|
SITI Norfarah Hanim Azman yang memperolehi 5A didukung oleh ibunya, Norhaida Harun setelah pulang dari mengambil keputusan UPSR di Besut, semalam.
|
Impian Seorang Pelajar di bangku sekolah adalah memenuhi harapan ibu bapa. Impian menjadi pelajar yang cemerlang adalah fitrah. Keinginan semula jadi bagi insan yang berfikiran selaras dengan aspirasi diri, keluarga dan masyarakat. Tekad ini perlu diasuh dan diasak sejak kita terlintas untuk menjadi cemerlang. Cemerlang yang bersifat sempurna dalam akademik dan akhlak perlu dijana dengan bersungguh-sungguh dengan menjadikan agama sebagai panduan dan rujukkan utama.Bukankah "agama itu nasihat " ya dalam hadith 40 karangan Imam Nawawi ada dinyatakan. Untuk menjadikan tekad itu benar-benar mantap ianya perlu bermula dari yang paling asas iaitu MATLAMAT. Hidup bermatlamat, berkawan punya matlamat, berinteraksi punya matlamat apatah pula dalam kita mengejar impian tentulah kita perlu bermatlamat. Kata imam Hassan Al-Banna, Allah Matlamat kami....