual hujung minggu disesuaikan dengan aktiviti anjuran sekolah. Jika sekolah mengadakan kelas tambahan pada minggu ke-2 dan ke-4, masukkan aktiviti tersebut di dalam jadual agar kita dapat merancang aktiviti hujng minggu dengan aktiviti yang selaras dengan diri kita yang masih bergelar murid sekolah. Bagaimana pula ketika sekolah sedang bercuti ? Cuti sekolah yang tidak dirancang merugikan kita. Peluang tersebut perlu kita ambil dengan kita mengatur masa belajar mengikut keselesaan kita. Jangan gadaikan masa depan dengan hanya berseronok sahaja. Apa yang kita lakukan sekarang ini natijah yang kita perolehi adalah di masa depan. Sekarang kita bersusah payah belajar, Insya Allah hidup kita akan selesa pada masa depan dengan kerjaya yang kita ceburi. Seperkara lagi, apabila kita menyusun jadual jangan kita lupa masukkan sekali matapelajaran sekolah agama, dan aktiviti belajar agama ( mengaji quran). Ini adalah kerana pengabaian kepada aktiviti belajar agama akan menyebabkan persiapan hidup kita akan pincang. Belajar akademik sahaja sedangkan belajar agama terabai. Kata Imam Syafie :

Barangsiapa yang Menginginkan Dunia …

مَنْ أَرَادَ الدُّنْيَا فَعَلَيْهِ بِالْعِلْمِ وَمَنْ أَرَادَ الآخِرَةَ فَعَلَيْهِ بِالْعِلْمِ

“Barangsiapa yang menginginkan dunia, maka hendaknya menuntut ilmu dan barangsiapa yang menginginkan akhirat, maka hendaknya ia menuntut ilmu”.

Jadual Waktu Persendirian Cuti Sekolah


Jadual Waktu Sekolah



Jadual Waktu Persendirian Hari Bersekolah

Modul PRS


Kandungan : Panduan Perlaksanaan PRS di Sekolah

++klikdownload++Modul P R S ++klikdownload++

Modul RIMUP 2011

Kandungan : Modul RIMUP 3H2M :
"Perhatian" Video Sejarah Kemerdikaan akan di UPLOAD di youtiube dalam masa terdekat. Akan dimaklumkan kemudian.

++klikdownload++Kertas Kerja RIMUP++klikdownload++

++klikdownload++Video RIMUP++klikdownload++

"Perkongsian" Perancangan UBK 2011 Untuk download


Kandungan : Perancangan Strategik, Rancangan Tahunan, Pelan Tindakan, Carta Gantt

++klikdownload++Buku Pengurusan UBK 2011++klikdownload++

Konvensyen PERASA Peringkat Kebangsaan ke-8

Ekslusif Buat Kulator & Kulaan Konvensyen

++klikdownload++ PERASA++klikdownload++

Modul Kajian Tindakan


Kandungan : Panduan Untuk Membuat Kajian Tindakan di Sekolah

++klikdownload++Modul Kajian Tindakan++klikdownload++

Modul Kepimpinan 2011


Kandungan : Modul Kepimpinan 3H2M, 1H di SK Perempuan Bandar

++klikdownload++Modul Kepimpinan++klikdownload++

"Perkongsian" Dokumen Kelab UBK SR Utk Download


Isi kandungan : Perlembagaan Kelab, Cth Aktiviti Tahunan, dll

++klikdownload++Dokumen Pengurusan Kelab UBK++klikdownload++

e-Pengurusan UBK untuk download

Sila dapatkan no unprotected untuk pengaktifan dengan meninggalkan e mail d soutmax
+++klik link ++++e pengurusan bdk++++klik link++++

Waman Jahada Fainnama Yujahidu Linafsih......

Saya admin aspirasidiri menyuarakan KECAMAN sekeras-kerasnya terhadap Laknatullah Rejim Zionis kerana melakukan serangan terhadap SAUDARA-saudara saya di ....GAZZA.... Jahanam, Jahanam Zionis, Hancur, Hancur Zionis. Ihzihum Wansurna Alaihim.... Saya berdoa agar rakyat Palastin tabah dan terus berjuang mempertahankan malahan menyerang keangkuhan Rejim Zionis... Menang atas Rejim Zionis atau Menang Sebagai SYAHID bertemu Allah... Yujahidu na Fi Sabilillah... Fayaktalun na wayuk talun ..... terus berjuang .... samada kamu membunuh atau di bunuh... .... Ya Allah Kami Tidak Dapat Berjuang Seperti Mereka..... tetapi kemi berdoa ... Wamautana, Bimauti Syuhada' ....seperti MEREKA.. Ijabata li dua'

jemput tinggalkan jejak di blog apirasidiri