24 September 2007

aspirasdiri : Menggarap Citradiri Pelajar ( 3 )

3. S. Setiap pelajar perlu mempunyai STRATEGI belajar. Kejayaan yang telah dikecapi oleh pelajar sebelum ini bukan diperolehi secara kebetulan. Kita perlu menginovasikan strategi belajar mengikut kesesuaian kita. Tiada strategi belajar antara dua individu yang sama 100%. Namun kebanyakkan intipati dari strategi yang diambil hampir sama antara satu sama lain. Strategi (kemahiran belajar, pengurusan masa, matlamat, pemilihan lokasi belajar, pemilihan buku-buku rujukkan, keadah belajar bersendirian atau kumpulan, teknik mengulang kaji, komunikasi dengan rakan dan guru) perlu disesuaikan dengan kemampuan, dan lokasi di mana para pelajar berada. Sekolah yang berada di bandar besar seperti EC, SIGS di Johor Baharu, amat berbeza dengan SM Ceneh Baru, SM Cerul Kemaman. Persekitaran kadang kala menentukan pilihan dan strategi yang patut kita ambil. Walaupun matlamat sekolah tidak ditentukan oleh lokasi namun di dalam kita mengulangkaji para pelajar mesti menyesuaikan dengan kemudahan yang ada di persekitaran. Amirah Nadia telah membuktikan bahawa lokasi sekolah tidak menjadi penghalang sekiranya kita mempunyai strategi yang tepat dan bersesuaian dengan keperluan diri kita. Lokasi bukan faktor penentu kepada kejayaan seseorang pelajar.