28 April 2014

aspirasidiri : Tahniah, Prep Komander TKRS Terbaik Puteri Daerah Kluang, Walaupun Tidak Bersinar di Peringkat Negeri




Prep Komander TKRS Puteri
Terbaik Daerah Kluang 2014
Siti Nur Hidayah bt Samsudin

26 April 2014

aspirasidiri : Remaja Perlu di Mengerti

Copyright untuk perkongsian : Oleh SHUHADA MANSOR :  My Metro 26/04/2014

Statistik 2010 yang dikeluarkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) menunjukkan kes remaja lari dari rumah meningkat dengan angka mencatatkan sebanyak 4,097 remaja yang membabitkan seawal usia 13 hingga 17 tahun. Ia bukanlah sesuatu yang mengejutkan kerana kebanyakan kes ini membabitkan remaja.
Kita terpaksa akui, di usia remaja, kita lebih mudah hanyut disebabkan banyak perkara. Cinta, hasutan kawan dan sebagainya antara punca membuatkan hidup porak peranda. Penulis tidak menyalahkan Gen Y untuk berpasangan, asalkan tahu had dan berfikiran waras, tidak ada salahnya.
Remaja melayu paling ramai
Remaja berumur 14 hingga 17 tahun adalah golongan yang terbanyak dilaporkan hilang di negara ini. Remaja perempuan kaum Melayu pula mencatatkan statistik tertinggi hilang berbanding kaum lain, tetapi kelompok itu juga tersenarai dalam kadar tertinggi mangsa yang mudah dijumpai semula.
Berdasarkan statistik Jabatan Pengurusan, Cawangan Hal Ehwal Awam Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia, Bukit Aman, secara kiraan rawak, dua daripada tiga laporan kes orang hilang membabitkan wanita.

Pensyarah Psikologi dan Pembangunan Manusia Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Nazirah Hassan berkata, negara kini berada di dalam perubahan ke arah kemajuan yang membawa arus hedonisme (fahaman bahawa keseronokan adalah matlamat utama dalam hidup), sekali gus memberi impak negatif kepada masyarakat khususnya remaja.

“Kalau kita lihat remaja yang dilahirkan kini di atas fasa yang penuh agresif memberontak, celaru identiti, mudah terpengaruh dan lebih kepada ke arah kebebasan,” katanya. Daripada kes kehilangan remaja perempuan berusia 14 tahun yang dilaporkan diculik dari sebuah hentian bas di Seksyen 9, Shah Alam 31 Januari 2012, sebelum berjaya diselamatkan Polis Thailand di Bangkok pada 11 Mac tahun sama, masalah ini datang secara berpakej. Ia bukan saja desakan dalaman diri, tapi sistem sosial dan keluarga menyumbang kepada remaja untuk lari daripada rumah.

“Ini bukan era menuding jari kepada remaja, menyalahkan kerajaan, pihak polis dan pihak lain kerana orang yang paling dekat dengan anak ialah ibu bapa. Ibu bapa harus belajar cara mendidik anak generasi Y, generasi moden sekarang tak boleh dididik dengan cara marah, rotan, dan sebagainya, tetapi sekarang ini ibu bapa harus menjadi kawan kepada anak-anak, tahu apa masalah mereka, benarkan anak bagi pendapat,” jelasnya.

Faktor berlaku masalah ini dikongsi Pengarah Institut Sosial Malaysia (ISM) Prof Madya Dr Mohamed Fadzil Che Din. Ulasnya, kajian terhadap 379 remaja yang pernah lari dari rumah menunjukkan mereka mengakui bahawa tekanan menyumbangkan kepada faktor utama, selain 105 kes membabitkan pengaruh kawan, 55 kes ingin bebas, 41 kes bergaduh dengan keluarga, 38 kes bosan dan 35 kes kurang kasih sayang.


Dua orang lari rumah setiap hari

Sebenarnya kes orang hilang tertinggi dicatatkan kerana cinta. Secara purata, sekitar 800 orang dikesan sanggup meninggalkan keluarga setiap tahun atau puratanya lebih dua orang setiap hari. Tidak hairanlah, penangan cinta adalah faktor tertinggi yang menjadi dalang dalam kes orang hilang di seluruh negara bermula dari tahun 2000 yang direkodkan oleh PDRM.

Berdasarkan statistik Jabatan Pengurusan Cawangan Hal Ehwal Awam PDRM, daripada 25,243 orang dilaporkan hilang antara 2003 hingga 2008, seramai 3,957 atau hampir 16 peratus membabitkan kes mengikut kekasih. Paling menarik, 99.9 peratus orang hilang demi cinta buta ialah perempuan, namun ada juga lelaki yang lari dari rumah kerana mengikut kekasih. Kesemua kes membabitkan Bumiputera bukan Islam.

Namun perangkaan ini amat menakutkan kerana ia menunjukkan bahawa kini semakin ramai gadis sanggup melarikan diri semata-mata ingin bersama kekasih yang menjadi faktor paling tinggi kes orang hilang di Malaysia setiap tahun sejak 2000.

“Tahun 2007 saja, seramai 868 daripada 5,355 kes orang hilang kerana faktor itu, angka tertinggi dalam tempoh lima tahun sebelumnya. Pada 2003, kes lari kerana cinta mencatat peratusan terendah iaitu 14.1 peratus atau 698 daripada keseluruhan 4,939 kes,” jelas jurucakap jabatan itu.

Faktor kedua yang mendorong kes orang hilang ialah pengaruh kawan sebaya, diikuti perselisihan faham dengan keluarga terutama ibu bapa. Seramai 3,741 kes orang hilang dalam tempoh lima tahun itu akibat pengaruh rakan sebaya dan 69.4 peratus atau 2,598 orang adalah wanita.

“Ada juga kes hilang akibat pergi cari pekerjaan, tidak siuman atau bodoh, tidak minat belajar dan paling melucukan dibawa lari oleh ibu atau bapa sendiri. Punca lain ialah tertipu dijadikan pelacur, penagih dadah dan mangsa cabul oleh keluarga,” katanya.

Diterbitkan Oleh My Metro  : 2014/04/26

24 April 2014

aspirasidiri : Pertandingan Kawad Kaki Peringkat Negeri Johor


Solat Sunat Hajat & Bacaan Yasin

Satu-satunya PASUKAN TKRS
Yang Bertanding
TKRS Terbaik Negeri Johor 2014

 Peringkat Negeri
21-04-2014
Tiada Sebarang Anugerah Dicapai


17 April 2014

aspirasidiri : Gigih Demi Cita-cita Di Peringkat Negeri

Gigih Kami, Demi Sebuah Cita-cita
Pasukan Kawad Kaki

Sentiasa Berpasukan
Membelah Perit Mentari
 Fasa Latihan, Statik, Dinamik, Formasi

 Sebelum Ujian Pertama 12-04-2014



Moga Perit Tangan Kami Memasang Cita-cita ( Ladam)  Berbaloi
Biskut Rutin Latihan
Hitam Tangan Kerana Mencari Sinar
Biar Sampai Kilat

 Berbaris Bekemilau
 Menyulam Impian Di Peringkat Negeri
Pasang Tali Kasut
Semuanya Kami Buat Sendiri
Piala Pertandingan Kawad Kaki Daerah Kluang 2014 
Telah Dalam Genggaman Kami
 Pencapaian Lalu
2012 Johan Daerah Kluang , Prep Komandan Terbaik (Daerah dan Negeri), Ke-5 Peringkat Negeri Johor
2013, Naib Johan Daerah, Prep Komandan Terbaik Daerah
2014, Johan Daerah Kluang, Prep Komandan Tebaik
In sha Allah.... 21-04-2014 Kami Bertanding di Peringkat Negeri Johor

DOAKAN Kejayaan Kami Menggenggam Cita-cita
Johan Peringkat Negeri Johor 2014


16 April 2014

aspirasidiri : Kumpulan Inovatif dan Kreatif GBKSM Kluang


Menyelesaikan Masalah Penyebaran maklumat Berkaitan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di sekolah. Kumpulan telah sepakat untuk membentuk kios UBK. Sebagai pilot projek, STM1 telah dipilih mendahului perlaksanaan di peringkat sekolah.

...............update kemudian ..........

12 April 2014

aspirsidiri : TKRS Puteri SK Seri Taman Barat, JOHAN Pertandingan Kawad Kaki, Daerah Kluang

Alhamdulillah REZEKI anggota TKRS Puteri
SK SERI TAMAN BARAT
JOHAN Pertandingan Kawad Kaki Sekolah Rendah Daerah Kluang 2014



07 April 2014

aspirasidiri : Imbas Kembali




Tugas Guru Bimbingan dan Kaunseling
  1. Menyediakan rancangan tahunan program dan aktiviti perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling sekolah.
  2. Mengenalpasti keperluan perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling sekolah melalui kajian keperluan, soal selidik, temu bual dan perbincangan dengan pelajar, guru, pentadbir, kakitangan sekolah, ibubapa dan bekas pelajar.
  3. Merancang, mengawalselia dan mengemaskini rekod dan inventori pelajar.
  4. Mengumpul, menyedia, menyebar maklumat Bimbingan dan Kaunseling kepada semua pelajar melalui sebarang media yang sesuai.
  5. Mengelola dan melaksanakan aktiviti Bimbingan dan Kaunseling kelompok dan tunjuk ajar (instructional) yang merangsang perkembangan pelajar secara optimum.
  6. Merancang, melaksana, mengawalselia perkhidmatan kaunseling individu secara profesional dan beretika.
  7. Merancang, melaksana, mengawalselia aktiviti kemahiran belajar untuk semua pelajar.
  8. Merancang, melaksana, mengawalselia serta menilai program dan aktiviti pemilihan mata pelajaran elektif untuk peperiksaan seperti PMR, SPM, SPMV dan STPM.
  9. Merancang, melaksana, mengawalselia dan menilai program dan aktiviti pendidikan pencegahan dadah, inhalan, rokok dan alkohol.
  10. Merancang, menyedia dan mendedahkan pelajar kepada peluang, melanjutkan pelajaran di institusi pengajian tinggi dalam dan luar negara.
  11. Merancang, melaksana, mengawalselia dan menilai program dan aktiviti perkhidmatan konsultansi dan rujukan, berhubung Bimbingan dan Kaunseling, Kerjaya dan Pendidikan Pencegahan Dadah.
  12. Merancang, melaksana, mengawalselia dan menilai program dan aktiviti konferens dengan ibu bapa, guru, kakitangan bukan guru, dan agensi kerajaan dan bukan kerajaan yang terlibat dalam proses pendidikan dan perkembangan pelajar.
  13. Membuat penilaian aktiviti, modul, model, instrumen, pendekatan dan sebagainya secara menyeluruh bagi meningkatkan mutu dan profesionalisma perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling sekolah.
  14. Merancang, menyelaras dan menilai sumber dan bahan resos perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling.
  15. Menjadi Urusetia kepada Jawatankuasa Penyelaras Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling.
  16. Menjadi penggerak utama dalam program latihan dalaman bagi menyebarkan kefahaman dan peningkatan profesionalisma perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di sekolah.
  17. Memberi khidmat kaunseling krisis kepada pelajar guru, kakitangan dan siapa sahaja yang memerlukannya.
  18. Menjadi personel perhubungan/seranta sekolah dengan agensi-agensi luar yang berkaitan.
  19. Menjadi ahli jawatankuasa ex-oficio dalam jawatankuasa kurikulum sekolah.
  20. Menjadi ahli Jawatankuasa dalam Majlis Perancang Sekolah.
  21. Menjadi Penyelaras dalam program mentor-mentee sekolah.
  22. Menjadi penyelaras dalam program-program pengembangan pelajar seperti kolokium, motivasi, kem jaya diri, kursus ketatanegaraan dan sebagainya.
  23. Menjadi Urusetia kepada Jawatankuasa Program Sekolah Selamat, Dasar Pendidikan Wajib, Matematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris & Dasar Bahasa Tambahan, Penempatan (Kemasukan) pelajar di sekolah.
  24. Menjadi ex-officio dalam Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG).
  25. Menjadi Penyelaras program-program yang dianjurkan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling, Jabatan Pelajaran Negeri.
  26. Melaksanakan tugas-tugas yang diarahkan oleh Ketua Jabatan dari semasa ke semasa.

04 April 2014

aspirasidiri : Guru Bimbingan Merentas Ko-Kurikulum

Pasukan Kawad Kaki
SK Seri Taman Kluang Barat 2014
TKRS Puteri

Gigih, Teguh & Tabah

Di mana had penglibatan GBSM (Guru Bimbingan Sepenuh Masa) dalam aktiviti ko-ko ? *tentu ada had*
Dalam carta organisasi dan hiraki Induk kepimpinan ko-ko, di mana kedudukan GBSM ?
Adakah sebaris dengan guru sukan di dalam organisasi di sekolah ? 
Tentu ada bezanya.

01 April 2014

asporasidiri : Doa Sempena Kursus Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Guru Bimbingan & Kaunseling Kluang

Disusun dan Dibacakan oleh admindi dalam majlis penutupan rasmi KIK
(Pusat Latihan Guru Dalam Perkhidmatan, bandar Tenggara, Kulai Jaya)

 بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اَلْحَمْدُ للهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ , وَالعَاقِبَة لِلْمُتَّقِيْنَ
 وَالصَّلاَة ُوَالسَّلاَمُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ
وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ


اَللَّهُمَّ يَا حَيُّ يَا قَيُّوْمُ يَا ذَاالْجَلاَلِ وَاْلإِكْرَامِ
Sesungguhnya pada hari ini kami berkumpul kerana-Mu Ya Allah
Kami berkumpul untuk mengisi keredhaan-Mu dalam seluruh hidup kami
Kami berkumpul untuk menggali ilmu Mu yang maha luas, bertukar-tukar pendapat dan menyumbangkan buah fikiran, di dalam Program Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK)
Guru-guru Bimbingan Dan Kaunseling  Daerah Kluang
اَللَّهُمَّ يَا مُجِيْبَ الدَّعَوَاتِ وَقَاضِيَ الْحَاجَاتِ
Berkatilah usaha-usaha kami , mudah-mudahan (dengan usaha-usaha kami) Guru-guru Bimbingan dan Kaunseling  Daerah Kluang akan menjadi Guru Bimbingan dan Kaunseling cemerlang,sentiasa gigih berusaha  disegani dan dihormati, di dalam menggalas tugas dan tanggung jawab membimbing dan mengasuh serta mampu melahirkan pelajar-pelajar yang berjaya di dunia mahupun di akhirat.
اَللَّهُمَّ يَا قَوِيُّ يَا عَزِيْزُ يَا فَعَّالٌ لِّمَا يُرِيْدُ
Perbaikilah segala kekurangan diri kami , jernihkanlah mata hati dan nurani hati kami, lembutkanlah hati-hati kami dan tunjukkanlah kami jalan yang membawa keselamatan dan keharmonian dalam menyelesaikan masalah dan tugas-tugas serta tanggungjawab yang diamanahkan kepada kami. Ya Allah kurniakanlah Kepada kami kekayaan ilmu pengetahuan dan hiasilah diri kami dengan sifat lemah-lembut, dan muliakanlah kami dengan ketaqwaan dan indahkanlah diri kami dengan kesihatan.


اَللَّهُمَّ يَا مُهَيْمِنُ يَا رَقِيْبُ يَا ذَاالْجَلاَلِ وَاْلإِكْرَامِ
Ya Allah berilah keberkatan kepada guru-guru kami
Yang membimbing kami dengan bersungguh-sungguh di dalam program ini agar kami dapat tampil sebagai Guru Bimbingan dan Kaunseling yang berwibawa.
Juga kepada seluruh yang terlibat bagi menjayakan
Program Kumpulan Inovatif dan Kreatif Guru Bimbingan dan Kaunseling Daerah Kluang
Ya Allah kurniakan kepada mereka kekuatan akal fikiran, kecerdasan, kesungguhan dan semangat yang tinggi di dalam menjalankan tugas yang diamanahkan kepada mereka
اَللَّهُمَّ اجْعَلْ جَمْعَنَا هَذَا جَمْعًا مَرْحُوْمًا ، وَتَفَرُّقَـَنَا مِنْ بَعْدِهِ تَفَرُّقاً مَعْصُوْمًا
 ، وَلاَ تَجْعَلِ اللَّهُمَّ فِيْنَا وَلاَ مَعَنَا وَلاَ مَنْ يَتْبَعُنَا شَقِيًّا وَلاَ مَطْرُوْدًا وَلاَ مَحْرُوْمًا .
اللَّهُمَّ اجْعَلْ خَيْرَ أَعْمَارِنَا ءَاخِرُهُ وَخَيْرَ أَعْمَالِنَا خَوَاتِمُهُ وَخَيْرَ أيَّامِنَا يَوْمَ ألْقَاكَ فِيْهِ
اللَّهُمَّ اغْفِرْلَنَا ذُنُوْبَنَا وَلإِخْوَانِنَا الَّذِيْنَ سَبَقُوْنَا بِالإِيْمَانِ
وَلاَ تَجْعَلْ فِيْ قـُلُوْبِنَا غِلاًّ لِلَّذِيْنَ ءَامَنُوْا رَبَّنَاإنَّكَ رَءُوْفٌ رَحِيْمٌ

رَبَّنَا ءَاتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَة ً وَفِي الأخِرَةِ حَسَنَة ًوَقِنَا عَذَابَ النَّار ِ

وَصَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ
، وَالْحَمْدُلِلَّهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ