Bagaimana membina keyakinan terhadap kemampuan diri.
Hidup ini terlalu payah dan sukar untuk dimengertikan jika tidak memiliki ilmu pengetahuan dan malas untuk mendapatkan ilmu. Ramai orang yang kecewa di dalam hidup kerana tidak memiliki ilmu dan tidak ada keyakinan diri terhadap kemampuan diri. Mereka kalah dan tunduk terhadap tekanan dan tidak mahu berjuang. Mereka jatuh dan rebah tetapi tidak mahu bangun. Remaja perlu yakin terhadap kemampuan untuk berjaya dengan cemerlang sebagai seorang anak, pelajar dan angota masyarakat. Untuk lebih berrkeyakinan remaja perlu sedar bahawa mereka adalah :
1. Pewaris kepada pewaris masa depan.
2. Jadilah remaja yang menjadi penyelamat kepada agama keluarga dan negara bukan pengabai terhadap agama, beban kepada keluarga dan negara.
3. Remaja mesti sanggup melakukan perubahan bukan statik beku dan jumud
4. Sentiasa berusaha untuk berjaya bukan tidak mahu bangkit apabila mengalami kegagalan dan kekecewaan.
5. Menyedari orang lain tidak akan membantu melainkan diri sendiri yang boleh membuat perubahan
Remaja biarlah kita menjadi benteng bukan menjadi pemusnah. Biarlah kita menjadi tiang yang teguh berdiri bukan menjadi seperti lalang yang mengikut tiupan angin kemana ianya handak pergi. Jangan menjadi sebab agama kita dihina dengan perlakuan kita. Jangan menjadi sebab keluagra kita dipandang keji dengan sebab kita. Jangan menjadi sebab maruah negara kita tergadai juga dengan sebab kita.