Didikan Rohani Dengan Ibadah. عن عمرو بن شُعَيْبٍ عن أَبِيهِ عن جَدِّهِ قَالَ، قَالَ رسولُ الله صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : مُرُوا أَوْلاَدَكُمْ بِالصَّلاَةِ وَهُمْ أَبْنَاءُ سَبْع سِنِينَ وَاضْرِبُوهُمْ عَلَيْهَا وَهُمْ أَبْنَاءَ عَشْرِ سِنِينَ، وَفَرِّقُوا بَيْنَهُمْ فِي المَضَاجِعِ.[4] Yang bermaksud, Daripada ‘Amru bin Syu‘aib, daripada bapanya, daripada datuknya berkata, sabda Rasulullah saw: “Perintahlah anak-anakmu mendirikan solat ketika mereka berumur tujuh tahun dan pukullah mereka jika meninggalkannya ketika berumur sepuluh tahun serta pisahkan tempat tidur mereka.

Perkhidmatan

Pengiktirafan Majalah Pendidik kepada Blog Aspirasi Diri

Keluaran Disember 2010, MS 30

27 March 2014

aspirasidiri : MMI (Melindungi Masa Instruksional) Bimbingan & Kaunseling





Topik lain yang perlu pencerahan :

Bagaimana  MMI Program Berikut ?
1.1 Program Perkembangan ( Kerjaya, Motivasi, Sahsiah, Awal Remaja, DWEN))
1.2 Program Pencegahan (PPDA, ROKOK, Kaunseling Berfokus, Benci Zina)
1.3 Program Intervensi (Psikometrik)
1.4 Program Kesejahteraan Diri & Mental (Guru Penyayang,Akta Kanak-kanak & Juvana)
 


26 March 2014

aspirasidiri : Sabar menghadapi Ujian Kesakitan Atau Kematian



Copyright Untuk Perkongsian :Klik Sumber : JAKIM

Sabar Menghadapi Ujian Kesakitan Atau Kematian

Tarikh: Mar 06, 2012
Riwayat: Bukhari, Kategori: Akhlak
Hadith: 
Daripada Anas RA katanya, “Tatkala Nabi SAW sedang sakit tenat, Fatimah RA berkata, “Alangkah menderitanya ayahku.” (Di masa itu Nabi Muhammad SAW mendengar) lalu baginda bersabda, “Ayah tidak menempuh kesusahan lagi selepas hari ini.” Kemudian setelah wafat Rasulullah SAW Fatimah RA berkata, “Oh ayah” dia telah menyahut panggilan tuhannya, “Oh ayah! Syurga Firdauslah tempatnya”, “Oh ayah! Kepada Jibril kami khabarkan.” Apabila Rasulullah SAW telah dimakamkan Fatimah RA berkata, wahai Anas, adakah senang hati kamu menimbus tanah ke atas Rasulullah SAW?”
Huraian Hadith: 
  1. Harus melahirkan kesedihan bagi mayat tanpa laungan dan ratapan yang menunjukkan tidak redha dengan takdir Allah.
  2. Kesabaran Nabi SAW menghadapi sakaratul maut merupakan satu ujian Allah untuk meningkatkan darjat baginda.
  3. Kata-kata saidatina Fatimah RA selepas Rasulullah dikebumikan adalah untuk menggambarkan dukacita bukan bermaksud membantah.
  4. Hadith ini menggambarkan kesabaran seorang anak yang menghadapi ayahnya yang sedang sakit tenat lalu meninggal dengan setiap orang dikehendaki bersabar apabila menghadapi kematian dan malapetaka.
  5. Setiap Muslim hendaklah insaf bahawa semua perkara adalah datang daripada Allah dan kepada-Nya ia akan kembali.
Klik Sumber JAKIM

Dengan nama Allah, segala puji bagi Allah, Selawat dan salam ke atas Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam, keluarga, sahabat dan para pengikut Baginda)
APABILA berlaku kematian, ada orang yang boleh menghadapinya dengan sabar dan tabah, namun ada juga orang yang tidak dapat menghadapinya sehingga menangis, meratap atau meraung. Perkara sebegini tidak dinafikan berlaku kerana perasaan sayang kepada si mati membuatkan perasaan sedih itu timbul, kerana hidup bersama dalam masa yang panjang semasa si mati masih hidup, kini dia kembali ke hadrat Ilahi buat selama-lamanya. Tentu perkara ini memberikan kesan terhadap semua yang mengenali si mati kadang-kadang tidak dapat menerima hakikat kematiannya. Tambahan lagi orang yang telah pergi selama-lamanya itu keluarga yang dekat seperti ibu atau bapa atau anak sendiri. Mengenai hukum menangisi jenazah ini akan dihuraikan selanjutnya selepas ini.
Hukum menangisi jenazah
Hukum menangisi jenazah adalah harus sama ada sebelum berlakunya kematian iaitu ketika dalam keadaan nazak ataupun selepas berlakunya kematian. Walau bagaimanapun menangisi jenazah sebelum berlakunya kematian adalah lebih utama berbanding menangisinya selepas kematian. Menangisi jenazah selepas berlakunya kematian adalah khilaf al-awla iaitu menyalahi yang utama kerana ia merupakan penyesalan dari perkara yang telah lalu.
Menangisi jenazah kerana sayang dan sedih di atas pemergiannya adalah merupakan perasaan semula jadi manusia. Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam juga pernah menangis ketika menghadapi kematian anak Baginda Ibrahim ‘alaihissalam. Perkara ini jelas disebutkan dalam sebuah hadits yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik Radhiallahu ‘anhu:
Maksudnya : “Kami masuk bersama Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam mendatangi Abu Saif Al-Qaiyn (iaitu suami perempuan) yang mengasuh dan menyusui Ibrahim ‘alaihissalam (putera Nabi Shallallahu 'alaihi wasallam). Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam mengambil Ibrahim lalu memeluk dan menciumnya. Kemudian kami menjumpainya lagi selepas (peristiwa) itu dan Ibrahim hampir menghembuskan nafasnya sehingga menyebabkan kedua mata Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam berlinang air mata. Lalu ‘Abdurrahman bin ‘Auf Radhiallahu ‘anhu (dengan perasaan takjub) bertanya kepada Baginda: “Engkau juga (menangis) wahai Rasulullah?”. Baginda menjawab: “Wahai Ibnu ‘Auf, sesungguhnya ini adalah rahmat,” kemudian berterusanlah keluar air mata Baginda. Setelah itu Baginda Shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: “Sesungguhnya kedua mata boleh mencurahkan air mata, hati boleh merasa sedih, akan tetapi kami tidaklah boleh mengatakan kecuali apa yang diredhai oleh Tuhan kami dan dengan perpisahanmu ini wahai Ibrahim kami amat bersedih”. (Hadits riwayat al-Bukhari)
Jawapan Rasullullah Shallallahu 'alaihi wasallam kepada Ibnu ‘Auf Radhiallahu ‘anhu dalam hadits di atas “Sesungguhnya ini adalah rahmat” bermaksud keadaan Baginda (tangisan) yang disaksikan oleh Ibnu ‘Auf Radhiallahu ‘anhu itu adalah perasaan kasih sayang terhadap anak dan bukanlah ia sebagai kegelisahan atau ketidak sabaran seperti mana yang disangkakan oleh sahabat Baginda itu.
Begitu juga diceritakan dalam sebuah hadits yang diriwayatkan oleh Usamah bin Zaid Radhiallahu ‘anhu ketika Baginda Shallallahu 'alaihi wasallam menghadapi kematian cucu Baginda. Nafas Baginda menggeletar dan air mata Baginda berlinangan di saat cucu Baginda diserahkan kepadanya. Lalu Sa‘ad bin Ubadah Radhiallahu ‘anhu bertanya kepada Baginda:
Maksudnya : “Wahai Rasulullah, (air mata) apa ini?” Nabi menjawab: “(Air mata) ini adalah rahmat (perasaan sayang) yang Allah jadikan dalam hati-hati hambaNya dan sesungguhnya Allah hanya merahmati hamba-hambaNya yang penuh rasa kasih sayang.” (Hadits riwayat al-Bukhari)
Bentuk tangisan yang diharuskan
Bentuk tangisan yang diharuskan itu sebagaimana disebutkan dalam kitab Hasyiatan Qalyubi Wa ‘Umairah ialah tangisan dengan suara yang perlahan (sekadar teresak-esak) walaupun mengeluarkan air mata dan perasaan hati yang sedih.
Menurut Imam as-Subki Rahimahullahu Ta‘ala jika tangisan ke atas jenazah itu, kerana perasaan kasih sayang dan kerana perasaan takut di atas apa yang akan menimpa kepadanya daripada balasan Allah Ta‘ala dan perkaraperkara yang menakutkan pada hari kiamat adalah tidak makruh dan tidak menyalahi yang lebih utama.
Menurut ulama lagi, jika tangisan itu kerana perasaan kasih sayang seperti menangisi kanak-kanak adalah tidak mengapa, akan tetapi adalah lebih baik bersabar. Adapun jika menangisi jenazah kerana hilangnya ilmu, kebajikan, keberkatan dan keberanian si mati maka ia digalakkan.
Bentuk tangisan yang dilarang
Bentuk tangisan yang dilarang ke atas jenazah itu ialah seperti berikut:
1. Haram jika tangisan itu disebabkan ketidaksabaran dan tidak menerima sebagai qadha daripada Allah Ta‘ala.
2. Haram menangisi jenazah dengan menyebut-nyebut kebaikan si mati seperti katanya: “Aduhai gunungku” (si mati diibaratkan sebagai gunung kerana si mati adalah tempat bersandar dan berharap).
Larangan mengenai meratapi jenazah sebegini ada disebutkan dalam sebuah hadits yang diriwayatkan oleh Abu Musa al-Asy‘ari Radhiallahu ‘anhu bahawa Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:
Maksudnya : “Tidak ada jenazah yang (mati atau hampir mati) dan diratapi oleh keluarganya dan berkata-kata: “Aduhai gunungku”, “Aduhai tuan aku” atau yang seumpamanya, melainkan diwakilkan untuknya dua malaikat menepuk-nepuk dada si mayat (dengan kedua tangannya dan) berkata: “Beginikah kamu?”
(Hadits riwayat at-Tirmidzi)
Persoalan “beginikah kamu” dalam hadis tersebut itu adalah ancaman bagi orang yang meratap dengan menyebut-nyebut kebaikan simati.
3. Haram menangisi jenazah dengan suara yang tinggi seperti meraung. Abu Malik al-Asy‘ari Radhiallahu ‘anhu menceritakan, bahawa Nabi Shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:
Maksudnya : “Ada empat (perangai) pada umatku yang dibawa dari zaman Jahiliyyah, mereka tidak dapat meninggalkannya sama sekali iaitu : “Bangga terhadap kemuliaan, menghina hubungan sesama kekeluargaan, mempercayai turunnya hujan melalui perbintangan (ilmu tenung) dan ratapan,” Baginda bersabda: “Orang yang meratap itu apabila dia belum bertaubat sebelum kematiannya maka akan dibangkitkan pada hari kiamat (dalam keadaan kulitnya berkurap atau berkudis seolah-olah) pada (anggota)nya baju (yang dilumuri dengan) minyak (iaitu minyak yang dilumuri pada unta yang berpenyakit kurap dan minyak itu dibakar untuk menghilangkan penyakit kurap pada unta itu seolah-olah) baju dari kurap atau kudis.” (Hadits riwayat Muslim)
4. Begitu juga haram menunjukkan perasaan tidak sabar sehingga memukul-mukul dada dan pipi atau menarik rambut dan mengoyak baju. Ini juga berdasarkan sebuah hadits yang diriwayatkan oleh ‘Abdullah Radhiallahu ‘anhu bahawa Nabi Shallallahu 'alaihi wasallam bersabda :
Maksudnya : “Bukanlah dari golongan kami orang yang menampar-nampar pipi dan mengoyak-ngoyak baju dan menyebut-nyebut (penyesalan terhadap si mati) sebagaimana sebutan orang jahiliyyah.” (Hadits riwayat al-Bukhari)
Menangisi jenazah sehingga berlebihan seperti meratap, memukul dada dan pipi, mengoyak baju, dan berteriak adalah dilarang kerana tangisan seperti ini melewati batas-batas yang diharuskan dalam syara‘. Tangisan seperti ini menunjukkan ketidaksabaran seseorang itu dalam menghadapi takdir Allah Ta‘ala.
WALLAHU'ALAM


25 March 2014

aspirasidiri : Ke Mana Saya Selepas SPM ?

Semua telah maklum keputusan SPM telah diumumkan minggu lalu.... nah sekaranglah masanya kita membuat pilihan. Membuat pilihan jalan yang hendak dipilih seharusnya mengikut keupayaan keputusan SPM, Jangan putus asa jika keputusan agak kurang baik / tidak baik. Jangan banding keputusan SPM kita dengan keputusan SPM orang lain... itu yang penting/ Lihat keputusan dan padankan dengan tempat-tempat yang sesuai dengan keputusan SPM kita. Saya berbicara bekaitan dengan keputusan yang agak kurang A, atau kurang dari itu.  Banyak Institut yang dapat membantu kita. Lihat di persekitaran tempat tinggal kita, Saya amat yakin setiap komuniti ada tempat untuk kita menyambung pengajian. Jangan pandang ke belakang. Satu lagi jangan memilih sangat, ikut minatlah itu semua akan membuatkan kita tersekat di tengan jalan. Pilih kursus yang boleh memberikan pekerjaan selepas 5 tahun dari sekarang, atau kurang dari itu. Yang penting ada kerja. Dulu mungkin kita bercita-cita nak masuk Universiti tapi keputusan tidak melayakkan kita ke sana, jangan tekan butang panik. Sementalahan lagi kawan-kawan kita dapat apa yang mereka hendak. Rakan sekelas lagi, Kita pun kecewa. Malu nak keluar rumah. Takut orang kampung tanya keputusan SPM kita, Peduli apa itu semua.  Jika kita berfikiran begitu maka salah berfikiran cara begitu. Kan baik jika kita berfikir nanti masuk U masa dah bekerja. Masuk U juga walaupun lambat sikit dari kawan-kawan kita yang keputusan SPMnya lebih baik dari kita. Jangan buang masa. Terus dapatkan maklumat dari tempat-tempat yang berkaitan. Cari individu yang dapat memberikan nasihat yang tepat berkaitan hala tuju kita, Jangan bincang dengan rakan sebaya sahaja, kerana bimbang pendapat yang diperolehi tidak dapat membantu kita. Lihat sahaja di sekeliling kita. Kejayaan yang dikecapi dalam kehidupan bukanlah satu-satunya dari akademik. Kita biasa mendengar, individu yang tidak tahu membaca boleh menjadi jutawan dalam bidang perniagaan. Kuncinya ialah USAHA. Seterusnya ialah BI IZ Nillah. Selamat Maju Jaya. (Pandangan admin)

Ke mana selepas SPM ? Mendalami Bidang Akademik ? Mendalami Bidang Kemahiran ? ..... Emmmm ada satu lagi bidang yang kelihatan dipinggirkan di dalam ruang pemikiran.... Bidang Agama. Pilihlah bidang yang merentasi ketiga-tiga bidang... Paling kurang Bidang Komputer dan bidang Pengajian Islam ( usuluddin / syariah / )... Jika pilih bidang ekonomi cuba lihat dan ambil bidang ekonomi Islam, Jika minat undang-undang... belajarlah undang-undang sivil dan undang-undang syariah..... belajar psikologi belajar sekali dengan bidang kaunseling Islam....  Kita biasa dengan di peringkat menengah rendah kelas intergerasi.... aliran biasa di tambah dengan belajar bahasa arab..... begitu juga di universiti...... apa penting ini semua ? Jika ditakdirkan Allah kita menjadi ir biarlah tahu hukum fekah..... jadi doktor perubatan.... doktor yang hafiz..... lihat sahaja di timur tengah... imam hafiz mereka juga seorang berkelulusan kejurteraan.... Bukankah kita sering membaca berita di dada akhbar.... indeks jenayah semakin bertambah.... mengapa ianya berlaku ?.... salah satu puncanya penghayatan ilmu hanya sebahagian semata-mata. Ilmu Agama ? Semacam terpinggir. Ada kelulusan dalam bidang kewangan ... tetapi kewangan konvensional sahaja tanpa pengetahuan di dalam bidang kewangan Islam...... Kitalah generasi masa depan. Biarlah ilmu dunia dan Ilmu akhirat didalami dan digali bersama. Ilmu yang bermanfaat ialah ilmu yang dapat memimpin hidup kita dari dunia sampailah ke akhirat.  Bukankah selepas hidup di dunia kita akan mati. Itulah sunatullah. Kemudiannya akan dihidupkan pula di akhirat yang kekal abadi ? Kejar ilmu dunia jangan sampai lupa kepada ilmu-ilmu akhirat, nanti mengukur urusan kehidupan di dunia dengan ilmu dunia semata-mata. Kelak kita akan rugi ketika di akhirat sana. Barang siapa hendakkan dunia maka dengan ilmu. Barang siapa hendakkan akhirat maka dengan ilmu. Barang siapa inginkan keduanya maka sayugialah dengan ilmu. Jangan pula ada yang tersalah ..... hanya kejar ilmu akhirat semata-mata, tinggalkan ilmu dunia, buruk juga padah jadinya. Buatlah pilihan berpandukan agama. Insya Allah, kita pasti akan selamat.

24 March 2014

aspirasidiri : Sakularisma

Umat Islam mesti peka serangan anasir luar lemahkan akidah

World English Dictionary mendefinisikan sekularisme kepada beberapa pengertian antaranya falsafah yang menolak semua agama dalam masyarakat dan pemikiran yang berpegang bahawa agama tiada tempat dalam kehidupan bermasyarakat.

Mudah cakap, sekularisme ialah fahaman yang menolak agama dalam kehidupan dan fahaman itu sedang menyerang masyarakat hari ini termasuk umat Islam yang mula mempersoalkan hukum agama apabila dirasakan tidak sesuai dengan gaya hidup mereka.
Sekularisme menganggap agama tidak ada kena mengena dengan kehidupan. Lebih buruk, fahaman itu menganggap agama menyebabkan kemunduran dan yang memberi kesan kepada hidup seseorang yang datang daripada akalnya." Dr Sharifah Hayaati Syed Ismail, Pensyarah Jabatan Siasah Syariyyah, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya (UM)
Pensyarah Jabatan Siasah Syariyyah, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya (UM), Dr Sharifah Hayaati Syed Ismail, berkata fahaman sekularisme yang bermula sejak abad ke-14 menjadi perkara tunjang dan kesannya masyarakat kini semakin menerima fahaman itu.

Beliau berkata, kesan daripada fahaman sekularisme yang sudah menyerap dalam masyarakat, menyebabkan golongan terbabit berasakan mereka bebas untuk berfikir dengan tidak mengambil kira agama dan syariat.

“Inilah buah yang terhasil daripada fahaman tunjang yang mengakar fahaman sekularisme, yang melahirkan ideologi feminisme dan humanisme. Impaknya turut dirasakan umat Islam walaupun asasnya bukan untuk kita.

“Pemahaman dan pemikiran ini masuk secara perlahan tanpa disedari, maka timbullah pandangan yang asing bertentangan Islam,” katanya pada Kongres Kepimpinan Wanita Islam Peringkat Kebangsaan.
Beliau yang menjadi ahli panel ‘Forum Cabaran Wanita dan Sekularisme’ berkata, tiga elemen fahaman sekularisme ialah kebebasan (bebas daripada asas agama kerana diri ada kekuatan sendiri), keserataan (tiada beza antara manusia) dan perkecualian (bebas daripada tekanan atau pegangan).

Kongres itu bertujuan menyuntik anjakan paradigma untuk melahirkan wanita berketrampilan dan memiliki daya kepemimpinan mantap mengikut acuan dituntut syariat Islam.

Kongres berkenaan anjuran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Panel Isu-Isu Semasa Wanita Islam (PISWI) dengan kerjasama Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM).

Sharifah Hayaati berkata, pengetahuan penting kerana fahaman sekularisme tidak boleh dihalang daripada memasuki pemikiran melainkan masyarakat faham apa yang dimaksudkan dengan sekularisme.

Katanya, penyerapan fahaman sekularisme secara tidak sedar sudah mempengaruhi cara berfikir, memberi pandangan malah sudah diterjemahkan dalam bentuk tindakan kerana apa yang dilakukan datang daripada pemikiran.

“Sekularisme menganggap agama tidak ada kena mengena dengan kehidupan. Lebih buruk, fahaman itu menganggap agama menyebabkan kemunduran dan yang memberi kesan kepada hidup seseorang yang datang daripada akalnya.

“Ini menyebabkan perkara yang tidak sepatutnya turut dibangkitkan. Maka berlaku ada yang pertikaikan kenapa wanita tidak boleh jadi imam atau tidak perlu pakai tudung. Kita orang Islam yang menentukan adalah hukum Allah SWT serta tahap keimanan,” katanya.

Beliau tidak menafikan pemikiran serta hujah golongan berkenaan mudah diterima khususnya mereka yang tiada asas kukuh mengenai hukum agama sehingga mudah menerima sesuatu yang datang berasakan hukum akal.

Ini ditambah kekuatan serta ketajaman bahasa dimiliki golongan sekular untuk meyakinkan orang lain menyebabkan hujah mereka senang diterima.

“Saya cadangkan kita fahami ideologi lain supaya tahu apa yang buruk dan kita hindari perkara itu. Ini bukan untuk wanita saja juga generasi muda kerana mereka yang melayari internet tidak pergi mendengar ceramah. Mereka mudah terdedah dengan pemikiran begitu,” katanya.

Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), Dr Asyraf Wajdi Dusuki, berkata kumpulan liberal berani mempersoalkan isu agama termasuk kesahihan hadis serta menggambarkan Islam tidak meraikan kepelbagaian.

Katanya, Islam tidak menolak kebendaan atau keduniaan sedangkan ciri-ciri sekularisme menolak agama seperti dijelaskan Syed Naquib al-Attas iaitu penolakan aspek kerohanian dalam kehidupan, memisahkan unsur ketuhanan dalam politik dan sosial serta menentang autoriti agama yang dikatakan menjadi penghalang kepada kemajuan.

“Dulu orang lihat tudung sebagai kekampungan tetapi kini tudung menjadi trend, malah sudah jadi sebahagian daripada aspek kemodenan di negara kita. Kumpulan sekular dan liberal tidak mahu terikat dengan agama dan ini mencabut identiti agama,” katanya.

Beliau berkata, umat Islam perlu mempertahankan kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan seperti yang termaktub dalam Perlembagaan dan jangan membenarkan orang lain mentakrif Malaysia sebagai negara sekular.

Mengambil contoh Turki yang mengiktiraf negaranya sebagai sekular, maka semua perkara berkaitan Islam tidak boleh dilaksanakan walaupun lebih 90 peratus rakyat negara itu Muslim.

“Umat Islam di Malaysia boleh menganjurkan program agama kerana agama negara adalah Islam. Justeru, ini perlu dipertahankan dengan memastikan fahaman bertentangan syariat seperti fahaman sekularisme dan liberalisme ditangani sebaiknya,” katanya.

23 March 2014

21 March 2014

aspirasidiri : Belajar Dari Kejayaan, Ambil Iktibar Dari Kegagalan

Admin : Tahniah kepada Calon SPM yang telah menggengam kejayaan yang cemerlang. Kepada Calon SPM yang Tidak mendapat keptusan seperti yang diharapkan usahlah putus asa. Ceburi bidang  seterusnya melalui pilihan-pilihan lain.

  • Adik beradik ramai bukan halangan Nor Asma Diyana menunjuk keputusan SPM kepada kedua ibu bapanya.
POKOK SENA - “Saya mahu tunjukkan bahawa kemiskinan dan mempunyai ramai adik-beradik tidak pernah menghalang untuk kita berjaya. Semuanya bergantung kepada hasil usaha kita sendiri.
Kejayaan ini saya hadiahkan buat kedua ibu bapa yang banyak memberi galakkan,” kata Nor Asma Diyana Abdullah, 17, selepas berjaya dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang diumumkan semalam.

Nor Asma Diyana berkata, kemiskinan yang membelenggu kehidupan keluarga itu menjadi semangat kepadanya untuk belajar bersungguh-sungguh hingga berjaya dalam peperiksaan SPM kali ini.

Menurutnya, keperitan ibu bapanya menjaga 10 adik-beradiknya dengan bergantung hidup mengusahakan sawah memberinya semangat untuk belajar hingga menjadi pelajar kedua terbaik di Sekolah Menengah Sains Pokok Sena.

Dalam keputusan SPM yang diumumkan semalam, dia mendapat 7A+ dalam subjek Bahasa Melayu, Pendidikan Islam, Sejarah, Matematik, Matematik Tambahan, Fizik, Kimia dan Biologi. Manakala Bahasa Inggeris dan Biologi beliau mendapat 2A.

“Kejayaan saya ini diharap akan menjadi pencetus semangat kepada dua adik kembar yang turut belajar di sekolah asrama penuh ini.

"Semangat untuk berjaya dan keluar dari kepompong kemiskinan memberi kekuatan kepada saya untuk berjaya seperti hari ini,” katanya yang bercita-cita menjadi doktor pergigian.

Menyentuh tentang rahsia kejayaannya, dia membuat ulang kaji pelajaran sejak dari awal tahun lagi dan memberi perhatian semasa guru mengajar.

Katanya, tiga bulan menjelang peperiksaan dia banyak melakukan ibadat dengan mengadakan solat hajat selepas solat waktu secara berjemaah dan membaca al-Quran kerana ia banyak memberi ketenangan.

“Selain itu, saya juga turut menjaga makan dan minum dengan tidak mengambil minuman kafein serta banyak makan kismis bagi memudahkan menghafal pelajaran,” kata anak ketujuh dari 10 beradik itu.

Bagi Abdullah Man, 60, dia bersyukur kerana doanya selama ini untuk melihat anak-anaknya berjaya dalam pelajaran telah dimakbulkan oleh ALLAH.

Katanya, sering memberi semangat kepada anaknya supaya belajar bersungguh-sungguh dan dapat mengubah nasib hidup mereka pada masa akan datang.

Bagaimanapun dia turut mengucapkan terima kasih kepada guru sekolah yang banyak mendidik anaknya hingga berjaya.

  • SPM: Cacat tidak halang kejayaan 
  •  Muhammad Abd Rahman bersama bapa, Ismail Omar; ibu, Siti Hamidah dan adiknya, Siti Norafiqah ketika mengambil keputusan SPM 2013 di SM Imtiaz Besut, semalam.
1 / 1
BESUT - Seorang pelajar yang menghidap penyakit coat desease (masalah penglihatan) sejak kecil pada mata sebelah kiri membuktikan kecacatan dialaminya, bukan penghalang untuk dia berjaya.

Muhammad Abd Rahman Ismail, 18, yang hanya dapat melihat melalui mata kanan, boleh berbangga apabila memperoleh 11A dalam keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang diumumkan, semalam.

Kejayaan pelajar Sekolah Menengah Imtiaz Besut Yayasan Islam Terengganu itu sekali gus menjadikan dia pelajar terbaik daerah apabila memperoleh 9A+ dan 2A.

“Kecacatan yang saya alami tidak mematahkan semangat, malah menjadi pendorong buat saya untuk belajar dengan lebih tekun. Walaupun melihat dengan hanya sebelah mata, ia menjadikan saya lebih bersyukur kepada ALLAH SWT,” katanya.

Anak ketiga daripada empat beradik itu berkata, antara resipi kejayaannya adalah memberi tumpuan ketika di dalam kelas dan bertanya guru jika tidak faham.

Katanya, dia turut berkongsi ilmu dengan rakan sekolahnya, selain belajar secara berkumpulan.

Selain cemerlang akademik, anak pasangan pensyarah sebuah kolej swasta dan guru itu turut mampu menghafaz 30 juzuk al-Quran.

“Saya berjaya menghafaz al-Quran sejak di tingkatan tiga lagi selepas menghafal selama tiga tahun bermula dari tingkatan satu, menghafal al-Quran memang wajib di sekolah ini,” katanya.

Menurutnya, makanan berkhasiat juga terbukti membantu ingatannya termasuk membaca al-Quran, dan penguasaan dalam agama pula membantu kecemerlangan dalam akademik.

"Pihak sekolah memang bekalkan kami yang tinggal di asrama dengan makanan berkhasiat untuk minda seperti susu, kismis dan madu," katanya.

Dia yang bercita-cita menjadi pensyarah berhasrat melanjutkan pengajian di Darul Quran untuk mendalami pengajian Sunah
  • Rajin zikir, solat hajat rahsia cemerlang 
  •  Izzah (kiri) dan Faqihiyah menunjukkan slip SPM mereka, semalam.
1 / 1
KOTA BHARU - Rajin berzikir dan solat hajat, memberi keyakinan kepada dua calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang memperoleh 12A dari Maahad Muhammadi Perempuan, semalam.

Faqihiyah Abu Bakar, 18, yang berasal dari Lundang, berkata, dia sememangnya tidak sangka meraih keputusan cemerlang itu kerana hanya memperoleh 10A dalam peperiksaan percubaan.

“Saya mempunyai bilik belajar sendiri di rumah dan sentiasa solat hajat serta mengamalkan zikir dalam usaha mendapatkan keputusan cemerlang ini.

“Dalam peperiksaan percubaan, saya hanya dapat B+ untuk mata pelajaran Fizik dan C bagi Matematik Tambahan, justeru, saya beri penekanan dan akhirnya kedua-dua subjek ini saya peroleh A- dan A,” katanya.

Sementara itu, bapanya, Abu Bakar Abdullah Kutty yang juga Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Negeri Kelantan, berkata, dia sentiasa memantau pelajaran anaknya.

Ibunya pula, Fatimah Hassan, 51, berkata, anak ketiga daripada enam beradik itu tidak makan makanan segera dan organ dalaman, sebaliknya gemar makan kismis, madu serta kurma.

“Dia banyak berzikir di rumah dan setiap hari saya akan pastikan anak makan sebelum jam 7 malam bagi memberi laluan kepadanya berzikir di bilik,” kata guru Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Melor ini.

Sementara itu, seorang lagi pelajar 12A, Izzah Khairul Anuar, 18, dari Kampung Talak, Cabang Empat Tumpat berkata, dia hanya memperoleh keputusan sederhana ketika peperiksaan percubaan dan pernah gagal untuk subjek Kimia.

“Namun, guru kelas, Rohiah Mohamad selalu memberi semangat dengan menepuk di belakang saya semasa dalam kelas yang membuatkan saya menginsafi diri dan bersemangat,” kata anak kepada guru Maahad Muhammadi Lelaki.


Alor Setar: Kecacatan fizikal bukan penghalang buat Muhammad Hadi Darus, 17, bagi membuktikan dirinya mampu berjaya dalam pelajaran seperti pelajar normal apabila diumumkan memperoleh keputusan cemerlang 11A bagi calon berkeperluan khas (CBK) dalam keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2013 yang diumumkan, semalam.
Muhammad Hadi, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Agama Kedah, di sini, yang dilahirkan tanpa lengan dengan hanya jari di bahu juga tidak boleh berjalan berikutan kedua-dua kakinya membengkok sejak berusia dua tahun. 
Walaupun dikategorikan sebagai orang kelainan upaya (OKU) apabila terpaksa menggunakan kerusi roda untuk bergerak serta menulis menggunakan kaki kiri, namun ia tidak melemahkan semangatnya untuk mengubah nasib diri.
Pelajar berkenaan mendapat A dalam 11 mata pelajaran iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sejarah, Bahasa Arab Tinggi, Matematik Tambahan, Fizik, Biologi, Kimia, Pendidikan al-Quran dan Al-Sunnah serta Pendidikan Syariah Islamiah.

FotoHADI (kanan) menerima ciuman daripada ayahnya selepas memperoleh 11A dalam keputusan SPM.

Muhammad Hadi berkata, dia gembira apabila turut diumumkan sebagai antara pelajar terbaik di peringkat negeri sekali gus membuktikan segala penat lelah membuahkan hasil.

  •  'Jangan malu mohon kepada ALLAH' 
  •  Fathah Fasihah bersama ibunya menaiki beca yang dikayuh bapanya sebagai ‘hadiah’ kepada kejayaan pelajar itu yang memperoleh 11A dalam semua mata pelajaran SPM 2013.
1 / 1
SABAK BERNAM – Rahsia seorang ustazah Kelas Agama dan Fardhu Ain (Kafa) menunaikan solat hajat dan membaca surah Yasin sepanjang anaknya menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) menjadi kunci utama kepada kejayaan, Fathah Fasihah Mohd Mutalabisin, 18, apabila memperoleh 11A dalam semua mata pelajaran.

Kejayaan itu lebih bermakna, apabila Fathah Fasihah yang bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Simpang Lima diumumkan sebagai pelajar terbaik 2013 apabila memperoleh gred A satu (cemerlang tertinggi) kecuali mata pelajaran biologi.

Fathah Fasihah berkata, sejak dari Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) lagi, ibunya, Siti Hazar Mohammad Ayon, 46, tidak pernah mengabaikan tanggungjawab bermunajat kepada ALLAH agar anak-anaknya memperoleh keputusan cemerlang.

“Kalau tanya kepada saya, mungkin kejayaan ini adalah berkat doa ibu yang tak pernah putus-putus bermohon kepada ALLAH agar saya dan adik-beradik lain dapat menjawab peperiksaan dan lulus dengan cemerlang,
” katanya.

Fathah Fasihah berkata, ibunya yang mengajar di Kafa Taman Seri Indah, Sungai Besar menjadi pendorong utama kejayaannya selain sokongan dan dorongan daripada bapanya, Mohd Mutalabisin Maryaman, 49, serta guru-guru di sekolah.

“Saya bukanlah pelajar yang fokus di dalam kelas, tetapi apabila pulang dari sekolah, saya akan mengulang kaji pelajaran dan pastikan apa yang diajar guru difahami dengan membuat banyak latihan,”
kata anak kedua daripada tiga beradik itu.

Fathah Fasihah yang bercita-cita menjadi doktor gigi berkata, dia juga mengamalkan bacaan surah al-Quran sekurang-kurangnya 10 muka surat setiap hari bagi mendekatkan diri kepada ALLAH dan terbukti amalan itu berkesan serta memudahkannya mengingati setiap pelajaran yang diajar guru.
“Kadang-kadang saya ada juga bangun malam untuk Qiamullail. Tapi amalan yang saya buat dari dulu ialah membaca al-Quran kerana saya yakin apabila kita dekat dengan-Nya, Insya-ALLAH semua yang kita usahakan akan diberkati,” katanya.

Siti Hazar berkata, berkat mengamalkan solat hajat dan bacaan Yasin, tiga anaknya itu berjaya dalam pelajaran dan beliau ingin berkongsi rahsia kepada umat Islam lain agar tidak sesekali melupakan ALLAH dalam setiap perbuatan yang dilakukan.

“Kita ada Pencipta, jangan malu mohon kepada ALLAH kerana Dia sebaik-baik penentu. Sebagai hamba, kita hanya mampu berusaha, ikhtiar dan berdoa, tetapi segala-galanya atas kehendak-Nya,” katany

16 March 2014

aspirasidiri : IHSAN

Sumber

KITAB RISALAH TASAUF OLEH TUAN GURU SYEIKH DAUD BUKIT ABAL. MURSYID BAGI TARIQAH AHMADIYYAH IDRISSIAH DI BUKIT ABAL.
DISYARAH OLEH USTAZ MUHAMMAD HIZAM AL-AHMADI
(Dipetik daripada muzakarah di Bicarasufi.Com)
بسم الله الرحمن الرحيم
Matan: Terbahagi ugama kepada tiga. Pertama: IMAN, kedua: ISLAM, ketiga: IHSAN kerana ugama itu, adakalanya amalan dalam yakni hati maka dinamakan akan dia iman.
Syarah MH
Tok Guru Hj Daud Bukit Abal merujuk kepada hadith Jibril tentang IMAN ISLAM IHSAN. Matan hadithnya adalah seperti berikut:-
عن عمر رضي الله عنه قال : بينما نحن جلوس عـند رسـول الله صلى الله عليه وسلم ذات يوم اذ طلع علينا رجل شديد بياض الثياب ، شديد سواد الشعر لا يرى عليه أثـر السفر ولا يعـرفه منا احـد. حتى جـلـس إلى النبي صلي الله عليه وسلم فـأسند ركبـتيه إلى ركبتـيه ووضع كفيه على فخذيه، وقـال: ” يا محمد أخبرني عن الإسلام “.فقـال رسـول الله صـلى الله عـليه وسـلـم : (الإسـلام أن تـشـهـد أن لا إلـه إلا الله وأن محـمـد رسـول الله وتـقـيـم الصلاة وتـؤتي الـزكاة وتـصوم رمضان وتـحـج البيت إن اسـتـطـعت اليه سبيلا).قال : صدقت.فعجبنا له ، يسأله ويصدقه ‍‍‍‍‍‍‍‍‍‍‌‌‌؟قال : فأخبرني عن الإيمان .قال : أن تؤمن بالله وملائكته وكتبه ورسله واليوم الاخر وتؤمن بالقدر خيره وشره .قال : صدقت .قال : فأخبرني عن الإحسان .قال : ان تعبد الله كأنك تراه ، فإن لم تكن تراه فإنه يراك .قال : فأخبرني عن الساعة .قال : “ما المسؤول عنها بأعلم من السائل “قال : فأخبرني عن أماراتها .قال : ” أن تلد الأم ربتها ، وان ترى الحفاة العراة العالة رعاء الشاء يتطاولون في البنيان”ثم انطلق ، فلبثت مليا ،ثم قال :” يا عمر أتدري من السائل ؟”قلت : “الله ورسوله أعلم “.قال : فإنه جبريل ، اتاكم يعلمكم دينكم “رواه مسلم [ رقم 8 ].
Maksudnya:- Daripada Umar radiyallahu anhu, beliau berkata: Ketika kami sedang duduk disisi Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam pada suatu hari, tiba-tiba muncul di hadapan kami seorang lelaki yang sangat putih bajunya, sangat hitam rambutnya, tidak kelihatan padanya tanda-tanda perjalanan jauh dan tiada seorangpun diantara kami yang mengenalinya sehingga ia duduk di hadapan Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam. Lalu ia merapatkan lututnya ke lutut Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam dan meletakkan dua tapak tangannya di atas dua paha Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam, lantas ia berkata: Wahai Muhammad, khabarkan kepadaku tentang Islam. Lalu Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam menjawab: Islam itu ialah kamu menyaksikan bahawa tiada Tuhan melainkan Allah, dan bahawasanya Muhammad itu persuruh Allah, dan kamu mendirikan sembahyang, dan kamu mengeluarkan zakat, dan kamu berpuasa dibulan Ramadhan, dan kamu mengerjakan haji di Baitullah jika kamu berkemampuan pergi kepadanya. Lelaki itu berkata: Benarlah kamu. Maka kami pun merasa hairan terhadapnya kerana dia yang bertanya dan dia pula yang membenarkannya.
Lelaki itu bertanya lagi: Maka khabarkan kepadaku tentanh iman. Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam menjawab: Bahawa kamu beriman kepda ALLAH, para malaikatNya, kitab-kitabNya, rasul-rasulNya, hari Qiamat dan kamu beriman kepada kadar baik dan burukNya. Lelaki itu berkata: Benarlah kamu. Lelaki itu bertanya lagi: Maka khabarkan kepadaku darihal ihsan. Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam menjawab: Ihsan ialah bahawa kamu beribadah kepada Allah seolah-olah kamu melihatNya tetapi jika kamu tidak melihatNya maka sesungguhnya Dia melihat kamu. Lelaki itu bertanya lagi: Maka khabarkan kepadaku dari hal hari kiamat. Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam menjawab: Tidaklah yang bertanya itu lebih tahu daripada yang ditanya. Lelaki itu berkata lagi: Maka khabarkan kepadaku mengenai tanda-tandanya. Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam menjawab:Tanda-tandanya itu adalah bila hamba-hamba telah melahirkan tuannya dan kamu melihat orang-orang yang tidak berkasut, tidak berpakaian, miskin, penggembala kambing menegakkan dan mendirikan binaan. Kemudian dia pergi, lalu aku terdiam beberapa lama. Setelah itu Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bertanya: Wahai Umar, tahukah kamu siapakah orang yang bertanya itu? Aku menjawab: Allah dan RasulNya yg lebih mengetahui. Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam berkata: Sesungguhnya itulah dia Jibril yang datang kepada kamu untuk mengajarkan agama kamu. (Hadith ini dirawayatkan oleh Imam Muslim di awal kitab al-Iman. Hadith nombor 8 )
Tok guru kata, IMAN itu amalan dalam yakni hati. Kenapakah perkara akidah dipanggil sebagai amalan hati. Ianya adalah kerana termasuk dalam kategori TAKWA juga. MH rujuk kitab karangan Dr. Jahid Sidek bertajuk Syeikh Dalam Tareqah. Dr Jahid mengatakan bahawa salah satu daropada ciri-ciri orang TAKWA ialah benar IKTIKADnya. Jadi ia adalah amalan hati. Kita tak nampak dalam hati seseorang itu, tapi sesiapa yang betul akidahnya, bererti di sedang beramal batin. Oleh sebab itulah tok guru kata AMALAN HATI.

14 March 2014

aspirasidiri : Doa Mesyuarat Agong PIBG





Dicopyrightkan disusun dan dibacakan di dalam
Mesyuarat PIBG SK Seri Taman Kluang Barat kali ke 11
Oleh : Admin Aspirasidiri

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ

اَلْحَمْدُ للهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ , وَالعَاقِبَة لِلْمُتَّقِيْنَ
 وَالصَّلاَة ُوَالسَّلاَمُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ
وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ


اَللَّهُمَّ يَا حَيُّ يَا قَيُّوْمُ يَا ذَاالْجَلاَلِ وَاْلإِكْرَامِ
Sesungguhnya pada hari ini kami berkumpul kerana-Mu Ya Allah
Kami berkumpul untuk mengisi keredhaan-Mu dalam seluruh hidup kami
Kami berkumpul untuk bermusyawarah, bertukar-tukar pendapat dan menyumbangkan buah fikiran, di dalam Mesyuarat Agong Persatuan Ibu bapa dan Guru 
SK Seri Taman Kluang Barat keli ke-11tahun 2014.
اَللَّهُمَّ يَا مُجِيْبَ الدَّعَوَاتِ وَقَاضِيَ الْحَاجَاتِ
Berkatilah usaha-usaha kami , mudah-mudahan (dengan usaha-usaha kami) sekolah ini akan menjadi sekolah yang cemerlang, terbilang , sekolah yang disegani dan dihormati, sekolah yang akan melahirkan pelajar-pelajar yang berjaya di dunia mahupun di akhirat.
اَللَّهُمَّ يَا قَوِيُّ يَا عَزِيْزُ يَا فَعَّالٌ لِّمَا يُرِيْدُ
Perbaikilah segala kesilapan kami , jernihkanlah hubungan antara kami , jinakkan dan lembutkanlah hati-hati kami dan tunjukkanlah kami jalan yang membawa keselamatan dan keharmonian dalam menyelesaikan masalah yang timbul di antara pihak pentadbir, guru-guru dan juga ibu bapa penjaga pelajar di sekolah ini.

اَللَّهُمَّ يَا مُهَيْمِنُ يَا رَقِيْبُ يَا ذَاالْجَلاَلِ وَاْلإِكْرَامِ
Ya Allah kurniakanlah Kepada kami kekayaan ilmu pengetahuan dan hiasilah diri kami dengan sifat lemah-lembut, dan muliakanlah kami dengan ketaqwaan dan indahkanlah diri kami dengan kesihatan.

 اَللَّهُمَّ اجْعَلْ جَمْعَنَا هَذَا جَمْعًا مَرْحُوْمًا ، وَتَفَرُّقَـَنَا مِنْ بَعْدِهِ تَفَرُّقاً مَعْصُوْمًا
 ، وَلاَ تَجْعَلِ اللَّهُمَّ فِيْنَا وَلاَ مَعَنَا وَلاَ مَنْ يَتْبَعُنَا شَقِيًّا وَلاَ مَطْرُوْدًا وَلاَ مَحْرُوْمًا .
اللَّهُمَّ اجْعَلْ خَيْرَ أَعْمَارِنَا ءَاخِرُهُ وَخَيْرَ أَعْمَالِنَا خَوَاتِمُهُ وَخَيْرَ أيَّامِنَا يَوْمَ ألْقَاكَ فِيْهِ
اللَّهُمَّ اغْفِرْلَنَا ذُنُوْبَنَا وَلإِخْوَانِنَا الَّذِيْنَ سَبَقُوْنَا بِالإِيْمَانِ
وَلاَ تَجْعَلْ فِيْ قـُلُوْبِنَا غِلاًّ لِلَّذِيْنَ ءَامَنُوْا رَبَّنَاإنَّكَ رَءُوْفٌ رَحِيْمٌ

رَبَّنَا ءَاتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَة ً وَفِي الأخِرَةِ حَسَنَة ًوَقِنَا عَذَابَ النَّار ِ

وَصَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ
، وَالْحَمْدُلِلَّهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ


03 March 2014

aspirasidiri : Punca Kenakalan Anak

Sumber terbit semula

Punca Kenakalan Anak

1. Faktor keluarga
Akhlak anak bermula di rumah. Anak sejak kecil dan sebahagian besar masanya berada dalam lingkungan keluarga. Ini menunjukkan perkembangan mental, fizikal dan sosial adalah di bawah kawalan ibu bapa atau tertakluk kepada skrip hidup yang berlaku dalam sesebuah rumahtangga. Oleh yang demikian jika anak remaja menjadi nakal atau liar maka kemungkinan besar puncanya adalah berasal dari pembawaan keluarga itu sendiri. Isu pembawaan keluarga itu ialah;
a. Status ekonomi ibu bapa yang rendah dan daif di mana anak membesar dalam keadaan terbiar.
b. Kehidupan ibu bapa yang bergelumbang dengan maksiat.
c. Ibu bapa lebih mementingkan kerjaya atau pekerjaan daripada menjaga kebajikan keluarga.
d. Rumahtangga yang tidak kukuh atau bercerai berai.
e. Syiar Islam tidak kukuh dalam rumahtangga.

2. Faktor Peribadi Yang Kotor
Peribadi yang kotor adalah merujuk kepada seseorang yang rosak akhlaknya atau mempunyai sifat-sifat yang keji (mazmumah) seperti pemarah, tamak, dengki, pendendam, panas baran, sombong, tidak amanah dan seumpamanya. Keadaan ini berlaku kerana individu itu telah dikuasai oleh naluri agresif dan tidak rasional (nafsu kehaiwanan), hasil daripada pengalaman yang diterima sejak kecil dan kemudian diperkukuh pula bila anak itu melalui zaman remaja. Dengan lain perkataan peribadi fitrah anak telah terencat dan menjurus kepada peribadi yang kotor hasilnya.
3. Faktor sekolah
Sekolah merupakan tempat memberi pengajaran dan pendidikan kedua kepada anak selepas ibu bapa. Akhir-akhir ini ini dunia pendidikan kita pula tercabar melihat keadaan pelajar di sekolah-sekolah yang melakukan pelbagai aktiviti yang tidak mencerminkan keperibadian yang baik. Dahulu, sekolah dianggap satu tempat yang mulia di mana pelajar bersungguh-sungguh menuntut ilmu untuk dijadikan bekalan pada masa depan. Guru adalah pengganti orang tua yang terkadang dihormati melebihi hormat seorang anak kepada ayahnya. Akan tetapi hari ini sekolah yang mulia itu ada yang mula dibakar oleh pelajarnya, guru yang semestinya dicontohi kini diburu. Daripada hati kecil kita timbul persoalan kenapa terjadi perubahan yang besar di kalangan pelajar kita hari ini?
Mengikut kajian, faktor sekolah yang boleh mempengaruhi anak ialah:
a. Disiplin sekolah yang longgar.
b. Ibu bapa tidak mengambil tahu kemajuan dan pencapaian anak di sekolah.
c. Guru tidak mengambil tahu masalah yang dihadapi oleh murid-murid.
4. Faktor Persekitaran
Dalam Islam, persekitaran memiliki peranan yang penting dalam pendidikan anak sehingga wajarlah apabila kita dianjurkan untuk melihat jiran di kawasan yang akan diduduki. Anak-anak sangat mudah dipengaruhi oleh persekitarannya. Oleh sebab itu, tinggal di suatu tempat dengan persekitaran yang baik adalah modal penting membentuk sahsiah anak untuk menjadi generasi yang baik. Persekitaran yang baik ini bermakna bukan hanya baik dari segi keadaan fizikal tapi juga baik dari segi mental dan kehidupan beragama.

Modul Guru Penyayang

Posting Ke-2 Paling Popular (1041 Pelawat)(25873 Pelawat 14.4.2015)

Teks disusun dan dibacakan oleh nurabadi sempena hari Anugerah Cemerlang & Konvokesyen Pra Sekolah SK Seri Taman Kluang Barat 2011

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ

اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِ الْعَالَمِيْنَ حَمْدًا يُوَافِى نِعَامَهُ وَيُكَافِئُ مَزِيْدَهُ يَارَبَّنَا لَكَ الْحَمْدُ كَمَا يَنْبَغِيْ لِجَلاَلِ وَجْهِكَ وَعَظِيْمِ سُلْطَانِكَ اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ صَلاَةً تُنْجِيْنَا بِهَا مِنْ جَمِيْعِ اْلأَهْوَالِ وَاْلآفَاتِ وَتَقْضِيْ لَنَا بِهَا جَمِيْعَ الْحَاجَاتِ وَتُطَهِّرُنَا بِهَا مِنْ جَمِيْعِ السَّيِّئَاتِ وَتَرْفَعُنَا بِهَا عِنْدَكَ أَعْلَى الدَّرَجَاتِ وَتُبَلِّغُنَا بِهَا أَقْصَى اْلغَايَاتِ مِنْ جَمِيْعِ الْخَيْرَاتِ فِى الْحَيَاةِ وَبَعْدَ الْمَمَاتِ

اَللَّهُمَّ يَا حَيُّ يَا قَيُّوْمُ يَا ذَاالْجَلاَلِ وَاْلإِكْرَامِ

Kami memanjatkan kesyukuran kepada-Mu kerana mengizinkan kami untuk mengadakan dan berada dalam Majlis Anugerah Kecemerlangan dan Konvokesyen Pra Sekolah SK Seri Taman Kluang Barat, 2011

اَللَّهُمَّ يَا مُجِيْبَ الدَّعَوَاتِ وَقَاضِيَ الْحَاجَاتِ

Kami memohon kepada-Mu , agar Eangkau berkati majlis ini dengan limpahan rahman dan rahim-Mu, semoga segala usaha kami dalam menjayakan majlis ini mendapat keredhaan dan hidayah-Mu. Tidak juga lupa kepada para pendidik yang telah menyumbang khidmat dan menabur bakti mereka di sekolah yang bertuah ini .

اَللَّهُمَّ يَا قَوِيُّ يَا عَزِيْزُ يَا فَعَّالٌ لِّمَا يُرِيْدُ

Di saat ini juga kami rafa’kan tangan kehambaan mengharapkan ihsan-Mu agar Engkau teruskan dan lanjutkan kecemerlangan yang sudah kami capai samada dalam bidang akademik mahupun aspek pembinaan sahsiah insan dan seterusnya menganugerahkan kepada kami kecemerlangan demi kecemerlangan yang lebih bermakna dalam pelbagai bidang pada masa-masa akan datang.

اَللَّهُمَّ يَا مُهَيْمِنُ يَا رَقِيْبُ يَا ذَاالْجَلاَلِ وَاْلإِكْرَامِ

Jadikanlah pelajar-pelajar yang menerima hadiah dan sijil penghargaan pada hari ini sebagai pelajar-pelajar yang bersyukur di atas pengiktirafan ini. Jadikanlah mereka pelajar-pelajar yang akan sentiasa berusaha dengan gigih dan tekun untuk meningkatkan potensi dan prestasi mereka dalam bidang akademik mahupun ketrampilan peribadi yang luhur. Malah kami memohon daripada-Mu Ya Allah dengan penuh ketaakulan agar majlis anugerah ini akan menjadi sumber inspirasi kepada pelajar-pelajar lain supaya mereka sama-sama mengerah keringat dan menggembleng tenaga untuk mencapai kecemerlangan demi mengharumkan nama sekolah ini.


اللَّهُمَّ اجْعَلْ خَيْرَ أَعْمَارِنَا ءَاخِرُهُ وَخَيْرَ أَعْمَالِنَا خَوَاتِمُهُ وَخَيْرَ أيَّامِنَا يَوْمَ ألْقَاكَ فِيْهِ
اللَّهُمَّ اغْفِرْلَنَا ذُنُوْبَنَا وَلإِخْوَانِنَا الَّذِيْنَ سَبَقُوْنَا بِالإِيْمَانِ
وَلاَ تَجْعَلْ فِيْ قـُلُوْبِنَا غِلاًّ لِلَّذِيْنَ ءَامَنُوْا رَبَّنَاإنَّكَ رَءُوْفٌ رَحِيْمٌ
اَللَّهُمَّ اجْعَلْ جَمْعَنَا هَذَا جَمْعًا مَرْحُوْمًا وَتَفَرُّقَنَا مِنْ بَعْدِهِ تَفَرُّقًا مَعْصُوْمًا
وَلاَ تَجْعَلْ فِيْنَا وَلاَ مَعَنَا شَقِيًّا وَلاَ مَطْرُوْدًا وَلاَ مَحْرُوْمًا.

Ya Allah, jadikanlah perhimpunan kami ini sebagai satu perhimpunan yang dirahmati dan perpisahan kami pula selepas ini sebagai satu perpisahan yang diberkati dan dilindungi. Dan janganlah Engkau jadikan pada diri kami ini, dan mereka yang bersama kami, kebinasaan, dan menyingkirkan kami dari memperolehi rahmat

رَبَّنَا اصْرِفْ عَنَّا عَذَابَ جَهَنَّمَ إِنَّ عَذَابَهَا كَانَ غَرَامَا إِنَّهَا سَاءَتْ مُسْتَقَرًّا وَمُقَامًا
رَبَّنَا لاَ تُزِغْ قُلُوْبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا وَهَبْ لَنَا مِن لَّدُنْكَ رَحْمَةً إِنَّكَ أَنْتَ الْوَهَّابُ
رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
وَأَدْخِلْنَا الْجَنَّةَ مَعَ اْلأَبْرَارِ. يَا عَزِيْزُ يَاغَفَّارُ يَارَبَّ الْعَالَمِيْنَ
وَصَلَّى الله ُ وَسَلَّمَ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ.

Posting Paling Popular Sepanjang 2012 : (3163 Pelawat)

aspirasidiri : Jadual Waktu Belajar Persendirian (Hari Bersekolah & Cuti Sekolah)

Murid yang mampu mengurus masa berpotensi untuk mendapat pencapaian yang baik dalam bidang Akademik. Sehari kehidupan seorang murid sekolah menempuh aktiviti pembelajaran yang berbeza. Di sekolah seorang murid tertakluk dengan jadual yang disediakan oleh pihak sekolah. Namun bagaimana pula ketika berada di rumah. Aktiviti hujung minggu perlu dikawal Jangan biarkan ianya berlalu begitu sahaja. Sedaikan jadual hujung minggu disesuaikan dengan aktiviti anjuran sekolah. Jika sekolah mengadakan kelas tambahan pada minggu ke-2 dan ke-4, masukkan aktiviti tersebut di dalam jadual agar kita dapat merancang aktiviti hujng minggu dengan aktiviti yang selaras dengan diri kita yang masih bergelar murid sekolah. Bagaimana pula ketika sekolah sedang bercuti ? Cuti sekolah yang tidak dirancang merugikan kita. Peluang tersebut perlu kita ambil dengan kita mengatur masa belajar mengikut keselesaan kita. Jangan gadaikan masa depan dengan hanya berseronok sahaja. Apa yang kita lakukan sekarang ini natijah yang kita perolehi adalah di masa depan. Sekarang kita bersusah payah belajar, Insya Allah hidup kita akan selesa pada masa depan dengan kerjaya yang kita ceburi. Seperkara lagi, apabila kita menyusun jadual jangan kita lupa masukkan sekali matapelajaran sekolah agama, dan aktiviti belajar agama ( mengaji quran). Ini adalah kerana pengabaian kepada aktiviti belajar agama akan menyebabkan persiapan hidup kita akan pincang. Belajar akademik sahaja sedangkan belajar agama terabai. Kata Imam Syafie :

Barangsiapa yang Menginginkan Dunia …

مَنْ أَرَادَ الدُّنْيَا فَعَلَيْهِ بِالْعِلْمِ وَمَنْ أَرَادَ الآخِرَةَ فَعَلَيْهِ بِالْعِلْمِ

“Barangsiapa yang menginginkan dunia, maka hendaknya menuntut ilmu dan barangsiapa yang menginginkan akhirat, maka hendaknya ia menuntut ilmu”.

Jadual Waktu Persendirian Cuti Sekolah


Jadual Waktu Sekolah



Jadual Waktu Persendirian Hari Bersekolah

Modul PRS


Kandungan : Panduan Perlaksanaan PRS di Sekolah

++klikdownload++Modul P R S ++klikdownload++

Modul RIMUP 2011

Kandungan : Modul RIMUP 3H2M :
"Perhatian" Video Sejarah Kemerdikaan akan di UPLOAD di youtiube dalam masa terdekat. Akan dimaklumkan kemudian.

++klikdownload++Kertas Kerja RIMUP++klikdownload++

++klikdownload++Video RIMUP++klikdownload++

"Perkongsian" Perancangan UBK 2011 Untuk download


Kandungan : Perancangan Strategik, Rancangan Tahunan, Pelan Tindakan, Carta Gantt

++klikdownload++Buku Pengurusan UBK 2011++klikdownload++

Konvensyen PERASA Peringkat Kebangsaan ke-8

Ekslusif Buat Kulator & Kulaan Konvensyen

++klikdownload++ PERASA++klikdownload++

Modul Kajian Tindakan


Kandungan : Panduan Untuk Membuat Kajian Tindakan di Sekolah

++klikdownload++Modul Kajian Tindakan++klikdownload++

Modul Kepimpinan 2011


Kandungan : Modul Kepimpinan 3H2M, 1H di SK Perempuan Bandar

++klikdownload++Modul Kepimpinan++klikdownload++

"Perkongsian" Dokumen Kelab UBK SR Utk Download


Isi kandungan : Perlembagaan Kelab, Cth Aktiviti Tahunan, dll

++klikdownload++Dokumen Pengurusan Kelab UBK++klikdownload++

e-Pengurusan UBK untuk download

Sila dapatkan no unprotected untuk pengaktifan dengan meninggalkan e mail d soutmax
+++klik link ++++e pengurusan bdk++++klik link++++

Waman Jahada Fainnama Yujahidu Linafsih......

Saya admin aspirasidiri menyuarakan KECAMAN sekeras-kerasnya terhadap Laknatullah Rejim Zionis kerana melakukan serangan terhadap SAUDARA-saudara saya di ....GAZZA.... Jahanam, Jahanam Zionis, Hancur, Hancur Zionis. Ihzihum Wansurna Alaihim.... Saya berdoa agar rakyat Palastin tabah dan terus berjuang mempertahankan malahan menyerang keangkuhan Rejim Zionis... Menang atas Rejim Zionis atau Menang Sebagai SYAHID bertemu Allah... Yujahidu na Fi Sabilillah... Fayaktalun na wayuk talun ..... terus berjuang .... samada kamu membunuh atau di bunuh... .... Ya Allah Kami Tidak Dapat Berjuang Seperti Mereka..... tetapi kemi berdoa ... Wamautana, Bimauti Syuhada' ....seperti MEREKA.. Ijabata li dua'

jemput tinggalkan jejak di blog apirasidiri