Semakin menghampiri syawal 1433, semakin banyak aktiviti yang dilalui dan ada kalanya amat melalaikan. Kemeriahan semakin terasa apabila corong radio mengumandangkan lagu-lagu hari raya. Iklan-iklan sambutan perayaan semakin rancak di pelbagai media. Pusat membeli belah semakin meriah. Bukankah semakin kita menghampiri syawal bermakna UPSR 2012 juga semakin hampir ?. Emmmmm… biarlah ibu bapa kita yang sibuk memikirkan kelengkapan kita untuk berhari raya. Mercun ? Ya, ada yang lupa diri, kesilapan bermain mercun mungkin akan mengundang padah. Rakan kita menjawab UPSR dengan selesa, mungkin kita pula menjawab soalan dengan tangan yang berbalut akibat kecederaan bermain mercun. Ingat, kita perlu terus fokus. Ya, fokus untuk menyempurnakan persiapan diri bagi menghadapi UPSR 2012. Ada juga dalam kalangan kita yang beranggapan UPSR tidak membawa sebarang erti. Bukan boleh pergi ke mana pun. Sekolah di mana-mana pun sama saja. Kalaupun memang kita sengaja tidak memberikan fokus, yang lebih malang lagi ialah pemergian bilah-bilah Ramadan 1433 tidak disedari semakin jauh meninggalkan kita. Sehari demi sehari Ramadan tetamu yang bertandang saban tahun meninggalkan kita. Apa maknanya ? Sebenarnya kita kehilangan peluang untuk mengambil kesempatan berdoa sebanyak-banyaknya di bulan yang penuh dengan anugerah dari Allah swt. Doa untuk apa ? Tentunyalah untuk diri kita ketika menghdapi UPSR yang bakal kita hadapi nanti. Agar hati tenang dipenuhi keyakinan. Gunakanlah peluang bulan penuh barakat ini. Jangan dibiarkan ianya berlalu begitu sahaja. Bila berdoa sebutlah antaranya “ Ya Allah, Jadikanlah HambaMu ini seorang pelajar yang tidak jemu berusaha menuntut ilmu untuk kehidupan Dunia dan Akhirat, Jika Aku ditakdirkan gagal, maka hapuskanlah takdirMu itu. Berikanlah aku kecemerlangan di Dunia dan di Akhirat” Rebutlah peluang yang semakin sedikit ini. Menanti hari yang bakal tiba (Syawal) jangan pula dilupakan tetamu yang bakal pergi meninggalkan kita (Ramadhan). Selamat datang Syawal, selamat tinggal Ramadhan.