21 March 2016

aspirasidiri : Doa Seminar Amalan Terbaik Peringkat Daerah PPD Kluang

disusun  dan dibacakan oleh Admin
Juga sebagai Timbalan YDP MGKK Kluang
َالْحَمْدُ ِللهِ رَبِ الْعَالَمِيْنَ حَمْدًا يُوَافِى نِعَمَهُ وَيُكَافِئُ مَزِيْدَهُ يَارَبَّنَا لَكَ الْحَمْدُ كَمَا يَنْبَغِيْ لِجَلاَلِ وَجْهِكَ وَعَظِيْمِ سُلْطَانِكَ اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ صَلاَةً تُنْجِيْنَا بِهَا مِنْ جَمِيْعِ اْلأَهْوَالِ وَاْلآفَاتِ وَتَقْضِيْ لَنَا بِهَا جَمِيْعَ الْحَاجَاتِ وَتُطَهِّرُنَا بِهَا مِنْ جَمِيْعِ السَّيِّئَاتِ وَتَرْفَعُنَا بِهَا عِنْدَكَ أَعْلَى الدَّرَجَاتِ وَتُبَلِّغُنَا بِهَا أَقْصَى اْلغَايَاتِ مِنْ جَمِيْعِ الْخَيْرَاتِ فِى الْحَيَاةِ  وَبَعْدَ الْمَمَاتِ.

 

اَللَّهُمَّ يَا حَيُّ يَا قَيُّوْمُ يَا ذَاالْجَلاَلِ وَاْلإِكْرَامِ

 Sesungguhnya pada hari ini / kami berhimpun kerana-Mu Ya Allah / Kami  berkumpul  untuk  memohon   hidayah dan  mencari keredhaan-Mu dalam segala urusan hidup kami / Kami berhimpun untuk menggali ilmu-Mu yang maha luas, bertukar-tukar pendapat dan menyumbangkan buah fikiran, di dalam majlis ilmu ini….

Seminar Amalan Terbaik Program Perkhidmatan Pengurusan Kaunseling Dan Disiplin di Sekolah Peringkat Daerah Kluang 2016

 

اَللَّهُمَّ يَا مُجِيْبَ الدَّعَوَاتِ وَقَاضِيَ الْحَاجَاتِ

Ya Allah, berkatilah perhimpunan kami, terangkanlah hati-hati kami, mudah-mudahan kami, sentiasa gigih berusaha / disegani dan dihormati, di dalam menggalas tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan kepada kami semata-mata kerana-Mu, ya Allah.

اَللَّهُمَّ يَا قَوِيُّ يَا عَزِيْزُ يَا فَعَّالٌ لِّمَا يُرِيْدُ

 Ya Allah, perbaikilah segala kekurangan diri kami , jernihkanlah mata hati dan nurani kami, lembutkanlah hati-hati kami dan tunjukkanlah kami jalan yang membawa kepada keselamatan, penyelesaian dan keharmonian dalam menjalankan tugas serta tanggungjawab yang diamanahkan kepada kami dengan iltizam yang tinggi serta sentiasa istiqomah. Ya Allah, kurniakanlah kepada kami kekayaan ilmu pengetahuan / dan hiasilah diri kami dengan sifat lemah-lembut,  muliakanlah kami dengan ketaqwaan dan indahkanlah diri kami dengan akhlak yang terpuji.

اللَّهُمَّ اجْعَلْ خَيْرَ أَعْمَارِنَا ءَاخِرُهُ وَخَيْرَ أَعْمَالِنَا خَوَاتِمُهُ وَخَيْرَ أيَّامِنَا يَوْمَ ألْقَاكَ فِيْهِ اللَّهُمَّ اغْفِرْلَنَا ذُنُوْبَنَا وَلإِخْوَانِنَا الَّذِيْنَ سَبَقُوْنَا بِالإِيْمَانِ وَلاَ تَجْعَلْ فِيْ قـُلُوْبِنَا غِلاًّ لِلَّذِيْنَ ءَامَنُوْا رَبَّنَاإنَّكَ رَءُوْفٌ رَحِيْمٌ اَللَّهُمَّ اجْعَلْ جَمْعَنَا هَذَا جَمْعًا مَرْحُوْمًا وَتَفَرُّقَنَا مِنْ بَعْدِهِ تَفَرُّقًا مَعْصُوْمًا وَلاَ تَجْعَلْ فِيْنَا وَلاَ مَعَنَا شَقِيًّا وَلاَ مَطْرُوْدًا وَلاَ مَحْرُوْمًا.

Ya Allah, jadikanlah Seminar Amalan Terbaik Program Perkhidmatan Pengurusan Kaunseling Dan Disiplin di Sekolah Peringkat Daerah Kluang 2016 yang kami hadiri pada hari ini, sebagai satu perhimpunan yang dirahmati dan perpisahan kami pula selepas ini sebagai satu perpisahan yang diberkati dan dilindungi. Dan janganlah Engkau jadikan pada diri kami ini, dan mereka yang bersama kami, kebinasaan, dan menyingkirkan kami dari memperolehi rahmat dan petunjuk-Mu.

 

رَبَّنَا ءَاتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَة ً وَفِي الأخِرَةِ حَسَنَة ًوَقِنَا عَذَابَ النَّار ِ وَصَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ