Didikan Rohani Dengan Ibadah. عن عمرو بن شُعَيْبٍ عن أَبِيهِ عن جَدِّهِ قَالَ، قَالَ رسولُ الله صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : مُرُوا أَوْلاَدَكُمْ بِالصَّلاَةِ وَهُمْ أَبْنَاءُ سَبْع سِنِينَ وَاضْرِبُوهُمْ عَلَيْهَا وَهُمْ أَبْنَاءَ عَشْرِ سِنِينَ، وَفَرِّقُوا بَيْنَهُمْ فِي المَضَاجِعِ.[4] Yang bermaksud, Daripada ‘Amru bin Syu‘aib, daripada bapanya, daripada datuknya berkata, sabda Rasulullah saw: “Perintahlah anak-anakmu mendirikan solat ketika mereka berumur tujuh tahun dan pukullah mereka jika meninggalkannya ketika berumur sepuluh tahun serta pisahkan tempat tidur mereka.

Perkhidmatan

Pengiktirafan Majalah Pendidik kepada Blog Aspirasi Diri

Keluaran Disember 2010, MS 30

31 December 2012

aspirasidiri : Menanti Kehadiran Sesi 2013, Tugas Rutin Guru

Pendaftaran Tahun 1 2013

Bagi menanti kehadiran warga baru sesi 2013 tugas guru telah bermula sebelum hari pendaftaran lagi.

Sebelum Sesi Persekolahan bermula.

1. Mengecat kelas
2.Menghias kelas
3.Mengangkat dan menyusun kerusi

Hari pertama, menyambut warga sesi baru 2013,  

Sebahagiannya dilakukan sendiri. Terutamanya Guru Kelas. Hari pertama, sebuah meja, kerusi dan SPBT perlu sempurna.










16 December 2012

aspirasidiri : Felda Lok Heng Timur, Kota Tinggi



23 Calon UPSR
Felda Lok Heng Timur 2013
8.30 Pagi - 5.30 Petang

Matlamat @ Restu

Ada Tindakan
 Teguran Perlu Untuk Kami
 Belajar Dari Kejayaan Orang Lain
5A Mengejar Impianku
 Ibu Mithali Ibu Yang Sejati
 Kasih Sayangmu, Kasih Yang Suci
Pengormanmu Di Sanjung Tinggi
Jasamu Tetap di Sanubari
 Ikrar Kami
Kanku Hadiahkan Kemanisan Ini
Buatmu Ayah, Ibu dan Guruku
 Janji Kami
 Doaku 5A Buat Kalian
Dalam UPSR 2013
Welcome To Legoland 
En Samsu Baha b Jantan

 Penghargaan
Terima Kasih

07 December 2012

aspirasidiri : Murid Masalah Pembelajaran : Autisme, Desleksia, ADHD.

Laporan Akhbar :

KUALA LUMPUR 6 Dis. - Seramai 48,520 orang murid di negara ini mempunyai masalah pembelajaran termasuk penghidap Sindrom Down, Autism dan Attention Deficit-Hyperactivity Disorder (ADHD), persidangan Dewan Negara diberitahu hari ini.
Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Wee Ka Siong berkata daripada jumlah itu, seramai 29,169 orang adalah murid sekolah rendah dan selebihnya murid sekolah menengah.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20121206/dn_29/48520-murid-punyai-masalah-pembelajaran#ixzz2EI6UKUAT 
© Utusan Melayu (M) Bhd 


Beberapa minggu lagi sesi persekolahan akan kembali. Ibu bapa perlu memahami keupayaan anak-anak. Ada dalam kalangan ibu bapa tidak menyedari anak mereka berada di dalam kelompok murid mempunyai masalah pembelajaran. Untuk mengenalpasti status anak-anak, para ibu bapa boleh membawa anak-anak mereka berjumpa DR. Mengesannya pada peringkat awal adalah penting kerana ianya melibatkan masa depan anak tersebut.  Ada dalam kalangan ibu bapa yang tidak dapat menerima anak mereka berada di dalam kumpulan ini. Mereka merasakan adalah tidak logik sekiranya anak mereka yang ini ada masalah dalam pembelajaran sedangkan adik beradik yang lain adalah normal. Sistem KSSR sekarang ini tidak memungkinkan mereka berada pada pencapaian murid normal yang diukur mengikut band 1 hingga band 6. Selain murid bermasalah pembelajaran tidak dapat apa yang sepatutnya di dalam sistem pendidikan KSSR, "mereka" menjadi cabaran kepada guru untuk mengendalikan "mereka" ketika sesi pengajaran dan pembelajaran sedang berjalan. Biarlah mereka berada di dalam kelas, satu berhadapan satu. Seorang guru membimbing seorang murid bermasalah pembelajaran. Mereka akan lebih mendapat perhatian yang sewajarnya kerana ianya adalah hak "mereka" di dalam sistem khusus yang disediakan buat mereka. Apa yang penting lagi ialah ibu bapa dapat membezakan murid yang bermasalah dalam pelajarannya kerana sikap malas dengan murid yang mempunyai ciri-ciri tertentu yang termasuk di dalam kumpulan murid bermasalah dalam pembelajaran. Kedua-duanya ini berbeza dengan ketara sekali.

DESLEKSIA



Ciri kanak Bermasalah Pembelajaran


 Kecerdasan normal, tetapi prestasi pembelajaran di bawah tahap yang dijangkakan

 kurang memberi perhatian terhadap pembelajaran

 perkembangan kognitif lambat

 keupayaan koodinasi motor yang lemah

 masalah membuat persepsi dan tanggapan

 kesulitan dalam pertuturan

 kesukaran dalam bacaan

 kesukaran dalam tulisan

 kesukaran dalam matematik

 t.laku sosial tidak sesuai.


MEMAHAMI MURID DISLEKSIA


 “ Kanak-kanak disleksia membingungkan.Dia tampak cerdik dan berkemampuan, segar dan berminat, mempunyai kemahiran lisan yang baik….. Tetapi kemahiran membaca dan menulis lemah daripada apa yang dijangkakan, semacam di bawah potensinya. Dia senang dianggap tidak menumpukan perhatian, malas atau cuai “


DISLEKSIA


 Mengenali disleksia sebagai suatu kesukaran pembelajaran sepesifik

 Memahami bahawa kanak disleksia mempunyai kekuatan yang boleh membantu mereka mengatasi kesukaran spesifik


APA ITU DISLEKSIA


 Perkataan disleksia ( dyslexia ) gabungan dua perkataan Greek iaitu ‘dys’ bermaksud kesukaran dan ‘lexia’ bermaksud perkataan.Diterjemah membawa maksud ‘ kesukaran dengan perkataan bertulis’.

 British Psycological Society ( 1999 ) - “Dyslexia is evident when accurate and fluent word reading or spelling develops or with great difficulty”( Disleksia terbukti wujud apabila ketepatan dan kelancaran membaca atau mengeja berkembang dengan kesukaran yang amat sangat )




MASALAH BAHASA


 Masalah membaca : -

 a. disleksia audiotori

 b. disleksia visual

 c. disleksia fonologikal

 d. disleksia pusat

 e. disleksia emosional

 f. disleksia pegagogik


Istilah dan makna


 Susah menguasai kemahiran membaca dan menulis TETAPI memiliki bakat, kepintaran atau kecerdasan yang lain.

 Disebabkan oleh perbezaan dalam cara otak memproses maklumat- terutama sekali berkenaan dengan bunyi, simbol dan makna

 .

OTAK TERBAHAGI KEPADA DUA SFERA


 Sebelah Kiri - Penggunaan bahasa, Pemikiran Logik , Susunan dan struktur

 Sebelah kanan visual, daya kreatif dan kemahiran seni.


Otak Sebelah Mana ? Disleksia


 Orang disleksia cenderung menggunakan otak kanan.

 - Cara berfikir dan belajar mereka berlainan.

 - Berbakat kreatif/ seni

 - Lemah dalam kemahiran bahasa, logik, turutan dan struktur.


Lelaki atau perempuan ?


 Lebih ramai budak lelaki berbanding budak perempuan pada nisbah 3:1.

 Membawa kesan yang berbeza, pada darjah yang berbeza, kepada individu yang berbeza.

 10-15% mengalami tahap ringan manakala 4% mengalami masalah teruk.

TEORI PENGENALPASTIAN DISLEKSIA


 1. Teori kepincangan ( Discrepancy

 - Kepincangan antara kecerdasan murid dengan kegagalan menguasai kemahiran membaca.

 2. Teori Pengasingan ( Exclusion )

 - Disleksia tidak boleh dikategorikan sebagai masalah pembelajaran, pendengaran dan penglihatan. Kerana mereka tidak mengalami masalah gangguan emosi yang teruk.


FAKTOR KEJADIAN DISLEKSIA


 Genetik ( kromonsom 15, 1 dan 16 )

 Biologi ( lahir tidak cukup bulan )

 Kemantangan ( Saraf lambat berkembang ) kajian - kanak lelaki lambat berkembang dibandingkan dengan kanan perempuan

 Faktor lain- ( bahasa, visual, ruang dan motor )


CIRI DAN MASALAH KANAK DISLEKSIA


 1. Bahasa dan Pertuturan - Kesukaran fonologikal dalam proses pertuturan termasuklah ( perkataan, salah sebut, mencampur adukkan perkataan, lemah sintaksis

 2. Urutan ( sequencing ) - kesukaran visual dan audiotori. Sukar dalam memadan, mengasing, sukar memakai pakaian, masalah membuka/tutup paip, butang baju, buka pintu.

 3. Kemahiran motor -motor kasar dan halus ( penggunaan garpu, sukar gunting, menekap, memegang pensil, ikat tali leher, melompat, menangkap bola, sukar naik tangga,naik basikal, menyiapkan kerja, berenang, arahan kiri, kanan, undur, maju kehadapan.



CIRI DAN MASALAH DISLEKSIA


 4. LATERALITI - Lateraliti bersilang menggunakan kedua belah bahagian kiri dan kanan dalam melakukan pekerjaan.

 ( contoh : sepak kaki kiri, lensa kamera mata kanan )


JENIS-JENIS DISLEKSIA


 A. Dyscalculia ( diskalkulia ) - Matematik

 B. Dysgraphia ( disgrafia ) - bahasa

 Dysparaxia ( dispraksia ) - masalah kordianasi motor-mata- tangan


FAKTOR KEWUJUDAN MASALAH DISLEKSIA


 Faktor pengajaran dan pembelajaran

 - kesesuaian kaedah P&P

 Faktor deria dan Fizikal –


Masalah Murid Disleksia


 1. Keliru dengan bentuk huruf seakan-akan sama.

 Contoh : ( h --n, c -- e, f -- t, g --q )

 2. Keliru huruf yang terbalik.

 Contoh : ( w -- m, h -- y, u -- n )

 3. Keliru huruf songsang.

 Contoh : ( p -- q , b -- d )

 4. Keliru dengan bunyi seakan-akan sama

 Contoh : ( b -- p, d -- t, m -- n )

 5. Keliru dengan konsonan berganding

 Contoh : ( sy, ny )

 6. Keliru semasa menyebut bunyi suku kata

 Contoh : ( lari disebut ‘ lali ‘






MASALAH MATEMATIK


 Keliru dengan nilai nombor

 Keliru angka 6 : 9

 Bilang mengikut urutan.

 Keliru dengan angka belas

 Tidak boleh mengenal angka

 Tidak boleh menulis angka dengan betul

 Tidak boleh melengkap nombor turutan menaik.

 Tidak boleh menyusun dua kumpulan nombor untuk menjadi ayat matematik

 Tidak boleh menulis ayat matematik bagi operasi tolak


MASALAH FIZIKAL/PENGURUSAN DIRI/ SOSIAL


 Pakaian sentiasa tidak kemas/ kotor

 Butang baju salah butang

 Tali kasut tidak diikat rapi

 Kidal

 Tidak berminat dalam pelajaran

 Perhatian singkat dan keliru

 Pengamatan lemah.


MASALAH PERTUTURAN

 Lisan

 Artikulator tidak sempurna

 Sebutan kurang jelas

 Intonasi bacaan


MASALAH DALAM PEMBELAJARAN


 Lemah dalam bacaan

 Lemah menyelesaikan masalah matematik

 Perlakuan mengigit jari dan pen ketika melakukan kerja bertulis

 Bahasa lisan baik dibandingkan daripada penulisan

 Tulisan sukar dibaca, menekan semasa menulis,

 Kerap menggunakan pemadam dan tidak memulakan huruf besar memulakan ayat

PENGENALPASTIAN DISLEKSIA


 PEMERHATIAN

 PELBAGAI UJIAN PIAWAI

 PENAFSIRAN REKOD PRESTASI

 REKOD PROFIL


PROGRAM MEMBANTU DISLEKSIA


 Program kemahiran keibubapaan

 Program peningkatan akademik

 Program Peningkatan Konsep dan Keyakinan diri.

 Program Kaunseling Kelompok

 Program kerjsama antara disiplin

 Program Perkongsian Mengajar Berhasil


Bagaimana Guru Membantu ?


 Kenalpasti kekuatan dan kelemahan

 Kenalpasti bakat, kebolehan atau kemahiran khusus.

 Mengenalpasti pola kesilapan atau masalah spesifik dalam bacaan, tulisan atau cara menjawab matematik.

 Kenalpasti sebab jejas kemajuan

 Pelbagai cara tarik minat

 Memahami gaya pembelajaran

Pendekatan Pengajaran


 Gunakan pelbagai deria : sebut, dengar, lihat, rasa, sentuh

 Kerap ulang : Cara berbeza mengukuh kefahaman dan ingatan

 Berstruktur dan turutan : Dari unit kecil dalam turutan jelas, usahakan kemajuan melalui langkah kecil dan berperingkat.

 Kumalatif : Kaitkan maklumat baru dengan yang dipelajari

 Strategi ingatan/ hafalan : peta minda, lukisan, carta





Dekati kanak-kanak melalui kekuatan


 Ingatkan ciri otak kanan :

 - Kecerdasan visual, kepekaan warna, bentuk dan pola.

 - Kreatif, berbakat seni atau muzik

 - Daya imaginasi kuat

 - Fikiran spontan, intuitif, holistic


Izinkan kanak-kanak bentang hasil kerja melalui cara yang sesuai dengan bakat/ keupayaan


 Jaringan

 gambarajah

 carta aliran

 pita rakaman

 menaip ganti menulis

Apa itu Autisme?

Autisme bermaksud satu gangguan dimana kanak-kanak mempunyai kesukaran dalam interaksi sosial dan komunikasi serta tingkahlaku terhad dan berulang-ulang. Simptom ini mula ditunjukkan oleh anak-anak seawal umur 3 tahun lagi.
Terdapat pelbagai simptom yang berbeza pada kanak-kanak yang mengalami autisme. Terdapat kanak-kanak yang mempunyai simptom yang ringan dan ada juga kanak-kanak yang mempunyai simptom yang lebih berat. Cuba anda bayangkan sekaki payung, Payung itu mewakili Autisme, dimana dibawa payung itu mengandungi pelbagai simptom yang berbeza. Kanak-kanak autisme boleh mempunyai sebahagian simptom-simptom ini atau keseluruhannya sekali (turut dikenali dengan terma ‘Autism Spectrum Disorder’).

Diantara kategori-kategori bagi gangguan Autisme ini adalah:

  • Autistic disorder” (juga dikenali sebagai “Klasik” Autisme)
  • Sindrom Asperger” (juga dikenali sebagai “Atypical Autism”)
  • Pervasive Developmental Disorder” (tiada spesifikasi tertentu)

*(Pervasive Developmental Disorder can be broken down further to include Childhood Disintegrative Disorder and Rett syndrome.)

Tidak ada ubatan mahupun rawatan bagi mengubati autisme, namun begitu terdapat beberapa kaedah untuk membantu anak-anak autisme dalam kehidupan seharian serta memaksimumkan keupayaan pembelajaran.
Tanda-tanda bagi Autisme.

Terdapat 3 jenis kelakuan pada karektor kanak-kanak Autisme: 

1) Kanak-kanak Autisme mempunyai kesukaran dalam interaksi sosial, masalah dalam komunikasi (lisan dan bukan lisan), tingkah laku berulang dan obsesi melampau. 

2) Kesukaran berinteraksi merupakan antara tanda utama dalam autisme. Ibu bapa biasanya akan menyedari masalah autisme di dalam diri anak mereka melalui gejala ini. Seawal bayi lagi, anak – anak yang mempunyai masalah autisme tidak memberi respon atau fokus kepada sesuatu benda dalam jangka masa yang lama. Kanak-kanak yang mempunyai autisme adalah kelihatan seperti anak-anak yang normal namun mempunyai kekurangan dalam komunikasi sosial.

3) Kanak-kanak Autisme gagal untuk memberi respons apabila nama mereka dipanggil dan tidak mahu bertentang mata semasa berkomunikasi. Mereka juga mempunyai kesukaran untuk menafsir pemikiran serta perasaan orang lain, ini kerana mereka kurang sensitif kepada ciri-ciri bersosial seperti intonasi suara dan ekspresi muka. Mereka juga tidak memandang muka apabila bercakap bagi memahami tingkahlaku yang sewajarnya. Mereka kurang untuk memahami perasaan atau emosi orang lain. Kanak-kanak Autisme lebih gemar untuk melakukan perbuatan yang berulang-ulang seperti menghayun atau memusing-musingkan badan atau keadaan yang lebih merbahaya seperti menggigit atau memghantuk kepala. Malahan, mereka juga lambat bertutur berbanding kanak-kanak seusia mereka. Dalam perbualan juga, mereka lebih gemar untuk membahasakan diri mereka dengan menggunakan nama mereka sendiri berbanding menggunakkan kata ganti diri ‘saya’. Selain dari itu, kanak-kanak autisme juga tidak pandai untuk berinteraksi dengan kanak-kanak lain semasa bemain. Ada diantara mereka yang menggunakan melodi lagu ketika bercakap mengenai sesuatu cerita dan kebanyakkan mereka tidak berminat untuk berkongsi cerita bersama rakan perbualan mereka. Kebanyakkan kanak-kanak autisme adalah kurang sensitif kepada rasa sakit namun mereka lebih sensitif kepada bunyi, sentuhan serta sensori (deria rasa). Sifat sensitiviti mereka yang kuat ini merupakan jawapan mengapa mereka yang tidak mahu dirangkul atau dipeluk.
  
Adakah suntikan vaksin berhubungkait dengan autisme?
Pada masa dahulu, suntikan vaksin turut dikaitkan dengan autisme, namun kajian menunjukkan bahawa tiada kesimpulan saintifik yang dapat menyokong teori ini. Pada masa kini, masih terdapat kajian yang sedang dijalankan berkenaan perkara ini.
Sekiranya, anak anda menunjukkan simptom-simptom autisme, segeralah membawa anak anda berjumpa dengan doktor. 

Oleh Nanny V.B.
Attention deficit hyperactivity disorder (ADHD)
Apakah "Hiperaktif " ADHD dan ADD?
ADHD (Attention-Deficit Hyperactive Disorder). Secara biologikal, takrif bagi "hyper-active' adalah pengambilan gula yang berlebihan. Kanak-kanak adalah lebih cenderung kerana pada peringkat usia ini mereka lebih gemarkan makanan rapu, gula-gula dan makanan ruji. Tanpa pengawasan yang sewajarnya kadar gula akan melebihi daripada kapasiti yang sepatutnya. Sememangnya gula amat penting untuk pembekalan tenaga tetapi gula yang di perlukan untuk perkembangan otak adalah gula asli yang mempunyai unsur glukosa iaitu daripada sumber asli seperti sayuran, ubi kentang, ikan dan sumber lain. Namun, gula yang ada di pasaran sekarang adalah gula yang diproses melalui proses pengeringan dan tidak begitu sesuai dengan komposisi tubuh kanak-kanak.
Pengambilan gula yang berlebihan oleh kanak-kanak boleh menyebabkan peningkatan suhu badan dan memberi tekanan pada perjalanan darah. Ini akan menyebabkan kanak-kanak hilang tumpuan dan kegagalan untuk memfokus kepada sesuatu perkara. Antara simptom perubahan kimia yang sering di hadapi kanak-kanak ialah:
  • mata memfokus terlalu cepat,
  • badan kerap berpeluh,
  • jari kaki dan tangan bergerak-gerak serta lutut meregang menyebabkan mereka kelihatan aktif dan tidak duduk diam.
  • Faktor lain yang menyebabkan kanak-kanak bersikap aktif selain pengambilan gula yang berlebihan ialah faktor genetik ibu bapa, cuaca dan alam sekitar.
Antara ciri-ciri kanak-kanak "hyper-active" ialah kurang penumpuan iaitu:
  • tidak dapat memfokus kepada pelajaran atau tidak berminat kepada sesuatu perkara yang penting.
  • Yang kedua terlalu agresif, dimana mereka kelihatan tidak berdisplin, tidak memberi perhatian dan mengabaikan tugasan yang di berikan serta lebih suka kepada bermain dan mengusik rakan-rakan lain.
  • Faktor ketiga ialah cepat terpengaruh. Mereka lebih suka meniru gaya atau perwatakan orang yang lebih besar, biasanya ianya berlaku pada peringkat usia 2 tahun keatas.
Kebiasaannya pada usia 9 tahun sikap "hyper-active" mulai kurang kerana pada peringkat ini mereka sudah mulai berfikir dan ada sesetengahnya sudah mencapai akal baligh (dewasa). Namun jika masalah ini masih berterusan kemungkinan mereka menghadapi sindrom ADHD atau ADD. Kadangkala sindrom ini sukar di kesan di peringkat awal dan guru atau ibu bapa mengambil langkah mudah sekiranya masalah seperti menumbuk kawan, memukul haiwan, mengusik rakan dan perangai yang pelik di lakukan.
Apakah tanda-tanda ADHD
Kanak-kanak ADHD haruslah menunjukkan tingkah laku yang terdapat dalam tiga kategori utama yang sering berlaku dalam beberapa persekitaran seperti:
  • di rumah,
  • di sekolah dan sebagainya
1. Hiperaktiviti
  • Kerap menggerakkan tangan atau kaki atau menggeliang-geliut di tempat duduk.
  • Selalu meninggalkan tempat duduk ketika di kelas
  • Selalu berlari ke sana ke mari atau suka memanjat dan pada kebanyakan masa kelihatan kekok
  • Kerap menghadapi masalah untuk bermain atau melakukan aktiviti riadah secara senyap
  • Banyak bercakap
  • Sering bergerak cergas atau kerap bertindak seolah-olah digerakkan oleh motor.
2. Tempoh tumpuan yang singkat
  • Sering gagal memberi tumpuan yang teliti kepada butir-butir terperinci atau cuai serta membuat kesilapan semasa membuat kerja sekolah atau aktiviti-aktiviti lain
  • Selalu tidak mematuhi arahan dan gagal menyiapkan kerja sekolah, kerja harian atau tugas
  • Kerap mengalami masalah untuk mengatur tugas dan aktiviti-aktiviti
  • Kerap mengelak, tidak suka atau keberatan hendak melakukan sesuatu tugas yang memerlukan tumpuan yang lama (seperti kerja sekolah atau kerja rumah)
  • Selalu kehilangan barang (misalnya pensil, pemadam, buku atau tugasan sekolah, mainan dan sebagainya)
  • Tumpuan mudah bertukar dari satu aktiviti ke satu aktiviti lain
  • Mudah lupa walaupun tidak sepatutnya jika mengikut usia dan keupayaan.
3. Tingkah laku impulsif
  • Selalu memberi jawapan sebelum soalan lengkap diajukan
  • Kurang sabar dan hadapi masalah ketika menunggu giliran
  • Sering mengganggu atau mencelah perbualan atau aktiviti orang lain
  • Sering membuat pertimbangan yang salah dan mudah mengalami kemalangan

Modul Guru Penyayang

Posting Ke-2 Paling Popular (1041 Pelawat)(25873 Pelawat 14.4.2015)

Teks disusun dan dibacakan oleh nurabadi sempena hari Anugerah Cemerlang & Konvokesyen Pra Sekolah SK Seri Taman Kluang Barat 2011

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ

اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِ الْعَالَمِيْنَ حَمْدًا يُوَافِى نِعَامَهُ وَيُكَافِئُ مَزِيْدَهُ يَارَبَّنَا لَكَ الْحَمْدُ كَمَا يَنْبَغِيْ لِجَلاَلِ وَجْهِكَ وَعَظِيْمِ سُلْطَانِكَ اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ صَلاَةً تُنْجِيْنَا بِهَا مِنْ جَمِيْعِ اْلأَهْوَالِ وَاْلآفَاتِ وَتَقْضِيْ لَنَا بِهَا جَمِيْعَ الْحَاجَاتِ وَتُطَهِّرُنَا بِهَا مِنْ جَمِيْعِ السَّيِّئَاتِ وَتَرْفَعُنَا بِهَا عِنْدَكَ أَعْلَى الدَّرَجَاتِ وَتُبَلِّغُنَا بِهَا أَقْصَى اْلغَايَاتِ مِنْ جَمِيْعِ الْخَيْرَاتِ فِى الْحَيَاةِ وَبَعْدَ الْمَمَاتِ

اَللَّهُمَّ يَا حَيُّ يَا قَيُّوْمُ يَا ذَاالْجَلاَلِ وَاْلإِكْرَامِ

Kami memanjatkan kesyukuran kepada-Mu kerana mengizinkan kami untuk mengadakan dan berada dalam Majlis Anugerah Kecemerlangan dan Konvokesyen Pra Sekolah SK Seri Taman Kluang Barat, 2011

اَللَّهُمَّ يَا مُجِيْبَ الدَّعَوَاتِ وَقَاضِيَ الْحَاجَاتِ

Kami memohon kepada-Mu , agar Eangkau berkati majlis ini dengan limpahan rahman dan rahim-Mu, semoga segala usaha kami dalam menjayakan majlis ini mendapat keredhaan dan hidayah-Mu. Tidak juga lupa kepada para pendidik yang telah menyumbang khidmat dan menabur bakti mereka di sekolah yang bertuah ini .

اَللَّهُمَّ يَا قَوِيُّ يَا عَزِيْزُ يَا فَعَّالٌ لِّمَا يُرِيْدُ

Di saat ini juga kami rafa’kan tangan kehambaan mengharapkan ihsan-Mu agar Engkau teruskan dan lanjutkan kecemerlangan yang sudah kami capai samada dalam bidang akademik mahupun aspek pembinaan sahsiah insan dan seterusnya menganugerahkan kepada kami kecemerlangan demi kecemerlangan yang lebih bermakna dalam pelbagai bidang pada masa-masa akan datang.

اَللَّهُمَّ يَا مُهَيْمِنُ يَا رَقِيْبُ يَا ذَاالْجَلاَلِ وَاْلإِكْرَامِ

Jadikanlah pelajar-pelajar yang menerima hadiah dan sijil penghargaan pada hari ini sebagai pelajar-pelajar yang bersyukur di atas pengiktirafan ini. Jadikanlah mereka pelajar-pelajar yang akan sentiasa berusaha dengan gigih dan tekun untuk meningkatkan potensi dan prestasi mereka dalam bidang akademik mahupun ketrampilan peribadi yang luhur. Malah kami memohon daripada-Mu Ya Allah dengan penuh ketaakulan agar majlis anugerah ini akan menjadi sumber inspirasi kepada pelajar-pelajar lain supaya mereka sama-sama mengerah keringat dan menggembleng tenaga untuk mencapai kecemerlangan demi mengharumkan nama sekolah ini.


اللَّهُمَّ اجْعَلْ خَيْرَ أَعْمَارِنَا ءَاخِرُهُ وَخَيْرَ أَعْمَالِنَا خَوَاتِمُهُ وَخَيْرَ أيَّامِنَا يَوْمَ ألْقَاكَ فِيْهِ
اللَّهُمَّ اغْفِرْلَنَا ذُنُوْبَنَا وَلإِخْوَانِنَا الَّذِيْنَ سَبَقُوْنَا بِالإِيْمَانِ
وَلاَ تَجْعَلْ فِيْ قـُلُوْبِنَا غِلاًّ لِلَّذِيْنَ ءَامَنُوْا رَبَّنَاإنَّكَ رَءُوْفٌ رَحِيْمٌ
اَللَّهُمَّ اجْعَلْ جَمْعَنَا هَذَا جَمْعًا مَرْحُوْمًا وَتَفَرُّقَنَا مِنْ بَعْدِهِ تَفَرُّقًا مَعْصُوْمًا
وَلاَ تَجْعَلْ فِيْنَا وَلاَ مَعَنَا شَقِيًّا وَلاَ مَطْرُوْدًا وَلاَ مَحْرُوْمًا.

Ya Allah, jadikanlah perhimpunan kami ini sebagai satu perhimpunan yang dirahmati dan perpisahan kami pula selepas ini sebagai satu perpisahan yang diberkati dan dilindungi. Dan janganlah Engkau jadikan pada diri kami ini, dan mereka yang bersama kami, kebinasaan, dan menyingkirkan kami dari memperolehi rahmat

رَبَّنَا اصْرِفْ عَنَّا عَذَابَ جَهَنَّمَ إِنَّ عَذَابَهَا كَانَ غَرَامَا إِنَّهَا سَاءَتْ مُسْتَقَرًّا وَمُقَامًا
رَبَّنَا لاَ تُزِغْ قُلُوْبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا وَهَبْ لَنَا مِن لَّدُنْكَ رَحْمَةً إِنَّكَ أَنْتَ الْوَهَّابُ
رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
وَأَدْخِلْنَا الْجَنَّةَ مَعَ اْلأَبْرَارِ. يَا عَزِيْزُ يَاغَفَّارُ يَارَبَّ الْعَالَمِيْنَ
وَصَلَّى الله ُ وَسَلَّمَ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ.

Posting Paling Popular Sepanjang 2012 : (3163 Pelawat)

aspirasidiri : Jadual Waktu Belajar Persendirian (Hari Bersekolah & Cuti Sekolah)

Murid yang mampu mengurus masa berpotensi untuk mendapat pencapaian yang baik dalam bidang Akademik. Sehari kehidupan seorang murid sekolah menempuh aktiviti pembelajaran yang berbeza. Di sekolah seorang murid tertakluk dengan jadual yang disediakan oleh pihak sekolah. Namun bagaimana pula ketika berada di rumah. Aktiviti hujung minggu perlu dikawal Jangan biarkan ianya berlalu begitu sahaja. Sedaikan jadual hujung minggu disesuaikan dengan aktiviti anjuran sekolah. Jika sekolah mengadakan kelas tambahan pada minggu ke-2 dan ke-4, masukkan aktiviti tersebut di dalam jadual agar kita dapat merancang aktiviti hujng minggu dengan aktiviti yang selaras dengan diri kita yang masih bergelar murid sekolah. Bagaimana pula ketika sekolah sedang bercuti ? Cuti sekolah yang tidak dirancang merugikan kita. Peluang tersebut perlu kita ambil dengan kita mengatur masa belajar mengikut keselesaan kita. Jangan gadaikan masa depan dengan hanya berseronok sahaja. Apa yang kita lakukan sekarang ini natijah yang kita perolehi adalah di masa depan. Sekarang kita bersusah payah belajar, Insya Allah hidup kita akan selesa pada masa depan dengan kerjaya yang kita ceburi. Seperkara lagi, apabila kita menyusun jadual jangan kita lupa masukkan sekali matapelajaran sekolah agama, dan aktiviti belajar agama ( mengaji quran). Ini adalah kerana pengabaian kepada aktiviti belajar agama akan menyebabkan persiapan hidup kita akan pincang. Belajar akademik sahaja sedangkan belajar agama terabai. Kata Imam Syafie :

Barangsiapa yang Menginginkan Dunia …

مَنْ أَرَادَ الدُّنْيَا فَعَلَيْهِ بِالْعِلْمِ وَمَنْ أَرَادَ الآخِرَةَ فَعَلَيْهِ بِالْعِلْمِ

“Barangsiapa yang menginginkan dunia, maka hendaknya menuntut ilmu dan barangsiapa yang menginginkan akhirat, maka hendaknya ia menuntut ilmu”.

Jadual Waktu Persendirian Cuti Sekolah


Jadual Waktu Sekolah



Jadual Waktu Persendirian Hari Bersekolah

Modul PRS


Kandungan : Panduan Perlaksanaan PRS di Sekolah

++klikdownload++Modul P R S ++klikdownload++

Modul RIMUP 2011

Kandungan : Modul RIMUP 3H2M :
"Perhatian" Video Sejarah Kemerdikaan akan di UPLOAD di youtiube dalam masa terdekat. Akan dimaklumkan kemudian.

++klikdownload++Kertas Kerja RIMUP++klikdownload++

++klikdownload++Video RIMUP++klikdownload++

"Perkongsian" Perancangan UBK 2011 Untuk download


Kandungan : Perancangan Strategik, Rancangan Tahunan, Pelan Tindakan, Carta Gantt

++klikdownload++Buku Pengurusan UBK 2011++klikdownload++

Konvensyen PERASA Peringkat Kebangsaan ke-8

Ekslusif Buat Kulator & Kulaan Konvensyen

++klikdownload++ PERASA++klikdownload++

Modul Kajian Tindakan


Kandungan : Panduan Untuk Membuat Kajian Tindakan di Sekolah

++klikdownload++Modul Kajian Tindakan++klikdownload++

Modul Kepimpinan 2011


Kandungan : Modul Kepimpinan 3H2M, 1H di SK Perempuan Bandar

++klikdownload++Modul Kepimpinan++klikdownload++

"Perkongsian" Dokumen Kelab UBK SR Utk Download


Isi kandungan : Perlembagaan Kelab, Cth Aktiviti Tahunan, dll

++klikdownload++Dokumen Pengurusan Kelab UBK++klikdownload++

e-Pengurusan UBK untuk download

Sila dapatkan no unprotected untuk pengaktifan dengan meninggalkan e mail d soutmax
+++klik link ++++e pengurusan bdk++++klik link++++

Waman Jahada Fainnama Yujahidu Linafsih......

Saya admin aspirasidiri menyuarakan KECAMAN sekeras-kerasnya terhadap Laknatullah Rejim Zionis kerana melakukan serangan terhadap SAUDARA-saudara saya di ....GAZZA.... Jahanam, Jahanam Zionis, Hancur, Hancur Zionis. Ihzihum Wansurna Alaihim.... Saya berdoa agar rakyat Palastin tabah dan terus berjuang mempertahankan malahan menyerang keangkuhan Rejim Zionis... Menang atas Rejim Zionis atau Menang Sebagai SYAHID bertemu Allah... Yujahidu na Fi Sabilillah... Fayaktalun na wayuk talun ..... terus berjuang .... samada kamu membunuh atau di bunuh... .... Ya Allah Kami Tidak Dapat Berjuang Seperti Mereka..... tetapi kemi berdoa ... Wamautana, Bimauti Syuhada' ....seperti MEREKA.. Ijabata li dua'

jemput tinggalkan jejak di blog apirasidiri