20 October 2007

aspirasidiri : Menggarap Citra Diri Pelajar ( 4.3 )

M : Muhasabah : Sebagai seorang pelajar kita hendaklah selalu memuhsabahkan diri. Sentiasa membuat cek list sejauhmana kerjabuat kita memenuhi aspirasidiri yang ingin dicapai. Adakah kita benar-benar mempunyai daya tahan yang tinggi untuk mengatasi cabaran yang melekakan di sekeliling kita. Keseronokan, kegembiran yang tidak mengenalbatas. Seringkali melalaikan kita, menghanyutkan kita ke laluan yang tidak berasas, tanpa tujuan tanpa arah tanpa pedoman yang tepat dan betul. Adakah kita berada di landasan yang tepat bukan di luar perjalanan, di lorong yang salah dipimpin oleh matlamat yang tidak betul. Kita perlu cepat kembali ke pangkal jalan, kembali ke jalan yang betul jika kita tersasar. bukankah kita pernah di beri peringatan bahawa kegagalan hari ini bukanlah penyudah kepada sesuatu perjalanan dan usaha?. Ayah bangkit penuh sedar dan bersemangat, kita berusaha demi maruah diri, demi maruah kluarga, demi maruah bangsa, demi maruah agama yang kita cintai ini. Kita bangun memartabatkn segala-galanya dengan mendakap kejayaan yang paling agong. Yang dapat dikongsi bersama. Kerana kegemilangan aspirasidiri adalah milik kita bersama : diri ibubapa, masarakat tanah air dan agama.

aspirasidiri : Menggarap Citradiri Pelajar ( 4.2 )

I. Insaf : Menginsafai bahawa segala perubahan yang perlu dilakukan adalah kerana memenuhi harapan dan impian keluarga. Ibu bapa, guru dan orang tersayang sentiasa ingin melihat kejayaan kita. Segala usaha dan ikhtiar perlu dilaksanakan berdasarkan kesedaran ini. barulah akan lahir ketulusan dan kesungguhan untuk memburu kejayaan. Tenaga dalaman akan sentiasa kuat dan berkobar-kobar. Kesungguhan dan pengorbanan akan berbayar sekiranya melihat senyuman kedua orang kita sayangi meraikan kejayaan kita. Air mata yang mengalir kerana meraikan kejayaan kita. bukan meratapi kegagalan kita.