Mengambil kira keperluan bagi meningkatkan peluang untuk cemerlang.
1. Sentiasa ingat matlamat
2. Berfikiran secara positif
3. Bertindak secara positif
4. Sentiasa mendengar nasihat
5. Sentiasa menghampiri guru
6. Sentiasa berdoa untk kecemerlangan
Prestasi Saya Pada Masa Hadapan Ditentukan Oleh Tindakan Saya Pada Masa Ini, Bukan Kegagalan dan Kejayaan Masa Lampau, Dengan Izin Allah
30 June 2010
28 June 2010
aspirasidiri : Tiada TUMPUAN punca kegagalan
Apabila murid / pelajar tidak memberi tumpuan semasa guru mengajar di dalam kelas, apa yang berlaku ?
1. Tidak faham isi pelajaran, akibatnya,
2. Tidak mampu menyiapkan kerja sekolah, akibatnya,
3. Meniru kerja sekolah, akibatnya,
4. Dalam ujian / peperiksaan / tugasan, mendapat markah yang rendah / gagal, akibatnya,
5. Dia akan merasakan dirinya bodoh, lemah, tiada harapan, ditambah pula dengan tanggapan rakan / ibu bapa / akibatnya,
6. Yang lebih memudaratkan apabila menganggap diri tiada masa depan, akibatnya,
7. Mula lahir idea yang bukan-bukan untuk berseronok..... AKIBATNYA.....
Iniah Kesan Utama Apabila Tidak Memberi Tumpuan Semasa Belajar....
Kita Merupakan Natijah Apa Yang Kita Fikirkan Tentang Diri Kita....Dengan Izin Allah

25 June 2010
aspirasidiri : Belajar dari kegagalan
Kegagalan masa lalu bukan penamat kepada segala usaha untuk mengejar kejayaan
1. Gagal kerana tiada matlamat
2. Leka dengan keselesaan
3. Tidak menerima nasihat orang lain
4. sentiasa memberi alasan untuk kegagalan
5. Menipu dan berbohong untuk mencapai matlamat
6. Tidak mengurus masa dengan betul
7. Berkawan dengan kawan yang tidak bermotivasi
8. Tidak menghormati guru
9. Tidak melaksanakan kewajipan dan perintah solat
' Hanya Setelah Kita Berjaya Mengenali diri, Insya Allah Kejayaan Adalah hak Milik Kita'

19 June 2010
aspirasidiri : Menjana Aspirasi Diri
Kita juga perlu berubah kerana kita tidak tahu TAKDIR kita bagaimana
T ketiga TAKDIR
Begitulah takdir kita di dalam menuntut ilmu ini. Oleh kerana peperiksaan adalah sebahagian dari penilaian dalam proses belajar maka kita tidak mengetahui sama ada keputusan kita itu akan cemerlang atau sebaliknya.
T ketiga TAKDIR
Ada banyak perkara kita tidak dapat mengetahui. Akal manusia amat terbatas walaupun dibekalkan dengan peralatan paling canggih di dunia. Kita tidak dapat meramal sesuatu kelahiran. begitu juga tentang kematian. Bila dan di mana kita akan mati .... adalah milik Allah. Semua itu adalah Kudrat dan Iradat Allah. atas kehendak dan kuasa Allah.
Begitulah takdir kita di dalam menuntut ilmu ini. Oleh kerana peperiksaan adalah sebahagian dari penilaian dalam proses belajar maka kita tidak mengetahui sama ada keputusan kita itu akan cemerlang atau sebaliknya.
Dalam kehidupan ini apabila sesuatu yang kita inginkan itu .... kita tidak dapat mengetahui kesudahan takdirnya maka kita hendaklah redha apa sahaja yang bakal kita perolehi. namun sebelum itu kita metilah meletakkan tawakal kepada Allah pada tempatnya yang sebenar iaitu setelah kita BERUSAHA dengan bersungguh. Melaksanakan syarat-syarat yang diperlukan untuk mencipta kejayaan. Maka kita pasrah dengan bertawakal. Berserah kepada Allah di atas apa sahaja keputusan yang bakal kita terima. Akhirnya kita perlu sentiasa berdoa kepada Allah agar menganugerahkan sesuatu yang kita inginkan. Iaitu kecemerlangan di dalam pelajaran untuk dunia dan akhirat.
Dan akhirnya di penghujung usaha itu kita terima TAKDIR Allah kepada kita. Jika kita berjaya mendapatkan apa yang kita cita-citakan... kita BERSYUKUR kepada Allah. Jika kita ditakdirkan tidak mendapatkan apa yang kita harapkan kita hadapinya dengan sikap SABAR. Mungkin apa yang kita dapat itu sesuai untuk kita. Allahlah yang mengetahui segala-galanya. Ingat belajar bukan untuk dunia sahaja, bahkan untuk kebahagian di akhirat. Ingat kita berjaya bukan kerana / sebab kita rajin berusaha, tetapi kita berjaya adalah di atas sifat RAHMAT Allah. Jika kamu ingin dunia maka hendaklah kamu dekatinya dengan Ilmu. Juga jika kamu inginkan akhirat maka dekatinya juga dengan Ilmu.
15 June 2010
aspirasidiri : Menjana Aspirasi Diri
Untuk berubah kita perlu melakukan sesuatu denggan bersungguh demi perubahan pada diri
T kedua TADBIR
T kedua TADBIR
Untuk berjaya dengan cemerlang, sebagai seorang murid/pelajar perlu memahami prinsip mengurus dengan sempurna. Banyak perkara perlu ditadbir. Mentadbir masa untuk (1) belajar, mentadbir masa untuk (2) keluarga, mentadbir masa untuk (3) diri sendiri, mentadbir masa untuk (4) beribadat kepada ALLAH. Semuanya perlu mengikut keutamaan. Masa untuk belajar meliputi masa belajar di sekolah, di rumah, waktu senggang (rehat)... semuanya perlu diambil perhatian. Untuk diri sendiri meliputi masa untuk mengurus diri. kekemasan diri, penampilan diri ..segala-galanya berkaitan dengan pengurusan diri. Masa untuk Allah antaranya (1) Masa untuk solat..dijaga dengan bersungguh-sungguh (2) masa untuk mengaji Al Quraan (3) masa untuk puasa Qada (jika ada), puasa sunat dan aktiviti yang dapat meningkatkan kerohanian diri. rumusannya TADBIR ialah MENGURUS....perlu .. ya sangat perlu.
14 June 2010
aspirasidiri : Menjana Aspirasi Diri
Mengasak perubahan diri dengan prinsip 3 tee (3T)
Sebagai seorang murid (sekolah rendah) / pelajar (sekolah menengah) disarankan menghayati prinsip 3T.
T pertama TAKBIR, T kedua TADBIR, T ketiga TAKDIR
Sebagai seorang murid (sekolah rendah) / pelajar (sekolah menengah) disarankan menghayati prinsip 3T.
T pertama TAKBIR, T kedua TADBIR, T ketiga TAKDIR
TAKBIR membawa maksud membesarkan ALLAH. seperti mana kita memulakan solat dengan mengucapkan takbir tanda menyerah diri dengan kekuasaan Allah di dalam segala sesuatu. Terutamanya ketika melaksanakan ibadah solat. begitu juga ketika menuntut ilmu. Belajar juga intipatinya adalah ibadah jika di mulakan dengan mengingati Allah. Maka harapan kita adalah limpahan keberkatan. Mulakan segalanya dengan TAKBIR iaitu membesarkan Allah dalam segala perbuatan kita. Mulalah dengan mengambil wuduk, niat belajar, mengadap kiblat dan mulalah belajar dengan bersungguh-sungguh. .....bersambung..
13 June 2010
aspirasidiri : Menjana Aspirasi Diri
Untuk beubah juga saya menyedari :
Siapa Saya ?
Saya adalah hamba Allah.
1. Saya makhluk yang paling mulia yang dijadikan Allah.
2. Melakukan sesuatu kerana Alllah.
3. Saya melakukakan sesuatu berdasarkan prinsip "hidayah" bukan kerana jibayyah (melakukan sesuatu kerana sesuatu kepentingan)
4. Apa yang saya buat... saya akan merasakan saya bertuhankan Allah.

12 June 2010
aspirasidiri : Menjana Aspirasi Diri
Untuk berubah saya juga menyedari hakikat diri saya sebenar
SIAPA SAYA ?
Saya seorang murid / pelajar
1. Yang perlu teguran
2. Yang perlu bimbingan
3. Yang perlu keazaman untuk membuat sebarang perubahan pada diri.
SIAPA SAYA ?
Saya seorang murid / pelajar
1. Yang perlu teguran
2. Yang perlu bimbingan
3. Yang perlu keazaman untuk membuat sebarang perubahan pada diri.
02 June 2010
aspirasidiri : Menjana Aspirasi Diri
Untuk meningkatkan kesedaran diri dan bagi melakukan perubahan saya perlu mengetahui serta mengenali hakikat diri.
SIAPA SAYA ?
Saya adalah seorang anak yang :
1. Berharap kasih sayang ayah dan bonda saya
2. Menjadi harapan ayah bonda saya
3. Menjadi Intan payung kesayangan ayah dan bonda saya.
SIAPA SAYA ?
Saya adalah seorang anak yang :
1. Berharap kasih sayang ayah dan bonda saya
2. Menjadi harapan ayah bonda saya
3. Menjadi Intan payung kesayangan ayah dan bonda saya.