UPSR telah diumumkan seminggu yang lalu. Gembira dan hiba, Ceria dan sayu mewarnai suasana . Paparan akhbar menambah seri suka dan duka murid tahun 6 sesi 2010. Ada yang menerima keputusan dengan rasa bersyukur. Ada juga yang tidak dapat menerima hakikat kegagalan. Linangan air mata membasahi pipi. Tidak kira murid lelaki apatah pula murid perempuan. Terpancar senyuman ibu bapa tanda gembira. Ada juga yang sayu menitiskan airmata menyaksikan kejayaan dan kegagalan anak-anak mereka. Guru-guru tidak ketinggalan bersama-sama mereka ada yang seperti kanak-kanak kecil teresak-esak sama meraikan kegembiraan dan kedukaan mereka. Terpancar di wajah mereka keriangan. Ada juga yang kepiluan. Namun...... ucapan terima kasih cikgu seakan-akan tidak kedengaran. Dari yang mendapat keputusan yang cemerlang apatah lagi yang tidak mendapat keputusan yang diinginkan. Ibu bapa ? Segelintir sahaja. Jauh di sudut hati.... bukan itu yang dipinta oleh seorang guru.... bukan itu yang diharap... namun tiga patah perkataan itu mampu memberikan kekuatan dan menaikkan semangat seorang guru... "terima kasih, cikgu". Sekolah yang pencapaiannya kurang memuaskan lain pula keadaannya. Murid? Ibu bapa ?....... ungkapan terima kasih ? ... Bukan keputusan itu yang mereka pinta.... namun itulah yang mereka terima. Hakikat kejayaan dan kegagalan. Seorang guru.... ada atau pun tidak ungkapan terima kasih..... tetap terus berjuang untuk mendidik .... terima kasih cikgu, syabas.... buat kegigihan kalian mendidik tanpa mengenal siapa.... mendidik dan menerima anak didik seadanya... moga kerja buat kita diterima Allah.