Tugas Guru Bimbingan dan Kaunseling
- Menyediakan rancangan tahunan program dan aktiviti
perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling sekolah.
- Mengenalpasti keperluan perkhidmatan Bimbingan dan
Kaunseling sekolah melalui kajian keperluan, soal selidik, temu bual
dan perbincangan dengan pelajar, guru, pentadbir, kakitangan sekolah,
ibubapa dan bekas pelajar.
- Merancang, mengawalselia dan mengemaskini rekod dan
inventori pelajar.
- Mengumpul, menyedia, menyebar maklumat Bimbingan dan
Kaunseling kepada semua pelajar melalui sebarang media yang sesuai.
- Mengelola dan melaksanakan aktiviti Bimbingan dan
Kaunseling kelompok dan tunjuk ajar (instructional) yang merangsang
perkembangan pelajar secara optimum.
- Merancang, melaksana, mengawalselia perkhidmatan
kaunseling individu secara profesional dan beretika.
- Merancang, melaksana, mengawalselia aktiviti kemahiran
belajar untuk semua pelajar.
- Merancang, melaksana, mengawalselia serta menilai
program dan aktiviti pemilihan mata pelajaran elektif untuk
peperiksaan seperti PMR, SPM, SPMV dan STPM.
- Merancang, melaksana, mengawalselia dan menilai program
dan aktiviti pendidikan pencegahan dadah, inhalan, rokok dan alkohol.
- Merancang, menyedia dan mendedahkan pelajar kepada
peluang, melanjutkan pelajaran di institusi pengajian tinggi dalam dan
luar negara.
- Merancang, melaksana, mengawalselia dan menilai program
dan aktiviti perkhidmatan konsultansi dan rujukan, berhubung
Bimbingan dan Kaunseling, Kerjaya dan Pendidikan Pencegahan Dadah.
- Merancang, melaksana, mengawalselia dan menilai program
dan aktiviti konferens dengan ibu bapa, guru, kakitangan bukan guru, dan
agensi kerajaan dan bukan kerajaan yang terlibat dalam proses pendidikan
dan perkembangan pelajar.
- Membuat penilaian aktiviti, modul, model, instrumen,
pendekatan dan sebagainya secara menyeluruh bagi meningkatkan mutu dan
profesionalisma perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling sekolah.
- Merancang, menyelaras dan menilai sumber dan bahan
resos perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling.
- Menjadi Urusetia kepada Jawatankuasa Penyelaras Perkhidmatan
Bimbingan dan Kaunseling.
- Menjadi penggerak utama dalam program latihan dalaman
bagi menyebarkan kefahaman dan peningkatan profesionalisma perkhidmatan
Bimbingan dan Kaunseling di sekolah.
- Memberi khidmat kaunseling krisis kepada pelajar guru,
kakitangan dan siapa sahaja yang memerlukannya.
- Menjadi personel perhubungan/seranta sekolah dengan
agensi-agensi luar yang berkaitan.
- Menjadi ahli jawatankuasa ex-oficio dalam jawatankuasa
kurikulum sekolah.
- Menjadi ahli Jawatankuasa dalam Majlis Perancang Sekolah.
- Menjadi Penyelaras dalam program mentor-mentee sekolah.
- Menjadi penyelaras dalam program-program pengembangan
pelajar seperti kolokium, motivasi, kem jaya diri, kursus ketatanegaraan
dan sebagainya.
- Menjadi Urusetia kepada Jawatankuasa Program Sekolah
Selamat, Dasar Pendidikan Wajib, Matematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris
& Dasar Bahasa Tambahan, Penempatan (Kemasukan) pelajar di sekolah.
- Menjadi ex-officio dalam Persatuan Ibu Bapa dan Guru
(PIBG).
- Menjadi Penyelaras program-program yang dianjurkan oleh
Unit Bimbingan dan Kaunseling, Jabatan Pelajaran Negeri.
- Melaksanakan tugas-tugas yang diarahkan oleh Ketua
Jabatan dari semasa ke semasa.