16 September 2007

aspirasidiri : Muhasabah Citradiri Pelajar

Setiap pelajar perlu mempamirkan dan menghayati citradiri pelajar yang jelas dan sentiasa berusaha untuk memenuhi syarat untuk menyediakan diri di dalam bentuk sahsiah pelajar yang terbaik. Mempunyai jatidiri yang kental tasawur yang jelas terhadap matlamat di dalam belajar. Alam pembelajaran mempunyai cabaran-cabaran yang perlu dihadapi dengan tekun dan bersungguh-sungguh. Strategi yang tepat perlu ada pada setiap pelajar untuk memahami citradirinya yang sebenar. Memahami dan menghayati strategi memahami citradiri dapat membantu diri untuk mendorong kuasa dalam diri untuk mencetuskan letusan kuasa semangat agar sentiasa membara untuk mengejar cita-cita. Semangat di dalam diri ibarat gunung berapi yang sedang terpendam. Bila-bila masa ianya akan meletus. Soalnya bila ? Adakah kita hanya membiarkan kuasa yang boleh dijana untuk menggerakkan kekuatan azam dan semangat ini berlalu begitu sahaja ? Jangan kita berada di dalam barisan belakang di dalam perjuangan. Kalah sebelum bertempur, gagal sebelum diuji........