27 October 2013

20 October 2013

aspirasidiri : Iktibar



Emak sering mengungkap saya sebagai ‘anak sial’ dan sering meluahkan sesalan tidak membunuh saya sejak kecil, sedangkan saya mempunyai pendidikan serta kerjaya baik.
Kini saya bekerja di sektor swasta dan mempunyai kehidupan stabil, tetapi ibu masih memberi gelaran buruk.
Apabila saya luahkan kepada ayah, dia hanya meminta saya bersabar.
Malah, sejak kecil lagi saya sering dipukul dan didera ibu. Tambah melukakan saya apabila dua adik saya selalu dapat barang yang diminta, sedangkan saya ditampar jika berhajatkan sesuatu.


Malah, sewaktu saya meluahkan hasrat ingin berkahwin bersama pasangan, ibu berkata dia memang suka dan tidak sabar untuk halau saya dari rumah.


Kadangkala saya berasa diri seperti anak tidak sah taraf dan apabila saya mengadu kepada namun ayah, dia berkata saya layak diwalikannya.

Saya sampai sekarang masih tidak tahu punca ibu membenci saya.

10 October 2013

aspirasidiri : Sekitar Berkaitan Ibadah Korban


Syajaratul Arsyadiyah, Syeikh Muhammad Arsyad Al Banjari

Dari Kitab Sabilal Muhtadin :

1. Ibadah Korban (Sunat Muakad) boleh bertukar menjadi Ibadah Korban Nazar dan Ta'yin tanpa disedari

2. 7 Bahagian korban harus dengan pelbagai niat

3. Haram memindahkan daging korban ke tempat lain

4. Korban untuk orang lain yang masih hidup mestilah dengan izin

5. Korban untuk orang lain yang telah meninggal dunia hendaklah ada wasiat

6. Kulit, Hati, Ginjal & Perut adalah bahagian yang tidak dikira sebagai daging.

7. Hukum menjual anggota bukan daging (kulit) bagi orang yang berkorban mengakibatkan ibadah korbannya tidak dikira

8. Bagi yang ingin berkorban, sunat tidak memotong kuku dan rambutnya bermula dari 1 Zulhijjah hingga Penyembelihan Korban

9. Kulit dan tanduk tidak boleh dijadikan Upah

10. Korban peribadi sunat dilakukan di rumah masing-masing

Sekian, Allah Lagi Maha Mengetahui

05 October 2013

aspirasidiri : Ibadah Qurban Untuk Orang Yang Telah Meninggal Dunia



Menurut pengarang Kitab Sabilal Muhtadin (Jawi) halaman  228 baris yang ke 8 (lapan) (dari atas) :

(Dan demikian lagi) Tiada harus lagi tiada memadai mengkorban orang yang mati dengan tiada wasiat.



Menurut pengarang kitab Mat'al Badrin (Jawi) halaman 81baris ke 2 (dua) dari bawah :

(Dan tiada sah pula) diperbuat Adhiah (kurban) bagi orang mati jika tiada wasiat.


            Admin : 

Boleh melakukan ibadah qurban kepada orang yang mati   (sebut arwah) hanya jika ada wasiat.

Maka, adakah pendapat selain dari di atas ? Jika ada saya sedang mencari butirannya.

            

          

02 October 2013

aspirasidiri : Menyembelih Untuk Halal dan Bersih (Halal lan Toiyyibah)

Menyembelih Binatang Adalah Sebahagian Daripada
Menjalankan Hukum Allah
Tanpa Mengikut Hukum Allah
Hidup Tidak Mematuhi Syariat





01 October 2013

aspirasidiri : Doaku Buat Calon PMR 2013


Selamat Menduduki PMR 2013,
Doa Kecemerlangan Buat Kalian,
Calon PMR  Seluruh Negara
In Sha Allah