Didikan Rohani Dengan Ibadah. عن عمرو بن شُعَيْبٍ عن أَبِيهِ عن جَدِّهِ قَالَ، قَالَ رسولُ الله صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : مُرُوا أَوْلاَدَكُمْ بِالصَّلاَةِ وَهُمْ أَبْنَاءُ سَبْع سِنِينَ وَاضْرِبُوهُمْ عَلَيْهَا وَهُمْ أَبْنَاءَ عَشْرِ سِنِينَ، وَفَرِّقُوا بَيْنَهُمْ فِي المَضَاجِعِ.[4] Yang bermaksud, Daripada ‘Amru bin Syu‘aib, daripada bapanya, daripada datuknya berkata, sabda Rasulullah saw: “Perintahlah anak-anakmu mendirikan solat ketika mereka berumur tujuh tahun dan pukullah mereka jika meninggalkannya ketika berumur sepuluh tahun serta pisahkan tempat tidur mereka.

Perkhidmatan

Pengiktirafan Majalah Pendidik kepada Blog Aspirasi Diri

Keluaran Disember 2010, MS 30

10 January 2016

aspirasidiri : Pelancaran Program Guru Penyayang "Mentor-mentee" SK Seri Taman Kluang Barat.



SEGUGUS HARAPAN SEGUNUNG IMPIAN

 

Usaha ke arah kecemerlangan menuntut kepada usaha yang gigih dan menyeluruh. Ibu bapa tentunya mempunyai peranan yang penting bagi menggerakan misi untuk kecemerlangan ini. Insya Allah kita mampu menjana kecemerlangan dalam bidang akademik, ko-akademik, ko-kurikulum dan sahsiah. Semoga kecemerlangan akan menjadi milik kita bersama.

 

Program Mentor-mentee Berfokus


Program Mentor mentee  ini adalah Program Kecemerlangan   yang berfokuskan kepada penjanaan pencapaian akademik dan pembentukan sahsiah yang cemerlang selaras dengan objektif yang ingin dicapai di dalam Modul Guru Penyayang anjuran Sektor Pembangunan Kemanusiaan Jabatan Pelajaran Johor

 RASIONAL

Belajar adalah tugas murid. Namun begitu masih terdapat  lagi sikap  mengabaikan tanggung jawab belajar dan menghayati ketinggian akhlak dan kemurnian sahsiah diri di dalam amalan seharian.

MATLAMAT

Program  ini bertujuan meningkatkan prestasi akademik ke tahap kecemerlangan mengikut keupayaan individu di samping membantuk sahsiah unggul dalam kalangan murid-murid

 
OBJEKTIF


1.    Murid dapat mengetahui halatuju pembelajaran.

2. Murid melalui pemantauan ibu bapa dapat mengikuti  strategi pembelajaran kendiri  berkesan  

3. Meningkatkan sahsiah terpuji dalam kalangan murid.

4. Meningkatkan bilangan 6A dan peratus  murid yang lulus sehingga 100%

 
SASARAN

Calon UPSR 2016
 


07 January 2016

aspirasidiri : Hipno-motivasi "Pendekatan Hipnoterapi di Dalam Motivasi"

Menyampaikan motivasi melalui pendekatan hipnoterapi "hipno-motivasi" dirasakan meninggalkan kesan yang lebih mendalam.. Ini adalah kerana interaksi melalui gelombang alpha-tetha mampu menggerakkan perubahan yang diinginkan. 80% perlakuan kita adalah di bawah pengaruh fikiran di bawah sedar. Kebosanan semasa belajar adalah pengaruh fikiran sedar. Kerungsingan, kebimbingan menghadapi kegagalan adalah di bawah pengaruh rasional fikiran. Fikiran sedar selalunya menganalisa dengan mendalam factor-faktor kejayaan atau kegagalan. Sehinggakan keyakin diri dan semangat hilang tanpa disedari. Situasi ini boleh berubah dengan mudah apabila komunikasi berkesan "sugesti" mengarahkan fikiran di bawah sedar mengubah kepercayaan "belive" takut, di ubah kepada yakin dengan mengarahkan belive system takut gagal berubah kepada positif "yakin boleh berjaya". Ketika gelombang otak berada di level sangat tenang, sangat damai, sangat fokus, (gelombang alpha-theta) system kepercayaan yang negative boleh diubah kepada positif.
 
Contoh sugesti :
 
Semakin anda membaca, anda akan merasakan anda semakin seronok belajar.
 
Ketika anda bernafas semasa anda sedang membaca, nafas anda akan membuatkan anda merasakan diri anda semakin tenang...
 
Apa yang sedang anda lakukan sekarang ini akan membuatkan anda semakin yakin.Tanpa anda sedari, ianya membuatkan anda yakin boleh menghadapi peperiksaan dengan baik dan berkesan....
 
Sekarang anda  sangat yakin. Anda semakin fokus. Anda semakin tenang... semakin anda fokus..... anda dapat merasakan anda semakin tenang.


Hipnoterapi mampu berkomunikasi terus dengan fikiran di bawah sedar. Fikiran di bawah sedar menggerakkan perubahan tingkah laku secara semula jadi berdasarkan system kepercayaan yang telah positif... tidak percaya akan gagal... lebih yakin akan kejayaan.... dengan izin Allah.
 
Inilah kelainan pendekatan hipnoterapi di dalam menyampaikan motivasi kerana motivasi itu sendiri letaknya di dalam fikiran bawah sedar. Sebab itu motivasi difahami sebagai gerakkan perubahan "di dalam diri". Melalui pendekatan hipnoterapi, sugesti yang diberikan ketika fikiran di bawah sedar level trans, mampu menggerakan motivasi yang duduknya "di dalam diri".

BERMINAT DENGAN HIPNOTERAPI DALAM PROGRAM ?
HUBUNGI SAYA, SEKITAR NEGERI JOHOR 0197764178




Modul Guru Penyayang

Posting Ke-2 Paling Popular (1041 Pelawat)(25873 Pelawat 14.4.2015)

Teks disusun dan dibacakan oleh nurabadi sempena hari Anugerah Cemerlang & Konvokesyen Pra Sekolah SK Seri Taman Kluang Barat 2011

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ

اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِ الْعَالَمِيْنَ حَمْدًا يُوَافِى نِعَامَهُ وَيُكَافِئُ مَزِيْدَهُ يَارَبَّنَا لَكَ الْحَمْدُ كَمَا يَنْبَغِيْ لِجَلاَلِ وَجْهِكَ وَعَظِيْمِ سُلْطَانِكَ اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ صَلاَةً تُنْجِيْنَا بِهَا مِنْ جَمِيْعِ اْلأَهْوَالِ وَاْلآفَاتِ وَتَقْضِيْ لَنَا بِهَا جَمِيْعَ الْحَاجَاتِ وَتُطَهِّرُنَا بِهَا مِنْ جَمِيْعِ السَّيِّئَاتِ وَتَرْفَعُنَا بِهَا عِنْدَكَ أَعْلَى الدَّرَجَاتِ وَتُبَلِّغُنَا بِهَا أَقْصَى اْلغَايَاتِ مِنْ جَمِيْعِ الْخَيْرَاتِ فِى الْحَيَاةِ وَبَعْدَ الْمَمَاتِ

اَللَّهُمَّ يَا حَيُّ يَا قَيُّوْمُ يَا ذَاالْجَلاَلِ وَاْلإِكْرَامِ

Kami memanjatkan kesyukuran kepada-Mu kerana mengizinkan kami untuk mengadakan dan berada dalam Majlis Anugerah Kecemerlangan dan Konvokesyen Pra Sekolah SK Seri Taman Kluang Barat, 2011

اَللَّهُمَّ يَا مُجِيْبَ الدَّعَوَاتِ وَقَاضِيَ الْحَاجَاتِ

Kami memohon kepada-Mu , agar Eangkau berkati majlis ini dengan limpahan rahman dan rahim-Mu, semoga segala usaha kami dalam menjayakan majlis ini mendapat keredhaan dan hidayah-Mu. Tidak juga lupa kepada para pendidik yang telah menyumbang khidmat dan menabur bakti mereka di sekolah yang bertuah ini .

اَللَّهُمَّ يَا قَوِيُّ يَا عَزِيْزُ يَا فَعَّالٌ لِّمَا يُرِيْدُ

Di saat ini juga kami rafa’kan tangan kehambaan mengharapkan ihsan-Mu agar Engkau teruskan dan lanjutkan kecemerlangan yang sudah kami capai samada dalam bidang akademik mahupun aspek pembinaan sahsiah insan dan seterusnya menganugerahkan kepada kami kecemerlangan demi kecemerlangan yang lebih bermakna dalam pelbagai bidang pada masa-masa akan datang.

اَللَّهُمَّ يَا مُهَيْمِنُ يَا رَقِيْبُ يَا ذَاالْجَلاَلِ وَاْلإِكْرَامِ

Jadikanlah pelajar-pelajar yang menerima hadiah dan sijil penghargaan pada hari ini sebagai pelajar-pelajar yang bersyukur di atas pengiktirafan ini. Jadikanlah mereka pelajar-pelajar yang akan sentiasa berusaha dengan gigih dan tekun untuk meningkatkan potensi dan prestasi mereka dalam bidang akademik mahupun ketrampilan peribadi yang luhur. Malah kami memohon daripada-Mu Ya Allah dengan penuh ketaakulan agar majlis anugerah ini akan menjadi sumber inspirasi kepada pelajar-pelajar lain supaya mereka sama-sama mengerah keringat dan menggembleng tenaga untuk mencapai kecemerlangan demi mengharumkan nama sekolah ini.


اللَّهُمَّ اجْعَلْ خَيْرَ أَعْمَارِنَا ءَاخِرُهُ وَخَيْرَ أَعْمَالِنَا خَوَاتِمُهُ وَخَيْرَ أيَّامِنَا يَوْمَ ألْقَاكَ فِيْهِ
اللَّهُمَّ اغْفِرْلَنَا ذُنُوْبَنَا وَلإِخْوَانِنَا الَّذِيْنَ سَبَقُوْنَا بِالإِيْمَانِ
وَلاَ تَجْعَلْ فِيْ قـُلُوْبِنَا غِلاًّ لِلَّذِيْنَ ءَامَنُوْا رَبَّنَاإنَّكَ رَءُوْفٌ رَحِيْمٌ
اَللَّهُمَّ اجْعَلْ جَمْعَنَا هَذَا جَمْعًا مَرْحُوْمًا وَتَفَرُّقَنَا مِنْ بَعْدِهِ تَفَرُّقًا مَعْصُوْمًا
وَلاَ تَجْعَلْ فِيْنَا وَلاَ مَعَنَا شَقِيًّا وَلاَ مَطْرُوْدًا وَلاَ مَحْرُوْمًا.

Ya Allah, jadikanlah perhimpunan kami ini sebagai satu perhimpunan yang dirahmati dan perpisahan kami pula selepas ini sebagai satu perpisahan yang diberkati dan dilindungi. Dan janganlah Engkau jadikan pada diri kami ini, dan mereka yang bersama kami, kebinasaan, dan menyingkirkan kami dari memperolehi rahmat

رَبَّنَا اصْرِفْ عَنَّا عَذَابَ جَهَنَّمَ إِنَّ عَذَابَهَا كَانَ غَرَامَا إِنَّهَا سَاءَتْ مُسْتَقَرًّا وَمُقَامًا
رَبَّنَا لاَ تُزِغْ قُلُوْبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا وَهَبْ لَنَا مِن لَّدُنْكَ رَحْمَةً إِنَّكَ أَنْتَ الْوَهَّابُ
رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
وَأَدْخِلْنَا الْجَنَّةَ مَعَ اْلأَبْرَارِ. يَا عَزِيْزُ يَاغَفَّارُ يَارَبَّ الْعَالَمِيْنَ
وَصَلَّى الله ُ وَسَلَّمَ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ.

Posting Paling Popular Sepanjang 2012 : (3163 Pelawat)

aspirasidiri : Jadual Waktu Belajar Persendirian (Hari Bersekolah & Cuti Sekolah)

Murid yang mampu mengurus masa berpotensi untuk mendapat pencapaian yang baik dalam bidang Akademik. Sehari kehidupan seorang murid sekolah menempuh aktiviti pembelajaran yang berbeza. Di sekolah seorang murid tertakluk dengan jadual yang disediakan oleh pihak sekolah. Namun bagaimana pula ketika berada di rumah. Aktiviti hujung minggu perlu dikawal Jangan biarkan ianya berlalu begitu sahaja. Sedaikan jadual hujung minggu disesuaikan dengan aktiviti anjuran sekolah. Jika sekolah mengadakan kelas tambahan pada minggu ke-2 dan ke-4, masukkan aktiviti tersebut di dalam jadual agar kita dapat merancang aktiviti hujng minggu dengan aktiviti yang selaras dengan diri kita yang masih bergelar murid sekolah. Bagaimana pula ketika sekolah sedang bercuti ? Cuti sekolah yang tidak dirancang merugikan kita. Peluang tersebut perlu kita ambil dengan kita mengatur masa belajar mengikut keselesaan kita. Jangan gadaikan masa depan dengan hanya berseronok sahaja. Apa yang kita lakukan sekarang ini natijah yang kita perolehi adalah di masa depan. Sekarang kita bersusah payah belajar, Insya Allah hidup kita akan selesa pada masa depan dengan kerjaya yang kita ceburi. Seperkara lagi, apabila kita menyusun jadual jangan kita lupa masukkan sekali matapelajaran sekolah agama, dan aktiviti belajar agama ( mengaji quran). Ini adalah kerana pengabaian kepada aktiviti belajar agama akan menyebabkan persiapan hidup kita akan pincang. Belajar akademik sahaja sedangkan belajar agama terabai. Kata Imam Syafie :

Barangsiapa yang Menginginkan Dunia …

مَنْ أَرَادَ الدُّنْيَا فَعَلَيْهِ بِالْعِلْمِ وَمَنْ أَرَادَ الآخِرَةَ فَعَلَيْهِ بِالْعِلْمِ

“Barangsiapa yang menginginkan dunia, maka hendaknya menuntut ilmu dan barangsiapa yang menginginkan akhirat, maka hendaknya ia menuntut ilmu”.

Jadual Waktu Persendirian Cuti Sekolah


Jadual Waktu Sekolah



Jadual Waktu Persendirian Hari Bersekolah

Modul PRS


Kandungan : Panduan Perlaksanaan PRS di Sekolah

++klikdownload++Modul P R S ++klikdownload++

Modul RIMUP 2011

Kandungan : Modul RIMUP 3H2M :
"Perhatian" Video Sejarah Kemerdikaan akan di UPLOAD di youtiube dalam masa terdekat. Akan dimaklumkan kemudian.

++klikdownload++Kertas Kerja RIMUP++klikdownload++

++klikdownload++Video RIMUP++klikdownload++

"Perkongsian" Perancangan UBK 2011 Untuk download


Kandungan : Perancangan Strategik, Rancangan Tahunan, Pelan Tindakan, Carta Gantt

++klikdownload++Buku Pengurusan UBK 2011++klikdownload++

Konvensyen PERASA Peringkat Kebangsaan ke-8

Ekslusif Buat Kulator & Kulaan Konvensyen

++klikdownload++ PERASA++klikdownload++

Modul Kajian Tindakan


Kandungan : Panduan Untuk Membuat Kajian Tindakan di Sekolah

++klikdownload++Modul Kajian Tindakan++klikdownload++

Modul Kepimpinan 2011


Kandungan : Modul Kepimpinan 3H2M, 1H di SK Perempuan Bandar

++klikdownload++Modul Kepimpinan++klikdownload++

"Perkongsian" Dokumen Kelab UBK SR Utk Download


Isi kandungan : Perlembagaan Kelab, Cth Aktiviti Tahunan, dll

++klikdownload++Dokumen Pengurusan Kelab UBK++klikdownload++

e-Pengurusan UBK untuk download

Sila dapatkan no unprotected untuk pengaktifan dengan meninggalkan e mail d soutmax
+++klik link ++++e pengurusan bdk++++klik link++++

Waman Jahada Fainnama Yujahidu Linafsih......

Saya admin aspirasidiri menyuarakan KECAMAN sekeras-kerasnya terhadap Laknatullah Rejim Zionis kerana melakukan serangan terhadap SAUDARA-saudara saya di ....GAZZA.... Jahanam, Jahanam Zionis, Hancur, Hancur Zionis. Ihzihum Wansurna Alaihim.... Saya berdoa agar rakyat Palastin tabah dan terus berjuang mempertahankan malahan menyerang keangkuhan Rejim Zionis... Menang atas Rejim Zionis atau Menang Sebagai SYAHID bertemu Allah... Yujahidu na Fi Sabilillah... Fayaktalun na wayuk talun ..... terus berjuang .... samada kamu membunuh atau di bunuh... .... Ya Allah Kami Tidak Dapat Berjuang Seperti Mereka..... tetapi kemi berdoa ... Wamautana, Bimauti Syuhada' ....seperti MEREKA.. Ijabata li dua'

jemput tinggalkan jejak di blog apirasidiri