22 August 2016

aspirasidiri : Apa Yang Perlu Anda Lakukan, Ketika Anda Menyedari Di Saat Akhir, Jawapan Anda Tidak Mengikut Kehendak Soalan @ Terpesong


Di saat akhir masa menjawab, ketika anda menyemak jawapan anda, anda menyedari anda telah tersalah mengemukakan jawapan. Jawapan anda tidak mengikut kehendak soalan. Sedangkan masa yang ada tinggal 15 minit @ 10 minit ?

Contoh : BM
Soalan meminta anda menuliskan FAEDAH menabung. Jawapan yang telah anda berikan  adalah CARA-CARA menabung.

Persoalannya, APA YANG PATUT ANDA LAKUKAN ?

Tentunya pada ketika itu anda akan rasa panik dan sangat cemas.
 Adakah anda patut menangis, kelam kabut, abaikan sahaja, biarkan ia berlalu begitu sahaja.

Sekiranya ini berlaku saya menyarankan agar anda tenangkan diri anda. Dengan masa yang masih ada USAHAKAN agar anda menulis jawapan yang sepatutnya. Jangan cemas teruskan menulis sehingga masa tamat. Usahakan dan tuliskan jawapan semampu, secepat dan sebanyak mungkin mengikut masa yang ada. 

Berkaitan situasi anda pada ketika itu, teruskan berusaha habis-habisan sehingga pengawas peperiksaan meminta anda berhenti menulis. Selagimana pengawas peperiksaan tidak meminta anda berhenti menulis jawapan, anggaplah masa menjawab dan peluang anda menjawab masih ada. 

Anda tidak perlu berasa bimbang kerana pengawas peperiksaan adalah guru guru yang berpengalaman dan bijaksana. Namun begitu, berhentilah menulis jawapan dengan tenang dan ikutlah arahan apabila pengawas peperiksaan menghampiri anda dan meminta anda memberikan kertas jawapan anda kepada mereka.

Ucapkan syukur dan redha kepada diri anda. Sekurang-kurangnya anda telah berusaha dengan sedaya upaya untuk memperbaiki kesilapan yang anda sedari itu. Cuba anda bayang dan rasakan yang anda tidak menyedari jawapan yang anda tulis itu tidak mengikut kehendak soalan. Anda hanya menyedarinya apabila anda telah keluar dari dewan peperiksaan. Apa yang boleh anda buat ketika itu. Inilah yang disebuat sebagai "peluang hanya sekali". 

Mengikut pengalaman saya keadaan ini pernah dan lazimnya selalu terjadi. Prinsipnya sekali ada masa dan peluang, gunakan baki masa yang ada sehabis baik.

Yang penting, jangan sampai mati akal, terdiam, tergamam. menangis, sehinggakan ianya mempengaruhi emosi anda. Dan menjejaskan persiapan mata pelajaran seterusnya.

Lupakan buat sementara kesilapan yang telah anda lakukan itu. Tumpukan dan buat persiapan untuk mata pelajaran yang seterusnya.

19 August 2016

aspirasidiri : Kes kanak Kanak Hilang, PERHATIAN KEPADA IBU BAPA.

SUMBER : SINAR HARIAN 18.8.2016




KUALA LUMPUR - Mayat Noor Amila Edrus Norsham, kanak-kanak lelaki berusia 5 tahun yang dilaporkan hilang di Jinjang Utara sejak lapan hari lalu (11 Ogos) dan dijumpai dalam keadaan menyayat hati di kawasan semak Kampung Kemensah, Hulu Kelang hari ini adalah antara beberapa kes kanak-kanak hilang di negara ini, sejak 1996.
Sebelum ini, seorang kanak-kanak lelaki bernama Ting Song Seng, 9, dilaporkan hilang ketika menunggu bas di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (Cina), Taman Rasah, Klang untuk pulang ke rumah pada 15 Januari 1996.
Song Seng masih gagal ditemui sehingga sekarang.
Pada 20 Ogos 2007, Nurin Jazlin Jazimin dilaporkan hilang selepas keluar ke pasar malam berhampiran rumahnya di Seksyen 1, Wangsa Maju.
Misteri kehilangan akhirnya terjawab apabila mayatnya yang tidak berbaju dipercayai mangsa deraan seks, ditemui oleh pemilik lot kedai di Jalan PJS 1, Taman Petaling Utama, Petaling Jaya pada 17 Sept 2007 dan setelah ujian DNA dijalankan, ia mengesahkan mayat tersebut adalah Nurin Jazlin.
Mangsa dibunuh 24 jam sebelum mayatnya ditemui dalam beg yang ditinggalkan di tangga premis perniagaan tiga tingkat di kawasan itu.
Pada 9 Jan 2008, Sharlinie Mohd. Nashar, 5, dilaporkan hilang ketika bermain bersama kakaknya di padang permainan yang terletak kira-kira 200 meter dari rumahnya di No. 29, Jalan PJS2C/11N, Taman Medan, Petaling Jaya.
Sharlinie masih gagal ditemui sehingga hari ini.
Pada 9 Mac 2008 murid lelaki 11 tahun, Muhamad Asmawi Jalaludin dilaporkan hilang ketika pulang dari sebuah taman permainan berdekatan rumahnya di Lot 127,
Rumah Banglo Kayu, Jalan Permai Tujuh.
Muhamad Asmawi ketika itu dikatakan dalam perjalanan pulang bersama rakannya dari taman itu berdekatan Flat Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kerinchi.
Muhamad Asmawi masih belum ditemui hingga kini.
Pada 1 Mac 2012, Nurul Nadirah Abdullah atau Dirang dilaporkan hilang dari rumahnya di Flat Seri Delima, Bandar Seri Alam, Johor Baharu ketika membeli mi segera dan telur pada 10.30 pagi.
Tiga individu termasuk sepasang suami isteri ditahan bagi membantu siasatan.
Pada 8 Mac mayatnya ditemui rentung di dalam satu lubang di kawasan perumahan terbengkalai di Nusa Damai, Masai.
Seorang buruh, Muidin Maidin, 26, didapati bersalah membunuh mangsa di ladang kelapa sawit Jalan Suria 47, Bandar Seri Alam, antara 1 Mac dan 2 Mac 2012 dan dijatuhi hukuman gantung sampai mati.
Pada 24 Jan 2013 seorang kanak-kanak Wiliam Yau Zhen Zhon, 6, ditemui mati di Jeti Kampung Sungai Sireh, Pelabuhan Klang, 24 Jan lalu selepas seminggu hilang.
William dilaporkan hilang pada 16 Jan di Jalan Putra Mahkota, Putra Heights, Subang Jaya selepas dipercayai keluar daripada kenderaan untuk mencari ibu bapanya yang singgah di sebuah kedai barangan elektrik.
Pada 8 November 2013, Freddie Joseph, berusia setahun lapan bulan yang diculik dari rumah ibunya di Bangsar.
Freddie kemudian dijumpai keesokan harinya bersendirian dalam keadaan lapar dan letih di Taman Tasik Titiwangsa oleh seorang pemandu lori dan seorang pemandu teksi yang kebetulan melalui laluan tersebut kira-kira 12.55 tengah hari.
Pada 21 November 2014, kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun Mohd Shariqal Sidek hilang ketika bermain di kawasan kebun getah di Kampung Selagon, Beaufort, Sabah.
Dua hari selepas itu, pada 23 November kanak-kanak tersebut ditemui mati dipercayai dibunuh berhampiran Sekolah Menengah St John di sini kira-kira tujuh kilometer dari lokasi dia dilaporkan hilang.- Bernama

14 August 2016

aspirasidiri : hipno-exam, makan beradat calon dapat 6A dalam Percubaan UPSR 2016



Speed : Gerak lebih pantas, masa tidak akan pernah menanti
Support : Memberikan sokongan dari segi mental dan fizikal
Spiritual : Usahakan walaupun sekecil-kecil apapun amalan
Score : Teruskan, matlamat sentiasa di hati, sentiasa memberi restu
Skills : Tingkatkan kemahiran






10 August 2016

aspirasidiri : Hizb Doa Nabi Sulaiman


Diajar kepadaku Oleh Ustaz Purnomo T6 Kluang dgn catatan kaki :
Aku Purnomo rela doa doa ini diamalkan. Amin. Tanda tangan
23.7.2016 Selepas Jumaat, Masjid Nurul Iman, T6 Kluang

Ya Allah Ampunilah dosa dosa kami, Dosa dosa kedua ibu bapa kami, Kasihilah mereka seperti mereka mengassihi kami ketika kami masih kecil.
Ya Allah Ampunilah dosa dosa kaum muslimin dan muslimat, muk minin dan mukminat samada yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia.
Ya allah kurniakankan lah taufiq, hidayah dan pertolongan yang seluas luasnya kepada .......(sebut)..... 
Ya Allah lembutkanlah hati hati kami selembutnya besi yang engkau telah berikan kepada nabi Daud Alaihi Salam.
Ya Allah mewahruahkanlah rezki kami bagaikan titisan titisan hujan.
Jika rezeki kami masih dilangit engkau turunkanlah, jika rezeki kami masih di bumi, keluarkanlah, jika rezeki kami masih sukar engkau permudahkanlah, jika rezeki kami masih jauh, engkau dekatkanlah, jika rezeki kami masih haram, engkau halalkanlah.
Ya allah golongkanlah zuriat zuriat kami keturunan keturunan kami yang menyejukkan hati hati kami sebagai ibubapanya.
Ya Allah lindungi kami, peliharalah kami dari timur dan barat seperti engkau telah berikan pada Nabi Sulaiman Alaihi salam,
Ya Allah bahagikanlah kehidupan kami seperti bahagianya kelurga Rasulullah s.a.w (tulisan tangan)katanya carilah dalam bahasa arabnya..


Aku Purnomo rela doa doa ini diamalkan. Amin. Tanda tangan
23.7.2016 Selepas Jumaat, Masjid Nurul Iman, T6 Kluang

doa saya moga pahala dari doa ini
kerana mengajarkannya kepada saya terus berpanjangan hingga akhirat