Didikan Rohani Dengan Ibadah. عن عمرو بن شُعَيْبٍ عن أَبِيهِ عن جَدِّهِ قَالَ، قَالَ رسولُ الله صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : مُرُوا أَوْلاَدَكُمْ بِالصَّلاَةِ وَهُمْ أَبْنَاءُ سَبْع سِنِينَ وَاضْرِبُوهُمْ عَلَيْهَا وَهُمْ أَبْنَاءَ عَشْرِ سِنِينَ، وَفَرِّقُوا بَيْنَهُمْ فِي المَضَاجِعِ.[4] Yang bermaksud, Daripada ‘Amru bin Syu‘aib, daripada bapanya, daripada datuknya berkata, sabda Rasulullah saw: “Perintahlah anak-anakmu mendirikan solat ketika mereka berumur tujuh tahun dan pukullah mereka jika meninggalkannya ketika berumur sepuluh tahun serta pisahkan tempat tidur mereka.

Perkhidmatan

Pengiktirafan Majalah Pendidik kepada Blog Aspirasi Diri

Keluaran Disember 2010, MS 30

20 September 2012

15 September 2012

aspirasidiri : Menentang Penerbitan Filem berjudul ‘Innocence of Muslims’

SAYA menentang sekeras-kerasnya penghinaan ke atas Nabi Muhammad SAW dan penghinaan ke atas Umat Islam.............
Sesiapa sahaja yang menyebelahi mereka.... KAMU.... musuh Allah... Selagi nadi masih berdenyut.... kamu pasti akan aku tentang... habis-habisan.. walau dengan apa cara sekalipun... samada menang ke atas kamu .... atau menang bertemu dengan Allah..... Insya Allah..

Adakah kamu tidak pernah mendengar wahai musuh Allah..... " Almautu fi sabilillah, ... maut di jalan Allah, cita-cita kami yang tinggi " "tuhibbunal maut, kama tuhibbu nal hayah" kami cintakan mati seperti mana kamu cintakan hidup...kamu telah membuka ruang dan peluang ke arah itu....


“Hari ini kita (umat Islam) berkumpul bersama seluruh umat Islam untuk menyatakan bantahan kepada satu filem yang sengaja diterbitkan untuk menghina peribadi Nabi Muhammad SAW dan menghina umat Islam.




Ada pendapat ulama’ di Mesir yang menegaskan jika menghina batang tubuh Nabi SAW bermakna melanggar ‘lampu merah’ dan tidak dibolehkan sama sekali.


Bahkan,  jika menghina batang tubuh Nabi SAW boleh ‘bertindak’ tanpa perlu dibawa ke mahkamah.

11 September 2012

aspirasidiri : Doa Sempena UPSR Versi 2




DOA SEMPENA UPSR 2012 Versi 11

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ اَلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ,  

وَالصَّلاَة ُوَالسَّلاَمُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ

Doa Kami

Doa Ibu
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim,
Terangilah hati kami dengan cahaya petunjuk-Mu sebagaimana
 Engkau menerangi bumi dengan matahari-Mu selama-lamanya
Ya Allah , Ya Hakim Ya Halim,
Kami pertaruhkan kepada-Mu apa yang telah Engkau ajarkan kepada kami, maka kembalikanlah semula kepada kami jika 
kami memerlukannya dan janganlah Engkau buat kami melupainya
Ya Allah Ya Ghaffar ,
Ampunkanlah dosa kami, dosa kedua ibu bapa kami, 
dosa guru-guru kami dan seluruh umat Islam,
 lengkapkanlah budi pekerti kami, 
sempurnakanlah usaha kami, puaskanlah hati kami 
terhadap rezeki pemberian-Mu dan jangan biarkan 
hati kami terpedaya oleh apa yang
Engkau hindarkan daripada kami.
Ya Allah , Sesungguhnya Engkau mengetahui
apa yang kami rahsiakan dan yang kami nyatakan,
Semoga Engkau terima keuzuran kami,
Engkau mengetahui hajat kami,
Semoga Engkau kabulkan permohonan kami,
Engkau mengetahui dosa yang ada dalam diri kami,justeru itu 
kami mohon keampunan-Mu  Ya Ghaffar,

اللَّهُمَّ لاَ سَهْلَ إِلاَّ مَا جَعَلْتَهُ سَهْلاً وَأَنْتَ تَجْعَلُ الْحُزْنَ إِنْ شِئْتَ سَهْلاً

رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَمْ تَغْفِرْلَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّ مِنَ الْخَاسِرِيْنَ

رَبَّنَا آتِنَا ِفي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَِفي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ وصلى الله على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَـمِيْنَ


Pesan Guru Jangan dilupa

 Kami Pasrah
Restu

aspirasidiri : Doaku,....Kejayaan Buat Kalian, Calon UPSR 2012




DOA SEMPENA UPSR 2012

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ

اَلْحَمْدُ للهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ , وَالعَاقِبَة لِلْمُتَّقِيْنَ
وَالصَّلاَة ُوَالسَّلاَمُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ
وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ

Allahumma Antal ‘Azizul Jalil,
Sesungguhnya kami pada pagi  ini, ingin merafa’kan kesyukuran dan pujian terhadap Mu, atas kurniaan Mu yang tidak ternilai.
Allahumma Ya Rafi’a al Darajaat, Wa Ya Qadhiaal Hajat,
Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui bahawa kami akan menduduki peperiksaan yang menentukan kejayaan dalam medan perjuangan kami. Kami menyedari bahawa segala usaha yang kami lakukan adalah di bawah kekuasaan dan iradatmu jua.
Justeru… kami pohon padaMu berikanlah taufik dan hidayahMu. Kuatkanlah ingatan dan janganlah engkau lupakannya. Lapangkanlah dada kami dan janganlah engkau sempitkannya. Permudahkanlah segala urusan kami dan janganlah engkau persulitkan..
Allahumma Ya Rahman Ya Rahim,
Hanya padaMu kami mohon. Kurniakanlah kejayaan kepada kami dengan ketinggian dan kecemerlangan. Jadikanlah kami golongan hambaMu yang mendapat kemuliaanMu dunia dan akhirat. Panjangkanlah usia kami dengan amalan taat kepadaMu dan suka berbakti kepada agamaMu serta berjasa kepada bangsa dan negara.
اَللَّهُمَّ اجْعَلْ جَمْعَنَا هَذَا جَمْعًا مَرْحُوْمًا ، وَتَفَرُّقَـَنَا مِنْ بَعْدِهِ تَفَرُّقاً مَعْصُوْمًا ،
 وَلاَ تَجْعَلِ اللَّهُمَّ فِيْنَا وَلاَ مَعَنَا وَلاَ مَنْ يَتْبَعُنَا شَقِيًّا وَلاَ مَطْرُوْدًا وَلاَ مَحْرُوْمًا .
اللَّهُمَّ اجْعَلْ خَيْرَ أَعْمَارِنَا ءَاخِرُهُ وَخَيْرَ أَعْمَالِنَا
 خَوَاتِمُهُ وَخَيْرَ أيَّامِنَا يَوْمَ ألْقَاكَ فِيْهِ
اللَّهُمَّ اغْفِرْلَنَا ذُنُوْبَنَا وَلإِخْوَانِنَا الَّذِيْنَ سَبَقُوْنَا بِالإِيْمَانِ
وَلاَ تَجْعَلْ فِيْ قـُلُوْبِنَا غِلاًّ لِلَّذِيْنَ ءَامَنُوْا رَبَّنَاإنَّكَ رَءُوْفٌ رَحِيْمٌ

رَبَّنَا ءَاتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَة ً وَفِي الأخِرَةِ حَسَنَة ًوَقِنَا عَذَابَ النَّار ِ

وَصَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ ،
وَالْحَمْدُلِلَّهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ

09 September 2012

aspirasidiri : Tips Menghadapi Peperiksaan Pendekatan D.E.T.E.R


11-9-2012 hingga 13-09-2012
Sebenar : 3 hari lagi
Dalam menghadapi peperiksaan, terdapat banyak strategi untuk pelajar gunakan. Ia bergantung kepada kefahaman dan keupayaan pelajar menggunakannya.  Berikut adalah satu strategi yang pelajar  boleh gunakan jika mendapati ia sesuai dan mudah dilaksanakan.

Direction - Arahan
Sekiranya anda tidak faham sila bertanya kepada pengawas peperiksaan. Jangan takut atau malu untuk mendapatkan penjelasan. Tanya arahan bukan tanya jawapan.

Examine - Memeriksa
Ulangi membaca arahan untuk memastikan apa yang dikehendaki. Tandakan pada nombor soalan yang patut dijawab. Bayangkan betapa hampanya soalan-soalan yang mempunyai markah yang tinggi tidak dapat dijawab dengan sempurna kerana mengabaikan langkah ini.

Time - Pengagihan Masa
Pengagihan masa adalah amat penting terutama apabila menjawab soalan-soalan berbentuk esei. Sebelum menjawab, bahagikan masa supaya anda tahu menghadkan masa untuk sesuatu soalan. Ini mesti diamalkan kerana ramai pelajar mempunyai kecendrungan untuk terus menulis walaupun peruntukkan masa untuk soalan itu telah tamat.

Easier - Yang Senang Didahulukan
Mulakan dengan soalan-soalan yang senang dahulu. Tandakan soalan-soalan yang mencabar atau yang memerlukan anda berfikir sekali. Pastikan anda menjawab pada ruangan yang betul.

Revise - Menyemak Semula

Luangkan masa untuk anda menyemak semula jawapan anda sebelum menyerahkan kertas jawapan kepada pengawas. ramai pelajar menganggap menyemak soalan semula tidak penting. Lebih-lebih lagi apabila menjawab soalan yang sukar mereka tidak menyemak langsung.Dengan menyemak semula anda dapat membaiki kesalahan.

Selamat Maju Jaya, Di Doakan Calon Peperiksaan Awam UPSR, SDEA, PMR, SPM, STPM, STAM dapat menghadapinya dengan tenang dan bersemangat.

07 September 2012

aspirasidiri : Seharum Lafaz Sakinah, Berteleku Memohon Pertolongan , Solat Hajat Sempena UPSR 2012






"Sebahagian" Petikan Modul Seharum Lafaz Sakinah
Penulis Modul : nuristiqomah tersayang 2012
 
Assalammualaikum anakanda tersayang……………
Pada hari ini bonda/ayahanda sangat gembira kerana ayah bonda dapat melihat anakanda …………… telah semakin membesar, sihat dan bakal menempuh cabaran sebagai Calon UPSR pada tahun ini.

Bonda/ayahanda cukup bangga dan bersyukur kerana Allah telah kurniakan zuriat sebaikmu, sayang. Bonda/ayahanda amat mengharapkan agar anakanda …….. dapat terus membesar sebagai anak soleh/solehah, taat perintah Allah, tidak tinggal solat, menjaga aurat, patuh nasihat bonda/ayahanda, hormati guru, lembut tutur kata dan berakhlak mulia.

Anakndaku ….…. tersayang, ayah bonda  terkenang saat pertama  kali mendengar suara tangisanmu yang begitu syahdu, saat dikau selamat dilahirkan, jiwa ayahanda bonda begitu tenang dan bangga, bagaikan hilang kesakitan meskipun darah terus menitis, lalu azan dan iqomah dilaungkan di telingamu, tanda Islam agamamu, sayang. Tatkala titisan susu pertama kau terima  ayahanda bonda telah halalkan makan minummu, sambil hati terus menadah memohon semoga dikau menjadi seorang yang beriman, bertaqwa, biar boleh menjadi anak yang boleh dibanggakan dan berbahagia hidupmu di dunia dan di akhirat. Kelak, sudi kiranya dikau hadiahkan sepotong doa dan surah al-Fatihah buat ayahanda bonda pabila  ayah bonda tiada di dunia ini lagi.................
 
Assalamualaikum bonda/ayahanda tersayang, …………………………………
Dengan rendah hati, anakanda ingin sekali melafaz kata-kata ini  , 
“Anakanda sangat menyayangimu , amat mengasihimu”
Bonda/Ayahanda tersayang,
                  Terima kasih atas kata-kata yang dilafazkan sebentar tadi.  Sesungguhnya anakanda amat bersyukur kerana dikurniakan seorang bonda/ayahanda sebaikmu.  Anakanda sangat bangga menjadi anakandamu.  Terima kasih kerana sudi melahirkanku, terima kasih kerana sudi mengasihiku, terima kasih kerana sudi menjagaku dari kecil hingga kini, terima kasih kerana sudi mendidikku hingga kini anakanda masih mampu bernafas dan tersenyum di hadapanmu.  Terima kasih ya Allah atas rahmat dan izin-Mu untuk aku memiliki bonda dan ayahanda sebaik dan semulia mereka berdua.
Bonda/Ayahanda tersayang,
Anakanda sedar betapa pada tahun ini , anakanda memikul amanah dan tanggungjawab yang cukup besar.  Namun, anakanda juga sedar bahawa anakanda yang serba lemah ini masih belum cukup berusaha untuk membahagiakan bonda dan ayahanda.  Anakanda akur bahawa anakanda masih belum cukup berusaha untuk belajar bersungguh-sungguh, anakanda masih leka, masih lalai dan masih belum cukup bersedia untuk menghadiahkan kejayaan  dan kebahagiaan yang bonda dan ayahanda impikan.  Maafkanlah anakanda.
Bonda/Ayahanda tersayang,........................



 Doa Ibu
 Juga Doa Ayah




 Doaku, Pintaku Pada Mu Ya Allah
Seharum Lafaz Sakinah




 Dengar Pesan Ayahanda




Modul Guru Penyayang

Posting Ke-2 Paling Popular (1041 Pelawat)(25873 Pelawat 14.4.2015)

Teks disusun dan dibacakan oleh nurabadi sempena hari Anugerah Cemerlang & Konvokesyen Pra Sekolah SK Seri Taman Kluang Barat 2011

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ

اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِ الْعَالَمِيْنَ حَمْدًا يُوَافِى نِعَامَهُ وَيُكَافِئُ مَزِيْدَهُ يَارَبَّنَا لَكَ الْحَمْدُ كَمَا يَنْبَغِيْ لِجَلاَلِ وَجْهِكَ وَعَظِيْمِ سُلْطَانِكَ اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ صَلاَةً تُنْجِيْنَا بِهَا مِنْ جَمِيْعِ اْلأَهْوَالِ وَاْلآفَاتِ وَتَقْضِيْ لَنَا بِهَا جَمِيْعَ الْحَاجَاتِ وَتُطَهِّرُنَا بِهَا مِنْ جَمِيْعِ السَّيِّئَاتِ وَتَرْفَعُنَا بِهَا عِنْدَكَ أَعْلَى الدَّرَجَاتِ وَتُبَلِّغُنَا بِهَا أَقْصَى اْلغَايَاتِ مِنْ جَمِيْعِ الْخَيْرَاتِ فِى الْحَيَاةِ وَبَعْدَ الْمَمَاتِ

اَللَّهُمَّ يَا حَيُّ يَا قَيُّوْمُ يَا ذَاالْجَلاَلِ وَاْلإِكْرَامِ

Kami memanjatkan kesyukuran kepada-Mu kerana mengizinkan kami untuk mengadakan dan berada dalam Majlis Anugerah Kecemerlangan dan Konvokesyen Pra Sekolah SK Seri Taman Kluang Barat, 2011

اَللَّهُمَّ يَا مُجِيْبَ الدَّعَوَاتِ وَقَاضِيَ الْحَاجَاتِ

Kami memohon kepada-Mu , agar Eangkau berkati majlis ini dengan limpahan rahman dan rahim-Mu, semoga segala usaha kami dalam menjayakan majlis ini mendapat keredhaan dan hidayah-Mu. Tidak juga lupa kepada para pendidik yang telah menyumbang khidmat dan menabur bakti mereka di sekolah yang bertuah ini .

اَللَّهُمَّ يَا قَوِيُّ يَا عَزِيْزُ يَا فَعَّالٌ لِّمَا يُرِيْدُ

Di saat ini juga kami rafa’kan tangan kehambaan mengharapkan ihsan-Mu agar Engkau teruskan dan lanjutkan kecemerlangan yang sudah kami capai samada dalam bidang akademik mahupun aspek pembinaan sahsiah insan dan seterusnya menganugerahkan kepada kami kecemerlangan demi kecemerlangan yang lebih bermakna dalam pelbagai bidang pada masa-masa akan datang.

اَللَّهُمَّ يَا مُهَيْمِنُ يَا رَقِيْبُ يَا ذَاالْجَلاَلِ وَاْلإِكْرَامِ

Jadikanlah pelajar-pelajar yang menerima hadiah dan sijil penghargaan pada hari ini sebagai pelajar-pelajar yang bersyukur di atas pengiktirafan ini. Jadikanlah mereka pelajar-pelajar yang akan sentiasa berusaha dengan gigih dan tekun untuk meningkatkan potensi dan prestasi mereka dalam bidang akademik mahupun ketrampilan peribadi yang luhur. Malah kami memohon daripada-Mu Ya Allah dengan penuh ketaakulan agar majlis anugerah ini akan menjadi sumber inspirasi kepada pelajar-pelajar lain supaya mereka sama-sama mengerah keringat dan menggembleng tenaga untuk mencapai kecemerlangan demi mengharumkan nama sekolah ini.


اللَّهُمَّ اجْعَلْ خَيْرَ أَعْمَارِنَا ءَاخِرُهُ وَخَيْرَ أَعْمَالِنَا خَوَاتِمُهُ وَخَيْرَ أيَّامِنَا يَوْمَ ألْقَاكَ فِيْهِ
اللَّهُمَّ اغْفِرْلَنَا ذُنُوْبَنَا وَلإِخْوَانِنَا الَّذِيْنَ سَبَقُوْنَا بِالإِيْمَانِ
وَلاَ تَجْعَلْ فِيْ قـُلُوْبِنَا غِلاًّ لِلَّذِيْنَ ءَامَنُوْا رَبَّنَاإنَّكَ رَءُوْفٌ رَحِيْمٌ
اَللَّهُمَّ اجْعَلْ جَمْعَنَا هَذَا جَمْعًا مَرْحُوْمًا وَتَفَرُّقَنَا مِنْ بَعْدِهِ تَفَرُّقًا مَعْصُوْمًا
وَلاَ تَجْعَلْ فِيْنَا وَلاَ مَعَنَا شَقِيًّا وَلاَ مَطْرُوْدًا وَلاَ مَحْرُوْمًا.

Ya Allah, jadikanlah perhimpunan kami ini sebagai satu perhimpunan yang dirahmati dan perpisahan kami pula selepas ini sebagai satu perpisahan yang diberkati dan dilindungi. Dan janganlah Engkau jadikan pada diri kami ini, dan mereka yang bersama kami, kebinasaan, dan menyingkirkan kami dari memperolehi rahmat

رَبَّنَا اصْرِفْ عَنَّا عَذَابَ جَهَنَّمَ إِنَّ عَذَابَهَا كَانَ غَرَامَا إِنَّهَا سَاءَتْ مُسْتَقَرًّا وَمُقَامًا
رَبَّنَا لاَ تُزِغْ قُلُوْبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا وَهَبْ لَنَا مِن لَّدُنْكَ رَحْمَةً إِنَّكَ أَنْتَ الْوَهَّابُ
رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
وَأَدْخِلْنَا الْجَنَّةَ مَعَ اْلأَبْرَارِ. يَا عَزِيْزُ يَاغَفَّارُ يَارَبَّ الْعَالَمِيْنَ
وَصَلَّى الله ُ وَسَلَّمَ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ.

Posting Paling Popular Sepanjang 2012 : (3163 Pelawat)

aspirasidiri : Jadual Waktu Belajar Persendirian (Hari Bersekolah & Cuti Sekolah)

Murid yang mampu mengurus masa berpotensi untuk mendapat pencapaian yang baik dalam bidang Akademik. Sehari kehidupan seorang murid sekolah menempuh aktiviti pembelajaran yang berbeza. Di sekolah seorang murid tertakluk dengan jadual yang disediakan oleh pihak sekolah. Namun bagaimana pula ketika berada di rumah. Aktiviti hujung minggu perlu dikawal Jangan biarkan ianya berlalu begitu sahaja. Sedaikan jadual hujung minggu disesuaikan dengan aktiviti anjuran sekolah. Jika sekolah mengadakan kelas tambahan pada minggu ke-2 dan ke-4, masukkan aktiviti tersebut di dalam jadual agar kita dapat merancang aktiviti hujng minggu dengan aktiviti yang selaras dengan diri kita yang masih bergelar murid sekolah. Bagaimana pula ketika sekolah sedang bercuti ? Cuti sekolah yang tidak dirancang merugikan kita. Peluang tersebut perlu kita ambil dengan kita mengatur masa belajar mengikut keselesaan kita. Jangan gadaikan masa depan dengan hanya berseronok sahaja. Apa yang kita lakukan sekarang ini natijah yang kita perolehi adalah di masa depan. Sekarang kita bersusah payah belajar, Insya Allah hidup kita akan selesa pada masa depan dengan kerjaya yang kita ceburi. Seperkara lagi, apabila kita menyusun jadual jangan kita lupa masukkan sekali matapelajaran sekolah agama, dan aktiviti belajar agama ( mengaji quran). Ini adalah kerana pengabaian kepada aktiviti belajar agama akan menyebabkan persiapan hidup kita akan pincang. Belajar akademik sahaja sedangkan belajar agama terabai. Kata Imam Syafie :

Barangsiapa yang Menginginkan Dunia …

مَنْ أَرَادَ الدُّنْيَا فَعَلَيْهِ بِالْعِلْمِ وَمَنْ أَرَادَ الآخِرَةَ فَعَلَيْهِ بِالْعِلْمِ

“Barangsiapa yang menginginkan dunia, maka hendaknya menuntut ilmu dan barangsiapa yang menginginkan akhirat, maka hendaknya ia menuntut ilmu”.

Jadual Waktu Persendirian Cuti Sekolah


Jadual Waktu Sekolah



Jadual Waktu Persendirian Hari Bersekolah

Modul PRS


Kandungan : Panduan Perlaksanaan PRS di Sekolah

++klikdownload++Modul P R S ++klikdownload++

Modul RIMUP 2011

Kandungan : Modul RIMUP 3H2M :
"Perhatian" Video Sejarah Kemerdikaan akan di UPLOAD di youtiube dalam masa terdekat. Akan dimaklumkan kemudian.

++klikdownload++Kertas Kerja RIMUP++klikdownload++

++klikdownload++Video RIMUP++klikdownload++

"Perkongsian" Perancangan UBK 2011 Untuk download


Kandungan : Perancangan Strategik, Rancangan Tahunan, Pelan Tindakan, Carta Gantt

++klikdownload++Buku Pengurusan UBK 2011++klikdownload++

Konvensyen PERASA Peringkat Kebangsaan ke-8

Ekslusif Buat Kulator & Kulaan Konvensyen

++klikdownload++ PERASA++klikdownload++

Modul Kajian Tindakan


Kandungan : Panduan Untuk Membuat Kajian Tindakan di Sekolah

++klikdownload++Modul Kajian Tindakan++klikdownload++

Modul Kepimpinan 2011


Kandungan : Modul Kepimpinan 3H2M, 1H di SK Perempuan Bandar

++klikdownload++Modul Kepimpinan++klikdownload++

"Perkongsian" Dokumen Kelab UBK SR Utk Download


Isi kandungan : Perlembagaan Kelab, Cth Aktiviti Tahunan, dll

++klikdownload++Dokumen Pengurusan Kelab UBK++klikdownload++

e-Pengurusan UBK untuk download

Sila dapatkan no unprotected untuk pengaktifan dengan meninggalkan e mail d soutmax
+++klik link ++++e pengurusan bdk++++klik link++++

Waman Jahada Fainnama Yujahidu Linafsih......

Saya admin aspirasidiri menyuarakan KECAMAN sekeras-kerasnya terhadap Laknatullah Rejim Zionis kerana melakukan serangan terhadap SAUDARA-saudara saya di ....GAZZA.... Jahanam, Jahanam Zionis, Hancur, Hancur Zionis. Ihzihum Wansurna Alaihim.... Saya berdoa agar rakyat Palastin tabah dan terus berjuang mempertahankan malahan menyerang keangkuhan Rejim Zionis... Menang atas Rejim Zionis atau Menang Sebagai SYAHID bertemu Allah... Yujahidu na Fi Sabilillah... Fayaktalun na wayuk talun ..... terus berjuang .... samada kamu membunuh atau di bunuh... .... Ya Allah Kami Tidak Dapat Berjuang Seperti Mereka..... tetapi kemi berdoa ... Wamautana, Bimauti Syuhada' ....seperti MEREKA.. Ijabata li dua'

jemput tinggalkan jejak di blog apirasidiri