Dengan saluran yang ada ini saya membantah dan menentang sekeras-kersnya Program Seksualiti Merdeka. Sebagai manusia yang mempunyai taklif dan merasakan diri beragama Islam saya menyeru para pengerak media maya agar bersama-sama menggerakkan kesedaran dengan menyebarkan maklumat yang tepat. Hanya manusia beragama sahaja yang mampu melihat isu ini dengan tepat. Bukankah ada sabda Nabi saw yang maksudnya " Agama Itu Nasihat" . Kepada yang terlibat dengan program ini kembalilah ke pangkal jalan. Ingatlah segala perbuatan kita akan dihisab satu persatu. Kepada para pelajar, sebagai seorang guru saya ingin berpesan lengkapkan diri dengan agama dan sentiasa menjadikan diri beragama, ya........ melaksanakan perintah agama. Kita perlu sentiasa beringat bahawa ada bezanya antara manusia beragama dan manusia tidak beragama. Kita mestilah sentiasa merasakan diri kita beragama. Jangan berkelakuan seperti tidak beragama........Solat sebagai tiang agama mampu menjadi pencegah diri dari melakukan segala perkara yang keji dan mungkar. Jangan biarkan masalah ini semakin menghampiri kita..... bantah, bantah SM.... tentang, tentang....SM. Cukuplah kebinasaan yang berlaku kepada kaum Lut..... Mereka telah diazab dengan azab yang pedih..... Yakinlah Islam Satu Cara Hidup Yang Sempurna..... Islam Is Way of Life........ Hanya Islam Agama di Sisi Allah. Selain dari itu hanya sangkaan semata-mata...... Adakah kita tidak berfikir.....