30 March 2010

aspirasidiri : Pesan Ayah & Bonda Buat Kami

Aspirasidiri 6B
Kunukilkan Pesanmu Ayah & Ibu
Buat Membangkitkan Azam Dan Usahku

Pesan Ayah Buatku


Pesan Ibu Buatku

Juga Pesan Dari
Para Guruku..
Tunai tetap, kami tuanikan
Insya'Allah

28 March 2010

aspirasidiri : Mencari Kekuatan Diri

Binalah azam dan kekal bertawakal kepada Allah

Faiza azamta fat tawakal ala Allah

Kita perlu bertawakal dengan bersungguh-sungguh
kerana kita tidak tahu apakah
yang kita mahu  itu Allah swt izinkan...
atau  sebaliknya...
ayah ibu..
doakan kejayaan buat kami...

Insya Allah .. 
Usaha dan Tawakal...

26 March 2010

aspirasidiri : Nota Buat Diri

Dalam Lingkaran
Mencari Diri....Peluang

sumber ****http://ansarullah88.blogspot.com***
Imam As-Syafie ketika mana telah mengalami kesukaran untuk menghafal. Lalu beliau bertemu gurunya Imam Waqi'. Maka apa katanya? "Tinggalkan maksiat." Kerana ilmu itu cahaya dan ia tidak dapat menembusi ke dalam hati yang gelap kerana maksiat. Setelah dikaji rupanya ia datang dari susu kambing peliharaan ibunya yang telah memakan rumput orang lain. Masya allah jauhnya datang punca maksiatnya, tapi kesannya cukup mendalam. Disini pentingnya keizinan. Jika sudah kita mendapat keizinan maka terlepaslah kita dari maksiat tadi.





Buat Diri...

Insya 'Allah...
Aku Mencari Titik Perubahan Dalam Diri

21 March 2010

aspirasidiri : Memahami Profil Pendera kanak-kanak

oleh : Prof. Dr Mohamed Fadzil Che Din

Usaha bersama secara terancang, teliti mampu tangani gejala sosial

BELUM sempat kita mencecah 100 hari bagi 2010, dada kita sudah digoncang, fikiran kita sudah dikusut, perasaan kita sudah digelora dan jari-jemari kita sudah terketar dek pelbagai peristiwa yang berlaku dalam sistem nilai dan sosial kehidupan seharian. Kita digempar dengan pelbagai kisah kehidupan yang tidak tahu menghayati apakah itu nilai nyawa seorang insan dan kegagalan manusia itu untuk berfungsi secara normal dalam masyarakat manusia itu sendiri.

Di sebalik pendedahan media, peringatan pemimpin masyarakat, nasihat orang tua dan teguran ahli agama berkaitan salah laku sosial dan jenayah seperti pembuangan bayi, penderaan kanak-kanak, pembunuhan insan yang tidak berdosa, mencabul serta merogol, ia memperlihatkan satu amalan ketidakpedulian yang amat ketara oleh si pelaku atau penjenayah ini.

aspirasidiri : Definisi tepat tahap kecerdikan sebenar individu

<strong></strong> <strong></strong> <strong></strong>
























BUKAN sedikit ibu bapa yang mengidamkan anak seperti Sufiah Yusof, 24, yang memasuki universiti pada usia 13 tahun dan Adi Putra Abdul Ghani yang mengejutkan ramai pihak kerana kemampuan menyelesaikan masalah matematik. Tidak kurang juga yang mengidamkan anak seperti Muhammad Ahmad Zahid yang bergelar hafiz muda pada usia 13 tahun.

Semua pasti mahukan zuriat yang pintar kerana inilah ‘tiket’ kepada masa depan lebih cerah. Penat lelah membesarkan mereka seakan berbaloi apabila si anak membawa pulang kejayaan. Namun, apakah mereka ini pintar, berbakat, genius atau pun prodigy? Jangan keliru kerana inilah takrifan sebenar keupayaan mereka berdasarkan istilah psikologi.


Seperti kata-kata ‘serupa tapi tak sama,’ pakar linguistik dan Pengasas PTS Publications and Distributors Sdn Bhd, Ainon Mohd, berkata masih ramai yang tidak dapat membezakan istilah sebenar ini. “Aspek berbakat, pintar dan genius adalah antara perkataan yang kerap digunakan untuk menggambarkan kebolehan seseorang anak kecil mengatasi usia tanpa menyedari ia sebenarnya merujuk kepada makna yang kurang tepat.

19 March 2010

aspirasidiri : Satu Renungan

oleh Ustaz Mohd Zawawi b Yusoh UIA

APALAH dosa bayi yang tidak berdosa dibuang. Betapa kejam dan tidak berhati perut manusia yang berbuat demikian. Sudahlah melakukan dosa besar dengan berzina kemudian membunuh pula anak hasil hubungan haram berkenaan.
Apa sudah jadi dengan remaja kita tanpa segan silu melakukan perbuatan keji itu? Sanggup membunuh dan yang terbaru sanggup mereka membakar bayi. Tong sampah, kotak, masjid, depan rumah adalah antara tempat yang pernah menjadi pilihan untuk membuang bayi. Lebih menyedihkan lagi, media melaporkan ada bayi yang didagangkan semata-mata mahu mengejar kekayaan duniawi yang sementara ini.

18 March 2010

aspirasidiri : Gagal SPM bukan satu noktah.

sumber : H Metro..

AIR mata yang berlinangan sebaik memperoleh keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Khamis lalu memberi seribu satu makna yang sukar untuk diungkapkan.
Mana tidaknya, reaksi spontan selepas melihat slip keputusan SPM diiringi tangisan membuatkan ibu bapa, guru-guru dan rakan-rakan tertanya-tanya sama ada keputusan mereka cemerlang atau sebaliknya.


Bagi pelajar yang memperoleh keputusan yang cemerlang, tangisan itu lambat-laun akan bertukar kepada senyuman, tetapi bagaimana pula dengan mereka yang gagal? Bagi pelajar yang memperoleh keputusan cemerlang, mudah membuat perancangan masa depan dengan memohon memasuki institusi pengajian tinggi (IPT).

14 March 2010

aspirasidiri : Natijah Kecekalan Diri

Hasil kecekalan pelajar rabun kronik

KOTA BHARU 12 Mac - Ahmad Zairi Zaidi, 18, tidak dapat melihat apa yang ditulis guru-gurunya di depan kelas untuk disalin dan terpaksa bergantung kepada nota rakan-rakannya.
Baginya, ia suatu keadaan yang sukar untuk dilalui setiap hari tetapi tidak sama sekali menjadi penghalang kerana semangatnya ingin berjaya sentiasa membara.
Remaja tinggi lampai ini menghadapi masalah rabun yang kronik namun hasil kecekalan melalui 'kekurangan' itu mencatat kecemerlangan buat dirinya apabila memperoleh 9A dan 1B dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2009.


12 March 2010

aspirasidiri : Tahniah Untuk Calon SPM 2009

KOTA BAHRU, 11 Mac: Pelajar-pelajar sekolah agama di Kelantan terus mengungguli pencapaian dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2009 apabila seorang pelajar mendapat 12A+.
Pelajar terbabit, Ahmad Harith Zabidi Azhar dari Maahad Muhammadi Lelaki itu juga mendapat 2A dan 1A menjadikan pencapaian keseluruhan 15A.
Manakala Habibah Hanan Mat Yusof dari Maahad Muhammad Perempuan pula mendapat 10A+ di mana jumlah keseluruhan subjek (15A).
Pencapaian bagi kedua-dua sekolah tersebut ialah 100 peratus.
Keputusan SPM bagi sekolah bagi Maahad Muhammadi Perempuan diumumkan Pengarah Yayasan Islam Kelantan (Yik), Ahmad Robert Abdul Rahim pagi tadi.
Pengumuman di Maahad Muhammadi Lelaki dilakukan pengetuanya, Azhar Salleh petang ini.
Seramai 385 calon menduduki peperiksan SPM di Maahad Muhammadi Perempuan.
Daripada jumlah tersebut seorang mendapat 15A, 14A (1), 13A (1), 12A (9), 11A (9), 10A (13) dan 9A (22).
Di Maahad Muhammadi Lelaki, seramai 359 pelajar menduduki SPM tahun lepas, di mana keputusan keseluruhan tahun ini meningkat.
Keputusan tersebut iaitu seorang pelajar mendapat 15A, masing-masing seorang mendapat 14A dan 13A, 12A (5), 11A (10), 10A (14) dan 9A (20).



aspirasidiri : Lagi Cemerlang Dalam SPM 2009

HABIBAH Hanan Mat Yusoff dari Sekolah Menengah Agama Maahad Muhammadi (P), Kota Bharu dijulang  rakan  selepas mendapat 15A  dalam  SPM 2009. Beliau adalah pelajar terbaik sekolah itu selepas Nik Nur Madihah memperoleh  20A pada 2008.
HABIBAH Hanan Mat Yusoff dari Sekolah Menengah Agama Maahad Muhammadi (P), Kota Bharu dijulang rakan selepas mendapat 15A dalam SPM 2009. Beliau adalah pelajar terbaik sekolah itu selepas Nik Nur Madihah memperoleh 20A pada 2008.

11 March 2010

aspirasidiri : Impian Menjadi Kenyataan "SPM2009"

PELAJAR terbaik Sekolah Menengah Agama Maahad Muhammadi (P), Kota Bharu, Kelantan, Habibah Hanan Yusoff (kiri), mendapat keputusan 15A, bersama dengan Nur Fatin Nadia Mazlan (kanan), yang mendapat 14A menunjukkan slip keputusan SPM masing-masing. - Foto Fathil Asri
Mar 11, 2010 4:16 pm
CERIA: Gladys Tan Yee Kim dari Sekolah Menengah Kebangsaan Green Road, Kuching yang mendapat keputusan cemerlang 10A+ dijulang rakan-rakan sekelasnya apabila diumumkan sebagai Pelajar Terbaik SPM 2009 peringkat kebangsaan. - Foto Nik Hariff Hassan
Mar 11, 2010 5:30 pm

aspirasidiri : Perginya Seorang Tokoh

Satu kehilangan besar bagi dunia Islam

KUALA LUMPUR 10 Mac - Pemergian ulama terkenal yang juga Sheikh Al-Azhar, Sheikh Mohammed Sayed Tantawi di Riyadh, Arab Saudi hari ini disifatkan sebagai satu kehilangan besar bagi dunia Islam.
Penasihat Agama Negeri Johor, Datuk Nooh Gadut berkata, semasa hayat beliau, Tantawi merupakan antara pemimpin Islam yang terunggul di dunia.








10 March 2010

aspirasidiri : Bijak Sifir

Sifir Melalui Lagu Dan Corak