Semakin HAMPIR
29 August 2012
25 August 2012
aspirasidiri : Sekitar Berkaitan Puasa Sunat 6 Hari di Bulan Syawal
Ada beberapa situasi bagi mereka yang berpuasa di dalam bulan Syawal yang kita perlu ambil maklum. Antaranya situasinya ialah
1. Berpuasa sunat 6 hari di bulan syawal
1.1 Ada yang melaksanakannya seawal hari raya ke-2 (2 Syawal)
1.2 Ada yang melaksanakannya pada hari-hari tertentu dalam bulan syawal.
2. Berpuasa menggantikan puasa yang ditinggalkan (uzur syarai') pada Ramadan yang lalu di dalam bulan Syawal kerana tidak mahu bertangguh.
3. Berpuasa kerana menunaikan niat (nazar)
Berpuasa di bulan Syawal sememangnya kadanglaka menimbulkan fenomena "memberi pendapat" kepada orang yang berpuasa oleh mereka yang tidak berpuasa. Yang dibimbangi pendapat itu dilakukan tanpa cermat, tiada usul periksa. Yang paling parah, langsung membelakangkan adab. Begitu, begini, begitu begini....... Bagi saya sekiranya kita bersua dengan seseorang yang sedang berpuasa di bulan syawal, relakanlah ia. Redhokanlah ia. Walaupun yang berpuasa itu datang dan hadir berhari raya ke rumah kita. Begitu juga di sisi yang lain. Walaupun kita menziarahi rakan kita, dan rakan kita itu sedang berpuasa pada ketika itu, hari itu. Memang di sana ada perbahasan tentang keutamaan tertentu menyentuh perkara melayani tetamu. Kita juga perlu faham ketika kita menjadi tetamu, ada adab-adabnya juga. Sama sahaja ketika kita menjadi tetamu atau ketika kita menjadi tuan rumah. Kita perlu memahami situasi orang lain.
Refleksi perlu kita buat terhadap diri kita sendiri. Sekiranya kita berhadapan dengan situasi begini seharusnya kita rasa bersyukur kerana ada orang lain yang begitu bersungguh-sungguh untuk meningkatkan amalan diri berusaha mengawal dan menundukkan hawa nafsu. Bukankah itu satu amalan yang mulia. Jangan berkira kepada mereka, walaupun mereka mula berpuasa seawal hari ke-2 hari raya. Yang paling utama ialah kita doakan agar sesiapa sahaja yang menjalani ibadah puasa di bulan Syawal ini diterima ibadah puasanya oleh Allah. Dan kita berdoa agar kita juga diberi kekuatan untuk mengambil peluang untuk berpuasa di bulan Syawal. Bilangan hari di bulan Syawal nampaknya panjang, banyak bilah-bilah harinya ..... tetapi cabarannya terlalu banyak bagi orang yang berusaha untuk berpuasa di bulan ini....
.....Puasa hukumnya sunat (jika berpuasa sunat), memelihara silaturahim "persaudaraan" hukumnya wajib. jangan sampai kita mempersoalkan, mempertikaikan perbuatan saudara kita melakukan (puasa) yang sunat, sedangkan tanpa kita sedari perbuatan itu boleh menjejaskan silaturrahim "persaudaraan" yang wajib kita hargai.... kita sendiri pun tidak tahu, dapat atau tidak kita berpuasa sunat di bulan Syawal tahun itu seperti saudara kita itu.... riak, ujub.... itu bukan kerja kita untuk menentukannya, kerana ia bergantung kepada niat orang yang melaksanakannya.... tambahan pula, mana tahu disebabkan pendapat kita.... tahun depan sadara kita itu tidak singgah lagi ke rumah kita... semakin jauhlah hubungan antara sesama kita ..... hilang hikmah kunjung-mengunjung.... bertambah rengganglah silaturrahim... natijahnya kelihatan lebih buruk.... hanya bersebabkan perkataan dan pertuturan.....
"Bukankah Redho/redha Allahlah yang kita cari.... ? "

11 August 2012
aspirasidiri : Syawal semakin hampir, UPSR semakin dekat, Ramadhan Bakal Berlalu Pergi.
Semakin menghampiri syawal 1433, semakin banyak aktiviti yang dilalui dan ada kalanya amat melalaikan. Kemeriahan semakin terasa apabila corong radio mengumandangkan lagu-lagu hari raya. Iklan-iklan sambutan perayaan semakin rancak di pelbagai media. Pusat membeli belah semakin meriah. Bukankah semakin kita menghampiri syawal bermakna UPSR 2012 juga semakin hampir ?. Emmmmm… biarlah ibu bapa kita yang sibuk memikirkan kelengkapan kita untuk berhari raya. Mercun ? Ya, ada yang lupa diri, kesilapan bermain mercun mungkin akan mengundang padah. Rakan kita menjawab UPSR dengan selesa, mungkin kita pula menjawab soalan dengan tangan yang berbalut akibat kecederaan bermain mercun. Ingat, kita perlu terus fokus. Ya, fokus untuk menyempurnakan persiapan diri bagi menghadapi UPSR 2012. Ada juga dalam kalangan kita yang beranggapan UPSR tidak membawa sebarang erti. Bukan boleh pergi ke mana pun. Sekolah di mana-mana pun sama saja. Kalaupun memang kita sengaja tidak memberikan fokus, yang lebih malang lagi ialah pemergian bilah-bilah Ramadan 1433 tidak disedari semakin jauh meninggalkan kita. Sehari demi sehari Ramadan tetamu yang bertandang saban tahun meninggalkan kita. Apa maknanya ? Sebenarnya kita kehilangan peluang untuk mengambil kesempatan berdoa sebanyak-banyaknya di bulan yang penuh dengan anugerah dari Allah swt. Doa untuk apa ? Tentunyalah untuk diri kita ketika menghdapi UPSR yang bakal kita hadapi nanti. Agar hati tenang dipenuhi keyakinan. Gunakanlah peluang bulan penuh barakat ini. Jangan dibiarkan ianya berlalu begitu sahaja. Bila berdoa sebutlah antaranya “ Ya Allah, Jadikanlah HambaMu ini seorang pelajar yang tidak jemu berusaha menuntut ilmu untuk kehidupan Dunia dan Akhirat, Jika Aku ditakdirkan gagal, maka hapuskanlah takdirMu itu. Berikanlah aku kecemerlangan di Dunia dan di Akhirat” Rebutlah peluang yang semakin sedikit ini. Menanti hari yang bakal tiba (Syawal) jangan pula dilupakan tetamu yang bakal pergi meninggalkan kita (Ramadhan). Selamat datang Syawal, selamat tinggal Ramadhan.