08 October 2007

aspirasidiri : Menggarap Citradiri ( 4.2 )

Punca gangguan ketenangan hati :

Kita semua mengetahui bahawa manusia dianugerahi Allah dengan hati dan nafsu. Nafsu negatif adalah sumber segala gangguan. Ini ditambah pula dengan gangguan syaitan yang telah bersumpah untuk sentiasa menggangu manusia dan bani Adam.
  1. Musuhmu yang paling kau lawan ialah nafsu (negatif) yang ada dalam tubuhmu (HR Al-Baihaqi)
  2. Dan aku tidak membiarkan Nafsumu, bahawasanya Nafsumu itu sentiasa menyuruh berbuat jahat (Yusuf : 53)
  3. Apakah engkau tahu, siapakah yang menjadikan nafsumu sebagai tuhannya dan ia disesatkan Allah dalam keadaan mengetahui (Al-Jatsiah : 23)
  4. Dan kami bolak-balikkan hati mereka dan penglihatan mereka ( Al-An'am : 110)
  5. Hati orang mu'min itu lebih sangat berbolak balik daripada periuk dikala mendidih (Al-Hadith)
Oleh yang demikan seorang pelajar itu perlu berusaha mengelakkan daripada mengalami masalah dan gangguan-gangguan tersebut.

aspirasidiri : Menggarap Citradiri ( 4.1 )

Sebagaimana yang diketahui bahawa ilmu adalah suatu petunjuk atau nur yang dianugerahkan Allah kepada manusia yang berjiwa dan berhati bersih melalui perantaraan malaikatnya.

  1. Maksud hadith : Barangsiapa berbuat dosa ia akan diceraikan oleh akalnya yang tidak kunjung kembali lagi kepadanya.
  2. Sesungguhnya dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang (Ar-Ra'ad :38)
  3. Andainya hati anak Adam tidak dikelilingi syaitan, pasti ia dapat melihat rahsia kerajaan Allah (HR Ahmad)
  4. Setiap satu, ada alat pencucinya dan yang mencuci hati ialah zikir kepada Allah Taala (Abu Laits)
  5. Barang siapa yang berzikir 100 kali dengan menyebut nama Allah iaitu "Ya Baa'its" dalam keadaan bersih daripada hadas ketika hendak tidur setiap malam sambil menghantarkan ke dua tangannya di atas dadanya. Insya Allah diterangkan hatinya dan diberi akan dia akan ilmu dan hikmat.
  6. Berpuasa sunat.
  7. Menjaga makanannya dari sudut Kehalalan, kebaikkan dan sumbernya.
  8. Solat sunat malam / Qiammulail
  9. Memelihara pandangannya dari maksiat.
Demikianlah sebahagian amalan para hafiz/hafizah . Wallahu a'lam.