15 September 2007

aspirasidiri : Menggarap Perubahan Diri ( 11 )

11. Berpegang Teguh Kepada Prinsip :
Menjaga Maruah Diri, Berhemah tinggi, Bersederhana Dalam Ketawa, Tidak Menipu, Memilih Kawan,

aspirasidiri : Menggarap Perubahan Diri ( 10 )

10. Menjauhi Perkara Haram.
Pergaulan di dalam menuntut ilmu adalah penting. Namun ia mempunyai batasan yang perlu difahami dan dipatuhi.

aspirasidiri : Menggarap Perubahan Diri ( 9 )

9. Menjaga Solat :
Tidak ada makna hidup seseorang manusia itu jika ia tidak menjaga solatnya. Solat adalah benteng utama yang boleh mencegah seseorang itu dari melakukan perkara yang keji dan mungkar

aspirasi diri : Menggarap Perubahan Diri ( 8 )

8. Meminta Perlindungan Allah :
Apabila berasa bosan dan tertekan jangan lupa sentiasa memohon perlindungan Allah. Anasir yang tidak baik akan lebih mudah mempengaruhi kita ketika kita berada di dalam keadaan demikian.

aspirasidiri : Menggarap Perubahan Diri ( 7 )

7. Meninggalkan Perkara Yang Sia-sia :
Mengenalpasti perkara yang sia-sia serta meninggalkannya. Antara ciri-ciri perkara yang sia-sia ialah perkara itu tidak mendatangkan apa-apa yang berfaedah kepada kita jika kita melakukannya malahan ianya hanya mendatangkan kerugian antaranya dari segi masa, ruang, tenaga, kewangan, mengancam kesihatan rohani dan jasmani.

aspirasidiri : Menggarap Perubahan Diri ( 6 )

6. Menghormati guru dan ilmu yang diajarnya :
Guru adalah teman rapat kita selepas ibu bapa. Guru adalah insan yang bertabnggungjawab menyampaikan ilmu yang berguna kepada kita. Sebahagian dari masa depan kita adalah disumbangkan oleh peranan guru.

aspirasidiri : Menggarap Perubahan diri ( 5 )

5. Mentaati Ibu bapa Di dalam Perkara Kebaikkan :
Lakukan kebaikan kepada mereka atas dasar ianya adalah perintah Allah. Mematuhi perintah ibu bapa di dalam erti kata mengharapkan keredhaannya di samping mengharapkan berkat dari Allah.

aspirasidiri : Menggarap Perubahan Diri ( 4 )

4. Beramal Dengan Ilmu yang Dipelajari :
Ilmu yang dipelajari perlu dihayati. Tanpa penghayatan yang bersungguh-sungguh ilmu itu akan lebih mudah untuk meninggalkan kita seperti anak panah yang meninggalkan busurnya. Ilmu yang dipelajari perlu diulang-ulang. Supaya ianya menjadi memori yang kekal untuk jangka masa yang panjang. Orang yang hafaz Al-Quran perlu sentiasa mengulang-ulang surah-surah yang dihafalnya. Barulah hafalannya menjadi lancar dan menimbulkan keyakinan diri ketika membacanya semula. Begitulah jika dibuat dengan ilmu-ilmu yang lain.

aspirasidiri : Menggarap Perubahan Diri ( 3 )

3. Ada Matlamat :
Meletakkan matlamat di hadapan akan mampu mendorong seseorang untuk berusaha dengan lebih bersungguh-sungguh. Iltizam dengan keperluan-keperluan dan memenuhi syarat untuk berjaya. Cita-cita serta aspirasidiri akan menjadikan seseorang pelajar itu lebih mempunyai istiqomah yang tinggi di atas semua usaha yang dilakukan jika dibandingkan dengan orang lain yang tidak mempunyai matlamat langsung.

aspirasidiri : Menggarap Perubahan Diri ( 2 )

2. Taqwa :
Sebagai seorang pelajar seseorang itu mesti menyedari bahawa setiap aspek kehidupannya adalah terikat dengan perintah Allah s.w.t. Akur dengan hakikat bahawa Takwa perlu dihayati dan menjadi amalan utama dalam hidup. Takwa bemaksud sentiasa mentaati Allah tidak kira di mana saja situasi itu berada ( tempat, masa dan keadaan )

aspirasidiri : Menggarap Perubahan Diri ( 1 )

1. Ikhlas :
Setiap pelajar mestilah menghayati keikhlasan di dalam setiap amalan hariannya. Beramal dengan mendahulukan dan mengutamakan keikhlasan adalah syarat utama seseorang pelajar itu menjalankan aktiviti terutama ketika belajar. Meletakkan niat dan fokus dengan tepat dan betul adalah tuntutan yang paling utama.

aspirasidiri : Untuk Berjaya SIKAP Perlu Berubah

SIKAP merupakan TERAS utama untuk seseorang itu berubah. Perbincangan tentang sikap telah banyak dibincangkan oleh tokoh-tok0h pelbagai bidang dan latar belakang. Ini menunjukkan bahawa pentingnya seseorang itu memahami apakah peranan SIKAP sebenarnya, dan sejauhmanakah sikap itu menentukan perubahan yang ingin dibuat. SIKAP seseorang dipengaruhi oleh dua unsur utama iaitu akal dan nafsu. Akal dan nafsu ini pula dipengaruhi oleh petunjuk dan hasutan syaitan. Akal yang dipengaruhi nafsu yang tunduk kepada petunjuk Allah akan menjadi positif. Dan Akal yang tunduk kepada nafsu yang mengikut hasutan syaitan akan menjadi negatif. Oleh kerana nafsu mempunyai peranan yang sangat besar di dalam menentukan sikap seseorang maka ianya mestilah diberikan bersungguh-sungguh. Nafsu hanya boleh ditundukkan dengan bermujahadah. Tidak ada cara lain. Iaitu dihadapi dengan jihad bersungguh-sungguh. Mengenali ciri-cirinya dan bagaimana untuk mengusai nafsu berdasarkan petunjuk.

Rumusan Untuk Memahami Perubahan SIKAP : Sikap +ve = Akal + (Nafsu + Petunjuk)
Sikap -ve = Akal + (Nafsu - Petunjuk)

SIKAP ditarikfkan sebagai kecendrungan tingkah laku untuk melakukan sesuatu