10 October 2010
aspirasidiri : Pendidikan Awal Remaja (2) : Ihtilam
Awal remaja satu peringkat yang dilaluai setiap individu yang membesar secara normal. IHTILAM ? Ya Ihtilam ialah satu peristiwa yang dilalui oleh seorang individu lelaki ketika tidur. Ianya satu episod yang berlaku diluar kawal individu terbabit namun ianya adalah satu ketentuan Allah. Apabila ianya berlaku indvidu tersebut mengalami satu kelazatan yang belum pernah dialami sebelum ini. Sejauhmana ianya disedari berlaku adalah bergantung kepada individu terebut. Pengalamian ini biasanya tidak sama di antara satu individu dengan individu yang lain. Apabila ianya berlaku pada kebiasannya diiringi dengan keluarnya AIRMANI. Oleh kerana ianya adalah kali pertama kemungkinan kehadiran airmani ini juga tidak disedari. Namun begitu semuanya ini meninggalkan tanda yang boleh difahami dengan kita bertanya dengan orang yang boleh mebantu kita. Bagi yang menyedari peristiwa IHTILAM iaitu bermimpi disertai satu kelazatan yang tidak pernah dialami sebelum ini disertai juga kehadiran kesan airmani, itu tandanya seseorang lelaki itu telah melalui satu lagi perkembangan di dalam hidupnya. Iaitu telah melangkah ke alam remaja di peringkat awalnya. Bersambung