03 September 2013

aspirasidiri : Refleksi Seminggu Sebelum UPSR

Ulang Siar

1. Menjaga Hubungan : Dengan Allah, Ibu Bapa, Guru Dan Rakan. Pertingkatkan hubungan dengan Allah dengan meningkatkan amalan kerohanian. Sentiasa meminta restu ibu bapa dan guru di dalam semua aktiviti yang di lakukan khususnya yang berkaitan dengan Peperiksaan.

2. Menjaga kesihatan. Menghadkan aktiviti yang lasak dan tanpa tujuan seperti bermain basikal. Bersiar-siar dengan motorsikal kerana dibimbangi berlaku perkara yang tidak diingini. ambil berat keadaan caca sekeliling. Segera mendapatkan rawatan jika ada tanda-tanda tidak sihat.

3. Menghadkan menonton TV, CD, Internet, SMS, kerana ia adalah anasir yang paling banyak mencuri masa dan tenaga tanpa disedari.

4. Mengawal pemakanan. Elakkan memakan makanan yang mengandungi lemak yang tinggi kerana akan menyebabkan kita mudah mengantuk.


Ingat sangat tinggi pengorbanan untuk menggapai aspirasi kejayaan diri.

aspirasidiri : DOA DHUHA








“Ya Allah sesungguhnya waktu duha itu duhamu, kecantikannya kecantikanmu, keindahannya keindahanmu, kekuatannya kekuatanmu, kekuasaannya kekuasaanmu, perlindungannya perlindunganmu. Ya Allah jika rezeki masih di atas langit, turunkanlah jika di  bumi, keluarkanlah, jika sukar permudahkanlah, jika haram sucikanlah. Jika jauh dekatkanlah. Berkat waktu duha, kecantikanmu, keindahanmu, kekuatanmu kekuasaanmu, limpahkan kepadaku segala yang telah engkau limpahkan kepada hamba-hambamu yang soleh”