01 September 2007

aspirasidiri : Sesungguhnya Setelah Kesulitan Ada Kemudahan

Maka dari itu, janganlah anda merasa terhimpit sejengkal pun kerana setiap keadaan pasti berubah. Dan sebaik-baik ibadah ialah menanti kemudahan dengan sabar. Betapapun hari demi hari akan terus berganti. Tahun demi tahun akan selalunya berganti. Malam demi malam pun akan silih berganti. meski demikian yang ghaib akan terus tersembunyi. Dan Yang Maha Bijaksana tetap pada keadaan dan segala sifatNya. dan Allah mungkin akan mencipta sesuatu yang baru setelah itu semua, tetapi sesungguhnya setelah kesulitan itu tetap akan muncul kemudahan : Dipetik dari Kitab LA Tahzan , Dr AIDH ABDULLAH AL QARNI.

aspirasidiri : Muhasabah Menjelang Peperiksaan

  • Organ yang paling penting bagi menghadapi peperiksaan ialah otak. Otak kita memerlukan oksigen dan guklosa untuk berfungsi dengan cemerlang
  • Poster / gambar / rangkaikata yang di tampal di dinding dapat membantu anda mengulangkaji dengan sepontan
  • Sentiasa mengamalkan amalan yang boleh memelihara hati (mengaji Al-Quraan, puasa sunat, solat sunat malam, sunat hajat, istikharah, taubat)
  • Sentiasa mengawasi pencuri waktu belajar iaitu angan-angan kosong dan malas.

aspirasidiri : Pagi Peperiksaan

  • Mandi air suam
  • Solat hajat sebelum subuh (ikut kemampuan)
  • Sarapan
  • Minum glukos
  • Keluar rumah dengan memohon restu
  • Datang tidak terlalu awal / lewat