SUMBER <> Face Book Ustaz Zahazan Mohamed <>
Kita pasti mendengar tentang Umar bin Abdul Aziz (61-101 H) seorang yang banyak ilmu, warak, zuhud, rajin beribadah dan juga merupakan seorang khalifah yang adil sehingga semua rakyatnya hidup dalam kemakmuran. Selama dua tahun ia memerintah, tidak ada seorang pun yang berasa berhak menerima zakat kerana keadilan telah memperkayakan mereka. Kisah keadilan dan kesolehan khalifah ini sangat masyhur sehingga Imam al-SyafiĘ»i berkata, “Khulafa’ al-Rasyidin sebanyak lima orang; Abu Bakar, Umar, Usman, Ali dan Umar bin Abdul Aziz.”