Didikan Rohani Dengan Ibadah. عن عمرو بن شُعَيْبٍ عن أَبِيهِ عن جَدِّهِ قَالَ، قَالَ رسولُ الله صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : مُرُوا أَوْلاَدَكُمْ بِالصَّلاَةِ وَهُمْ أَبْنَاءُ سَبْع سِنِينَ وَاضْرِبُوهُمْ عَلَيْهَا وَهُمْ أَبْنَاءَ عَشْرِ سِنِينَ، وَفَرِّقُوا بَيْنَهُمْ فِي المَضَاجِعِ.[4] Yang bermaksud, Daripada ‘Amru bin Syu‘aib, daripada bapanya, daripada datuknya berkata, sabda Rasulullah saw: “Perintahlah anak-anakmu mendirikan solat ketika mereka berumur tujuh tahun dan pukullah mereka jika meninggalkannya ketika berumur sepuluh tahun serta pisahkan tempat tidur mereka.

Perkhidmatan

Pengiktirafan Majalah Pendidik kepada Blog Aspirasi Diri

Keluaran Disember 2010, MS 30

24 July 2011

aspirasidiri : Kecelaruan Kecenderungan Jantina


Manusia dilahirkan umumnya di dalam 3 keadaan jantina

1. Berjantina Lelaki
2. Berjantina Perempuan
3. Berjantina Khunsa (berjantina lelaki dan berjantina perempuan,  atau tanpa kedua-dua jantina) namun perlu memilih satu setelah diperhalusi kecendrungan fungsi jantina. Lagi tentang Khunsa

Sebagai seorang murid perlulah menentukan kecenderungan diri mengikut jantina. Sekiranya terdapat keleinan dari sudut perasaan, misalnya lelaki tetapi berperasaan untuk melakukan tingkaklaku bertentangan dengan jantina sila beritahu guru bimbingan.... jangan biarkan perasaan dan kecenderungan itu mengusai kebisaan sehari-hari. Begitu juga sebagai rakan di sekolah, sekiranya mengetahui atau  tahu ada dalam kalangan rakan kenalan di sekolah berkelakuan demikian sampaikan maklumat tersebut kepada guru bimbingan. 

Persoalan :

1. Bila ianya bermula ?
2. Disedari atau tidak ?
3. Apa perlu kita buat bila kita merasakan kecendrungan itu ?
4. Sebagai rakan, apa perlu kita buat apabila kita dapati rakan kita berkecendrungan begitu ?
5. Bagaimana ia bemula ?
6. Jika kita ibu bapa, apa peranan kita ?

(disampaikan pada Jumaat 22-07-2011 jam 7.30 pagi di perhimpunan pagi Jumaat )

sumberBHarian
TERLAJAK perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya tetapi 'terpotong anu' memang kecoh satu Malaysia. Begitu jadinya apabila Mohd Ashraf Hafiz Abdul Aziz yang dilahirkan sebagai seorang lelaki bertindak nekad membuang alat sulit lelakinya kerana mahu menjadi wanita dan sekali gus menukar namanya kepada Aleesha Farhana. Keputusan 'buang anu' itu pun dibuat selepas mengambil kira pandangan seorang pakar yang mengesahkan Ashraf memang cenderung menjadi Aleesya.

Perasaan gembira Ashraf yang berjaya membebaskan diri daripada perangkap badan lelaki tidak berpanjangan apabila dia berhadapan dengan realiti kehidupan. Iyalah, apa ertinya hidup jika gaya dan rupa fizikal saja nampak wanita tetapi status diri masih lagi lelaki. Mungkin ada ketika dia terpaksa menjadi Ashraf dan ada ketikanya menjadi Aleesha. Semakin mendesak apabila mula melangkah ke institusi pengajian tinggi, status diri mula diperinci. Macam mana ni, hendak pergi tandas perempuan atau lelaki?
Lalu dalam situasi begini, di mana lagi mahu mendapat keadilan jika tidak merujuk kes ke mahkamah. Namun mahkamah juga bukan tempat Ashraf mendapat keadilan seperti yang diharapkan kerana tiada peruntukan undang-undang yang membolehkan seseorang warga negara itu menukar status jantina asalnya ketika dilahirkan. Jika ketika lahir disebut lelaki, maka jadi lelaki sampai bila dan begitu juga sebaliknya. 
Memburukkan lagi keadaan, sejak kisahnya mendapat liputan luas media, Ashraf terpaksa pula berdepan dengan kutukan dan hinaan masyarakat. Bukan sedikit mengutuk keras dirinya dan paling menyedihkan mengheret nama ibu bapa dalam kes ini, kononnya tak pandai didik anak dengan sempurna. Kasihan Mak Yah dan suaminya Pak Aziz (Abdul Aziz) yang terpaksa menelan segala nista. “Hinaan itu sangat pedih, seolah-olah kami membelakangkan Allah dengan menyokong keputusan Ashraf membuat pembedahan menukar jantina,” luah hati Mak Yah.

Siapa tak kecewa apabila anak jantan tiba-tiba sudah bertukar jadi betina. Halaulah Ashraf, bakarlah bajunya pun, ia tidak menghilangkan rasa sakit dan kecewa itu. Ia juga tidak mengembalikan Ashraf sebagai lelaki. Fikiran buntu kerana tidak sanggup menanggung malu. Lalu hati yang luluh dibawa ke Tanah Suci Makkah, mengadu kepada Allah. Persepsi buruk orang sekeliling tidak membantu. Begitu lumrah manusia yang lebih gemar melemparkan kata-kata nista daripada memberi input membina.

Kisah Ashraf terus menjadi bualan bukan sekadar di kedai kopi tetapi mampu mencuri tumpuan pak dan mak menteri. Sekurang-kurangnya timbul usul merangka satu modul bimbingan bagi membantu Ashraf dan segolongan dengannya atau yang masih lagi terumbang-ambing, tak tahu sama ada hendak jadi perempuan atau lelaki. Cerita Ashraf juga bukan terpinggir kerana teman percaya ramai lagi berada dalam dilema sepertinya.

Teringat kerenah Kajol Malaysia atau nama lelakinya Mohd Hafiz Jafri. Ketika dia ditahan Jabatan Agama Islam Kelantan kerana berpakaian seperti wanita, dia terus melontarkan kata-kata, “Saya lebih rela mati daripada berubah (menjadi lelaki sejati). Saya bukan sengaja mahu menjadi wanita tapi naluri wanita memang wujud dalam diri saya sejak zaman kanak-kanak lagi. Saya tidak mampu berubah dan sampai bila-bila saya akan terus begini.” Rupa-rupanya itu bukan pertama kali dia ditahan, malah Kajol bagaikan tidak serik, terus mengundang kontroversi.
Memang pening melihat dan mendengar gejala sebegini. Mahu angin satu badan apabila tiba-tiba anak yang dilahirkan lelaki tiba-tiba kata hendak ubah jantina. Kata Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria dalam akhbar tempoh hari, statistik pada 1980-an saja, ada lebih 6,000 lelaki di ibu negara yang mahu jadi perempuan. Jumlah itu tidak mustahil semakin bertambah sekarang, apatah lagi sudah ada anggota masyarakat yang mula menerima kehadiran mereka dan golongan ini juga tidak lagi segan silu mengakui bahawa mereka lebih selesa jadi wanita.

Nak tegur susah, tak tegur lagi susah. Mencaci dan menghina bukan jalan penyelesaiannya. Apa yang kita boleh buat adalah sentiasa mendidik golongan begini dan bukan terus menerus mencemuh dan menyisihkan mereka. Acap kali juga perkara yang sering berlaku adalah sebaliknya. Mereka selalunya menjadi bahan gurauan dan sendaan masyarakat. Tetapi apabila ada usaha memulihkan mereka, ada pula yang kata ia melanggar hak asasi manusia. Tengok saja di Terengganu, apabila kerajaan negeri mengambil inisiatif mengadakan bengkel untuk pelajar lelaki yang nampak cenderung menjadi perempuan, bukan sedikit yang mempersoalkan kewajarannya.

Macam menarik rambut dalam tepung, rambut ditarik tetapi tepung tidak berselerak. Entahlah... tiba-tiba saja teringat kisah Madam Zaza dalam drama Wali lakonan Ahmad Tarmimi Siregar. Anak gadis nak kahwin perlukan wali sedangkan bapa gemar pakai kaftan dan bersolek sakan. Beza Madam Zaza dengan Ashraf, dia masih belum ke peringkat menukar jantina. Malah mesej filem ...Dalam Botol arahan Raja Azmi berkisar mengenai dilema lelaki yang melakukan pembedahan jantina, akhirnya menyesal tak sudah gara-gara terlalu mengikut hati dan naluri. Itu teman kata, terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya dan kes ‘terpotong anu’ apa kesudahannya? Jumpa lagi!
Post a Comment

Modul Guru Penyayang

Posting Ke-2 Paling Popular (1041 Pelawat)(25873 Pelawat 14.4.2015)

Teks disusun dan dibacakan oleh nurabadi sempena hari Anugerah Cemerlang & Konvokesyen Pra Sekolah SK Seri Taman Kluang Barat 2011

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ

اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِ الْعَالَمِيْنَ حَمْدًا يُوَافِى نِعَامَهُ وَيُكَافِئُ مَزِيْدَهُ يَارَبَّنَا لَكَ الْحَمْدُ كَمَا يَنْبَغِيْ لِجَلاَلِ وَجْهِكَ وَعَظِيْمِ سُلْطَانِكَ اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ صَلاَةً تُنْجِيْنَا بِهَا مِنْ جَمِيْعِ اْلأَهْوَالِ وَاْلآفَاتِ وَتَقْضِيْ لَنَا بِهَا جَمِيْعَ الْحَاجَاتِ وَتُطَهِّرُنَا بِهَا مِنْ جَمِيْعِ السَّيِّئَاتِ وَتَرْفَعُنَا بِهَا عِنْدَكَ أَعْلَى الدَّرَجَاتِ وَتُبَلِّغُنَا بِهَا أَقْصَى اْلغَايَاتِ مِنْ جَمِيْعِ الْخَيْرَاتِ فِى الْحَيَاةِ وَبَعْدَ الْمَمَاتِ

اَللَّهُمَّ يَا حَيُّ يَا قَيُّوْمُ يَا ذَاالْجَلاَلِ وَاْلإِكْرَامِ

Kami memanjatkan kesyukuran kepada-Mu kerana mengizinkan kami untuk mengadakan dan berada dalam Majlis Anugerah Kecemerlangan dan Konvokesyen Pra Sekolah SK Seri Taman Kluang Barat, 2011

اَللَّهُمَّ يَا مُجِيْبَ الدَّعَوَاتِ وَقَاضِيَ الْحَاجَاتِ

Kami memohon kepada-Mu , agar Eangkau berkati majlis ini dengan limpahan rahman dan rahim-Mu, semoga segala usaha kami dalam menjayakan majlis ini mendapat keredhaan dan hidayah-Mu. Tidak juga lupa kepada para pendidik yang telah menyumbang khidmat dan menabur bakti mereka di sekolah yang bertuah ini .

اَللَّهُمَّ يَا قَوِيُّ يَا عَزِيْزُ يَا فَعَّالٌ لِّمَا يُرِيْدُ

Di saat ini juga kami rafa’kan tangan kehambaan mengharapkan ihsan-Mu agar Engkau teruskan dan lanjutkan kecemerlangan yang sudah kami capai samada dalam bidang akademik mahupun aspek pembinaan sahsiah insan dan seterusnya menganugerahkan kepada kami kecemerlangan demi kecemerlangan yang lebih bermakna dalam pelbagai bidang pada masa-masa akan datang.

اَللَّهُمَّ يَا مُهَيْمِنُ يَا رَقِيْبُ يَا ذَاالْجَلاَلِ وَاْلإِكْرَامِ

Jadikanlah pelajar-pelajar yang menerima hadiah dan sijil penghargaan pada hari ini sebagai pelajar-pelajar yang bersyukur di atas pengiktirafan ini. Jadikanlah mereka pelajar-pelajar yang akan sentiasa berusaha dengan gigih dan tekun untuk meningkatkan potensi dan prestasi mereka dalam bidang akademik mahupun ketrampilan peribadi yang luhur. Malah kami memohon daripada-Mu Ya Allah dengan penuh ketaakulan agar majlis anugerah ini akan menjadi sumber inspirasi kepada pelajar-pelajar lain supaya mereka sama-sama mengerah keringat dan menggembleng tenaga untuk mencapai kecemerlangan demi mengharumkan nama sekolah ini.


اللَّهُمَّ اجْعَلْ خَيْرَ أَعْمَارِنَا ءَاخِرُهُ وَخَيْرَ أَعْمَالِنَا خَوَاتِمُهُ وَخَيْرَ أيَّامِنَا يَوْمَ ألْقَاكَ فِيْهِ
اللَّهُمَّ اغْفِرْلَنَا ذُنُوْبَنَا وَلإِخْوَانِنَا الَّذِيْنَ سَبَقُوْنَا بِالإِيْمَانِ
وَلاَ تَجْعَلْ فِيْ قـُلُوْبِنَا غِلاًّ لِلَّذِيْنَ ءَامَنُوْا رَبَّنَاإنَّكَ رَءُوْفٌ رَحِيْمٌ
اَللَّهُمَّ اجْعَلْ جَمْعَنَا هَذَا جَمْعًا مَرْحُوْمًا وَتَفَرُّقَنَا مِنْ بَعْدِهِ تَفَرُّقًا مَعْصُوْمًا
وَلاَ تَجْعَلْ فِيْنَا وَلاَ مَعَنَا شَقِيًّا وَلاَ مَطْرُوْدًا وَلاَ مَحْرُوْمًا.

Ya Allah, jadikanlah perhimpunan kami ini sebagai satu perhimpunan yang dirahmati dan perpisahan kami pula selepas ini sebagai satu perpisahan yang diberkati dan dilindungi. Dan janganlah Engkau jadikan pada diri kami ini, dan mereka yang bersama kami, kebinasaan, dan menyingkirkan kami dari memperolehi rahmat

رَبَّنَا اصْرِفْ عَنَّا عَذَابَ جَهَنَّمَ إِنَّ عَذَابَهَا كَانَ غَرَامَا إِنَّهَا سَاءَتْ مُسْتَقَرًّا وَمُقَامًا
رَبَّنَا لاَ تُزِغْ قُلُوْبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا وَهَبْ لَنَا مِن لَّدُنْكَ رَحْمَةً إِنَّكَ أَنْتَ الْوَهَّابُ
رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
وَأَدْخِلْنَا الْجَنَّةَ مَعَ اْلأَبْرَارِ. يَا عَزِيْزُ يَاغَفَّارُ يَارَبَّ الْعَالَمِيْنَ
وَصَلَّى الله ُ وَسَلَّمَ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ.

Posting Paling Popular Sepanjang 2012 : (3163 Pelawat)

aspirasidiri : Jadual Waktu Belajar Persendirian (Hari Bersekolah & Cuti Sekolah)

Murid yang mampu mengurus masa berpotensi untuk mendapat pencapaian yang baik dalam bidang Akademik. Sehari kehidupan seorang murid sekolah menempuh aktiviti pembelajaran yang berbeza. Di sekolah seorang murid tertakluk dengan jadual yang disediakan oleh pihak sekolah. Namun bagaimana pula ketika berada di rumah. Aktiviti hujung minggu perlu dikawal Jangan biarkan ianya berlalu begitu sahaja. Sedaikan jadual hujung minggu disesuaikan dengan aktiviti anjuran sekolah. Jika sekolah mengadakan kelas tambahan pada minggu ke-2 dan ke-4, masukkan aktiviti tersebut di dalam jadual agar kita dapat merancang aktiviti hujng minggu dengan aktiviti yang selaras dengan diri kita yang masih bergelar murid sekolah. Bagaimana pula ketika sekolah sedang bercuti ? Cuti sekolah yang tidak dirancang merugikan kita. Peluang tersebut perlu kita ambil dengan kita mengatur masa belajar mengikut keselesaan kita. Jangan gadaikan masa depan dengan hanya berseronok sahaja. Apa yang kita lakukan sekarang ini natijah yang kita perolehi adalah di masa depan. Sekarang kita bersusah payah belajar, Insya Allah hidup kita akan selesa pada masa depan dengan kerjaya yang kita ceburi. Seperkara lagi, apabila kita menyusun jadual jangan kita lupa masukkan sekali matapelajaran sekolah agama, dan aktiviti belajar agama ( mengaji quran). Ini adalah kerana pengabaian kepada aktiviti belajar agama akan menyebabkan persiapan hidup kita akan pincang. Belajar akademik sahaja sedangkan belajar agama terabai. Kata Imam Syafie :

Barangsiapa yang Menginginkan Dunia …

مَنْ أَرَادَ الدُّنْيَا فَعَلَيْهِ بِالْعِلْمِ وَمَنْ أَرَادَ الآخِرَةَ فَعَلَيْهِ بِالْعِلْمِ

“Barangsiapa yang menginginkan dunia, maka hendaknya menuntut ilmu dan barangsiapa yang menginginkan akhirat, maka hendaknya ia menuntut ilmu”.

Jadual Waktu Persendirian Cuti Sekolah


Jadual Waktu Sekolah



Jadual Waktu Persendirian Hari Bersekolah

Modul PRS


Kandungan : Panduan Perlaksanaan PRS di Sekolah

++klikdownload++Modul P R S ++klikdownload++

Modul RIMUP 2011

Kandungan : Modul RIMUP 3H2M :
"Perhatian" Video Sejarah Kemerdikaan akan di UPLOAD di youtiube dalam masa terdekat. Akan dimaklumkan kemudian.

++klikdownload++Kertas Kerja RIMUP++klikdownload++

++klikdownload++Video RIMUP++klikdownload++

"Perkongsian" Perancangan UBK 2011 Untuk download


Kandungan : Perancangan Strategik, Rancangan Tahunan, Pelan Tindakan, Carta Gantt

++klikdownload++Buku Pengurusan UBK 2011++klikdownload++

Konvensyen PERASA Peringkat Kebangsaan ke-8

Ekslusif Buat Kulator & Kulaan Konvensyen

++klikdownload++ PERASA++klikdownload++

Modul Kajian Tindakan


Kandungan : Panduan Untuk Membuat Kajian Tindakan di Sekolah

++klikdownload++Modul Kajian Tindakan++klikdownload++

Modul Kepimpinan 2011


Kandungan : Modul Kepimpinan 3H2M, 1H di SK Perempuan Bandar

++klikdownload++Modul Kepimpinan++klikdownload++

"Perkongsian" Dokumen Kelab UBK SR Utk Download


Isi kandungan : Perlembagaan Kelab, Cth Aktiviti Tahunan, dll

++klikdownload++Dokumen Pengurusan Kelab UBK++klikdownload++

e-Pengurusan UBK untuk download

Sila dapatkan no unprotected untuk pengaktifan dengan meninggalkan e mail d soutmax
+++klik link ++++e pengurusan bdk++++klik link++++

Waman Jahada Fainnama Yujahidu Linafsih......

Saya admin aspirasidiri menyuarakan KECAMAN sekeras-kerasnya terhadap Laknatullah Rejim Zionis kerana melakukan serangan terhadap SAUDARA-saudara saya di ....GAZZA.... Jahanam, Jahanam Zionis, Hancur, Hancur Zionis. Ihzihum Wansurna Alaihim.... Saya berdoa agar rakyat Palastin tabah dan terus berjuang mempertahankan malahan menyerang keangkuhan Rejim Zionis... Menang atas Rejim Zionis atau Menang Sebagai SYAHID bertemu Allah... Yujahidu na Fi Sabilillah... Fayaktalun na wayuk talun ..... terus berjuang .... samada kamu membunuh atau di bunuh... .... Ya Allah Kami Tidak Dapat Berjuang Seperti Mereka..... tetapi kemi berdoa ... Wamautana, Bimauti Syuhada' ....seperti MEREKA.. Ijabata li dua'

jemput tinggalkan jejak di blog apirasidiri