29 September 2011

aspirasidiri : Program Gemilang UPSR 2012


Alhamdulillah saya berpeluang berjumpa dengan calon UPSR 2012 SK Tunku Mahmood 1 & SK Tunku Maahmood 2.
Bicara saya di dalam slot tersebut menyentuh tentang persiapan UPSR 2012. Antara topik yang disentuh ialah kesediaan belajar. Setiap murid perlu ada tempat belajar yang selesa. Tempat belajar yang selesa dapat menghindarkan diri dari mudah jemu. Keperluan minima tempat belajar sekurang-kurangnya ada kerusi dan meja. Ini bertujuan untuk mengelakkan kita dari kecendrungan belajar sambil meniarap/menyarap. Segala keperluan untuk UPSR perlu diatur dan dirancang dari sekarang. 
Kemukakan kepada ibu bapa kita agar mereka menyediakan tempat belajar yang selesa. Namun demikian  bergantung kepada kemampuan keluarga kita. Jangan jadikan  alasan tidak mahu belajar hanya kerana tidak ada tempat belajar yang selesa.  Projeksi seperti ini hanyalah helah bela diri.
Lihat sahaja nama besar pelajar Cemerlang Nik Normadihah . Beliau tidak menjadikan alasan kemiskinan penghalang kepada kecemerlangan.
Nik Nur Madihah Nik Mohd Kamal
Gaya Insan Cemerlang
 Tekad Yang Kuat
Adalah Yang Paling Utama

 KLIK LINK DI BAWAH

Berikut adalah contoh tempat belajar di rumah yang agak kondusif dan memenuhi keperluan minima tempat belajar.

 Ada jadual belajar
 Buku rujukan dan alat tulis
 Keputusan peperiksaan lepas, nota
 Peralatan Tempat Belajar
 Lain-lain perkara jika perlu.

Profil Sudut Belajar
Nama : Ahmad Mujahid Huda
Tahun : Tahun 3 Hajar (UPSR2014 / SDA2014)
Sekolah : SR Agama Bersepadu Kluang

Syabas kepada Cikgu Mahmud Azam Shah(STM1), 
Cikgu Norazliza (STM1), Cikgu Rosly (STM2)