09 September 2007
aspirasidiri : Menggarap Kemahiran Ingatan : ( 1 )
Ingatan ? Mengikut catatan sejarah, pada peringkat awal penurunan ilmu kepada manusia, ilmu diajar secara lisan dan ilmu itu diingat melalui kaeadah mengingat dengan cara menghafal. Al-Quran pada mulanya disimpan melalui ingatan dan hafalan. Kemudian berubah kepada kaeadah ingatan, hafalan dan tulisan. Al-Hadith pada awalnya juga dsimpan melalui ingatan dan hafalan. Namun selepas daripada itu, para muhadithin mengukuhkan lagi dengan penulisan kitab seperti Al-Umm, Al-Muata', Sahih Bukhari, Sahih Muslim, Ihya' Ulummiddin, Fiqh Sunnah, himpunan Hadis-hadis Sahih, Al Azkar, Hadis 40l , Tafsir Ibnu Kastir, Tafsir Azhar, Tafsir Al Jalalin, Asbabun Nuzul. Kaeadah ini berubah kerana kebimbingan kehilangan maklumat yang diingat secara tidak disedari disamping membatu generasi berikutnya untuk mendapatkan ilmu-ilmu terdahulu.
No comments:
Post a Comment
Komen ANDA Para Tetamu Amat Saya Sanjung Tinggi