M : Muhasabah : Sebagai seorang pelajar kita hendaklah selalu memuhsabahkan diri. Sentiasa membuat cek list sejauhmana kerjabuat kita memenuhi aspirasidiri yang ingin dicapai. Adakah kita benar-benar mempunyai daya tahan yang tinggi untuk mengatasi cabaran yang melekakan di sekeliling kita. Keseronokan, kegembiran yang tidak mengenalbatas. Seringkali melalaikan kita, menghanyutkan kita ke laluan yang tidak berasas, tanpa tujuan tanpa arah tanpa pedoman yang tepat dan betul. Adakah kita berada di landasan yang tepat bukan di luar perjalanan, di lorong yang salah dipimpin oleh matlamat yang tidak betul. Kita perlu cepat kembali ke pangkal jalan, kembali ke jalan yang betul jika kita tersasar. bukankah kita pernah di beri peringatan bahawa kegagalan hari ini bukanlah penyudah kepada sesuatu perjalanan dan usaha?. Ayah bangkit penuh sedar dan bersemangat, kita berusaha demi maruah diri, demi maruah kluarga, demi maruah bangsa, demi maruah agama yang kita cintai ini. Kita bangun memartabatkn segala-galanya dengan mendakap kejayaan yang paling agong. Yang dapat dikongsi bersama. Kerana kegemilangan aspirasidiri adalah milik kita bersama : diri ibubapa, masarakat tanah air dan agama.
No comments:
Post a Comment
Komen ANDA Para Tetamu Amat Saya Sanjung Tinggi