28 May 2012

aspirasidiri : Cuti Sekolah Tiba Lagi

Koryo Kluang
Suasana di rumah tidak seperi hari-hari sebelum ini. Tiada suara ibu memanggil meminta anak-anak bangun ke sekolah. Tiada suara riuh rendah anak-anak bersiap-siap ke sekolah. Ayah tidak tergesa-gesa memanaskan kenderaan masing-masing untuk hantar anak ke sekolah. Ada juga anak-anak yang menyahut panggilan ibu dengan jawapan " cutilah mak !" Oh ye ke... mak tak perasanlah pulak.... Ada pula yang berada di tahun peperiksaan seperti biasa ke sekolah. Kelas tambahan katanya. Ada pula dalam kalangan anak-anak yang bertanya. " .....ayah, cuti ini kita nak ke mana ?" Ada pula ibu bapa yang menghantar anak-anak mereka menyertai program tertentu bagi mengisi masa cuti.... . Cuti kali ini adalah cuti pertengahan tahun. Ini bermakna sessi persekolahan 2012 telah berada di pertengahan perjalanan. Cuti sekolah bukanlah bermakna cuti segala-galanya. Buku entah ke mana ? Jadual belajar ? ... Langsung tiada. Masa diisi dengan belibur. Tanpa ada perancangan langsung.
Namun ada juga dalam kalangan pelajar yang merancang aktiviti dengan mengambil kira keperluan dirinya. Ada juga dalam kalangan ibu bapa yang berasa bimbang apabila musim cuti tiba. Anak-anak seakan-akan tidak terkawal. Apa yang perlu diambil perhatian ialah kita adalah bertanggungjawab terhadap diri kita sendiri. Sebagai anak, janganlah tingkahlaku kita membuatkan ibu bapa kita berasa bimbang. Lakukanlah aktiviti yang memberi manfaat kepada diri keluarga dan masyarakat. Ambilah peluang bercuti pertengahan tahun ini untuk mengeratkan lagi hubungan kepada orang tersayang. Kepada pelajar yang bakal menghadapi peperiksaan tahun ini ambillah peluang ini menziarahi keluarga jauh. Minta doa dan dapatkan restu mereka. Beritahu mereka bahawa kamu akan menghadapi paperiksaan penting tahun ini. 

by MAD Training
 Jangan lupa usahakan agar kamu mengatahui tahap kesediaan kamu untuk menghadapi peperiksaan bagi tahun 2012. Kekalkan shahsiah diri pada tahap yang terbaik. Insya Allah.

24 May 2012

19 May 2012

aspirasidiri : Jadual Waktu Belajar Persendirian (Hari Bersekolah & Cuti Sekolah)

Murid yang mampu mengurus masa berpotensi untuk mendapat pencapaian yang baik dalam bidang Akademik. Sehari kehidupan seorang murid sekolah menempuh aktiviti pembelajaran yang berbeza. Di sekolah seorang murid tertakluk dengan jadual yang disediakan oleh pihak sekolah. Namun bagaimana pula ketika berada di rumah. Aktiviti hujung minggu perlu dikawal Jangan biarkan ianya berlalu begitu sahaja. Sedaikan jadual hujung minggu disesuaikan dengan aktiviti anjuran sekolah. Jika sekolah mengadakan kelas tambahan pada minggu ke-2 dan ke-4, masukkan aktiviti tersebut di dalam jadual agar kita dapat merancang aktiviti hujng minggu dengan aktiviti yang selaras dengan diri kita yang masih bergelar murid sekolah. Bagaimana pula ketika sekolah sedang bercuti ? Cuti sekolah yang tidak dirancang merugikan kita. Peluang tersebut perlu kita ambil dengan kita mengatur masa belajar mengikut keselesaan kita. Jangan gadaikan masa depan dengan hanya berseronok sahaja. Apa yang kita lakukan sekarang ini natijah yang kita perolehi adalah di masa depan. Sekarang kita bersusah payah belajar, Insya Allah hidup kita akan selesa pada masa depan dengan kerjaya yang kita ceburi. Seperkara lagi, apabila kita menyusun jadual jangan kita lupa masukkan sekali matapelajaran sekolah agama, dan aktiviti belajar agama ( mengaji quran). Ini adalah kerana pengabaian kepada aktiviti belajar agama akan menyebabkan persiapan hidup kita akan pincang. Belajar akademik sahaja sedangkan belajar agama terabai. Kata Imam Syafie :

Barangsiapa yang Menginginkan Dunia …

مَنْ أَرَادَ الدُّنْيَا فَعَلَيْهِ بِالْعِلْمِ وَمَنْ أَرَادَ الآخِرَةَ فَعَلَيْهِ بِالْعِلْمِ

“Barangsiapa yang menginginkan dunia, maka hendaknya menuntut ilmu dan barangsiapa yang menginginkan akhirat, maka hendaknya ia menuntut ilmu”.

 Jadual Waktu Persendirian Cuti Sekolah


 Jadual Waktu Sekolah



Jadual Waktu Persendirian Hari Bersekolah

16 May 2012

aspirasidiri : Hari Guru 2012

Selamat Hari Guru 2012
dari blog aspirasidiri 
 
 nurabadi
Guru itu
tasik ilmu
tempat pelajar
raih sesuatu
jika rajin,
cekal dan
tak jemu.
(A Samad Said 16 Mei 2012 )

Guru Belahan Jiwa


Kami Guru Malaysia
Berikrar dan Berjanji
Mendidik dan Memimpin
Putera Puteri Negara Kita

14 May 2012

aspirasidiri : Mentor-mentee 2012

Pelancaran Mentor-mentee 2012
Program Mentor-mentee Guru Penyayang (PMM GP)adalah komponen dalam Program Kecemerlangan 2012-2014
Asas kepada pendekatan PMM GP adalah gerakkan serentak berfokuskan kecemerlangan dalam akademik dan sahsiah sekaligus. Mentor berperanan sebagai pembimbing berpandukan model Guru Penyayang. Melalui sentuhan hati ke hati dan pendekatan "modeling" guru sebagai model "contoh" yang dilihat berbuat untuk diikuti diharapkan ianya memenuhi prinsip keperluan murid 12 tahun. Mentor sebagai murrabi berfalsafahkan bertolong bantu dalam perkara Taqwa, dan mencegah sebarang keburukan berupa kemungkaran dan fasad. Acuan ini dijadikan asas untuk membawa perubahan diri mentee. Mentor yang berkarisma diharap dapat membawa mentee ke arah kecemerlangan yang sempurna "syumul".



12 May 2012

aspirasidiri : Doa Berlindung Dari Kelakuan Yang Buruk, Perbuatan dan Nafsu Keji.

Dari Qutbah bin Malik, dia mendengar Nabi saw berdoa, "Ya Allah, lindungi aku daripada kelakuan yang buruk, perbuatan yang keji dan hawa nafsu yang keji." (HR Tirmizi)

08 May 2012

aspirasidiri : Sekarang Aku Sedang Berada di Mana?




Bilah-bilah hari semakin meninggalkan kita. Yang telah pergi hanya akan menjadi sejarah. Sejarah dikenang sebagai suatu yang manis. Namun ada juga sejarah yang pahit. Malangnya dalam kalangan pelajar yang bakal menghadapi pepriksaan (UPSR, SDEA  peringkat rendah) SPM, STPM, seperti melihatnya tidak begitu penting. Mereka tidak begitu serius mencari dan meneliti sejarah kejayaan Calon-calon Pepriksaan yang lalu. Sebenarnya menjejaki kejayaan yang lalu bakal memberikan tips dan semangat. Pembakar azam agar sentiasa berkobar-kobar. Membangkitkan semangat untuk terus berjuang. Ini kerana semangat ini adakalanya meningkat dan menurun. Kerana semangat ini sisi psikologi dalam kehidupan manusia. Ianya tidak dapat dilihat dengan mata kasar tetapi dapat dilihat menerusi pandangan hati nurani yang terpimpin dan terpandu. Adakah kamu masih lagi dibuai mimpi. Ingatlah kamu akan menerima ucapan selamat tinggal oleh rakan-rakan yang sedang berusaha dengan gigih. Berhempas pulas berjuang menghadapi kemalasan. Berusaha menyingkirkan keselesaan diri. Bangun malam di kala orang lain sedang nenyak tidur. Bersendiri tetakala orang lain bersama rakan di pesta malam minggu. Mengenang kelemahan diri di saat orang lain ghairah melakukan pelbagai aktiviti. Merasakan diri dibadai ribut, dihempas ombak menggila di tengah lautan, di saat orang lain menghirup udara nyaman sepoi-sepoi bahasa di tepi pantai. Di saat merasakan kebimbangan pada diri adakah aku ini pastikan berjaya menggengam impian. Impianku, impian bonda dan ayahandaku dan impian semua guru-guruku. Sesesungguhnya aku sedang berada di............

Ya.... Saya Sedang Berada di ZON Peperiksaan.....

Ya Allah, berilah kekuatan kepadaku 
untuk aku terus berusaha dengan giggih.... 
Ya Allah, berikanlah kepadaku
sebanar-benar petunjuk.....