20 April 2009

Sabar Dalam Membimbing

Sabar adalah asas utama di dalam mendidik anak. Anak lahir dengan fitrah sifat semulajadi yang dikurniakan Allah. Kebolehan, tingkahlaku, cara berkomunikasi , sikap, kecendrungan adalah berbeza antara seorang anak dengan seorang anak yang lain. Kebolehan memahami hasrat ibu bapa adalah berbeza antara mereka.
Namun jurang perbezaan ini sebenarnya akan membentuk ibu bapa yang kreatif di dalam mendidik anak-anak. Di sebalik kesabaran ketika mendidik anak ialah keberkatan. Keberkatan di dalam mendidik adalah faktor kejayaan yang tiada tolok bandingnya. Membentuk anak-anak yang tinggi akhlak adalah impian semua ibu bapa.
Anak-anak yang tinggi akhlaknya bukan sahaja akan menghormati kita sebagai ibu bapanya malahan akan diterjemahkan di dalam perlakuannya apabiala mereka berinteraksi dengan orang lain. Inilah yang amat kita harapkan.

Mengawasi Dan Menemani Anak

Mengawasi anak-anak di dalam erti keseluruhan kegiatan anak-anak kita. Mengetahui aktiviti yang dilakukan sepanjang hari. Sentiasa mengambil peluang dengan sentiasa bertanyakan perkembangan kegiatan harian anak-anak.
Berusaha untuk sentiasa menemani anak-anak terutama ketika melakukan aktiviti pembelajaran di rumah. Anak-anak akan sentiasa merasakan mereka diberi perhatian dan segala kegiatan mereka dirasakan dihargai.

Menggarap Kecemerlangan Anak : Citra 1 / Keperluan Asas

Menyediakan keperluan asas pembelajaran

Ibu bapa perlu menyempurnakan keperluan asas seperti, buku latihan, pakaian sekolah, alat tulis yang sesuai, pakaian pendidikan jasmani, pakaian unit beruniform (contoh : TKRS, PBSMM, PENGAKAP) mengikut keperluan anak-anak.

Juga makanan tambahan (contoh : kismis doa (yang didoakan sendiri / dari sumber lain), susu alpa lipid, s20, air zam-zam, air air yang didoakan atau yang dibacakan ayat suci Al-Quran, examo, lain-lain yang bersesuaian, yang penting ianya HALAL lagi SUCI.