24 April 2011

aspirasidiri : Menjana Aspirasi Diri_Sk Simpang Renggam Kluang

23-04-2011 (SABTU)
Dewan SK Simpang Renggam
10.00 pagi-12.00 petang

 Perubahan Sikap diukur melalui
perubahan tingkahlaku

1. Ada matlamat, 2. Ubah sikap (tingkahlaku) 3. Urus masa, 4. Belajar smart

Semuanya bermula di hati ... masih ingat penjelasannya ?.....

Ketahuilah di dalam jasad itu ada segumpal darah (mudrogh)
sekiranya ia baik (solahat), baiklah seluruh jasad itu sekiranya ianya rosak (fasad), rosaklah seluruh jasad itu, ketahuilah segumpal darah itu adalah hati (maksud al-hadis)

hati yang penuh ketenangan buat apa sahaja menjadi tenang
solat...tenang, mengaji....tenang, berjalan... tenang, bercakap... tenang, belajar boleh dalam keadaan tenang, berhadapan dengan peperiksaan....tenang, apa sahaja ujian ... semuanya dihadapi dengan penuh ketenangan.

Hati yang bercelaru ?? buat apa pun .. tidak teratur, tidak teratur, bercelaru.... dalam kelas... tak dapat beri tumpuan... tak dapat nak fokus.... biat latihan.... asal siap. Menjawab soalan....?? Hadir sekolah ?? melaksanakan tugasan ?? Buat apa yang disuruh guru?? Buat apa yang disuruh mak ?? ayah ?? emm anda pasti dapat menduganya...apatah lagi solat ?? mengaji ??

Begitulah natijah dari hati dan tingkahlaku atau dengan kata lain hubungan antara apa yang di dalam hati dengan apa yang dilakukan oleh  seseorang.... hati seorang murid dengan tingkahlaku seorang murid....
baiknya di dalam hati.....natijahnya baik dalam sikap yang diterjamah di dalam tingkahlaku
semuanya bermula dari niat..... ya... niat....
ingat.... kita.  SIKAP kita adalah TINGKAHLKU KITA. peel perangai kita kita. Tukarlah tingkahlaku yang membawa kegagalan kepada tingkahlaku yang boleh membawa diri kita ke mercu kejayaan. 
Tentu ibu, bapa dan guru-guru kamu pasti suka.... tak mahu juga ??? emmmm ....





aspirasidiri : KSSR_LINUS Parenting_SK Seri Taman Kluang Barat

23-04-2011
Bilik Mesyuarat SK Seri Taman Kluang Barat.
 Kecendrungan semasa belajar
1. Visual, 2, Audiotori, 3. Kinestatik, Space..
Memahami karektor anak dapat membantu mereka Insya Allah

En Sulaiman b Salleh (GB)
Literasi Numerasi dalam KSSR
TK Para Ibubapa yang sudi hadir
nurabadi....

21 April 2011

aspirasidiri : Lagi Dapatan Kesan Menonton Televisyen

Kajian menunjukkan kanak-kanak mudah terdedah sakit jantung, diabetes

MELBOURNE: Kanak-kanak yang terlalu lama menonton televisyen daripada had yang sepatutnya, kemungkinan besar berdepan penyakit jantung, tekanan darah tinggi dan diabetes dalam kehidupan mereka, penemuan kajian terbaru di Australia. 
Kajian oleh penyelidik University of Sydney mendapati kanak-kanak berusia enam tahun yang menghabiskan masa menonton televisyen mempunyai arteri yang menyempit di belakang mata mereka.
Ini meningkatkan peluang mereka untuk mengidap penyakit jantung, tekanan darah tinggi dan diabetes apabila usia mereka semakin meningkat, menurut kajian itu yang dikeluarkan, semalam.

Kira-kira 1,500 kanak-kanak yang berusia antara enam hingga tujuh tahun dari 34 sekolah rendah di Sydney menjalani pemeriksaan dalam kajian itu.

Mereka yang melakukan aktiviti fizikal paling kerap iaitu setengah jam sehari atau melebihi tempoh itu ternyata mempunyai arteri retina yang lebih lebar berbanding mereka yang melakukan aktiviti fizikal kurang daripada setengah jam sehari.

“Kami dapati kanak-kanak yang rajin melakukan aktiviti fizikal mempunyai profil mikrovesikel yang lebih baik berbanding mereka yang kurang melakukan aktiviti fizikal,” kata Dr Bamini Gopinath, felo penyelidik kanan di Pusat Penyelidikan Penglihatan, University of Sydney.
Beliau berkata, ini membuktikan gaya hidup tidak sihat akan mempengaruhi mikroedaran yang awal dalam kehidupan dan meningkatkan ancaman terhadap penyakit jantung dan tekanan darah tinggi apabila usia semakin meningkat.

“Menggantikan tempoh satu jam di hadapan televisyen dengan melakukan aktiviti fizikal membawa kepada perubahan yang besar.

“Oleh itu, bermain secara percuma harus digalakkan dan sekolah harus menetapkan mandatori dua jam seminggu untuk aktiviti fizikal kanak-kanak,” kata Dr Gopinath yang berasal dari Sri Lanka.

Beliau berkata, ibu bapa harus menggalakkan anak mereka agar bergerak dan melarang mereka daripada duduk terlalu lama di kerusi. – BERNAMA

aspirasidiri : Menjana Aspirasi Diri_SK Kampung Melayu








aspirasi....5A Pasti Kugenggam
Cikgu Kamari TK atas kesempatan ini..
"Semoga Perkongsian Ini di Berkati Allah"

17 April 2011

aspirasidiri : Program Jati Diri Tiram Indah Village_SK Seri Taman Kluang Barat

TMFH (Team Minda Fikir Hebat)
MAD (Menjana Aspirasi Diri)
 SK Seri Taman Kluang Barat
15.04.2011 - 17.04.2011
 dari kiri : Tn Hj Nor Azlan b Hj Sarmudin 
(Pengarah Uursan  "TMFH" Konsaltant Program Jati Diri 2011)
Sdra Norhafizi b M Khalid
(Pengarah Projek Program Jati Diri 2011 ), 
En Ali b Udon (Penasihat II, Program Jati Diri 2011),
sdra nurabadi 
( Pengasas & Pengarah  "MAD", Perunding Pelaksanaan Prgram Jati Diri 2011)


Alhamdulillah Tiba di Destini
Menekuni Wacana Ilmu
Satu Juta untuk Kamu.... TMFH
Satu Bulatan Di Dalam Petak
Kita Saling Memerlukan
Penuh Cabaran
Praktik...

Ya Allah
Ampunkan Dosa Kedua Ibu Bapa kami
Sabar Satu Sifat Yang Perlu Ada
Untuk Menggapai Kecemerlangan
Emm.....Enak Makan Rame-rame..


Ibu Di Kala Ini
Anaknda Ingin Menyatakan
Hasrat Untuk Berubah...
Apa Khabar Cikgu
Terima Kasih Sidu Hadir
 Tuan Punya Tiram Indah Village
 Amanat Guru Besar



nurabadi





Tn Hj Nor Azlan-"TMFH-MAD"-nurabadi
Semoga Allah Memberkati Usaha Kami
Semoga Perkongsian Ini Berterusan

Lagi... dan lagi....