29 September 2011

aspirasidiri : Program Gemilang UPSR 2012


Alhamdulillah saya berpeluang berjumpa dengan calon UPSR 2012 SK Tunku Mahmood 1 & SK Tunku Maahmood 2.
Bicara saya di dalam slot tersebut menyentuh tentang persiapan UPSR 2012. Antara topik yang disentuh ialah kesediaan belajar. Setiap murid perlu ada tempat belajar yang selesa. Tempat belajar yang selesa dapat menghindarkan diri dari mudah jemu. Keperluan minima tempat belajar sekurang-kurangnya ada kerusi dan meja. Ini bertujuan untuk mengelakkan kita dari kecendrungan belajar sambil meniarap/menyarap. Segala keperluan untuk UPSR perlu diatur dan dirancang dari sekarang. 
Kemukakan kepada ibu bapa kita agar mereka menyediakan tempat belajar yang selesa. Namun demikian  bergantung kepada kemampuan keluarga kita. Jangan jadikan  alasan tidak mahu belajar hanya kerana tidak ada tempat belajar yang selesa.  Projeksi seperti ini hanyalah helah bela diri.
Lihat sahaja nama besar pelajar Cemerlang Nik Normadihah . Beliau tidak menjadikan alasan kemiskinan penghalang kepada kecemerlangan.
Nik Nur Madihah Nik Mohd Kamal
Gaya Insan Cemerlang
 Tekad Yang Kuat
Adalah Yang Paling Utama

 KLIK LINK DI BAWAH

Berikut adalah contoh tempat belajar di rumah yang agak kondusif dan memenuhi keperluan minima tempat belajar.

 Ada jadual belajar
 Buku rujukan dan alat tulis
 Keputusan peperiksaan lepas, nota
 Peralatan Tempat Belajar
 Lain-lain perkara jika perlu.

Profil Sudut Belajar
Nama : Ahmad Mujahid Huda
Tahun : Tahun 3 Hajar (UPSR2014 / SDA2014)
Sekolah : SR Agama Bersepadu Kluang

Syabas kepada Cikgu Mahmud Azam Shah(STM1), 
Cikgu Norazliza (STM1), Cikgu Rosly (STM2)

24 September 2011

aspirasidiri : Posting aspirasidiri di Portal Pendidikan Utusan (ADap)




klik link :
Tajuk posting :
1. Motivasi dan minat mengatasi tindakan
2. aspirasidiri : Menjana Aspirasi Diri
3. Petua Kecemerlangan Pelajar
4. Belajar dari Kegagalan
5. Kegelisahan Ibu Bapa
6. Sebulan Sebelum Peperiksaan
7. Pesan Yusof Islam
8. Menjelang Aidil Fitri dan UPSR


"Terima Kasih"
kepada pengarang /admin Portal Pendidikan Utusan (ADap) kerana sudi  mengambil beberapa posting di dalam blog aspirasidiri menjadi bahan bacaan di Portal Pendidikan Utusan. Semoga ianya memberi manfaat bersama. Insya Allah.  Sebagai blog bersifat perkongsian pintar, blog ini berperanan menyebarluaskan maklumat terutama yang berkaitan dengan pendidikan menjurus kepada bidang psikologi pendidikan. Bagi posting yang disalin ke blog ini sumbernya akan dinyatakan sekali bagi memudahkan para pengunjung blog ini membuat rujukkan.  Insya Allah.



23 September 2011

aspirasidiri : Pasca UPSR

Alhamdulillah UPSR telah pun berlalu. Seperti mana kehadirannya begitu juga pemergiannya. Insya Allah ianya akan berkunjung semula pada tahun 2012. Jangan terlalu gembira kerana UPSR telah dilalui. Adakah pernah kita terfikir... ada yang terlalu bersuka-suka lebih-lebih lagi di dalam mod raya.... adakah  kita tahu jawapan yang kita kemukakan pada UPSR yang lalu itu betul semua ?  .... Kalau kita yakin betul semua... teruskanlah kesukan kamu itu....  Sebaliknya,  jangan lupa solat hajat yang kita lakukan itu bukan masa sebelum UPSR sahaja.... waktu sekarang juga waktu yang getir ketika skrip jawapan sedang diagih-agihkan kepada pemeriksa kertas jawapan kita.    Teruskan berdoa moga jawapan yang kita kemukan itu menepati kehendak soalan dan mendapat markah yang tinggi. Mana tahu sewaktu percubaan hanya 3A2B tetapi selepas diumumkan keputusannya nanti sesuatu di luar jangka berlaku.
Masa sekarang juga perlulah dilalui dengan mengikuti program yang telah diatur. Elakkan ponteng. Jangan lakukan perkara yang melanggar peraturan sekolah. Tiada untungnya merosakkan harta benda sekolah. Sekaranglah peluang kita untuk memperbaiki kelemahan kita. UPSR bukan penyudah. PMR sedang menanti di hadapan.

aspirasidiri : e mail saya di blok....... minta bantuan

akaun e-mail saya di hotmail telah di block...... saya tidak tahu nak aktifkan semula........ ada sesiapa boleh tolong.....

13 September 2011

aspirasidiri : Selamat Menduduki UPSR 2011




Selamat menduduki UPSR 2011
Saya berdoa semoda Calon UPSR 2011 dapat menghadapinya dengan tenang dan tabah.
Dan tentunya mendapat keputusan yang cemerlang.

05 September 2011

aspirasidiri : Di Ambang Kehadiran UPSR 2011

Alhamdulillah, Sambutan Hari Raya telah pun berlalu, sewajarnya tumpuan sekarang adalah ke arah memantapkan lagi pesiapan menghadapi UPSR. Waktu sekarang disebut sebagai  SAAT akhir persiapan. Kadangkala kita merasakan fikiran semangkin tidak menentu..... ada kadangkala seakan-akan tidak tahu apa yang patut di buat.... tidak mengapa... itu adalah normal bagi seseorang yang akan menghadapi Peperiksaan Awam... yang perlu kita hendaklah bertenang..... susun aktiviti dalam bentuk berjadual...... susun semula masa belajar ... kenalpasti perkara penting dan tidak enting dengan membuat cheklist... sanarai semak... minta bantuan kepada sesiapa sahaja yang hampir dengan kita.....  buat pertimbangan yang sewajarnya sekiranya bertembungan dengan sesuatu aktiviti..... pentingkan aktiviti yang menjurus kepada UPSR sahaja....

bacalah di link berikut untuk mendapatkan tip menjelang UPSR  
semoga kecemerlangan milik anda