06 September 2010

aspirasidiri : Akan Lengangnya Dunia Ini

Sumber : Tinta Norish
http://norish77.blogspot.com/2010/09/akan-lengannya-dunia-ini.html

Noorhisham Hamzah
Hari ini masjid-masjid dan surau dibandar mulai lengang.Masyarakat mulai balik kampung dek cuti yang panjang. Taman-taman perumahan pun mula sunyi. Balik kampung sesungguhnya satu hal yang menyeronokkan. Walaupun perjalanan beribu batu.Sama hal keadaannya dengan anak-anak di sekolah, bunyi loceng terakhir setiap hari amat dinanti-nantikan. Pokoknya, balik adalah suatu hal yang mengembirakan.
Bagaimana gembiranya orang balik kampung, macam mana suka nya sang anak pulang ke pangkuan keluarga,sepatutnya begitulah kita pulang ke kampung abadi kita dengan penuh kegembiraan dan dinantik-nantikan saatnya."Wujuu hun yaumaizin musfirah, wujuuhun yauma izin naa imah" wajah-wajah manusia pada hari itu,(kiamat) berseri-seri dan bergembira.Lantaran pertemuaannya dengan Sang Khaliq, pencipta dan penjaga dirinya selama ini.

Ada kisah, seorang askar yang mabuk berjalan-jalan dek sesat didalam hutan, dia mencari dimana letaknya bandar,bertemulah dia dengan Ibrahim Adham, seorang sufi yang sangat agung.Bertanya ia pada sufi itu, sedang dia tidak kenal siapa yang ditanya.Dimana jalan arah ke bandar? Ibrahim menunjuk pada suatu tempat.

Askar itu pun kesana, makin jauh dia berjalan makin tak nampak bandar, yang ada hanyalah kawasan tanah perkuburan.Lalu dia kembali ke tempat tadi dan mencari manusia Ibrahim Adham. Dipukulnya Ibrahim bertalu-talu kerana telah mempermainkannya.Kejadian ini dilihat orang ramai, lalu di tegur, kenapa kamu memukul seorang wali Allah? Dia adalah Ibrahim Adham. Ibrahim lalu menjelaskan, tadi kamu bertanya dimana bandar, bandar ialah dimana tempat manusia bertambah ramai,maka kuburlah tempatnya. Setelah menyedari dia adalah seorang wali yang besar, askar tadi meminta ampun, lalu rasa keinsafan membenam dalam jiwanya.

Tuan-tuan dapat mesej tak? Coretan saya kali ini ingin mengingatkan kita semua, bahawa perkampungan abadi yang akan kita pulang ialah akhirat. "wal akhiratu khairun wa abqo" dan akhirat itu jauh lebih baik dari dunia dan kekal abadi selama-lamanya. Sedangkan kampung dunia hanyalah sementara, semipermanent, tiada kekal akan ia.So, carilah yang kekal, carilah cinta yang abadi. cinta sama suami, dia akan mati, cinta pada isteri, dia akan pergi. Cinta pada pada benda, ia akan sirna, cinta pada dunia, bagaikan fatamorgana

TK sobat... teruskan berkarya..

aspirasidiri : Televisyen, oh televisyen

Pencuri Imaginasi
Buat ibu bapa dan anak-anak
Jika anda meletakkan televisyen di dalam kamar anak anda tetapi anda tidak mengenakan apa-apa peraturan mengenai program yang dia boleh tonton, dan anda juga tidak menghadkan tempoh masa menonton yang dibolehkan, maka anda tidak berhak untuk merungut kesan negatif televisyen kepada tingkahlaku anak anda. (dalam Anakku Bijak Belajar, sentuhan Ibu Bapa : Dr Sukri Abdullah Ms 152)

Natijah menonton televisyen tanpa kawalan :
1. Televisyen pencuri agung masa,
2. Televisyen pencuri agung minat
3.Televisyen pencuri agung masa
4. Televisyen pencuri agung tumpuan
5.Televisyen pencuri agung Imaginasi
6. Televisyen pencuri agung pergerakkan fizikal.
7.Televisyen pencuri agung akhlak.
8. Televisyen pencuri agung Emosi.
9. Televisyen pencuri agung wang

Adakah kita kehilangan sesuatu apabila menonton televisyen ?, Rasanya tidak. Kerana kita tidak merasai adanya sesuatu kekurangan telah berlaku kepada diri kita. Tetapi kesan yang berlaku adalah akibat menonton televisyen. Cemas apabila .........

1. Apabila tugasan yang diberi tidak dapat disiapkan dengan sempurna.
2. Apabila kita merasa cemas dengan kehadiran tarikh peperiksaan yang semakin hampir.
3. Apabila kita merasa cemas apabila terlewat bangun tidur.
4. Apabila kita meraca cemas apabila keputusan peperiksaan anak kita semakin merosot..
5. Apabila anak kita kelihatan pasif dan tidak boleh berinteraksi dengan  baik.
6. Apabila kita berasa cemas apabila televisyen kita rosak.

Namun tidak kurang ada juga yang  positifnya.