17 September 2007

aspirasidiri : Menggarap Citradiri Pelajar (1.4)

1.4. Menyedari adanya halangan untuk mencapai matlamat.

  • Semangat yang kian lemah. Datang dari pelbagai sumber. Dorongan nafsu yang suka kepada kerehatan, mudah di dalam semua hal.
  • Kelakuan tidak seperti yang dikata / Cakap tak serupa bikin / Loyaa.
......Semuanya ini datang dari dalam diri dan persekitaran.....
......Yang datang dari dalam diri itu lebih perlu dijaga dan diambil perhatian......
......Elakkan faktor-faktor kegagalan.....cepat-cepat kembali ke matlamat asal...

aspirasidiri : Menggarap Citradiri Pelajar (1.3)

1.3 Merealitikan matlamat.

  • Sentiasa berdoa kepada Allah agar matlamat yang diaspirasidirikan itu mampu untuk dicapai. Sentiasa memohon petunjuk dari Allah agar segala perancangan itu sentiasa tepat dan betul
  • Sentiasa meminta restu kedua ibubapa. Beritahu matlamat kita dan minta mereka doakan agar matlamat kita itu akan tercapai. Agar setiap langkah yang kita atur sentiasa mendapat, doa, restu dan keberkatan.
  • Sentiasa meminta restu guru dengan doa dan menghalalkan ilmu yang diajar oleh mereka kepada kita.
........Insya-Allah.....

aspirasidiri : Menggarap Citradiri Pelajar (1.2)

1.2 Sifat MATLAMAT.

  • Tinggi dan boleh dicapai. Matlamat yang rendah akan menyebabkan ianya akan mudah dicapai. Situasi ini secara langsung akan membuatkan seseorang pelajar itu akan menjadi selesa. Berada di dalam zon selesa biasanya lebih menjanjikan masa depan yang -ve.
  • Mesti dapat dilihat. Matlamat perlu ditulis dengan jelas. Matlamat mesti dapat dilihat bukan abstrak, sukar untuk diamati, sukar untuk direnung, sukar untuk ditafsir, sukar untuk dibincangkan, itu yang lesu dan mati. Matlamat perlu hidup. Matlamat perlu kelihatan di mana-mana. Tulis dan tampalkan di tempat yang kita selalu berada. Di depan meja belajar, di atas meja di sekolah, di dalam keanderaan, di dalam bilik, di dalam dompet, di mana sahaja. Agar seolah-olah kita sentiasa dibayangi oleh matlamat yang kita ingin capai. Insya-Allah ianya dapat membantu.

aspirasidiri : Menggarap Citradiri Pelajar (1.1)

1.1 Apa pentingnya MATLAMAT ?
  • Sebagai penanda aras. Matlamat jangka pendek penting sebagai kayu ukur sejauhmanakah tahap pencapaian semasa. Adakah ianya berada di bawah tahap matlamat yang ingin dicapai atau pencapaian hanya cukup-cukup makan. Jelas tanpa matlamat seseorang pelajar tidak akan mengetahui tahap kemampuannya. Lemah, sederhana atau cemerlang.
  • Sebagai kayu ukur. Kayu ukur tentang keberkesanan instrumen yang digunakan ketika belajar (teknik belajar). Teknik belajar yang lemah mempunyai hubungan yang secara langsung terhadap pencapaian yang rendah. Pencapaian yang rendah menjadikan petunjuk yang tepat untuk seseorang pelajar membuat cek list di manakah kelemahan yang berlaku. Penambahbaikkan akan lebih mudah dilaksanakan dan seseorang pelajar itu akan lebih fleksibel dan tidak akan berlaku kebuntuan untuk mengatasi masalah yang sedang dihadapi.
.......Tanpa matlamat ......langkah seterusnya akan lebih sukar.

aspirasidiri : Menggarap Citradiri Pelajar ( 1 )

1. M : Kejayaan cemerlang sebenarnya adalah sesuatu yang dirancang. Kejayaan yang diraih oleh seseorang bukanlah berlaku secara kebetulan. Seseorang yang menyertai pertandingan memancing tidak akan dapat menjangkakan hasil tangkapannya. Namun pada kebiasaannya pelbagai langkah telah diambil bagi memastikan hasil tangkapan yang bakal diperolehi mampu membuat kejutan. Natijah akhir kepada sesuatu perancangan adalah takdir. Oleh yang demikan kita perlu menentukan M : MATLAMAT terlebih dahulu. matlamat adalah penggerak utama yang boleh mendorong untuk menjana aspirasi diri bagi mendaki tangga kejayaan yang sangat sukar dan mencabar. Tetapkan matlamat dahulu... Matlamat mestilah tepat dan jelas. Merangkumi matlamat yang ingin dicapai di dalam jangka masa yang pendek dan panjang.