19 February 2010

aspirasidiri : Menjana Aspirasi Diri

Sekolah Rendah Agama Bersepadu (S.R.A.B)
Taman Intan Kluang, Johor
19-02-2010

Nurabadi dalam Bicara Menjana Aspirasi Diri Fasa 1 (Jan-Mac)

1. Menghuraikan tentang menjana aspirasi untuk kecemerlangan dalam UPSR 2010
    Makna aspirasirasi diri, kepentingan dan penegasan dalam diri agar berkekalan.

2. Menjelaskan langkah yang patut di ambil dengan "melakukan sesuatu" untuk mencapai    kecemerlangan.
     Ubah sikap, cara berfikir, meninggalkan keselesaan. Perubahan perlu dilakukan sekarang.
      
3. Mengamalkan strategi tertentu melaluai amalan belajar, mengurus masa meliputi masa untuk Allah, Untuk keluarga dan masa untuk diri sendiri.

4. Membentuk hati yang baik, hati yang tenang dan akhlak yang mulia melalui pendekatan Al Quraan, Al Hadith


aspirasidiri : Psikologi Perkembangan _Keperluan Anak Mengikut Usia_ Peringkat Remaja

D. Peringkat Remaja

Peringkat Remaja merupakan peringkat paling mencabar bagi anak dan ibu bapa. pada peringkat ini keperluan anak adalah seperti berikut :

1. Membantu menyalurkan dorongan kejantinaan melalui cara yang positif. Bimbingan keremajaan melalui pendekatan agama adalah amat sesuai.

2. Membantu untuk memperoleh kebebasan diri secara beransur-ansur. Pandangan tentang masa depan yang lebih jelas.

3. Galakkan membentuk untuk membentuk nilai diri. Rasa bertanggungjawab terhadap diri keluarga dan masyarakat.

4. Galakkan dan bantuan terhadap matlamat pendidikan dan kerjaya.

5. Memberikan pendedahan dan pendidikan secukupnya tentang isu-isu ancaman di sekeliling remaja. Mendedahkan kesan jangka panjang jika terjerunus di dalam aktiviti tidak sihat.