28 January 2010

aspirasidiri : Kenali Psikologi, membina Perwatakan


Ini adalah aspek psikologi yg menjurus kepada psikologi pendidikan. Perubahan tingkahlaku adalah amat diperlukan di dalam mendidik anak-anak. Lebih-lebih lagi dalam proses membesar dan menjadi remaja.
dalam jangka masa ini adalah masa yang paling kritikal bagi seseorang manusia.

Terdapat beberapa teknik psikologi yang boleh digunakan untuk mengubah tingkahlaku :

1. Kaedah rangsangan dan tindak balas
2. Teknik memberi peneguhan dalam bentuk ganjaran
3. Tidak memberi ganjaran kepada tingkahlaku yang tidak dikehendaki
4. Gunakan kaedah menjemukan
5. Gunakan kaedah berperingkat-peringkat
6. Kaedah cuba jaya

Sabarlah kerana kesabaran akan mendorong kejayaan. Sebaliknya sikap tidak sabar pula akan menyebabkan kita selalu tewas dalam perjuangan  dan menjadikan panduan yang kita ikuti sebagai teori yang kosong.

aspirasidiri : Mahu Seribu Daya

Bagi sesiapa yang ingin membantu keluarga Darvin, boleh hubungi talian 012-9335730 atau salurkan bantuan berkenaan ke akaun Maybank Muniandy Sackari, 105104070342.

Budak kanser cemerlang UPSR

Oleh Fairul Asmaini Mohd Pilus
asmaini@nstp.com.my 
 
RAUT wajahnya yang cengkung dan susuk badannya yang kurus jelas membuktikan kanak-kanak ini tidak sihat seperti rakan seusia dengannya.

aspirasidiri : Resepi Kejayaan


FUZIAH menerima ucapan tahniah daripada murid berikutan Sekolah Kebangsaan Bandar Uda 2 dipilih sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi, semalam.

26 January 2010

aspirasidiri : Sekolah Berprestasi Tinggi


20 Sekolah Hebat
Kementerian Pelajaran Malaysia
sumber <bharian>

aspirasidiri : Kami Iringi Usaha Kalian Dengan Doa




Kami Sentiasa Bersama Kalian
Mengharungi Perjuangan Untuk Kecemerlangan


Tinta Iringan Doa
Buat Intan Payung Tersayang
En Sulaiman B Salleh
Guru Besar
SK Seri Taman Kluang Barat, Kluang, Johor

24 January 2010

aspirasidiri : Tunku Ibrahim Dimasyhur

Tunku Ibrahim dimasyhur




TUNKU Ibrahim Ismail melafazkan Watikah Pemasyhuran sebagai Sultan Johor ke-5 di Istana Besar, Johor Bahru, semalam.








JOHOR BAHRU 23 Jan. – Pemangku Raja Johor, Tunku Ibrahim Ismail, 52, dimashyurkan sebagai Sultan Johor yang kelima hari ini.
Istiadat pemashyuran baginda diadakan di tangga Istana Besar, di sini pukul 1.08 petang.
Watikah pemasyhuran Sultan Ibrahim Ismail dibacakan Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman.
Menurut Abdul Ghani, Sultan Ibrahim telah menandatangani watikah pemashyuran sebagai Sultan Johor di hadapan Jumaah Majlis Diraja Johor dan kaum kerabat Diraja Johor di Bilik Singahsana, Istana Besar, Johor Bahru.
‘‘Ketahuilah olehmu sekalian rakyat negeri kita daripada bangsa keturunan Melayu dan lain-lain keturunan dan ketahuilah juga olehmu sekalian yang berkenaan dengan

23 January 2010

aspirasidiri : Sultan Johor Mangkat





sumber <>utusan<>

JOHOR BAHRU 22 Jan. – Sultan Johor, Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail, mangkat malam ini selepas memerintah Johor hampir tiga dekad.
Baginda berusia 77 tahun.
Almarhum mangkat pada pukul 7.15 malam di Hospital Pakar Puteri di sini selepas dimasukkan ke hospital itu semalam kerana gering.
Kemangkatan baginda diumumkan oleh Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman di sini pada pukul 11.20 malam.
Baginda meninggalkan Sultanah Zanariah serta 10 orang putera dan puteri



Sultan Iskandar, yang diputerakan di Istana Semayam, Johor Bahru pada 8 April 1932, dimasyhurkan sebagai Sultan Johor pada 11 Mei 1981.
Tiga tahun kemudian pada 15 November 1984 baginda dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong kelapan.
Petang ini, putera sulung baginda, Tunku Mahkota Johor Tunku Ibrahim Ismail dimasyhurkan Pemangku Raja dan istiadat mengangkat sumpah diadakan di Istana Besar Johor.
Berita mengenai kegeringan Sultan Iskandar diumumkan oleh Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor, Tunku Osman Tunku Temenggong Ahmad pada pukul 5 petang.
Almarhum merupakan putera ketiga Almarhum Sultan Ismail ibni Sultan Ibrahim dan cicinda kepada Bapa Johor Moden, Almarhum Sultan Abu Bakar.
Sultan Iskandar, yang merupakan Sultan Johor keempat dalam sejarah Johor moden, menerima pendidikan awal di Johor Bahru, sebelum melanjutkan pelajaran ke Australia dan United Kingdom.
Baginda yang merupakan Kolonel Yang Dipertua, Rejimen Perkhidmatan Khas Malaysia (Komando), sering kelihatan memakai uniform tentera pada upacara rasmi kerana minatnya dalam bidang ketenteraan

aspirasidiri : Inikah Balasannya?

Ibu 'terbang' dari Sarawak terkilan dihalau anak


TUMI di Seri Kembangan, Serdang semalam.


SERDANG - Hajat seorang ibu tua, Tumi Wongsorujo mahu melawat anaknya bagi melepaskan rasa rindu setelah berpisah selama tiga tahun bukan sahaja tidak tercapai, malah hatinya hancur apabila dihalau anaknya itu.

20 January 2010

aspirasidiri : Belajarlah Sayang


Belajarlah Sayang
Tekad memburu Impian


19 January 2010

aspirasidiri : Tekad Kami, Impian Nan Terbilang, UPSR 2010


5A Bakal Kuhadihkan Kemanisan Ini
Buatmu..... Ayah, Ibu dan Guruku
Insya Allah
SK Seri Taman Kluang Barat, Kluang, Johor

Tips 5A SK Bangi
Motivator afraima nurhisham jukpm teknikal


16 January 2010

aspirasidiri : Menjana Karismatik

Kursus Kepimpinan 2010 Fasa 1
Menjana Karismatik
Pimpin Diri Untuk Memimpin Orang Lain

 
SK Seri Taman Kluang Barat Dari Kejauhan


 Pendaftaran

 

15 January 2010

aspirasidiri : Gerhana Matahari Bukti Kekuasaan Allah

Nazri Abdullah   
KUALA LUMPUR, 16 Jan: Ramai di kalangan masyarakat kita, hanya mengetahui kejadian gerhana matahari akan menjadikan kawasan yang mengalaminya gelap dari keadaan biasa.

Jika ianya gerhana matahari penuh, maka kawasan yang mengalaminya akan menjadi gelap penuh seperti waktu malam yang disinari bulan.

Haiwan pula menjadi senyap dan ada yang tidur kerana menyangkakan malam telah tiba.

Namun tahukah kita, selain bumi menjadi gelap, beberapa fenomena lain turut berlaku semasa keajaiban cakrawala ini terjadi?

Pernahkan anda mendengar sebijir telur boleh berada dalam keadaan tegak apabila berlaku gerhana matahari?

14 January 2010

aspirasidiri : Semakin Hari Semakin Cemerlang

Menjana Aspirasi Diri, Orentasi Tahun6
Semakin Hari Semakin Cemerlang


Cikgu Zuraidi Mohamed
Guru Bimbingan Kaunseling
Faktor Kegagalan


Fokus..



 
Cikgu Mohamad Amin Hj Ahmad Basri
Guru Bimbingan Psikologi
Kejar Matlamat, Berubah Sikap


Tumpuan


Mengekalkan Ingatan




Engkau Sahabat, Engkau Teman..


Pn Salwah Saikh Abdullah
Penyelaras UPSR
Strategi Dan Persiapan UPSR 2010

Percambahan Minda..

En Sulaiman b Salleh
Guru Besar
Amanat Kecemerlangan


Kita Berusaha
Insya Allah, Kejayaan Milik Kita..
14-01-2010
Khamis, 9 Pg-1.15 Ptg


11 January 2010

aspirasidiri : Doa Ditambah Ilmu

sumber  <> facebook Ustaz Zahazan bin Mohamed <>

اللَّــهُمَّ انْـفَعْنِي بِمَا عَلَّمْـتَنِي ، وَ عَلِّمْنِي مَا يَنْـفَـعُـنِي ،
وَزِدْنِي عِلْماً ، الْحَمْدُ للَّـهِ عَلَى كُلِّ حَالٍ ،
وَأَعُوذُ بِاللَّـهِ مِنْ حَالِ أَهْلِ النَّارِ

Maksudnya : “ Ya Allah berikanlah keadaku manfaat atas segala yang Engkau ajarkan, dan ajarkanlah kepadaku apa yang memberi manfaat dan tambahkanlah ilmuku, syukur kepadaMu atas segala yang perkara, aku memohon perlindungan dariMu dari keadaan ahli neraka”.

10 January 2010

aspirasidiri : Satu Iktibar

Wanita bakar diri tak tahan anak liar

Sumber : BHarian Online 10-01-10
NIBONG TEBAL: Seorang ibu tujuh anak membakar diri dengan mencurah petrol ke badan dipercayai kecewa dengan anak perempuannya berusia 15 tahun yang didakwa degil dan sering tidak pulang ke rumah.

Dalam kejadian di depan rumah mangsa di Jalan Hutan Lipur, jam 12.30 tengah malam itu, Rossliana Rosli, 33, yang bekerja sebagai pembantu kedai makan melecur 54 peratus badannya dari dahi hingga pusat.

aspirasidiri : Amanah Buat Guru Untuk Anak Didik

800 komputer riba percuma untuk guru tingkat UPSR

Utusan _8 01 10/

KUALA TERENGGANU 7 Jan. - Kerajaan negeri hari ini mengumumkan pemberian sebuah komputer riba untuk setiap guru tahun enam di seluruh Terengganu bermula bulan depan.
Menteri Besar, Datuk Ahmad Said berkata, pemberian komputer percuma itu dibuat dalam usaha memantapkan proses pengajaran di kalangan 800 guru darjah enam menerusi program e-Book sebagai alat bantuan mengajar. (Keterangan gambar : sebahagian murid cemerlang UPSR 2009 Menerima saguhati dari kerajaan negeri)

09 January 2010

aspirasidiri : UMAR BIN AB AZIZ R.A & PANDUAN MENDAPATKAN ANAK YANG SALIH

SUMBER   <> Face Book Ustaz Zahazan Mohamed  <>

Kita pasti mendengar tentang Umar bin Abdul Aziz (61-101 H) seorang yang banyak ilmu, warak, zuhud, rajin beribadah dan juga merupakan seorang khalifah yang adil sehingga semua rakyatnya hidup dalam kemakmuran. Selama dua tahun ia memerintah, tidak ada seorang pun yang berasa berhak menerima zakat kerana keadilan telah memperkayakan mereka. Kisah keadilan dan kesolehan khalifah ini sangat masyhur sehingga Imam al-Syafiʻi berkata, “Khulafa’ al-Rasyidin sebanyak lima orang; Abu Bakar, Umar, Usman, Ali dan Umar bin Abdul Aziz.”

08 January 2010

aspirasidiri : Usirlah Kekosongan Dengan Kesibukan

La Tah Zan....   Dr Aidh Bin Abdullah Al-Qarni, Penterjemah : Norainie Abu,..Tajuk 8, ms 16, Penerbit : Al-Hidayah (Buku Tebal Kulit warna Kuning)


Bila suatu hari anda mendapatkan diri anda menggangur tanpa kegiatan, bersiaplah untuk bersedih gundah dan cemas. Sebab dalam keadaan kosong itulah fikiran anda akan kosong dan menerawang ke mana-mana, dari mengingat kegelapan masa lalu menyesali kesialan masa kini hingga mencemaskan kelamnya masa depan yang belum tentu anda alami. Dan itu membuatkan fikiran anda tidak terkendali dan mudah dari kawalan.


Maka dari itu saya nasihatkan kepada anda dan diriku sendiri bahawa mengerjakan amalan-amalan bermanfaat dalah lebih baik dari terlarut dalam kekosongan yang membinasakan. Kesimpulannya, membiarkan diri dalam kekosongan itu sama halnya dengan bunuh diri.

Bunuhlah setiap waktu kekosongan dengan pisau kesibukkan. Dengan cara itu doktor-doktor dunia akan berani menjamin bahawa anda telah mencapai 50% kebahagiaan.

04 January 2010

aspirasidiri : Lawatan Bermaklumat


 Kelas Program Desleksia
Peramah Warganya

 
 Kelas Pra Hambali

 
 Kelas Pra Maliki

 
 Program Transisi di Teruskan

 
  Program Lawatan Bermaklumat
UBDK
SK Seri Taman Kluang, Barat
Melangkah Mengejar Kecemerlangan


aspirasidiri : Hari Pertama Ke Sekolah

Hari Pertama Penuh Azam

 

 
 Ceria

 
 Teratur

 
 Ikrar Pada Negara

 
 Azam Dalam Diri

 
 


SK Seri Taman Kluang Barat,
Kluang, Johor

01 January 2010

aspirasidiri : Program TRANSISI Tahun 1, 2010

Selamat Datang Ke SK Seri Taman Kluang Barat
Buat Intan Permata Hati Ayanda & Bonda

 
Pendaftaran.....
 
Fokus...

Ucap Amanat Buat Ibu Bapa
En Sulaiman Bin Salleh
Guru Besar
SK Seri Taman Kluang Barat

Taklimat Program Transisi
En Ali Bin Udon
PK1
SK Seri Taman Kluang Barat


Berjalan lancar...

Parenting
Mohamad Amin b Ahmad Basri
Guru Bimbingan



En Sulaiman B Salleh
Turun Padang...

01 Januari 2010
Program Transisi Tahun 1, 
SK Seri Taman Kluang Barat, Kluang, Johor