06 October 2007

aspirasidiri : Menggarap Citra Diri Pelajar ( 4 )

4. L . Setiap pelajar yang telah menetapkan dan menggariskan matlamat yang ingin dicapai, pelajar hendaklah perlu mempunyai hati yang benar-benar LUHUR. Hati yang benar-benar bersih dari kecelaruan pemikiran yang tidak mantap. Wadah yang bersih, subur dan gembur amat diperlukan untuk menanam benih azam, cita-cita dan hasrat yang tinggi. Ketahuilah di dalam jasad itu ada mudgrah, (segumpal darah), sekiranya ia baik maka baiklah seluruh jasad itu, sekiranya ianya fasad (tidak baik) maka rosaklah seluruh jasad itu, ketahuilah bahawa segumpal darah itu adalah hati. Hati memainkan peranan yang penting bagi menentukan segala-galanya baik. Sebagai tamsil dari keadaan ini kita rujuk bagaimana seorang pekebun menanam dua benih lada di dua tapak pembenihan yang berbeza. Baja, air, teknik, tempat, masa menanam, jenis benih, penyelidikkan, dan segala teknik penanaman dianggap sama cuma satu yang berbeza iaitu tempat di mana benuh itu ditanam sahaja yang berbeza. Hasil akhir yang diperolehi oleh pekebun tadi ialah apabila lada itu berbuah dan mendatangkan hasil didapati bentuk, rasa dan warna lada itu tadi didapati mempunyai perbezaan antara satu tempat pembenihan dan tempat pembenihan yang lain. Ini menunjukkan bahawa tempat pembenihan itu amat penting dan menentukan hasil yang bakal di perolehi itu baik.

No comments:

Post a Comment

Komen ANDA Para Tetamu Amat Saya Sanjung Tinggi