23-07-2016
25 July 2016
13 July 2016
aspirasidiri : Demi Masa, Didikasi Buat CALON UPSR 2016 Seluruh Negara
Peluang menggunakan masa yang berada dalam lingkungan 50 hari (ketika entri ditulis) bagi menyempurnakan persiapan menghadapi UPSR 2016 amatlah berharga. Sekali kita terlepas peluang, masa yang berlalu tidak akan kembali.
Setiap detik perlu dimanfaatkan. Jom kita tingkatkan keinginan kita dengan menggunakan pendekatan akronim MUSLIM.
M adalah Matlamat.
Tanya diri kita, adakah matlamat yang disasarkan telah ada atau masih kabur ?. Ya, matlamat perlu mantap, besar dan kita percaya "belive" ianya dapat dicapai.
6A Pasti Kugenggam.... ingat lagi tak matlamat tu..
U adalah USAHA
Usaha dalam ertikata melakukan dengan bersungguh sungguh tanpa memilih masa, tempat dan keadaan. Tidak tenggelam dalam suasana sambutan hari raya. Kemeriahan hari raya diimbangi dengan semaraknya semangat untuk berusaha demi kejayaan. Masa yang dilalui tidak dibiarkan begitu sahaja. Sentiasa belajar berpandukan jadual belajar. Sentiasa melihat ATR semasa.
S adalah Strategi
Strategi adalah langkah yang diambil bagi meningkatkan prestasi pencapaian di dalam akademik. Meningkatkan SKILL "kemahiran" di dalam belajar dapat membantu meningkatkan prestasi.
Dalam subjek matematik banyak kemahiran yang perlu dikusai. Bijak menggunakan rumus "formula" ketika menyelesaikan masalah adalah satu kelebihan.
Teknik mengulang beberapa kali dengan cara menyalin sesebuah karangan contoh dapat membantu meningkatkan kemahiran menulis. Mungkin cara menyalin menimbulkan rasa pelik, tetapi cara ini telah terbukti keberkesanannya. Ada dalam kalangan rakan kita dapat A dengan menggunakan cara ini. Inilah yang kita sebut sebagai strategi tu. Ok, boleh faham tak?.
Memilih waktu belajar yang bersesuaian dengan kebolehan kita juga satu strategi. Bangun awal dan membuat latihan secara berkala soalan berbentuk mekanis satu lagi strategi yang menarik untuk subjek BM Pemahaman, Sains dan Matematik. Soalan bentuk mekanis ialah soalan berbentuk "selapis". Selapis ?.
Tanyalah guru kamu. Tentu guru kamu dapat memberikan penjelasan dengan tepat dan dapat memberikan contoh kepada kamu. Bertanya ? Ya ! bertanya juga salah satu strategi. Berdiam diri merugikan kamu sekiranya kamu memang tidak faham mengenai sesuatu perkara. Tidakkah begitu intan payung sekalian ?
Menjawab soalan yang mempunyai unsur KEBAT, secara berulang ulang. Cuba fahami teknik penyelesaiannya. Jika anda dapat apa yang anda yang sebelum ini sukar bagi anda untuk menyelesaikannya, tentu sekali anda akan rasa puas bila anda dapat memahami cara penyelesaian terhadap sesuatu soalan.
Bagaimanapun penetapan strategi bagi meningkatkan kemahiran "skill" adalah mengikut keperluan individu. Mengikut sasaran "KPI" yang ingin dicapai oleh anda. Anda setuju ? Nak tunggu bila lagi ?. Nak, tunggu apa lagi ? Bertindaklah sekarang. Ya, sekarang. Masa tidak menunggu kita.
L adalah LARI dari kelemahan diri.
Setiap dari kita tentu punya kelemahan diri bukan ? Senaraikan kelemahan diri kita yang selama ini menjadi penghalang kepada kejayaan kita. Apa kelemahan diri kita, ya ?
Malas mengulang kaji, solat pula bagaimana ?, Sempurna, ada yang tertinggal ? Doa ?, Latihan ? Hormat guru ?, Perintah Ibu bapa ?, Kehadiran ? Ada ponteng ?,
Nah! inilah antara kelemahan yang kita perlu lari, perlu tukar. Untuk mengubah apa yang telah disenaraikan itu, "belive"kita perlu kita ubah. Kita perlu percaya dengan kita mengubah kelemahan diri kita, peluang untuk berjaya adalah lebih terbuka.
Semakin kita percaya, sekiranya kita berkalakuan positif semakin mudah kehadiran kejayaan buat kita. Kerana kitalah yang "menarik" kejayaan untuk diri kita. Secara tepatnya kita menarik kejayaan ke arah kita. Bukannya dikejar kejayaan itu. Jika kita mengejarnya, kita akan semakin longlai, penat, bosan. Ya, diri kita sendiri yang pilih. Inilah masanya kita perlu berubah. Lari sekuat-kuatnya dari kelemahan diri. Tariklah sekuat kuatnya kejayaan itu dengan persiapan yang sempurna. Dengan izin Allah.
I untuk INSAF
Apa yang insaftu. Menginsafi bahawa ayah, bonda serta guru menaruh harapan di atas kejayaan kita. Ya, kejayaan. Ayah dan bonda, terus terusan memanjatkan doa kejayan buat kita.
"6A bakal ku hadiahkan kemanisan ini buatmu, AYAH, BONDA dan GURUKU"
M untuk MUHASABAH
Saya menyedari semakin saya berusaha semakin luas peluang kejayaan untuk saya.
Saya sentiasa melihat matlamat saya. Semuanya bermula dari 'belive' saya. Insa Allah. Doa menjadi sandaran kepada saya setelah saya berusaha dengan gigih. Saya yakin, kejayaan saya adalah dengan izin Allah.
VISSION BOARD
11 July 2016
aspirasidiri : Gejala Ponteng di Bandar Dikaitkan dengan Isu Kemiskinan
Gejala ponteng sekolah mungkin perkara klise, namun isu itu dianggap perkara serius setelah menjadi berita muka depan akhbar baru-baru ini. Semua pihak mula membuka mata sementelah kes berkenaan membabitkan pelajar-pelajar miskin bandar.
Mungkin dulu, kita tak pernah menyangka frasa ‘miskin bandar’ akan digunakan secara meluas kerana di benak masing-masing mengaitkan bandar itu dengan kaya, berada dan ‘syurga’ pendapatan.
Frasa ini terjadi apabila pendapatan yang dulunya agak besar seperti RM4,000 sebulan secara drastik gagal menampung kos sara hidup yang semakin menekan khususnya di Kuala Lumpur. Bayangkan, bagi isi rumah yang berpendapatan kurang daripada itu, pastinya ia cukup menyesakkan.
Kementerian Pendidikan mendedahkan, peratusan kehadiran pelajar di sekolah rendah dan menengah terutama di Kuala Lumpur kian merosot berbanding sekolah-sekolah di luar bandar.
Menterinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, siasatan awal menunjukkan, kebanyakan pelajar yang ponteng sekolah berasal daripada keluarga dalam kategori miskin bandar.
Beliau berkata, peratusan kehadiran pelajar ke sekolah harian biasa dalam kalangan keluarga miskin bandar di Kuala Lumpur hanya 87 hingga 88 peratus berbanding 98 hingga 99 peratus di kawasan-kawasan luar bandar.
“Kita mendapati antara sebab mereka tidak hadir ke sekolah ialah terpaksa bekerja bagi membantu keluarga, namun perkara (punca) tersebut masih diteliti termasuk kemungkinan mereka tiada wang atau masalah pengangkutan,” katanya pada satu majlis di Maktab Rendah Sains Mara Serting, Negeri Sembilan baru-baru ini.
Tidak mengejutkan
Ketua Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna Fakulti Ekologi Manusia Universiti Putra Malaysia, Dr. Mohamad Fazli Sabri berkata, laporan itu tidak mengejutkannya namun ia harus dilihat sebagai suatu yang serius.
“Ia sudah dijangka dan saya amat setuju hal ini didedahkan, walaupun ia sepatutnya diberikan tumpuan lebih awal.
“Walaupun saya tidak pernah melakukan kajian tentang apa yang dilakukan oleh anak-anak miskin bandar, tetapi saya pernah melakukan kajian terhadap 1,000 responden ibu bapa miskin bandar dan ia memberikan bayangan kepada apa yang dilaporkan itu,” katanya ketika dihubungi Kosmo!
Mohamad Fazli yang juga merupakan Exco Persatuan Ekonomi Pengguna dan Keluarga Malaysia berkata, berdasarkan kajiannya, terdapat ibu bapa miskin bandar yang terpaksa berhutang dengan ah long, berikutan hanya cukup-cukup perbelanjaan untuk membeli barangan keperluan. Ada antara keluarga miskin kerana terpaksa mengikat perut dan bekerja lebih daripada satu pekerjaan, katanya.
“Biasanya, faktor ekonomi itu boleh membawa kepada kesan lain misalnya, gejala ponteng. Ibu bapa mungkin meminta bantuan anak-anak untuk menolong mereka meringankan kewangan atau mengabaikan mereka sehingga terjerumus dalam gejala ponteng sekolah.
“Membantu meringankan kewangan itu boleh membawa beberapa maksud seperti anak-anak membantu ibu bapa berniaga di gerai, menjaga adik-adik dan rumah. Akhirnya mereka letih dan malas ke sekolah,” katanya.
Mengenai masalah itu yang cenderung dialami oleh pelajar miskin bandar berbanding miskin luar bandar, Mohamad Fazli berkata, ia juga selari pada pandangannya dengan situasi tersebut kerana kos sara hidup yang tinggi lebih dirasai peritnya oleh penduduk bandar.
“Di bandar juga, lebih banyak tempat tarikan untuk pelajar-pelajar ponteng sekolah,” katanya.
Apapun, katanya, permasalahan ini perlu diperhalusi. Ini kerana, dikhuatiri faktor ekonomi ini diburukkan lagi dengan faktor lain yang menyebabkan mereka ponteng seperti tekanan sebagai pelajar sekolah.
“Pelajar sekolah hari ini tidak sama macam zaman dahulu. Jangan sampai nanti dilaporkan, ramai pelajar di Malaysia alami kemurungan pula,” katanya.
Mohamad Fazli menegaskan, masalah ponteng ini harus dilihat secara bersama dan semua pihak perlu memainkan peranan kerana dibimbangi ia membarah dan memusnahkan masyarakat.
“Kerajaan, ibu bapa, guru, masyarakat... semua perlu mengambil peranan. Kita takut ada pihak mengambil kesempatan kepada anak-anak yang ponteng ini yang seterusnya membawa kepada gejala sosial yang lebih buruk.
“Pada masa itu, ia akan lebih berbahaya,” katanya.
Seorang ibu yang enggan dikenali yang mempunyai dua anak bersekolah rendah di Kuala Lumpur meluahkan kegusarannya tentang isu tersebut.
“Sebagai seorang ibu, saya amat bimbang anak-anak terpengaruh dengan gejala ponteng sekolah ini. Tambah pula, di bandar ini banyak pusat
beli-belah dan sebagainya,” katanya yang berpendapatan sederhana.
Kenyataannya, kesulitan ekonomi yang dirasai oleh golongan miskin bandar ini juga dirasai oleh golongan pertengahan atau sederhana. Kita tidak mahu, ada bahana yang lebih dahsyat menanti jika perkara ini gagal ditemukan penyelesaian.
SUMBER
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0113&pub=Kosmo&sec=Rencana_Utama&pg=ru_02.htm#ixzz4E3edZgqs
Hakcipta terpelihara