14 December 2009

aspirasidiri : Tekad Menggenggam Impian








SITI Norfarah Hanim Azman yang memperolehi 5A didukung oleh ibunya, Norhaida Harun setelah pulang dari mengambil keputusan UPSR di Besut, semalam.




Impian Seorang Pelajar di bangku sekolah adalah memenuhi harapan ibu bapa. Impian menjadi pelajar yang cemerlang adalah fitrah. Keinginan semula jadi bagi insan yang berfikiran selaras dengan aspirasi diri, keluarga dan masyarakat. Tekad ini perlu diasuh dan diasak sejak kita terlintas untuk menjadi cemerlang. Cemerlang yang bersifat sempurna dalam akademik dan akhlak perlu dijana dengan bersungguh-sungguh dengan menjadikan agama sebagai panduan dan rujukkan utama.Bukankah "agama itu nasihat " ya dalam hadith 40 karangan Imam Nawawi ada dinyatakan. Untuk menjadikan tekad itu benar-benar mantap ianya perlu bermula dari yang paling asas iaitu MATLAMAT. Hidup bermatlamat, berkawan punya matlamat, berinteraksi punya matlamat apatah pula dalam kita mengejar impian tentulah kita perlu bermatlamat. Kata imam Hassan Al-Banna,  Allah Matlamat kami....








kita hayati catatan dari berita ini.... berita kecemerlangan


Nik Nur Madihah peroleh 20 A

KOTA BHARU 12 Mac - Anak seorang nelayan, Nik Nur Madihah Nik Mohd. Kamal, 18, dari Sekolah Menengah Agama Arab Maahad Muhammadi (Perempuan) di sini mencatat sejarah di negeri ini apabila memperoleh 20 A dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2008.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Kita hayati pula kisah kejayaan ini

Wajah-wajah cemerlang UPSR


UMMU Aiman Abd. Latif dari SK Gunung membawa slip keputusan UPSR 5A 
kepada bapanya, Abdul Latif Hamid, 46, yang mengambil upah menyulam anak padi di K

 

ALOR SETAR: Tiada saat paling menggembirakan bagi pesawah di Kampung Alor Gunung, di sini, selain mendapat berita mengenai keputusan cemerlang anak perempuannya, Ummu Aiman Abd Latif, 12, yang mendapat 5A dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR), di sini, semalam.

Pengorbanan dan penat lelah Abdul Latif Hamid, 45, mengambil upah mengerjakan sawah milik saudaranya
untuk membesarkan empat anak,
___________________________________________________________________________

Itulah matlamat yang paling asas apabila kita memburu cita-cita kita. Agama dan akademik biar seiringan kata Nik Nur Madihah <    baca lagi    >  jika tidak seiringan bagaimana ? Ya memang ada yang tidak mengambil berat amalan agama dalam hidup berjaya... memang...  perlu diingat di dalam kamus hidup kita ada perkataan yang disebut "keberkatan" ini lah asasnya. Luas apabila kita membicarakan tentang matlamat. Pelbagai pendapat dari sudut yang berbeza boleh kita kumpul kita buat perbandingan, kita bahaskan, namun apa perkiraan kita pula. Tepuklah dada tanyalah iman....
Bagaimanapula kita yang bergelar pelajar ? Dalam UPSR tentulah secemerlang yang mungkin iaitu 5A.. Tekad ini perlu di ucap, diungkap, dapat dilihat, dapat dirasakan bahawa ia adalah kemahuan diri  kita, ya dari dalam diri kita....

No comments:

Post a Comment

Komen ANDA Para Tetamu Amat Saya Sanjung Tinggi