19 October 2010

aspirasidiri : Pendidikan Awal Remaja (6) : Perubahan Psikologi

Perubahan Psikologi yang berlaku. Perubahan ini berlaku pada umumnya disebabkan oleh faktor dalaman dan luaran. Amat banyak perubahan yang berlaku pada diri seorang yang berada di awal remajanya. Ianya mempunyai perbezaan yang sangat ketara jika dibandingkan ketka berada di zaman kanak-kanak. Perubahan ini berlaku boleh dilihat dari sudut positif dan negatifnya pada setiap perubahan itu. Antaranya ialah

1. Sifat ingin tahu yang tinggi.
    Positifnya : Akan cepat matang dari sudut pemikiran dan tingkahlaku kerana sentiasa mengikuti dan  memperbaharui maklumat.
    Negatifnya : Cuba mengambil tahu perkara-perkara yang dilarang dan mencuba perkara yang di larang seperti  merokok,

2. Pantang dicabar
    Positifnya : Mempunyai semangat dan azam yang tinggi untuk berlumba-lumba mengejar kejayaan.
    Negatifnya : Bertindak luar kawal dan berfikir diluar lingkungan yang dibenarkan peraturan.

3. Berani mencuba
     Positifnya : Akan meningkatkan self esteem, meningkatkan tahap keupayaan kendiri. Meningkatkan potensi diri
     Negatifnya : Jika tanpa dikawal, perasaan ingin mencuba hanya cenderung kepada keseronokkan sahaja.

4. Terburu-buru
    Positifnya : Bertindak dengan cepat terhadap persekitaran
    Negatifnya : Melakukan kesilapan yang tidak sepatutnya

5. Malu
    Positifnya : Menjaga kreadibiliti
    Negatifnya : malu tidak bertempat membantutkan pencapaian di dalam kemajuan diri.

6. Sensitif
     Positifnya : Memahami kehendak bertindak balas terhadap rangsangan persekitaran.
     Negatifnya : Tidak disenangi rakan dan taulan

7. Suka memberontak
    Positifnya : Orang lain akan lebih mengenal hati budi,
    Negatifnya : Melakukan kerosakan psikologi dan akan membabitkan persekitaran

8. Ingin mendapat perhatian
    Positifnya : Meningkatkan perhubungan dua hala antara ibu bapa dan anak
    Negatifnya : Mewujudkan suasana kebosanan dan hipokrasi individu yang terlibat.