25 October 2010

aspirasidiri : Pendidikan Awal Remaja (8) : Tabah Menghadapi Cabaran

Dalam mengharungi badai kehidupan yang bergelora ini terkadang remaja terpaksa menghadapi berbagai halangan dan rintangan untuk mengecapi kenikmatan hidup dan berjaya. namun semua ini harus ditempuhi dengan sabar dan tabah. Remaja sering dikaitkan dengan perasaan kekecewaan. Perasaan kecewa jika dibiarkan akan menghantui diri dan akan menyebabkan :

1. Melemahkan semangat dan daya juang.
2. Sanggup melibatkan diri dengan gejala yang tidak sihat seperti merokok, minum arak dan berzina.
3. Sanggup lari dari rumah
4. Sangguip mengambil jalan pintas dengan membunuh diri
5. Emosi dan mental tidak setabil
6. Remaja sanggup mengurung diri dan menyendiri di dalam bilik kerana tidak mahu diganggu oleh sesiapa pun
7. Sanggup melibatkan diri dengan kegiatan jenayah seperti pecah rumah, curi motor

8. Merasaka diri tidak diperlukan
9. Menangis dan meraung apabila merasa tertekan dan kecewa dan tidak dapat mengawalnnya
10. Menderhaka kepada ibu bapa
11. Tidak menunaikan perintah Allah seperti solat, puasa.

Bagi mengelakkan situasi ini berlaku, para remaja perlu berusaha untuk meningkatkan kekuatan diri. BERSAMBUNG