10 January 2017

aspirasidiri : Mohd Faiz Subri, Inspirasi Rakyat Malaysia

KUALA LUMPUR: Penyerang sensasi Pulau Pinang, Mohd Faiz Subri melakar sejarah bola sepak negara dan Asia selepas dinobatkan selaku pemenang Anugerah Puskas Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) 2016, sebentar tadi. Jaringan ajaib berpunca daripada sepakan percuma yang melencong seperti 'banana kick' disifatkan 'melanggar hukum fizik' itu membolehkan penyerang berusia 30 tahun itu meraih anugerah jaringan terbaik itu pada Malam Anugerah FIFA di Zurich, Switzerland. Anugerah terbabit disampaikan legenda bola sepak Brazil, Ronaldo sekali gus menyaksikan kemenangan ini meletakkan Mohd Faiz sebaris dengan pemain ternama yang pernah merangkul anugerah terbabit seperti Cristiano Ronaldo, Zlatan Ibrahimovic, Neymar dan James Rodriguez. Kemenangan ini juga menyaksikan bapa kepada dua cahaya mata itu mengecewakan hasrat bumi Amerika Selatan apabila mengetepikan dua pencabarnya, Marlone dari Brazil dan pemain wanita Venezuela, Daniuska Rodriguez. Keputusan itu sememangnya sudah dijangka terutama selepas melihat sokongan padu daripada penyokong bola sepak dunia yang terbukti selepas video jaringannya di laman Youtube FIFA kekal mendahului saingan sehingga hari terakhir pengundian. Jaringannya itu juga dianggap terlalu istimewa dan ajaib apabila sukar untuk dihasilkan semula berbanding dua jaringan pencabarnya yang dilihat kerap kali dilakukan oleh pemain bola sepak profesional sebelum ini. Anak kelahiran Air Hitam, Kedah itu melakukan jaringan yang menggegar dunia bola sepak antarabangsa itu ketika aksi Liga Super bertemu Pahang di Stadium Bandaraya, Februari tahun lalu. Selain muncul selaku pemain Asia pertama yang mara ke peringkat itu, Mohd Faiz turut mencipta kejutan apabila menewaskan jaringan yang dilakukan beberapa bintang ternama termasuk duo penggempur Barcelona, Lionel Messi serta Neymar. Senarai pemenang Anugerah Puskas FIFA 2009: Cristiano Ronaldo 2010: Hamit Altintop 2011: Neymar 2012: Miroslav Stoch 2013: Zlatan Ibrahimovic 2014: James Rodriguez 2015: Wendell Lira

KUALA LUMPUR: Mohd Faiz Subri yang mula bermain bola sepak di kawasan sawah padi di kampungnya di Ayer Hitam, Jerlun, Kedah, sudah pasti mengasah bakatnya sehingga membawa beliau ke bandaraya Zurich untuk menerima Anugerah Puskas Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) 2016. Jaringan tercantik oleh penyerang Pulau Pinang itu membolehkan beliau berada di bandar raya glamor itu bersama-sama penerima anugerah pada majlis berkenaan pada Isnin (awal pagi Selasa di Malaysia) seperti bekas pemenang gol tercantik dunia, Cristiano Ronaldo (2009) dan Neymar pada 2012. Biarpun masih belum menyarung jersi kebangsaan namun pencapaian pemain berusia 29 tahun itu lebih bermakna apabila muncul sebagai pemain pertama dari Asia menerima anugerah berkenaan. Mohd Faiz melakukan jaringannya yang disifatkan 'melanggar hukum fizik' ketika membantu Pulau Pinang menewaskan Pahang 4-1 dalam saingan Liga Super di Stadium Bandaraya, Pulau Pinang, pada 16 Februari tahun lepas.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/232469

JERLUN: Rakan-rakan sekampung Mohd Faiz Subri di Kampung Pida 6, Tok Kepak di sini berasa bangga dengan kejayaan Mohd Faiz yang merangkul Anugerah Puskas Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) 2016. Helmi Baharom, 25, berkata, kejayaan yang dikecapi Mohd Faiz juga kejayaan buat rakan-rakan sepermainan yang pernah bermain bola sepak suatu masa dahulu. "Kami main bola masa kecil-kecil dulu dan dia seorang yang bersungguh-sungguh jika bermain bola dibandingkan dengan kami, kejayaanya ini adalah hasil usaha beliau sendiri," katanya di rumah keluarga Mohd Faiz selepas pengumuman kemenangan itu di Zurich, Switzerland, awal hari ini. Beliau berkata selain itu, Mohd Faiz disifatkan sebagai seorang yang sangat menghormati rakan-rakannya walaupun dia sebenarnya seorang pemalu. Bagi Mohd Adha Salleh, 35, beliau percaya Mohd Faiz akan mengulangi kejayaan ini pada masa hadapan bagi anugerah yang lain di peringkat antarabangsa. "Saya cukup bangga menjadi kawan kepada Mohd Faiz dan akan pergi menjemput beliau di Lapangan Terbang Bayan Lepas, Pulau Pinang lepas ini untuk peluk dia sepuasnya," katanya. Mohd Faiz adalah finalis dalam kategori gol tercantik bersama-sama dua pemain lain iaitu Jonath Marlone Azevedo da Silva dari Brazil dan pemain bola sepak wanita, Danisuka Rodriguez dari Venezuela. Teknik 'knuckleball' yang dicalonkan pada anugerah tersebut dilakukan Mohd Faiz ketika menjaringkan gol melalui sepakan percuma ketika perlawanan Pulau Pinang menentang Pahang pada saingan Liga Super, 16 Februari tahun lepas. Sejak diperkenalkan pada 2009, anugerah yang bertujuan mengiktiraf gol tercantik di dunia sepanjang sesuatu tahun itu pernah dimenangi bintang bola sepak terkenal dunia antaranya Cristiano Ronaldo, Zlatan Ibrahimovic, Neymar dan James Rodriguez. - BERNAMA

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/232466

KUALA LUMPUR: Mohd Faiz Subri yang mula bermain bola sepak di kawasan sawah padi di kampungnya di Ayer Hitam, Jerlun, Kedah, sudah pasti mengasah bakatnya sehingga membawa beliau ke bandaraya Zurich untuk menerima Anugerah Puskas Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) 2016. Jaringan tercantik oleh penyerang Pulau Pinang itu membolehkan beliau berada di bandar raya glamor itu bersama-sama penerima anugerah pada majlis berkenaan pada Isnin (awal pagi Selasa di Malaysia) seperti bekas pemenang gol tercantik dunia, Cristiano Ronaldo (2009) dan Neymar pada 2012. Biarpun masih belum menyarung jersi kebangsaan namun pencapaian pemain berusia 29 tahun itu lebih bermakna apabila muncul sebagai pemain pertama dari Asia menerima anugerah berkenaan. Mohd Faiz melakukan jaringannya yang disifatkan 'melanggar hukum fizik' ketika membantu Pulau Pinang menewaskan Pahang 4-1 dalam saingan Liga Super di Stadium Bandaraya, Pulau Pinang, pada 16 Februari tahun lepas.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/232469
KUALA LUMPUR: Penyerang sensasi Pulau Pinang, Mohd Faiz Subri melakar sejarah bola sepak negara dan Asia selepas dinobatkan selaku pemenang Anugerah Puskas Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) 2016, sebentar tadi. Jaringan ajaib berpunca daripada sepakan percuma yang melencong seperti 'banana kick' disifatkan 'melanggar hukum fizik' itu membolehkan penyerang berusia 30 tahun itu meraih anugerah jaringan terbaik itu pada Malam Anugerah FIFA di Zurich, Switzerland. Anugerah terbabit disampaikan legenda bola sepak Brazil, Ronaldo sekali gus menyaksikan kemenangan ini meletakkan Mohd Faiz sebaris dengan pemain ternama yang pernah merangkul anugerah terbabit seperti Cristiano Ronaldo, Zlatan Ibrahimovic, Neymar dan James Rodriguez. Kemenangan ini juga menyaksikan bapa kepada dua cahaya mata itu mengecewakan hasrat bumi Amerika Selatan apabila mengetepikan dua pencabarnya, Marlone dari Brazil dan pemain wanita Venezuela, Daniuska Rodriguez. Keputusan itu sememangnya sudah dijangka terutama selepas melihat sokongan padu daripada penyokong bola sepak dunia yang terbukti selepas video jaringannya di laman Youtube FIFA kekal mendahului saingan sehingga hari terakhir pengundian. Jaringannya itu juga dianggap terlalu istimewa dan ajaib apabila sukar untuk dihasilkan semula berbanding dua jaringan pencabarnya yang dilihat kerap kali dilakukan oleh pemain bola sepak profesional sebelum ini. Anak kelahiran Air Hitam, Kedah itu melakukan jaringan yang menggegar dunia bola sepak antarabangsa itu ketika aksi Liga Super bertemu Pahang di Stadium Bandaraya, Februari tahun lalu. Selain muncul selaku pemain Asia pertama yang mara ke peringkat itu, Mohd Faiz turut mencipta kejutan apabila menewaskan jaringan yang dilakukan beberapa bintang ternama termasuk duo penggempur Barcelona, Lionel Messi serta Neymar.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/232452
UALA LUMPUR: Mohd Faiz Subri yang mula bermain bola sepak di kawasan sawah padi di kampungnya di Ayer Hitam, Jerlun, Kedah, sudah pasti mengasah bakatnya sehingga membawa beliau ke bandaraya Zurich untuk menerima Anugerah Puskas Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) 2016. Jaringan tercantik oleh penyerang Pulau Pinang itu membolehkan beliau berada di bandar raya glamor itu bersama-sama penerima anugerah pada majlis berkenaan pada Isnin (awal pagi Selasa di Malaysia) seperti bekas pemenang gol tercantik dunia, Cristiano Ronaldo (2009) dan Neymar pada 2012. Biarpun masih belum menyarung jersi kebangsaan namun pencapaian pemain berusia 29 tahun itu lebih bermakna apabila muncul sebagai pemain pertama dari Asia menerima anugerah berkenaan. Mohd Faiz melakukan jaringannya yang disifatkan 'melanggar hukum fizik' ketika membantu Pulau Pinang menewaskan Pahang 4-1 dalam saingan Liga Super di Stadium Bandaraya, Pulau Pinang, pada 16 Februari tahun lepas.

03 January 2017

aspirasidiri : Hipno, ELAS (Games Based Learning) dalam Orentasi Tahun 1

Pendekatan ELAS dalam oreantasi Tahun 1. ELAS ? Elas ialah pendekatan Games dalam belajar. Mendekati anak anak yang baru memasuki alam sekolah. Hari ini hari ke-3.
Walaupun sebelum ini mereka pernah ke sekolah ketika di Pra Sekolah, namun apa yang mereka hadapi pada waktu ini adalah berbeza. Bagi mengimbangi antara keterujaan dan kebimbangan, ELAS memberikan impak yang tinggi. Peranan hipnoterapi menjadikan kebimbangan dapat dikurangkan dengan mudah. Sentuhan melalui demensi VAK
memberikan keselesaan kepada Permata Tahun 1 untuk mengadaptasi setuasi yang sedang dialami. Sentuhan muzik dan kawalan pernafasan memberikan kelegaan psikologi yang ketara. 75% kendiri yang terpendam dapat ditukar kepada sinergi "tenaga" kepuasan. Belengu kebosanan dapat ditembusi dengan mudah.

Angkat tangan kanan kita goyang-goyang, angkat tangan kiri kita goyang-goyang
Angkat tangan kanan kan ku gapai bintang, angkat tangan kiri pastiku cemerlang
 
02 January 2017

aspirasidiri : Hipnomotvasi Dalam Sukan, SM Sukan Negeri Johor

Hipnomotivasi ? Singkatan hipnotis dan motivasi ?
Motivasi sebenarnya bermula dari fikiran bawah sedar.  Hipnotis juga dikaitkan dengan fikiran bawah sedar. Ketika hipnotis dilaksanakan, sugesti diberikan kepada fikiran bawah sedar agar sentiasa positif, tenang, damai dan mengawal diri. Motivasi yang lahir melalui pendekatan hipnotis sugesti kepada fikiran bawah sedar lebih kukuh dan boleh kekal mengikut jangka setting motivasi yang disugestikan kepada fikiran bawah sedar. Melalui gelombang theta unsur visual, audio dan kenestatik yang diterapkan di dalam sugesti menjadi semakin berkesan.
Pelajar SM Sukan Negeri Johor adalah dominan kenistatik.
Dengan hipnotis mereka memprogram fikiran mereka agar lebih tenang dan dapat mengawal fikiran mereka ketika mereka berada di tahap tekanan tinggi, terutama ketika mereka sedang menyertai pertandingan tertentu di level yang tinggi.
Melalui hipnomotivasi mereka diberi pengalamian dan pengalaman untuk meningkatkan ketenangan diri di saat sukar ketika menyertai pertandingan. Bidang motivasi sukan lebih menarik apabila hipnoterapi digunakan disulami pula dengan teori-teori kaunseling. Wou... menarik bukan... teruja...