09 August 2010

aspirasidiri : Memanfaatkan Masa Senggang di Bulan Ramadan Dengan Mengulangkaji

Anak Soleh, hati sentiasa dekat dengan Al Quran
Masa senggang ialah masa yang dilalui sehari-hari tanpa disedari. Kadangkala masa tersebut dibiarkan sahaja ia berlalu tanpa diisi dengan aktiviti yang berfaedah. Masa senggang ini adalah masa perantaraan dari satu aktiviti ke satu aktiviti yang lain. Tepatlah masa, bersempena dengan Bulan Ramadan Karim ini kita isikannya dengan beribadat dan mengulangkaji. Antara masa tersebut adalah seperti berikut.

Waktu senggang / terluang antara waktu pergi, waktu berada di sekolah dan ketika pulang dari sekolah.
1. Masa selepas bersahur. Tempoh masa waktu subuh hingga masa pergi ke sekolah.
2. Masa menunggu bas (jika menaiki bas ke sekolah)
3. Masa di dalam bas / van sekolah.
4. Masa sebelum loceng pertama di sekolah.
5. Masa pertukaran antara mata pelajaran.
6. Masa rehat.
7. Masa menunggu bas ketika pulang dari sekolah.

Cadangan aktiviti untuk mengisi masa senggang .
1. Bertadarus (waktu rehat)
2. Membaca ( masa menunggu bas ketika datang dan pergi sekolah, waktu di dalam bas jetijka datang dan pergi sekolah)
3. Menghafal sifir ( masa peralihan)
4. Masa sebelum loceng pertama. (menjawab soalan objektif)
5. lain-lain aktiviti yang sesuai.

aspirasidiri : Belajar di Bulan Ramadan Al Mubarak.

Ambil Peluang, Membaca Tidak Kira di Mana
Belajar dibulan Mulia Bulan Ramadan perlu di struktur. Ini adalah kerana masa belajar perlu diimbangi dengan ibadat sunat, seperti mengaji, bertadarus, solat tarawikh, i'tiqaf...... Jika kita hanya menumpukan kepada pelajaran akademik sahaja amatlah tidak sesuai. Walaupun mengulangkaji satu cabang menuntut ilmu namun ianya berkaitan akademik sahaja.Janganlah kerana membuat persiapan bagi menghadapi UPSR / PMR / SPM / SDOA / STPM / STAM sehinggakan ibadat sunat yang lain ditinggalkan. Beberapa langkah boleh diambil bagi merealisasikan persiapan bagi menghadapi peperiksan dalam masa yang sama amalan yang di tuntut di bulan Ramadan tidak terabai, antaranya ialah :

1. Bina jadual belajar yang sesuai. Dapatkan nasihat guru bimbingan / kaunselor jika perlu.
2. Pilih Subjek yang sesuai dengan masa ulangkaji dilakukan.
3. Pilih aktiviti yang sesuai semasa belajar. (eg :Membaca, jawab soalan yang lalu, jawab soalan secara online)
3. Tentukan kaedah mengulangkaji. (eg : secara berkumpulan, individu)
3. Tentukan peruntukan masa. (eg : Tempoh masa belajar, tempoh masa rehat)
4. Jangan abaikan amalan bersahur. Sahur ada keberkatannya.
5. Kurangkan aktiviti fizikal.
Semoga usaha kita diberkati Allah.