29 December 2015

aspirasidiri : Hipnoparenting via Program Transisi Tahun 1, 2016


Hipnoparenting : via orentasi thn 1... 2016

Ada yang bertanya kepada saya.. Mengapa mencium anak ketika tidur dikatakan anak akan menjadi nakal dan ramai yg tidak bersetuju dgn pendapat ini...

Begini pandangan saya

1. Jika kita meneliti Sirah Baginda Rasul saw, Baginda mencium cucunda Sydina Hassan dan Sydina Hussain adalah ketika baginda bermain dengan CucundaNya... tiada riwayat yang menceritakan Baginda Rasul saw mencium CucundaNya ketika tidur...ketika itulah Baginda Rasul saw akan berbisik dan berdoa... jadi dari segi sunnahnya mencium anak adalah dalam keadaan sedar...seperti mana amalan Baginda Rasul saw.

2. Mengapa pula dikatakan anak menjadi nakal jika menciumnya semasa tidur... ada benarnya... kerana ketika, tidur kondisi gelombang otak anak akan berada di dalam gelombang Delta. Pada stage ini tidak akan ada tindakbalas deria dari anak kerana anak benar benar di dalam keadaan tidur yang dalam (nenyak)... bagi saya nakal di sini bermaksud tidak bertindak balas dengan apa yg kita ucapkan dan harapkan... atau apa sahaja yang kita boleh rumuskan....

3. Untuk mencium anak yang ketika itu telah pun tidur, apa yang perlu kita dilakukan ialah kita gerak-gerakkan atau menyentuhnya mana-mana bahagian... terlebih dahulu sehingga kelihatan anak itu bergerak-gerak sedikit.... yang ianya memberi isyarat... anak yang tadinya sedang tidur telah menunjukkan derianya kembali berfungsi... iaitu berada di dalam kondisi SEPARA sedar... dan ia tahu siapa yang berada di sisinya.. dlm keadaan SEPARA sedar inilah kita boleh menciumnya... ditambah dengan doa dan pesanan... inilah antara cara yg  sesuai... kerana pada ketika SEPARA sedar kondisi gelombang otaknya berada di dalam stage alpha... betha.. ketika kita bercakap... anak ini akan mendengar apa yg kita ucapkan..   
(Ini merupakan teknik berkomunikasi dengan anak yang pada awalnya tidur)

Rumusan :
Adapun mencium anak pada kondisi tidur Delta... tidur nenyak... Umpama mencium sekujur mayat... yang tidak memberikan maklum balas.... sekadar hubungan orang yang hidup dengan orang yang telah meninggal dunia.... bukankah tidur itu difahami sebagai mati yang sementara.... TETAPI ciuman kepada jasad yang benar-benar telah meninggal dunia... lain pula perbahasnannya....

Sebab itu ia menyalahi sunnah... tiada keberkatannya....

Membangunkan anak dengan sendiri
pada waktu pagi tanpa dikejut
memberikan suggesti sewaktu anak
di dalam keadaan bawah sedar
ketika trans lewat gelombang Alpha.
"esok tepat jam 6 pagi... ibu pesan agar kamu bangun....."



23 December 2015

aspirasidiri : Menjana Aspirasi Diri Lewat Gelombang Theta "Theta Brainwave"

Ilmu laksana butiran mutiara yang bertaburan di jalanan, jika kamu berjumpa dengannya maka pungutlah untuk dimanfaatkan.

Mengapa hipnosis ?
Plus kepada pengetahuan yang sedia ada.

Ada yang mengatakan mempelajari ilmu hipnosis umpama belajar ilmu salah. Sering dikaitkan dengan jampi serapah.

Apakah ianya benar ? Ada dalam kalangan yang berpengetahuan di dalam ilmu agama menyarankan agar menjauhi dari mempelajari ilmu ini.

Ilmu ini dari barat tidak sesuai dengan adat kita di timur....
Adakah kita pernah membaca atau mendengar bidang hipnosis ini telah berkembang di dalam bidang perubatan ?

Proses kelahiran, pergigian, pembedahan, kepolisian telah pun menggunakan kaedah hipnosis. Perkhidmatan bimbingan ? Dikatakan tidak sesuai menggunakan pendekatan ini. Bertentangan dengan perakuan amalan. (bersambung)





05 December 2015

28 August 2015

aspirasidiri : Terintang Tetap Terbilang, SK (Asli) Punan, Kluang, Johor


berlopak
45km jalan berbatu dan bertanah
namun mereka tetap tabah
Sentuhan Praktis Hipnoterapi
Gambar Bawah
GB : Tuan Joehadi b Parcho (Uniform KRS)
Motivator MGKK : M Amin (Hijau), Azman (Vest), Shida (Pink)

Bukan Muridnya
Guru-gurunya Pun TABAH dan KENTAL, Syabas









Sungai Mengalir Segar